20 July 2011

Srikandi Perjuangan

Assalamualaikum, Salam Perjuangan.

Boring laa takde buat ape. 24 jam dok mengadap lappy ni. Ye laa kan, badan pon lesu. Nak gerak sana sini pun tak syok. Badan tak sedap laa katakan. Hurm, tapi mase tu aku carik gak ruang dan masa menghadirkan diri untuk ke Keramat bagi memberi penghormatan terakhir pada pemimpin aku yang  aku sanjungi dan aku hormati. Beliau sudah pun dipanggil untuk bertemu dengan Allah Rabbul Izzati. Beliau telah menghembuskan nafas ketika beliau dalam perjuangan. Aduhh. Manisnya pemergiannya itu.

Aku mana tahu tempat masjid yang mereka akan solatkan jenazah tu, pagi tu aku terus online tengok ikot Google. Pastu dalam 9.30 pagi gerak. Aku maen redah je jalan. Memang tak pernah lalu pun jalan tu, tapi aku terus meredah. Akhir sekali nampak jalan sesak dengan kenderaan. Hati aku terdetik mungkin dah dekat dengan masjid tersebut. Ikut laluan kenderaan yang banyak-banyak tu, lama sikit jumpa masjid tu. Rupanya berbondong-bondong manusia menuju ke masjid itu juga.

Parking je motor, tengok kawasan masjid punyalah ramai orang. Pandang ke arah ruangan dalam masjid, lagilah... padatnya manusia. Aku dengan adik aku ambil wudhu' dan terus masuk ke ruangan masjid. Kami terus menuju ke arah tempat jenazah itu diletakkan, ramai orang disekelilingnya dan aku cari ruang untuk masuk gak nak tengok  wajahnya. Allahuakbar. Berseri sungguh wajahnya, muka dalam keadaan tenang. Walaupun arwah sudah lama bertarung dengan penyakit kansernya itu, namun pada wajahnya tiada menunjukkan riak wajah sedang menahan kesakitan. Bukan macam orang lain.

Dalam 20 minit kami sampai masjid itu, ada wakil menyuruh para jemaah buat saf untuk solatkan jenazah. Setibanya Tok Guru Presiden, beliau terus mengimamkan solat jenazah tersebut. Punyalah ramai orang. Habis je solat tu, jenazah diangkat dan aku terus menuju pintu keluar. Tika itu ramai pimpinan yang aku nampak, tak perlulah kott aku senaraikan. Semasa jenazah diusung angkat, para jemaah semua dengan nada yang rendah menyebut 'La ilaha illallah.. La ilaha illallah.. La ilaha illalah', tak putus-putus. Terus terang hati aku gerun ketika itu. Nampak kehebatan Allah. Orang yang mendaukatkan Islam, akan disanjung sendiri oleh masyarakat. Allahuakbar...

Jenazah terus diusung sehingga tiba ke tanah perkuburan berhampiran, suasana pilu menyelubungi. Sesekali awan mendung memayungi kawasan tersebut. Proses pengebumian dijalankan. Aku tak dapat nak tengok lubang kubur sewaktu jenazah itu dimasukkan kerana terlalu ramai orang. Selesai itu, Presiden sampaikan sedikit tazkirah pada semua. Selepas itu, Presiden balik dan aku bersama adik aku pun balik.

Sampai je rumah terus online nak tengok kot-kot dah ade orang update gambar kat sana tadi. Tengok-tengok memang ada orang da upload. haha. Teknologi hujung jari bhai. Ada juga gambar aku terselit kat situ, tapi taknak aku tag. hahaha. Atas sebab-sebab tertentu.

Lepastu ramai yang cerita pasal kehidupan arwah. Seriously, beliau adalah srikandi dalam perjuangan. Bestnya jadi macam beliau. Aku teringin sangat mati dalam medan perjuangan. Perjuangan dalam menegakkan syiar Islam. Bukan senang nak jadi seperti itu, hati mesti mau kental maa.. Aku rasa aku tak mampu, buat setakat ini aku cuma ke arah itu je. Harap Allah dapat merealisasikan idaman aku itu. Terutamanya jika dapat mati dalam medan jihad di jalan Allah. Allahuakbar. Mati syahid cita-citaku!!!

No comments:

Post a Comment