Assalamualaikum semua. Salam Perjuangan...
Rasanya mungkin ini entri terakhir yang sempat aku catatkan sebelum aku pulang semula ke Perak. Mungkin juga aku dah tak dapat nak update selalu dek kerana masa yang begitu padat sekali. Cuma jika betul-betul ada masa yang panjang akan aku update entri dengan cerita-cerita yang terjadi, dan mungkin nasihat dari motivator yang tak bertauliah ni. hahaha.
Orite. Aku pun awal pagi tadi dah dapat melangsaikan hajat sorang kenalan rapat aku. Dah beri dia apa yang dia mintak selama ni. Bukan apa, sebab aku memikirkan kalau-kalau dah tak dapat nak berhubung dengannya sebab esok dah nak balik, kalau kat sana pula memang tak tentu lah bila masa pulak dapat on9 dan bila masa pulak aku on9 dia pun on9. Itu pasal laa aku terus bagi apa yang dia mintak selama nih. Selesai tunaikan permintaannya.
Baiklah. Hmm, dalam seminggu bercuti ni memang tak jalan mana pon, dok rumah jer. Badan pun tak sihat mana sangat, asyik terperap je kat rumah ni mengadap lappy ni 24 jam lagi-lagi dah ada tugasan lebih dalam menaikkan semangat penyokong bolasepak tanahair. Aduyai. Takpe, berjuang untuk sukan bolasepak kita gak. ~Tanah Tumpahnya Darahku~ Malam ni lebih kurang pukul 7 malam, Malaysia akan bertemu dengan Singapura dalam pusingan 2 perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura. Pahlawan-pahlawan bolasepak Malaysia - Selamat Berjuang aku ucapkan kepada korang semua sebagai salah satu peminat tegar bolasepak Malaysia. Pantang berundur sebelum bertempur.
Okayy, lebih kurang seminggu lagi kita akan memasuki bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan, tetapi ada yang lebih penting lagi bagi aku iaitu ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak. Media massa sibuk mengingatkan masyarakat tentang bulan kemerdekaan, akan tetapi ada mereka ingatkan tentang ketibaan bulan Ramadhan? Anda sendiri menilai di mana tahap sistem pemikiran piahk tertentu kita. Sepatutnya tugas menghebahkan kedatangan Ramadhan lebih daripada ketibaan bulan kemerdekaan. Tak tahulah sampai bila masyarakat kita dididik sebegini rupa. Aku mahukan perubahan. Perubahan yang bila mana setiap perkara yang dilakukan oleh pihak tertentu dapat menambahkan saham akhirat kita. Ini, hiburan yang melekakan tak habis-habis. Rosak bangsa, rosak Islam jika inilah yang ditunjukkan. Hiburan boleh dalam Islam, tapi ada batasannya.
Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan, aku sangat berharap dapat menjadikan Ramadhan ini lebih baik daripada Ramadhan sebelum-sebelumnya. Ya Allah, panjangkanlah usia ku agar aku dapat berjumpa dengan Ramadhan tika usia sudah pun mencecah 20 tahun. Untuk diri ini, ingat!!! Ramadhan bukan sahaja menahan diri lapar dan dahaga, akan tetapi menahan diri daripada lapar, dahaga, hawa nafsu, dan perkara-perkara yang boleh membatalkan juga mengurangkan pahala puasa kita. Jadi, jaga-jaga dalam setiap pergerakan perlakuan dan tingkah laku serta kata-kata yang dikeluarkan wahai Nasrul Faizz Abdul Razak. Misi untuk mencari keredhaan dan rahmat dari Allah SWT. Kepada semua umat Islam, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan selamat beramal. Kita sama-sama mencari keredhaan Allah.
Hmm, 9 hari kat rumah ni baru 2 hari je main bola. Selebihnya... adoiii. Takde orang. Ingat balik dapat laa main setiap hari. Main pun dapat main bodoh-bodoh je, tak main betul-betul. Okay laa jugak, dapat berpeluh. Kalau tak berpeluh tu yang rasa badan macam tak sihat laa, nak sakit laa. Sekarang ni pun, dah berkira-kira macam mana laa nak turunkan berat badan. Baru-baru ni, g tempat yang boleh timbang berat dan tinggi elektronik tu. Keputusannya BMI aku 24.9... Kat situ tulis normal BMI range 19-25. Maknanya cuma 0.1 lagi aku punya BMI bukan normal BMI. Jadi aku obes laa? adoii. Macam mana nih?? Takpe.. dalam bulan puasa nanti InsyaAllah boleh kot.
Okayh, sekian sahaja. Syukran Jazilan. Barakallahuma.
No comments:
Post a Comment