15 July 2011

Berubahlah Bangsaku

Bismillahirrahmannirahim.......
Assalamualaikum semua... Salam perjuangan...

Apa khabar kawan-kawan dan sahabat-sahabatku sekalian? Harap sangat kalian dalam keadaan sihat sejahtera. Malam tadi tepat jam 7 sampai kat R&R Sungai Buloh, turun kat situ. Fariz yang datang ambek, kalau tak memang kena turun kat Puduraya lahh. Nasib baik dye ada dan dye nak tolong, alhamdulillah. TERIMA KASIH Fariz. Setelah sebulan dua minggu lebih tak balik rumah, bila jejakkan kaki kat R&R Sungai Buloh tu rasa lega gila. Tak sabar sampai rumah.

Jumpa Fariz je, soalan pertama yang keluar dari mulut aku "kau join tak minggu lepas?", dye pun memahami apa yang aku maksudkan. Dye pon jawab, "ehh, tak lahh. dorang buat betul-betul". Aku juga faham apa yang dye maksudkan. Aku fikir balik, kenapa lahh soalan tu yang menjadi soalan pertama aku. Padahal banyak lagi benda yang sesuai nak ditanya. Bila aku merenung sebentar, aku merasakan bahawa jiwa perjuangan dalam hati aku ini tidak pernah berubah, tidak pernah luntur. Itu pasal soalan pertama yang keluar dari mulut aku pasal benda tu.

Hakikatnya aku bukan lahh jiwa seperti apa yang kebanyakkan orang nampak, tetapi jiwa aku jiwa yang mahu memperjuangkan sesuatu yang haq, yang ada kebenaran. Cuma orang-orang sekepala dengan aku yang mengetahui sebesar mana harapan aku dalam hal itu. Apa guna kalau kita tahu akan kebenarannya tetapi kita sendiri mendustakan? Cuma kita tidak dapat menunjukkan apa yang sebenar kita semua mahukan dek kerana kita dikongkong oleh undang-undang. Undang-undang rimba. Dunia semua dah maju, cuma kita..... cuma kita je yang tak mahu berubah.

Sedang tengah aku sibuk melayari internet aku tertarik tentang satu video ni, aku tengok apa yang cuba si pembuat video mahu sampaikan. Seriously, aku terharu dan sayu hati ini melihat apa yang dye katakan, orang luar pun dapat melihat ketenangan dan kebenaran itu sedangkan kita ini orang yang menganutinya. Kita tak dapat melihat ketenangan dan kebenaran itu. Aduhai bangsaku... lupakah kita semua tentang sejarah? Aku terima ilham untuk tulis entri ini pun disebabkan melihat video tersebut.

Tapi video apa yang aku maksudkan itu aku tak dapat nak kongsikan pada ruangan ini. Ini kerana untuk menjaga keselamatan pihak-pihak tertentu. Namun jika secara personaliti boleh laa aku tunjukkan video tersebut. Tapi semestinya harus berfikiran terbuka.

Hmm, sekian sahaja untuk entri ini pada kali ini. Aku akan datangkan lagi entri tentang cerita lain pula. hahaha.

No comments:

Post a Comment