Assalamualaikum semua. Salam perjuangan. Apa khabar pembaca semua? Semoga berada dalam keadaan baik semuanya.
Sudah lama tidak berceloteh pada ruangan ini tentang apa yang aku mahu perkatakan. Aku selalu cakap bahawa tidak ada masa nak tulis perkara-perkara ini. Sebenarnya bukan tiada masa, cuma aku… aku yang tidak pandai mencari dan mencuri masa untuk buat perkara ini. Allah dah bagi kita 24 jam, itulah masa yang terbaik untuk manusia. Cuma bergantung pada manusia itu sendiri untuk bijak dalam mengatur masa untuk dirinya. Aku akui yang aku lemah dalam membuat semua perkara ini, ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Tapi aku, fizikal aku dah letih so mental pun letih. Tu yang boleh cakap takde masa tu. Sebab memang letih kelas dalam seminggu tu memang pack giler. Fuhh.!
Dari sebelum-sebelum ini aku selalu cakap mahu menulis tentang sesuatu yang bagi aku amatlah penting untuk aku catatkan pada ruangan ini.
Buat setakat ini, sudah lebih 3 orang cakap dengan aku sendiri yang aku ni dah tak macam dulu. Mereka cakap aku tak macam sem lepas, sem ni aku lebih senyap. Mereka cakap sem ni aku tak menyerlah berbanding sem lepas. Senang cerita aku ni pasif laa dalam kelas untuk sem ini. Mereka tanya kenapa, tapi aku tak dapat nak berikan jawapan itu pada mereka. Sebab mereka tak tahu apa yang aku fikirkan, mereka tidak faham apa yang aku mahukan. Aku rasa lebih selesa dalam keadaan aku sekarang ini berbanding sebelum ini walaupun pada zahirnya mereka nampak ia sesuatu yang negatif untuk diri aku.
Tapi situasi aku seperti itu hanya dalam kelas dan ada pada sesetengah situasi. Perkara ini mungkin tidak dirasai oleh kawan-kawan lelaki, malah mereka mungkin lebih merasai aku ini semakin aktif. Senang cerita kepala memang masuk air laa. Jadi disini dapat disimpulkan bahawa golongan yang merasakan aku ni berubah menjadi pasif adalah daripada golongan kawan perempuan, tetapi sebaliknya dirasakan oleh kawan-kawan lelaki.
Banyak sangat perkara yang aku fikirkan. Aku berubah seperti ini pun bukan sebab apa. Sebab kau, sebab anda, sebab kamu, sebab awak, sebab mereka, sebab kalian. Kau, Anda, Kamu, Awak, Mereka, Kalian - yang membuatkan aku berfikir, membuatkan aku banyak meluangkan masa untuk berfikir sejenak dan cuba berubah seperti sekarang ini.
Sahabat-sahabat dan kawan-kawan sekalian, maaf andai perubahan ini kalian semua tidak menyenanginya. Maaf andai perlakuan aku membuat kalian semua terasa. Tiada apa yang boleh aku katakan, harap kalian semua memahami semua ini.
Sahabat-sahabat dan kawan-kawan ku semua, TERIMA KASIH… terima kasih kerana kalian semua telah membuatkan aku berubah. Membuatkan aku lebih mengenal erti itu yang sebenarnya. Kalian telah berjaya membuatkan aku menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ini. Mungkin kalian semua tidak nampak, tetapi diri aku yang nampak semua ini... diri aku yang merasainya. Perkara itu membuatkan aku lebih menjadi seorang manusia yang lebih gemar melihat sahaja tindakan orang sekeliling berbanding menjadi manusia yang suka komen apa yang orang lain telah lakukan. Aku tidak takut akan perubahan ini, aku lebih takutkan andai PERKARA ITU berlaku. Dengan apa yang aku miliki, aku yakin aku mampu melakukannya.
Sorry kawan! Sorry geng! Aku tidak seperti dahulu. Mungkin akan akan dapat merasainya dan juga mungkin anda tidak merasainya. Sekian.
No comments:
Post a Comment