23 July 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum semua. Salam Perjuangan...

Rasanya mungkin ini entri terakhir yang sempat aku catatkan sebelum aku pulang semula ke Perak. Mungkin juga aku dah tak dapat nak update selalu dek kerana masa yang begitu padat sekali. Cuma jika betul-betul ada masa yang panjang akan aku update entri dengan cerita-cerita yang terjadi, dan mungkin nasihat dari motivator yang tak bertauliah ni. hahaha.

Orite. Aku pun awal pagi tadi dah dapat melangsaikan hajat sorang kenalan rapat aku. Dah beri dia apa yang dia mintak selama ni. Bukan apa, sebab aku memikirkan kalau-kalau dah tak dapat nak berhubung dengannya sebab esok dah nak balik, kalau kat sana pula memang tak tentu lah bila masa pulak dapat on9 dan bila masa pulak aku on9 dia pun on9. Itu pasal laa aku terus bagi apa yang dia mintak selama nih. Selesai tunaikan permintaannya.

Baiklah. Hmm, dalam seminggu bercuti ni memang tak jalan mana pon, dok rumah jer. Badan pun tak sihat mana sangat, asyik terperap je kat rumah ni mengadap lappy ni 24 jam lagi-lagi dah ada tugasan lebih dalam menaikkan semangat penyokong bolasepak tanahair. Aduyai. Takpe, berjuang untuk sukan bolasepak kita gak. ~Tanah Tumpahnya Darahku~ Malam ni lebih kurang pukul 7 malam, Malaysia akan bertemu dengan Singapura dalam pusingan 2 perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura. Pahlawan-pahlawan bolasepak Malaysia - Selamat Berjuang aku ucapkan kepada korang semua sebagai salah satu peminat tegar bolasepak Malaysia. Pantang berundur sebelum bertempur.
Okayy, lebih kurang seminggu lagi kita akan memasuki bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan, tetapi ada yang lebih penting lagi bagi aku iaitu ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak. Media massa sibuk mengingatkan masyarakat tentang bulan kemerdekaan, akan tetapi ada mereka ingatkan tentang ketibaan bulan Ramadhan? Anda sendiri menilai di mana tahap sistem pemikiran piahk tertentu kita. Sepatutnya tugas menghebahkan kedatangan Ramadhan lebih daripada ketibaan bulan kemerdekaan. Tak tahulah sampai bila masyarakat kita dididik sebegini rupa. Aku mahukan perubahan. Perubahan yang bila mana setiap perkara yang dilakukan oleh pihak tertentu dapat menambahkan saham akhirat kita. Ini, hiburan yang melekakan tak habis-habis. Rosak bangsa, rosak Islam jika inilah yang ditunjukkan. Hiburan boleh dalam Islam, tapi ada batasannya.
Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan, aku sangat berharap dapat menjadikan Ramadhan ini lebih baik daripada Ramadhan sebelum-sebelumnya. Ya Allah, panjangkanlah usia ku agar aku dapat berjumpa dengan Ramadhan tika usia sudah pun mencecah 20 tahun. Untuk diri ini, ingat!!! Ramadhan bukan sahaja menahan diri lapar dan dahaga, akan tetapi menahan diri daripada lapar, dahaga, hawa nafsu, dan perkara-perkara yang boleh membatalkan juga mengurangkan pahala puasa kita. Jadi, jaga-jaga dalam setiap pergerakan perlakuan dan tingkah laku serta kata-kata yang dikeluarkan wahai Nasrul Faizz Abdul Razak. Misi untuk mencari keredhaan dan rahmat dari Allah SWT. Kepada semua umat Islam, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan selamat beramal. Kita sama-sama mencari keredhaan Allah.

Hmm, 9 hari kat rumah ni baru 2 hari je main bola. Selebihnya... adoiii. Takde orang. Ingat balik dapat laa main setiap hari. Main pun dapat main bodoh-bodoh je, tak main betul-betul. Okay laa jugak, dapat berpeluh. Kalau tak berpeluh tu yang rasa badan macam tak sihat laa, nak sakit laa. Sekarang ni pun, dah berkira-kira macam mana laa nak turunkan berat badan. Baru-baru ni, g tempat yang boleh timbang berat dan tinggi elektronik tu. Keputusannya BMI aku 24.9... Kat situ tulis normal BMI range 19-25. Maknanya cuma 0.1 lagi aku punya BMI bukan normal BMI. Jadi aku obes laa? adoii. Macam mana nih?? Takpe.. dalam bulan puasa nanti InsyaAllah boleh kot.

Okayh, sekian sahaja. Syukran Jazilan. Barakallahuma.

22 July 2011

Mengapa Allah Sebut Mati Dahulu Sebelum Hidup?

Dalam Al-Quran Allah berfirman:
Maksudnya : "Tuhan yang menjadikan mati dan hidup supaya menguji manusia siapa di kalangan mereka itu yang baik amalannya." (Mulk : 2)

Di sini ada dua perkara yang akan dihuraikan:
1.Tuhan jadikan mati dan hidup
2.Tuhan jadikan manusia di dunia untuk diuji, siapakah yang baik amalannya.

Kalaulah kita yang sebut ayat ini, bukan Tuhan yang menyebutnya tentu kita berfikir secara lojik akal, kita akan sebut hidup dahulu baru mati. Memang kenyataannya kita hidup dahulu baru mati. Tapi Tuhan sebut mati dahulu baru sebut hidup. Tuhan tidak sebarangan menyebutnya, walau pun satu huruf ada maksud dan hikmah, ada nilai yang besar di sisi Tuhan. Secara lojik akal tentu kita berfikir, tidak kisahlah yang mana dahulu, hidup atau mati. Menurut lojik akal, kita tidak kira yang mana dahulu tapi Tuhan tidak begitu. Satu huruf pun yang Tuhan sebut ada maksud, tidak secara suka-suka.

Mengapakah Tuhan menyebut mati dahulu dan tidak memilih hidup dahulu baru mati. Ini menunjukkan Tuhan hendak tarik perhatian manusia supaya kita memandang besar perkara mati, lebih daripada soal hidup. Mengapa? Sebab hidup di dunia hanya sementara. Hidup di Akhirat selama-lamanya kekal abadi. Hidup di dunia, sudahlah tidak lama, masa yang ada pun hanya sekejap sangat.

Cuba kita analisa tempoh hidup kita di dunia. Kita tidak usah fikirlah masa dalam kandungan, bayi, kanak-kanak dan sebelum baligh, itu tidak ada erti apa-apa. Kehidupan seorang manusia itu sejak lahir sahaja hingga menjelang baligh, tidak ada erti apa-apa. Sebab masa itu manusia tidak ada kebebasan, hidupnya betul-betul bergantung pada ibu dan ayahnya. Sebahagian masa kita sedar, sebahagiannya tidak. Sejak waktu bayi sampai usia lima tahun kita tidak sedar. Dari lima tahun hingga baligh baru sedar, itupun tidak indah, keadaannya terkongkong oleh ibu dan ayah. Masa yang kita hendak ambil kira ialah sejak mula baligh, secara puratanya umur 12 tahun.

Kita akan kira dari umur kita 12 tahun. Paling lama berapa tahun manusia hidup? Katalah hidupnya 100 tahun. Jadi hidup prime time kita kira 100 kurang 12 tahun, iaitu 88 tahun. Tapi katalah dari umur 80 hingga 100 tahun sudah nyanyuk, jadi 20 tahun itu sudah tidak di kira. Kita tolak lagi 88 dengan 20, jadi tinggal 68 tahun sahaja. Hidup selama 68 tahun itu pun jarang dapat, mungkin dalam 1000 orang, seorang sahaja. Tapi pada umumnya, panjang masa manusia dapat hidup adalah sekitar 40 hingga 50 tahun sahaja masa primanya, setelah itu mati. Jadi kita hendak bahaskan masa yang 50 tahun

Di sini Tuhan hendak mengambil perhatian kita supaya besarkan Akhirat. Walaupun kita hidup istimewa, sejak lahir sahaja sudah berada dalam kekayaan, 50 tahun hidup dalam kekayaan. Nampak hebatlah, rumah besar, makan besar, pangkat besar dan di besar-besarkan orang sampai ke mati. Kalau dalam masa 50 tahun ini, kita tidak ikut disiplin Tuhan, dalam masa itu diuji oleh Tuhan 50 tahun hidup istimewa, lepas itu kena hidup dalam Neraka selama-lamanya. Bila kita gagal berhadapan dengan ujian Tuhan walaupun hidup istimewa, tapi kita akan berhadapan dengan 4 penderitaan.

1. Penderitaan sewaktu mati
Mati ini kita tidak boleh ukur pada pandangan lahir semata-mata. Kalau di ukur secara lahir, kadang-kala orang berkata, "Si Polan itu nampaknya senang matinya, bagus matinya, nampak elok sahaja, mudah sahaja," itu kata kita yang menilai lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah berada di alam lain, bukan di alam kita. Kita tidak boleh mengukur alam syahadah dengan alam lain. Penderitaan yang dihadapi oleh orang yang hendak mati bukan kita tahu.

Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati dalam penderitaan itu ada tanda-tandanya, di antaranya ialah:
- mata terbeliak
- telinga kembang
- berbunyi macam kerbau berdengkur

Itulah di antara ciri-ciri orang yang mati di dalam azab. Jadi orang yang gagal ujian Tuhan walau dia kaya sekalipun, hidup senang, dilayan istimewa, tidak pernah susah hanya sekitar 50 tahun, tapi selepas itu tetap tidak akan terlepas daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang yang kaya raya, kita tidak cakap tentang orang biasa, yang kadangkala susah, kadangkala senang hidupnya. Ini kita cakap tentang orang yang 50 tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh, dunianya syurga, tidak pernah sakit, tidak pernah susah tidak pernah orang kata, tidak pernah orang hasad dengki. Tapi bila gagal menjalani ujian Tuhan, selepas itu yang pertama dihadapi adalah penderitaan mati.

Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu bagaikan 300 tetakan pedang. Bayangkan kalau sekali orang sembelih kita, walaupun kita tidak pernah alami, tentu terasa sakitnya, sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda. Walaupun nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya macam dapat 300 tetakan.

2. Penderitaan di alam kubur
Sewaktu di tanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang mengiringi jenazah sudah balik, setelah tujuh langkah bermulalah penderitaan kubur. Pertama kejahatan kita itu dilembagakan. Kerana busuknya kalaulah tercium, orang di dunia boleh mati, bahkan akan mati makhluk seluruh dunia. Kemudian orang yang mati itu akan bertanya, "Kau siapa?" Lembaga itu akan menjawab, "Aku ini kejahatan engkau." Lepas itu barulah malaikat datang, bertanya pula, bila tidak dapat jawab, disebat hingga terperosok ke dalam tanah 70 hasta, setiap kali ditanya dan tidak boleh jawab malaikat akan sebat dan terperosok lagi sampailah kiamat, apakah mampu menanggung azab itu?

3. Penderitaan Padang Mahsyar
Antara penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, matahari berada di atas ubun-ubun. Kerana banyaknya manusia di Padang Mahsyar, dalam Quran diceritakan betis-betis bertindih macam rokok dalam kotaknya, rapat, padat, ketat. Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga peluh keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sanggupkah?

4. Penderitaan Neraka
Penderitaan paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti kena meniti Siratal Mustaqim. Orang yang jahat akan jatuh ke Neraka. Penderitaan Neraka di antaranya; kaki dengan tangan diikat, dicantum pada tengkok dan dibelenggu. Api membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada di dunia. Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di Neraka ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah larat? Disebat setiap hari oleh malaikat, bila lapar diberi makan zakum, iaitu bara api Neraka. Apakah larat? Bagi orang kafir, kekal selamanya dalam Neraka, bagi orang Islam yang buat dosa, tidak kekal, tapi mungkin sejuta tahun, 3000 tahun, seribu tahun. Apakah larat?

Jadi orang yang waktu hidup di dunia tidak ikut disiplin Tuhan kemudian dia tidak tahan diuji Tuhan, maka ada empat penderitaan tadi yang akan ditempuh. Oleh itu kalaulah orang tahu hakikat ini, maka kerana Tuhan, susah di dunia pun tidak mengapa. Kesusahan 50 tahun di dunia tidak sama dengan susah yang empat jenis tadi itu. Di dunia ujian paling susah mungkin kena langgar kereta dan mati, jatuh ke laut, mati lemas, sakit kuat lalu mati. Tapi tidaklah tersiksa sangat berbanding dengan kesusahan di Akhirat nanti. Sebab itulah tidak pelik mengapa Tuhan sebut tentang Akhirat dahulu baru dunia.

Cuba kita lihat realiti yang berlaku hari ini, bila disebut antara dunia dan Akhirat, manusia lebih cenderung untuk memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding Akhirat yang jauh. Lebih mengambil berat tentang dunia berbanding Akhirat. Ertinya kalau nisbah dunia dan Akhirat kita fikir yang dekat iaitu dunia. Tapi kalau di antara dunia dengan dunia kita tidak fikir yang dekat, kita fikir jauh. Di dunia seseorang itu akan fikir untuk masa depannya, sanggup belajar jauh di luar negara, jual tanah, jual aset, dan berfikir biar susah dahulu asalkan senang kemudian.

Nisbah kehidupan di dunia, manusia cenderung untuk fikir yang jauh, tidak fikir yang dekat, tapi nisbah Akhirat dia tidak fikir yang jauh, padahal itu lagi berat. Akhirat lagi utama kerana ia kekal selama-lamanya. Untuk masa depan di dunia orang sanggup susah payah belajar, ambil PhD di Amerika, pinjam duit merata-rata, tapi tidak mengapa susah dahulu, nanti senang kemudian. Pandai pula berfikir susah dahulu senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat begitu?

Penderitaan dunia dan Akhirat itu jauh bezanya. Nisbah penderitaan dunia dengan Akhirat, susah di dunia ini macam digigit nyamuk, manakala di Akhirat macam dibaham singa. Walaupun sebenarnya kadarnya bukan sebegitu tapi itu sahaja yang boleh kita cuba bandingkan. Yang kita takut sangat nyamuk gigit sampai sanggup ambil risiko dibaham singa mengapa? Sebenarnya bandingannya entah berapa ribu kali ganda.

Nikmat dunia ini apalah sangat? Nisbah makan, apa yang paling sedap? Katalah durian. Lepas makan durian ke mana? Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi nisbah makanan di Akhirat, katalah kita makan epal, kita gigit kali pertama, lain rasanya, gigit lagi kali ke dua sudah lain pula rasa, bertambah sedap, bertambah sedap lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak sakit perut, tidak ke tandas selepas itu. Tapi orang tidak nampak itu semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak durian di Akhirat. Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip mata boleh makan 100 jenis itu. Tidak sakit perut, tidak ke tandas! Betapa indahnya Akhirat!

Di Syurga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar, bukan bandar macam Kuala Lumpur atau New York, tapi tidak dapat digambarkan keindahannya. Kalau di dunia, katalah orang hadiah kita 50 bandar macam Kuala Lumpur, itu malah menyusahkan. Yang kedua, bolehkah lawat semua? Hari ini secara detail kita tidak boleh melawat semua. Tidak mampu. Kalau mampu pun tentu letih, jemu, fed-up, apa indahnya lagi? Sedangkan di Akhirat, teringat sahaja sesuatu, tidak sampai seminit semua dapat lihat. Yang imannya lebih tinggi lagi banyak dapat bandar. Bila mahu melawat dalam sekelip mata boleh lawat semua. Ingat sahaja, katalah kita ingat sesuatu di New York, niat sahaja sudah sampai. Teringat sesuatu di Kuala Lumpur, niat sahaja sudah sampai. Katalah hendak lawat dengan kapal terbang, kapal terbang tidak jatuh. Kalau kita minta dijatuhkan sedap pula dijatuhkannya. Tak takut.

Kalau isteri, ada seribu, 2000, 3000, di antaranya bidadari. Walaupun bidadari istimewa, isteri kita besok ketua isteri-isteri, kalau isteri kita masuk Syurga sama. Kalau tidak masuk Syurga sama, habislah. Jadi ketua isteri itu isteri kita yang solehah. Di Syurga kehidupannya tidak pernah bergaduh, berkasih sayang sepanjang masa. Teringat gaduh pun tak. Tenggelam dalam nikmat dan tidak jemu.

Di Akhirat penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dahsyat, sebab itu Tuhan sebut mati dahulu. Sebab is besar, sedangkan dunia kecil tidak ada harga. Sebab itu di sisi Tuhan dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap nyamuk, dan orang jahat tidak akan dapat apa-apa.

Kerana dunia ini tiada nilai di sisi Tuhan, maka orang jahat diberi banyak, siapa paling jahat dapat lebih banyak, yang baik-baik, makin tidak dapat. Macam Rasul-rasul, Tuhan tidak bagi kekasih-Nya perkara yang tidak ada nilai. Dunia ini untuk orang jahat, sila ambil. Untuk para kekasih Tuhan, Tuhan berkata: "Engkau kekasih-Ku, Aku hendak simpan di Syurga."

Setelah kita buat perbandingan dunia Akhirat, munasabahlah Tuhan sebut mati dahulu sebelum Akhirat supaya kita bagi tumpuan pada Akhirat daripada dunia.

Ada Amanah Lagi Besar

Salam Perjuangan...

Baru lepas tengok info-info terbaru, merewang ke sana ke sini. Haaa. Keceriaan jelas terpancar pada riah wajah ku ini. hahaha. Sebabnya Malaysia mampu menyerap asakan demi asakan yang dilakukan oleh pemain Chelsea. You all the best bro!!! Ehh? Bro? Awat plak kann? Ini skuad Olimpik Malaysia laa. Sebaya je kott kebanyakkannya. Cuma ada 6 ke 7 orang diserap pemain senior untuk campur dengan skuad muda nihh. Antaranya AMri Yahyah, Badri Radzi, Farizal Marlias, dan ada beberapa pemain lagi. Chelsea gol tu pun bola masuk sikit je, bahasa mudahnya GOL CELAH GIGI JER!!! Common laa Chelsea. Hang da hantaq pemain-pemain bertaraf bintang dunia kott! Takkan gol 'sebegitu' rupa hang tunjuk pada kami? Haaiyaa... Orang beli tiket mahal-mahal nak tengok hang kenduri besaq. Kot laa dapat bantai 15-0 ka... berbaloi laa gak. Ni satu jer? Pon boleyh laa. Liverpool pun hadiahkan enam, hang? Aduyaii..

Skuad Olimpik... Anda semua mempunyai bakat yang besar. Cuma mahu digilap lagi permata itu supaya lagi bertambah cahaya sinaran tu. Caya sama lu beb! Keeper, defences, midfield... anda semua telah menunjukkan pada kami semua kekuatan yang skuad Harimau Malaya Olimpik miliki. Bahagian serangan je perlu tambahkan seeengat untuk merobek gawang lawan. Pengalaman berguna untuk semua pemain Malaysia tadi terutamanya skuad Olimpik Malaysia. Syabas Harimau Malaya!!!

Terima kasih kepada kelab-kelab BPL yang buat 'jelajah' di Malaysia. Arsenal, Liverpool, Chelsea, - Thanks to all of you because coming to our country and doing friendly match with HarimauMalaya squad. It's good experience for our players to doing more better after that game especially this Saturday, Rajagopal's squad will meet with Singapore for World Cup 2014 qualifying. Ilmu yang sangat berguna untuk skuad kelayakan Piala Dunia 2014 dan skuad Olimpik Lindon 2012.

Penyokong-penyokong yang hadir ke stadium juga syabas dan tahniah, anda semua telah memberikan semangat kesukanan yang tinggi walaupun ada segelintir sahaja golongan yang mengkritik anda semua. Kalau aku datang pun aku pakai baju kelab yang kita minat kann.

Hmm, beralih ke cerita lain pula.

Aku? Nak samakan dengan orang lain? Sorry beb! Akal aku dah memikirkan 5 langkah ke hadapan. Nak jerat aku. Beringat dulu laa. haha. Takde ape laa. Saje buat ayat gitu. Hmmm, setakat benda kecik aku tak pandang laa. Lagi-lagi perkara yang langsung tak beri faedah pada diri aku. Aku taat pada yang SATU, LAILAHAILLALAH... Lebih baik kita lakukan untuk dapat menambahkan kantung akhirat kita.

Misi hidup aku lagi besar. Kebajikan pada orang dan mentarbiah diri untuk menjadi insan yang dipandang oleh Allah. Kita taknak orang pandang kita di dunia, tapi di akhirat Allah tak ingin langsung nampak kelibat kita. Bukankah itu lagi parah? Ingat apa, dunia selamanya ke? Common laa nas.
Dunia jambatan untuk kau ke akhirat.
Dunia tempat kau bercucuk tanam untuk hasil kat akhirat.
Dunia untuk kau melabur saham untuk akhirat.

Setakat benda remeh. Halamak. Wa tak goyang laa. Allah kasi goyang ini dunia baru tahu. Misi dalam menegakkan kebenaran pun tak pernah luntur dari jiwa aku. Benda tu lagi besar amanah yang kena pikul.
Wallahualam. Sekian..

21 July 2011

Hidup Sebelum Mati

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari kiamat pada hal hari kiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya. (Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Umat Islam dilarang menangguh-nangguh dan berlambat-lambatkan amal ibadat yang diamanahkan kepada mereka.


Kekayaan dan kemiskinan tidak menghalang seseorang itu menambah amalan untuk beribadat kepada Allah kerana kekayaan dan kemiskinanan merupakan satu dari ujian kehidupan.


Terdapat setengah golongan yang menjadi sibuk dan leka dengan kekayaan dan ada pula menjadi kufur disebabkan hidup menjadi fakir.


Marilah kita berlumba-lumba dalam kehidupan ini untuk berbuat kebaikan kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Berlumba-lumba untuk hidup Positif!! :)

وَبَشِّرِ الَّذِين آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُواْ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقاً قَالُواْ هَـذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ وَأُتُواْ بِهِ مُتَشَابِهاً وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: ""Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu."" Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci dan mereka kekal di dalamnya
(Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 25) 


20 July 2011

Srikandi Perjuangan

Assalamualaikum, Salam Perjuangan.

Boring laa takde buat ape. 24 jam dok mengadap lappy ni. Ye laa kan, badan pon lesu. Nak gerak sana sini pun tak syok. Badan tak sedap laa katakan. Hurm, tapi mase tu aku carik gak ruang dan masa menghadirkan diri untuk ke Keramat bagi memberi penghormatan terakhir pada pemimpin aku yang  aku sanjungi dan aku hormati. Beliau sudah pun dipanggil untuk bertemu dengan Allah Rabbul Izzati. Beliau telah menghembuskan nafas ketika beliau dalam perjuangan. Aduhh. Manisnya pemergiannya itu.

Aku mana tahu tempat masjid yang mereka akan solatkan jenazah tu, pagi tu aku terus online tengok ikot Google. Pastu dalam 9.30 pagi gerak. Aku maen redah je jalan. Memang tak pernah lalu pun jalan tu, tapi aku terus meredah. Akhir sekali nampak jalan sesak dengan kenderaan. Hati aku terdetik mungkin dah dekat dengan masjid tersebut. Ikut laluan kenderaan yang banyak-banyak tu, lama sikit jumpa masjid tu. Rupanya berbondong-bondong manusia menuju ke masjid itu juga.

Parking je motor, tengok kawasan masjid punyalah ramai orang. Pandang ke arah ruangan dalam masjid, lagilah... padatnya manusia. Aku dengan adik aku ambil wudhu' dan terus masuk ke ruangan masjid. Kami terus menuju ke arah tempat jenazah itu diletakkan, ramai orang disekelilingnya dan aku cari ruang untuk masuk gak nak tengok  wajahnya. Allahuakbar. Berseri sungguh wajahnya, muka dalam keadaan tenang. Walaupun arwah sudah lama bertarung dengan penyakit kansernya itu, namun pada wajahnya tiada menunjukkan riak wajah sedang menahan kesakitan. Bukan macam orang lain.

Dalam 20 minit kami sampai masjid itu, ada wakil menyuruh para jemaah buat saf untuk solatkan jenazah. Setibanya Tok Guru Presiden, beliau terus mengimamkan solat jenazah tersebut. Punyalah ramai orang. Habis je solat tu, jenazah diangkat dan aku terus menuju pintu keluar. Tika itu ramai pimpinan yang aku nampak, tak perlulah kott aku senaraikan. Semasa jenazah diusung angkat, para jemaah semua dengan nada yang rendah menyebut 'La ilaha illallah.. La ilaha illallah.. La ilaha illalah', tak putus-putus. Terus terang hati aku gerun ketika itu. Nampak kehebatan Allah. Orang yang mendaukatkan Islam, akan disanjung sendiri oleh masyarakat. Allahuakbar...

Jenazah terus diusung sehingga tiba ke tanah perkuburan berhampiran, suasana pilu menyelubungi. Sesekali awan mendung memayungi kawasan tersebut. Proses pengebumian dijalankan. Aku tak dapat nak tengok lubang kubur sewaktu jenazah itu dimasukkan kerana terlalu ramai orang. Selesai itu, Presiden sampaikan sedikit tazkirah pada semua. Selepas itu, Presiden balik dan aku bersama adik aku pun balik.

Sampai je rumah terus online nak tengok kot-kot dah ade orang update gambar kat sana tadi. Tengok-tengok memang ada orang da upload. haha. Teknologi hujung jari bhai. Ada juga gambar aku terselit kat situ, tapi taknak aku tag. hahaha. Atas sebab-sebab tertentu.

Lepastu ramai yang cerita pasal kehidupan arwah. Seriously, beliau adalah srikandi dalam perjuangan. Bestnya jadi macam beliau. Aku teringin sangat mati dalam medan perjuangan. Perjuangan dalam menegakkan syiar Islam. Bukan senang nak jadi seperti itu, hati mesti mau kental maa.. Aku rasa aku tak mampu, buat setakat ini aku cuma ke arah itu je. Harap Allah dapat merealisasikan idaman aku itu. Terutamanya jika dapat mati dalam medan jihad di jalan Allah. Allahuakbar. Mati syahid cita-citaku!!!

19 July 2011

Mengingati Mati

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)

Huraian Hadith:
1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.

2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.

3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.

4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.
Larangan Meminta-minta Mati

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.

Mendedahkan Aib Manusia, Bagaikan Teman Terbaik Kita.

Seringkali umpatan dijadikan modal utama perbualan segenap golongan dari suri rumah hinggalah kepada golongan korporat. Mendedahkan aib orang lain sudah dianggap satu trend pada hari ini ditambah lagi dengan kewujudan program-program hiburan bak cendawan tumbuh memenuhi ruang-ruang media massa. Sememangnya adalah suatu perkara yang memalukan atau perlakuan buruk seseorang individu.

Walau bagaimanapun, perlakuan ini tidak boleh didedahkan dengan tujuan memalukan individu terbabit. Mendedahkan aib seseorang menjadi salah satu perbuatan mazmumah yang menyalahi norma-norma Islam dan masyarakat Melayu khususnya.
Sebagai seorang Muslim, seharusnya kita lebih mengetahui hal ini kerana Allah SWT telah memberi peringatan secara jelas melalui firman-Nya yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kalian banyak dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Apakah antara kamu ada yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang. (Al-Hujurat : 12)
Hakikatnya, majoriti masyarakat Muslim hari ini seakan-akan sudah terpukau dek keindahan dan keseronokan duniawi yang semakin lama memacu mereka kepada kehancuran. Hal-hal 'dalam kain' orang lebih menarik dan hangat diperkatakan berbanding alunan zikir dan fikir. Isu-isu yang membuka pekung mengenai keburukan orang lain atau lebih popular digelar gosip menjadi kegilaan seluruh lapisan masyarakat sehingga ia dianggap perkara biasa.
Kisah-kisah artis dan golongan ternama, penyebaran gambar lucah, video aksi yang kurang menyenangkan kerap menjadi ramuan utama pihak media dalam usaha melariskan produk masing-masing. Masyarakat pula yang disogok dengan berita sebegini setiap hari telah membentuk mentaliti yang terpesong daripada nilai terapan Islam sebenar. Sembang-sembang kedai kopi, bicara ahli masjid dan ahli mesyuarat tingkap telah bertukar topik. Tiada lagi butiran ilmu, bahkan kisah orang-orang sekeliling pula yang dijaja. Tidak perlu nasihat dan teguran untuk si pelaku melainkan umpat keji semata-mata kerana kata mereka, zaman sekarang mana boleh jaga tepi kain orang.

18 July 2011

Dr. Lo Lo' dalam kenangan...

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un... Tepat jam 10.15 malam tadi, YB Titiwangsa Dr.Lo Lo' Mohd Ghazali telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang. Mengikut maklumat yang diperoleh, beliau meninggal akibat sakit kanser paru-paru yang beliau hadapi. Beliau telah dijemput menemui kekasihnya Allah Rabbul Alamin lebih awal daripada kita semua.


Beliau dikenali semasa pilihanraya ke-11 tahun 2004. Tika itu beliau bertanding di kawasan Parlimen Bukit Gantang tetapi tewas. Namun pada tahun 2008 iaitu ketika pilihanraya ke-12 beliau diberi kepercayaan bertanding di kawasan Parlimen Titiwangsa, dan beliau menang kerusi tersebut. 


Beliau seorang yang lembut budi bahasanya tetapi lantang dalam hal berkaitan agama Islam dan hak rakyat. Beliau banyak menabur bakti kepada warga kota KL sejak berjaya menang di kerusi tersebut. Aku yang selalu melihat beliau di merata-rata tempat ketika memberi ceramah mahupun bersama-sama rakyat berdemonstrasi, fizikalnya memang nampak sihat walafiat. Namun pengetahuan manusia amatlah terbatas, rupa-rupanya beliau mengalami masalah kanser paru-paru yang ada pada tahap stage 4.


Siapa sangka segagah beliau bersama-sama rakyat tapi beliau menghidapi sakit tersebut? Wajah beliau tidak pernah menunjukkan bahawa beliau menghidapi sakit itu. Itulah keikhlasan beliau dalam membantu rakyat jelata.


Dan hari ini, pemergian beliau selama-lamanya adalah satu kehilangan besar buat kami semua. Walau apapun, kami tetap akan teruskan perjuangan walau beliau tiada di sisi. Salam takziah buat keluarga Dr. Lo Lo'... Semoga Allah menempatkan roh arwah bersama-sama orang beriman.


YB DR. LO LO' ~ Dalam Kenangan... 
AL-FATIHAH

17 July 2011

Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah?

Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekelas yang tak 'ngam' ?
Kawan - kawan sekelas yang tidak boleh nak buat geng study ?
Roommate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai kemas, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun sahabat rapat yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
Atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai masing?
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Malaysia 3 - 6 Liverpool

Sepertimana yaang diketahui, selepas bertemu Arsenal... Malaysia bertemu Liverpool pula petang tadi. Ini kelab kedua melakukan perlawanan persabatan menentang Malaysia. Sebagaimana yang aku katakan pada entri sebelum ini, bahawa aku yakin Malaysia mempunyai harapan dalam perlawanan Liverpool ini.
Apa kesudahannya? Di Stadium Bukit Jalil buat makan besar laa kawan. 9 gol terhasil. Malaysia 3 - Liverpool 6. Koyak jaring kawan. Inilah kebangkitan yang ditunjukkan Harimau Malaya. Lawan Arsenal masa tu kena 0-4, dengan Liverpool 3-6. Okay laa tu, ada peningkatan. Tapi aku agak terkilan ketika Safee Sali jaringkan gol ketiga nampak dia memang nak lari ke arah fans, tapi tak jadi. Rupa-rupanya ada sebab perkara itu terjadi. Ini jawapannya apabila menjawab soalan wartawan sejurus perlawanan petang tadi, "Saya tidak tahu saya mahu meraikan jaringan saya tadi dengan siapa, saya keliru, saya keliru, jadi saya meraikan bersama rakan rakan seperjuangan saya".
Dalam perlawanan petang tadi dia dapat menjaringkan 2 gol iaitu gol kedua dan ketiga. Terbaek bro! Sebelum itu Malaysia dijaringkan oleh ketua pasukan Malaysia, Safiq Rahim. Yang menariknya bagi aku, mengikut rekod pertemuan dengan kelab BPL, semuanya dijaringkan oleh pemain Selangor.

Pada 2009, Malaysia menentang Manchester United - 2 gol Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahyah.
Dan perlawanan tadi  Malaysia menentang Liverpool, jaringan pertama Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim yang juga pemain Selangor. Manakala jaringan yang kedua dan ketiga oleh bekas pemain Selangor yang kini bermain untuk salah sebuah kelab bolasepak di Indonesia, Pelita Jaya FC, Safee Sali. 

SYABAS MALAYSIA!!! Kalian telah menunjukkan bahawa kalian mampu menyaingi mereka. Cuma kita tewas di bahagian kelajuan tempo permainan mereka. Tahniah Harimau Malaya. Kami setia bersamamu. Tak dapat dinafikan mereka memiliki kelebihan itu. Keseluruhannya pemain dapat menunjukkan peningkatan, cuma kesilapan-kesilapan kecil yang terus dihukum pihak lawan.

MALAYSIA @ HARIMAU MALAYA
~Tanah Tumpahnya Darahku~

15 July 2011

Malaysia 0 - Arsenal 4

Yeah! datang lagi dengan entri baru. Hmm, petang-petang camni cerita ape yang best hah? haaa. Cerita pasal bola laa kan.

Rabu lepas 13 Julai 2011, jam 8.45... Pasukan Malaysia bertemu dengan Arsenal di stadium Bukit Jalil. Agaknya semua dah tahu keputusannya kann? 4 berbalas 0, Arsenal yang 4 - Malaysia yang 0. Wallaweyh.. kenduri nampak. Pada mulanya ingat Malaysia dapat fight dengan Arsenal, rupa-rupanya Malaysia tak mampu menahan asakan daripada The Gunners.

Malam tu punya lahh aku semangat cari kat restoran-restoran yang ada Astro sebab nak tengok game ni, tapi takde. Aku dah cakap awal-awal Astro Arena tak ambek. Tapi member semua cakap Astro ambek, sebab ade iklan pasal EPL ASIA TOUR 2011. Tu pasal gagahkan gak keluar nak tengok, tapi takde. Tak kesah lahh takde pon, sebab result tahu gak ikut internet. Tengok-tengok kena ratah 0-4. Fuhh.. Kesian Malaysia.

Tapi pagi tadi tengok siaran ulangan game tu memang selayaknya laa Malaysia kena tu. Bukan apa, Malaysia tak dapat main pada tahap yang sebenar. Mungkin players Malaysia gugup jumpa dengan players bertaraf bintang dunia. Aku tengok game tu pun players Arsenal tak main betul-betul, kalau tak kenduri besar dorang. Malaysia memang masih belum menandingi mereka. Apepun tahniah pada pemain-pemain Malaysia sebab bekerja keras sepanjang 90 minit atas padang tu. Kami sentiasa menyokongmu Harimau Malaya.

Takpe, esok ade game dengan Liverpool plak. Aku rasa dengan Liverpool ni Harimau Malaya dapat memberikan saingan sengit. Common players Malaysia !!! Kami semua sentiasa bersamamu walau jatuh bangun.