27 December 2013

Broga Mu Takyah Tunggu, Kami Telah Tawan!

24 Safar 1435


Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua. 

Pada 22 Safar 1435 lepas bersamaan 25 Disember 2013, telah aku tawan Bukit Broga bersama teman-teman. Kumpulan kami ada dalam 10 orang.
Asalnya perancangan untuk ke Bukit Broga ini dah lama sebenarnya, tapi masa macam bagi tak bagi je. Akhirnya terlaksana juga hajat untuk menawan Bukit Broga ini. Syukur, Alhamdulillah. Semuanya kita sandarkan pada Allah. Kebetulan pagi Selasa tu, dalam kelas masa presentation BEL serentak Mior dengan Marwan ajak kawan perempuan pergi sekali dan mereka pun on je maka lepas balik present tu terpaksalah cari kereta sewa.

Kebetulan ada, maka okayy laa kann. Pastu rancang punya rancang nak gerak 3 kereta. kejap 4 kereta. kejap 5 kereta. ye laa, kami jangkakan satu kelas nak pergi dan kereta pun dah ada 5. tapi lepas Maghrib hari tersebut, satu per satu cakap tak jadi pergi. perghhh cakap kau. yang tak jadi tu plak tuan punya kereta, yang memang kita harapkan dia bawak kereta dia. Tapi bernasib baik orang yang diajak pun tak jadi pergi. Maka tinggallah 10 orang yang pergi dan kereta 2 buah. Memang ngam-ngam laa kata orang.

Aku rancang gerak pukul 3, tapi itu ini itu ini dalam pukul 3.15 keluar dari rumah. Pastu ambik kawan perempuan lagi, dan aku cakap pada mereka paling lambat dalam pukul 4 pagi tu dah kena naik lebuhraya. Kurang lebih pukul 4 pagi tuu memang dah masuk lebuhraya. Mujurlah masa tak lari mana. Tapi dalam hati risau juga sampai lambat. Sebab dah laa tak tahu jalan. Memang ikut GPS je laa.

Sampai-sampai dalam pukul 5 lebih pastu apa lagi, Bukit Broga Mu Tunggu Kami Tawan! hehe. Dengan perasaan excited bercampur cuak, aku gagahkan langkah untuk tawan Bukit Broga itu.
Tengok gambar atas ni, baru sikit dah mengah dorang. Ni baru awal lagi ni. Hahaha. Mencabar tak mencabar laa naik ni. Tapi semangat anak Malaysia ini tertanam dalam setiap jiwa dalam kalangan kita, maka kami tetap teruskan perjalanan menuju puncak. Apa nak jadi, jadi laa. Hehe. Takde laa gitu. Kalau dalam kalangan kami ada yang tak larat, kami berhenti dulu. rehat dulu. Ambik tenaga dulu. Itulah semangat setia kawan yang mesti ada dalam hal-hal macam ni.
Tengok Atie tuu. Dia laa orang yang paling letih dalam misi menawan Bukit Broga ni. Hehe. Kesian atie tercungap-cungap nak sampai puncak. Risau juga awal-awal takut atie tak larat nak naik. Takkan nak tinggalkan atie kat bawah sorang-sorang, memang tak laa. Tapi nasib baik semangat atie kuat. Dah laa dia demam beberapa hari lepas. Badan mesti tak cergas lagi. Harap-harap balik tuu badan atie terus sihat.

Lepas tuu, mendaki laa kami semua. Satu per satu kita tawan. Mujur perjalanan lancar. Yang aku nampak kat sini memang semangat kita yang membuatkan kita mampu untuk teruskan perjalanan. Kalau ikut letih dan tak larat, memang dah tersadai tengah jalan dah. Semangat tuu penting.
Tengok aksi-aksi mereka yang begitu bersemangat untuk menawan Bukit Broga ini. 




Dalam pukul 6 lebih macam tuu kott sampai atas. Bila tengok pemandangan bawah, bapak goyang. Tinggi gila kott. Tu baru Bukit Broga, belum lagi bukit lain atau gunung-gunung ke. Itu pun dah mencabar aku rasa. Tapi memang situ jadi tumpuan orang ramai laa. Ramai kott yang naik Bukit Broga tu. 

Dah sampai atas tuu agak lama jugak laa ambik masa bertenang. Rehatkan diri sebelum sambung turun balik. Ambik gambar dorang puas-puas. Ye laa tak tahu pulak bila boleh sampai sini lagi kann. Jadi ambik laa gambar sebanyaknya jadikan kenangan.



Tengok atie tuu, suka sangat buat muka comel dia. Mana tak banyak gambar dia aku tangkap. Yang din ni memang pandai bergaya. Orang pandai buat gaya lagi suka laa aku ambik gambar. Bukan senang beraksi spontan depan kamera.
Dah tenang semua. Dah kumpul tenaga. Maka kami mulakan perjalanan untuk turun semula. Weyyy cakap luu. Goyang beb nak turun tuu. Dah laa tapak kasut aku haus, dengan tanah licin pulak berembun kann. Memang melatah-melatah laa dibuatnya. 

Ni aksi mereka dalam menuruni Bukit Broga tuu.










Naik Bukit Broga ni takde hal lagi bagi aku. Memang favourite aku laa kann. Bab-bab ekstrem macam ni suka laa. Berlari sana, melompat sini, tapi masalah bila turun. Fuhhhhh!!! Memang gila aku rasa. Lutut aku dah menggigil gila kott. Tapi aku pelik yang dorang ni pulak okayy jer, lagi-lagi atie tuu. Takde pulak dia mengah. Aku ni yang banyak tersadai tepi. Tapi disebabkan dorang lajuuu jer turun terpaksa aku ikut rentak dorang. Aku rasa kalau lutut aku terkeluar memang dorang kena angkut aku turun laa. Nasib baik kukuh lagi lutut ni.

Ni gambar masa kami semua dalam perjalanan menuruni Bukit Broga ini. Jumpa batu, bergambar kat batu tu. Memang cun.
Dah penat sangat dah atie masa ni. Ni masa dah sampai puncak.
Itu sahaja yang dapat aku lakarkan cerita dalam entri kali ini. Siapa yang belum pergi Bukit Broga ini, disarankan untuk pergi. Best sangat. Mencabar memang mencabar. Aku rasa dalam hidup aku ini yang paling mencabar aku pernah rasa dan aku mana pernah naik bukit-bukit macam ini apatah lagi gunung. Tapi jika ada kesempatan orang ajak memang aku ikut.

Tapi lagi best jika satu kelas dapat pergi sama-sama. Apa boleh buat, masing-masing ada hal. Ini saje yang dapat pergi sama-sama. Harap bila-bila boleh kita buat lagi event macam ini untuk sama-sama gi. Bukan senang nak beriadah bersama-sama. Lagi pun waktu seperti inilah yang perlu kita sama-sama beraktiviti dalam mengukuhkan tali ikatan setia kawan. Daripada sini kita dapat bina ikatan ukhwah yang mana untuk dijaga sampai ke akhir hayat.

Itu sahaja buat kali ini dan ada satu mesej yang aku bawak semasa sampai di puncak Broga tuu. Ni dia simbol R4BIA untuk rakyat Mesir dan seluruh umat Islam. Mesej perjuangan ini khas untuk semua umat Islam dalam dunia ini untuk tidak leka dalam semua hal. Matlamat hidup kita untuk mencapai kegemilangan semasa di akhir. Allah dan Rasul matlamat hidup kita sebenar. Mesir, Syria, Palestin, Rohingya, dan seluruhnya. Aku akan tetapkan mendoakan kalian semua untuk terus berjuang dalam memperjuangkan akidah dan syariat Islam.

Sekian. Wallahu'alam.

22 December 2013

Andai Ku Tahu, Malaikat Akan Menjemput Ku

19 Safar 1435H

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua...

Istilah 'kawan' itu wujud apabila kita sudah bertentang mata dan mengenali satu sama lain samada melalui perkenalan di kawasan kejiranan, perkenalan di pusat menimba ilmu, perkenalan di kawasan tempat bekerja, dan bermacam lagi. Istilah kawan juga boleh diterjemah walau kita tidak pernah bertentang mata apatah lagi mengenali antara satu sama lain. Inilah perkenalan melalui laman media sosial yang paling sinonim dengan masyarakat hari ini. BAHAYA!!! itu BAHAYA... bagi aku...

Melalui pandangan diri aku sendiri, kawan-kawan yang aku miliki agak ramai tetapi akan aku asingkan menjadi sahabat bagi yang terpilih. Bagi pandangan aku sahaja, kawan-kawan yang aku golongkan sebagai sahabat ini mereka yang telah aku merasai senang dan susah bersama mereka. Tapi apabila mahu mengenali kawan ialah apabila kita senang sahaja mereka ada, tidak pula semasa kita dalam kesulitan.

Pada golongan sahabat inilah yang akan aku ambil berat pasal mereka kerana pada golongan inilah telah wujud perasaan sayang aku pada mereka kerana Allah. Disebabkan perasaan sayang itulah apabila mereka susah aku perlu bersama dengan mereka untuk merasai apa yang mereka rasai dan kalau boleh selesaikannya. Apabila mereka dalam keadaan gembira, aku juga perlu ada bersama mereka untuk bergembira bersama-sama mereka. Tidak ada sebarang alasan untuk aku melarikan diri daripada mereka apabila mereka berada dalam kedua-dua situasi itu melainkan memang tak dapat dielakkan.

Dalam perhubungan silaturrahim inilah perlu ada rasa hormat-menghormati antara satu sama lain agar tidak wujud perasaan kurang senang mana-mana pihak. Tetapi bagi aku, jika mereka melakukan apa-apa yang menampakkan mereka mementingkan diri dalam situasi tertentu tidaklah aku terus membuang nilai persahabatan itu tetapi aku lebih memandang dari arah positif iaitu itu memang perangai dan sikapnya yang aku sendiri tidak mampu ubah dengan sekelip mata. Namun perlunya kita bijak dalam menangani situasi seperti ini untuk kita bersikap positif dan tidak membalas sikapnya itu dengan harapan mereka belajar memahami bagaimana untuk tidak bersikap sedemikian.

Ada juga dalam golongan itu yang berlalu pergi begitu sahaja tanpa mengatakan apa-apa. Tetapi bagi aku, mereka telah menjumpai kehidupan lebih baik untuk mereka meneruskan hidup. Aku tidak pun berkecil hati pada mereka yang bertindak demikian. Jika mereka datang semula mencari aku, aku tetap menganggap mereka itu sahabat terbaik yang pernah aku miliki.

Wahai sahabat-sahabatku. Aku menyayangimu sebagaimana aku menganggap kalian sebahagian daripada keluargaku. Kadang-kadang ada perkara yang aku ingin mengajak kalian bersama tetapi aku gagal untuk melawan perasaan itu seperti mengajak kalian ke tempat majlis-majlis ilmu. Aku merasakan aku tidak kuat untuk mengajak kalian ke tempat-tempat seperti ini kerana aku risau kalian tidak selesa keadaan itu. Namun jauh di sudut hati ini untuk kita bersama-sama menimba ilmu akhirat untuk bekalan kita kesana nanti. Kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang aku sayangi, aku lebih menghargai kalian apabila kalian mampu menegur kesilapanku dan perkara yang tidak baik aku lakukan BERBANDING kalian senyap dan bersetuju dengan tindakan aku yang melanggar syariat Islam.

Buat pengetahuan kawan-kawan dan sahabat-sahabat, jika kalian ada merasakan kalian membuat salah kepadaku dan bersangka aku berdendam dengan kalian maka lupakanlah. aku sentiasa tidak menyimpan dendam tetapi aku akan memaafkan semua salah orang terhadapku. aku lebih inginkan kita mudah untuk urusan akhirat. andai aku tidak memaafkannya, aku yakin mesti ada pihak yang sukar dalam melepasi azab kubur itu nanti. maka kerana sayangku pada semua, aku akan memaafkan kalian setiap tindakan kalian yang kadang-kala tidak aku senangi. maka dengan itu juga, aku ingin memohon kepada kalian untuk memaafkan aku jika ada tindakan aku membuatkan kalian tidak menyenanginya. aku juga ingin dipermudahkan urusanku di akhirat nanti. maka maafkanlah jika ada salah dan silapku dalam kehidupan kalian.

sengaja aku catatkan diruangan ini untuk ia menjadi rujukan andai aku dijemput Allah nanti. aku tidak tahu bila malaikat mahu mencabut nyawaku. mungkin kejap lagi, mungkin esok, mungkin tahun depan, mungkin lima tahun lagi. itu semua rahsia milik Allah. tetapi aku mengambil langkah awal ini supaya kalian yang membacanya dapat apa yang ingin aku sampaikan. akhir kata, bertaqwalah kita kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Tegurlah aku jika aku melakukan kesilapan kerana itulah sahabat yang terbaik bagi aku.

Sekian. Wallahu'alam...

21 December 2013

Nak Masuk Syurga Tanpa Ujian?

18 Safar 1435H

Assalammualaikum dan salam perjuangan kepada pembaca.


Syukur pada Allah yang masih menghidupkan kita setelah kita dimatikan sementara sepanjang malam tadi. Selawat dan salam ke atas penghulu terulung kita Rasullullah S.A.W. dan keluarga baginda Rasullullah S.A.W. serta sahabat-sahabat baginda Rasullullah S.A.W.


Melihat kepada tekanan kos sara hidup masyarakat kita hari ini semakin meningkat, tidak lain dan tidak bukan kita kembali kepada Allah. Sememangnya kita tidak bersetuju dengan pemerintah hari ini yang menekan kos hidup masyarakat tetapi paling utama adalah kembalikan situasi ini kepada Allah. Rasullullah S.A.W. ada mengingatkan kita apabila datangnya sebuah pemerintah yang zalim, itu merupakan antara tanda kiamat. Jika diamati daripada sudut pandangan Islam, perkara ini kita tidak boleh lari kerana ia telah disabdakan Rasullullah S.A.W. sendiri dan setiap kata-kata Baginda Rasullullah S.A.W. adalah yang benar belaka.


Bantah memang kita perlu bantah, benci memang kita perlu benci. Tetapi jangan bantah dan benci semata-mata tetapi harus dengan niat kerana Allah. Seperti mana yang berlaku di Palestin, Mesir, Syria, dan seluruh dunia yang umat Islamnya ditindas. Adakah mereka perlu mendiamkan diri sahaja tanpa melawan? Itu tidaklah seperti apa yang Islam sarankan. Sedangkan arahan ibu bapa yang menyuruh kita melanggar syariat Islam pun tidak wajib kita turuti, inikan pula pemerintah. Ada beberapa ustaz-ustaz yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang mengharamkan kita melawan kerajaan, tetapi ustaz-ustaz tersebut tidak menceritakan kriteria kerajaan apa yang dimaksudkan kita haram melawan?


Kita ambil contoh di Mesir, kerajaan yang memerintah di Mesir sekarang adalah kerajaan haram As-Sisi yang merampas kuasa daripada kerajaan sah Dr. Mursi. adakah rakyat Mesir perlu patuh pada pemerintah As-Sisi tersebut? Kita pergi ke Palestin pula, Israel laknatullah menguasai sebahagian tanah Palestin dan mereka menyerang membabi buta rakyat Palestin untuk mereka meluaskan tanah jajahannya. Adakah haram rakyat Palestin untuk bangkit melawan? Mari kita lihat Syria pula. Mereka juga sedang dikuasai oleh kerajaan Syiah Bashar Assad yang semakin menggila membunuh umat Islam yang berfahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Adakah umat Islam di sana perlu mendiamkan diri untuk terus taat?


Situasi mereka dengan kita berbeza. Ujian umat Islam di Palestin adalah dengan Israel laknatullah. Ujian umat Islam di Mesir adalah dengan golongan sekular yang sebangsa dan seagama dengan mereka. Ujian di Syria pula adalah dengan golongan fahaman Syiah. Lihatlah! Lihatlah wahai sahabatku! Lihatlah wahai pembaca! Umat Islam seluruh dunia sedang ditekan. Belum lagi bercerita keadaan umat Islam di Myanmar, Kashmir, Iraq, Bosnia, Afghanistan. Tetapi ujian kita adalah mempunyai pemerintah yang zalim dan menindas rakyat.


Sedarlah wahai sahabat-sahabat dan para pembaca. Doa orang-orang yang dizalimi antara doa tanpa hijab. Doa orang dizalimi terus didengari oleh Allah. Bersangka baiklah dengan Allah jika apa yang kita doa tidak jadi serta-merta, malah anggaplah Allah lebih sayang pada kita supaya kita terus berdoa kepada-Nya. Lihat sahaja Palestin. Sudah berpuluh tahun diserang Israel. Adakah kerana kita umat Islam tidak berdoa? Mustahil. Adakah sebab doa kita Allah tidak terima? Tetapi inilah ujian Allah buat hamba-hambaNya yang terpilih yang mahu memandang ini adalah ujian daripadaNya.


Pasti kita pernah dengarkan ayat “ Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).  - ( Al-Baqarah: 214 )


Yakinlah dengan firman Allah tersebut. Ada lagi Allah berfirman yang boleh kita jadikan renungan bersama untuk kita meletakkan segala-gala pada Allah. Firmannya : “ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… - ( Al-Baqarah: 286)


Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat pada yang membacanya. 


Sekian. Wallahu'alam.

14 December 2013

Signal Alam

11 Safar 1435H

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua.

Sungguh! Sungguh! Sungguh! Sungguh sebenarnya sesiapa yang ingin membawa obor Islam dalam kehidupannya akan mendapat kecelakaan hidupnya. Itu kata manusia, namun tidak bagi Allah. Allah sentiasa bersama hambaNya yang istiqamah membawa obor Islam dalam hidupnya.
Semalam dunia Islam digemparkan dengan hukuman kejam, gantung sampai mati oleh kerajaan Bangladesh ke atas Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e Islami Bangladesh iaitu Abdul Quader Molla. Hukuman tersebut dicipta atas fitnah ke atas as-Syahid yang mempertahankan keadilan rakyatnya. Hukuman asalnya adalah penjara seumur hidup telah ditukar kepada hukuman gantung sampai mati merupakan agenda jahat golongan-golongan yang membenci Islam di negara tersebut sedangkan yang menjatuhkan hukuman itu merupakan orang yang sebangsa dan seagama dengan as-Syahid.

Buat penyokong-penyokong Jamaat-e Islami Bangladesh dan keluarga as-Syahid, bersabarlah dengan ujian Allah ini. Dunia hanyalah pentas lakonan manusia semata-mata dan yang kekal hanya kehidupan akhirat. Moga arwah Abdul Quader Molla digolongkan bersama roh pejuang-pejuang agung yang mati syahid di jalan Allah. Moga kalian istiqamah untuk terus mengibarkan syiar Islam disana dalam menegakkan keadilan.

MANAKALA.....

Iklim dunia sudah menjadi celaru. Celaru sebab apa? Sebab tidak seperti kebiasaan. Namun disitu manusia perlu ambil peringatan atas setiap yang berlaku. Setiap perubahan alam yang berlaku merupakan peringatan Allah kepada manusia untuk mengambil pengajaran daripadanya. Kini di Mesir, salji mula turun memenuhi kawasan-kawasan disitu seperti Cairo, Beheira, dan Sinai. Mengikut sejarah, terakhir salji turun ini berlaku pada 112 tahun yang lalu namun ia kembali pada ketika ini. Apakah signal atau pengajaran yang Allah cuba tunjukkan? Itu di Mesir.

Tetapi tahukah kita di Syria juga menghadapi situasi yang sama? Mereka lebih terseksa kerana tekanan nyawa dan keadaan iklim sejuk yang menyelubungi mereka. Disaat nyawa mereka bila-bila masa diragut oleh golongan puak zalim Syiah Basyar Assad, mereka juga terpaksa mencari tempat tinggal untuk mereka berlindung daripada kesejukkan cuaca disana. Setakat ini dicatatkan lebih 3 bayi telah mati kerana kesejukan. Suhu mereka disana mencecah -20 selsius. Yaa, NEGATIF. Disini ingin juga penulis mengajak kepada semua manusia yang memiliki harta lebih untuk turut menyumbangkan duit, baju sejuk, toto dan selimut kepada rakyat Syria. Mereka sangat memerlukan bantuan manusia lain. Semakin banyak kita memberi bantuan kepada orang, semakin Allah tambah rezeki kita. YAKINLAH...
Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun MAYBANK GABUNGAN SALAM SYRIA dengan nombor akaunnya 5622-1820-7666. Bagi maklumat lanjut boleh terus ke mukabuku https://www.facebook.com/MLL4S dengan info-info terkini akan diupdate masa ke masa. Situasi sama turut berlaku di Gaza, Palestin. Salji sudah memenuhi tempat-tempat disana. Masjid kubah kuning disana turut diselaputi salji.
Akhir kata, janganlah kita berpaling dari jalan Allah. Buat jahat macam mana pun kita, yakinlah tentang balasan Allah. Sesungguhnya pintu keampunan dan pintu taubat masih lagi terbuka luas.

Sekian.

17 November 2013

Dunia Terletak Pada Diri Sendiri

Assalammualaikum dan salam perjuangan....

KEMANUSIAAN. Rasa-rasa zaman sekarang ini laa kann, nilai kemanusiaan tu ade tak dalam diri setiap individu? Jika dilihat dengan mata kasar, nilai kemanusiaan itu seperti telah tiada pada masyarakat harini dari sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesar-besar perbuatan. Zaman sekarang masyarakat yang ada ini lebih mementingkan diri sendiri berbanding mementingkan kebersamaan.

Sebagai contoh, kita duduk serumah dengan kawan kita. Kita tahu kawan kita ada sidai baju hari tuu. Tiba-tiba hujan mula rintik-rintik, tapi kita buat tak endah je untuk tolong ambilkan ke, tolong panggil kawan kita tu untuk ambil baju ke. Sampailah hujan dah lebat baru kawan kita tuu tersedar atau teringat yang dia ada jemur pakaian. Tapi time tuu memang dah kuyup balik laa baju kawan kita tuu.

Kadang-kadang benda semudah tuu pun masyarakat kita macam takde hati dan perasaan kann? Tu sebab digelar tiada kemanusiaan. Kalau betul manusia mesti ada hati, ada perasaan. Kita tahu kawan kita sidai baju tuu untuk kering, bukan untuk kuyupkan. Tapiiii..... tu lahh hakikat zaman sekarang ini kann.

Mungkin itu musibah pada masyarakat kita hari ini. Hati ni dah digelapkan sangat dengan wayang dunia. Ternyata Yahudi berjaya memasukkan jarum-jarum halus dalam darah umat Islam. Tu baru sesama umat Islam, tuu baru cerita serumah. Cuba lihat bagaimana kemanusiaan kita antara Islam dan Bukan Islam? Bagaimana kita dengan masyarakat di luar sana? Lagi lahh hilang nilai kemanusiaan itu.

Kadang-kadang kita nampak orang minta derma, tangan kudung, kaki kudung. Ada kita nak bagi duit? Jangan kata RM50, RM10 pun tak. Jangan kata RM10, seringgit pun menggigil nak bagi. Dah laa tak bagi, dikutuk pulak orang tuu. "apa laa nak mintak derma jerr.. usaha laa sikit, carik kerja ke, berniaga ke..", masyarakat kita hari ini.

Tu laa sedikit sebanyak yang dapat ditulis dalam dinding blog ini. Penulisan ini khusus buat diri aku, apabila aku menulis, aku sedang berkata-kata pada diri aku sendiri. Bila terluang masa untuk bukak blog ni, akan terbaca entri-entri ini sekaligus menyedarkan dan mengingatkan aku semula. KALAU KITA NAK BAIKI DUNIA, KENA BAIKI MANUSIA. KALAU KITA NAK BAIKI MANUSIA, KENA BAIKI HATI. KALAU KITA NAK BAIKI HATI, KENA BAIKI SOLAT. jadi apabila solat itu kena baiki, maknanya ia terletak pada diri kita sendiri. jika kita jaga solat, insyaAllah hati akan baik. apabila semua orang hati baik, manusia atau masyarakat itu jadi baik. apabila manusia jadi baik dunia akan baik dan selamat.

sekian.

13 November 2013

Agar Tidak Menyamai Yahudi

Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua.

waaa... dah tersangat lama tak luangkan masa untuk berblog ni. sebenarnya dah takde idea nak tulis ape. ape pon kita sekarang dah melangkah masuk ke tahun baru Islam, 1435H. harini pun sudah hari yang kesembilan tahun baru (9 Muharram), dan sebagaimana semua ketahui esok merupakan hari Assyura yang mana majoriti umat Islam akan mengambil tarikh itu untuk berpuasa sunat seperti yang disarankan. 

tetapi harus juga kita ketahui bahawa kaum Yahudi turut akan berpuasa pada esok hari, maka sebab itulah Rasulullah S.A.W. menggalakkan umat Islam perlu berpuasa lebih daripada sehari iaitu tidak hanya pada 10 Muharram itu sahaja tetapi harus diapitkan pada 9 Muharram juga. untuk keterangan lanjut, lihat gambar dibawah.
ada juga orang mengatakan boleh juga diapitkan dengan 11 Muharram iaitu selepas hari Assyura. dengan syarat ia tidak menyamaikan dengan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja. Moga entri bermanfaat untuk semua.

sekian.

15 August 2013

Manusia, Darah dan Air Mata

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua.

Hasbunallah wani'mal wakil, wani'mal maula, wani'mal nasir.
Hasbunallah wani'mal wakil, wani'mal maula, wani'mal nasir.
Hasbunallah wani'mal wakil, wani'mal maula, wani'mal nasir.

Pilunya hati ini apabila melihat saudara-saudaraku di Mesir sekali lagi dibunuh beramai-ramai tanpa sebarang sebab yang kukuh. Apakah dosa mereka yang sedang berkumpul di situ sedangkan mereka berhimpun bagi menuntut sebuah keadilan dimana Presiden Mesir yang telah dipilih melalui demokrasi digulingkan oleh tentera-tentera Mesir? tak lain dan tak bukan ini adalah merupakan agenda Syiah, Yahudi, Israel, & sekutunya untuk membersihkan bumi daripada di huni oleh manusia beragama Islam berfahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Bertambah sedih dan hiba hati ini apabila melihat dunia Islam lain membisu sejuta bahasa tanpa menghulurkan sebarang bantuan atau tindakan untuk mempertahankan saudara-saudara Islam kita diratah oleh manusia yang bertopengkan syaitan. Taknak pergi jauh, lihatlah sahaja Malaysia negaraku yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam oleh pemimpin kita. Apa yang mampu kita lakukan? Bukan mampu, apa yang telah negara kita buat?

Dari dulu negara Iraq diserang, apa yang kita telah buat? Palestin? apa yang kita dah buat? Gaza? Apa yang Malaysia telah buat? Terbaru Syria. Apa Malaysia telah buat? Apa pun kerajaan kita diam membisu tunduk menikus dengan musuh-musuh Islam itu. Takyah cakap negara sebesar itu, Libya, Somalia, Burma. Mana bantuan Malaysia. cuma yang ambil langkah kedepan NGO-NGO dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sahaja yang bertindak berjaya memasuki negara-negara Islam yang bergolak ini melalui pintu-pintu kecil dimana nyawa umpama telur dihujung tanduk.

Melihat situasi masyarakat kita juga semuanya buat endah tak endah. masih lagi mengejar hiburan melalaikan sana sini, para remaja majoritinya rosak akhlak, anak luar nikah bersepah. itu baru yang terlepas benih? yang pandai jaga apabila melakukan seks bebas? hancur! hancur! generasi aku memang hancur! yang setakat main geli-geli? yang jenis couple till jannah laa menggelabah semua ni? rosak! rosak! terus terang generasi aku memang dah rosak! jadi tinggallah yang minoriti yang sanggup korbankan harta dan tenaga demi melihat Islam itu sendiri tertegak di muka bumi ini khususnya Malaysia. Kalau salah semua ini boleh ditujukan pada sesiapa memang kerajaanlah aku persalahkan. jangan sembang pasal benda lain. tengok dulu bab agama.

sejauh mana kerajaan kita berusaha menyebarkan agama Islam ini? tak payah setakat sambutan Maulidur Rasul, Nuzul Quran, Maal Hijrah, Awal Muharam. itu tahap gampang aku boleh bagi. surau-surau, masjid-masjid mana yang dibenarkan para ustaz & ustazah beri ceramah? 50 tahun kita merdeka. hanya Kelantan surau & masjid dipenuhi majlis ilmu. sebab tu rakyat Kelantan kekal sejahtera dibawah pemerintahan PAS. alhamdulillah Selangor & Penang juga kekal. ini kerana apabila majlis-majlis ilmu tidak disekat, masyarakat tahu mana golongan yang batin mana golongan yang haq.

ayuh marilah kita bersama berubahlah! berubahlah! berubahlah ke arah yang lebih baik. tinggalkanlah yang mungkar. tinggalkan nikmat dunia yang sementara. tetapi gunakanlah nikmat dunia untuk mendapat kehidupan selesa di akhirat. DEMI ALLAH! DEMI ALLAH! DEMI ALLAH! hanya agama Islam merupakan agama yang diterima Allah. hanya orang-orang yang kehidupannya mengikut al-Quran dan as-Sunnah sahaja yang diterima Allah. YAKINLAH! YAKINLAH! YAKINLAH DENGAN ISLAM!

"malam yang hening ini, aku terpaku dicelah rasa hiba, geram, marah, simpati, dan serba serbi berbaur rasa. semakin aku dengar, semakin aku lihat, semakin aku bayangkan, semakin pedih terasa hingga ke ulu hati. rasa nak tulis, rasa nak hentam, rasa nak bantai dan bermacam lagi rasanya. buka fb ada yang bertanya nak buat apa nih? apa yang boleh kita tolong bro! soalan begini membuat hati ku makin terhiris. sebenarnya aku sama seperti yang lain, berjuta bahkan ratusan juta redha menjadi penonton seperti menonton gusti di restoran, yang kuat bantai sampai mati dan kita bertepuk tangan bersorak sambil menambah segelas teh tarik. aku tak mahu begitu bahkan aku benci untuk disamakan begitu. wahai saudaraku. sejujurnya aku katakan "aku ingin bersama mereka". biar berkecai tulang belulang ku dibumi itu, biar bersimbah darah syuhada' mengena pada batang tubuh ku, biar ku papah mereka ke tepi jika aku hidup atau mereka memapah ku ke tepi, biar musuh kemulian insan malu kerana membakar tubuh ini dihadapan kamera media barat dan timur. biar kaum sekular kenal erti kemulian insan, biar kaum sosialis tahu nilai kemanusiaan, biar kaum nasionalis tahu makna pengorbanan untuk watan, biar kaum diktator terketar geram, biar si munafiq sedar masa mereka semakin singkat untuk berkilas, biar saudara-mara ku kenal apa itu Islam, biar saudara-mara ku kenal apa itu dakwah, dan biar saudara-mara ku kenal apa itu jihad. wahai saudaraku di Mesir, aku insaf dengan khabar dari mu yang mengharum semerbak sehingga ke pelusuk dunia".

sekian.

20 June 2013

Exam Mood

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua...

Minggu ini merupakan minggu terakhir tempoh pembelajaran. Pejam celik pejam celik, minggu depan dah nak final. wallawweyy... Goyang jugak rasa. Belajar macam tak belajar jer. Tau-tau nak final. Moga aku dapat melakukan yang terbaik untuk final ini. Terus-terang memang tak bersedia langsung belajar kali ini. Apa pun aku tak dapat nak lari daripadanya, jadi apa boleh buat? Bersedialah menghadapinya dengan persiapan sehabis baik.

QS...       QS...      QS...       QS...       QS...       QS...       QS... 

cukup 7 kali dah sebut. harap sebati dengan diri ini. haha. rasa macam giler je ambik course ni. tawakkal laa brader. nak seribu daya, taknak seribu dalih. betulkan niat semula semua ini lillahi ta'ala...


sekian.......

13 June 2013

Matikan Kami Dalam Iman Yang Sempurna

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua.

Kebanyakkan orang jumpa aku mesti orang cakap "nas.. kau ada masalah ke?". Apabila persoalan itu ditanyakan pada aku, aku mesti agak lambat menjawab persoalan tersebut. Sebenarnya aku tak faham apa sebab mereka boleh cakap begitu? Aku beranggapan mereka melihat dari air muka aku. Mungkin persoalan-persoalan kecil yang timbul dalam hati ini cepat diterjemahkan melalui tindak balas muka.

Tetapi persoalan-persoalan kecil itu bukanlah melibatkan masalah diri malah aku sering memikirkan masalah-masalah yang sedang menyerang masyarakat kita dan masyarakat dunia. Demi Allah! Aku sangat gerun dan takut melihat suasana manusia zaman sekarang. Aku takut turut terikut perangai, sikap, dan akhlak mereka yang tidak menepati syariat Islam. Kepada Mu Ya Allah aku bersandarkan harapan agar Engkau peliharalah akidah dan akhlak aku, ibu bapaku, adik-beradikku, sahabat-handaiku, guru-guruku, pemimpin-pemimpinku, dan semua muslimin yang masih hidup untuk berada di jalan yang betul iaitu agama Islam. sesungguhnya aku takut apabila aku, ibu bapaku, adik-beradikku, sahabat-handaiku, guru-guruku, pemimpin-pemimpinku, dan semua muslimin dipanjangkan umur untuk bersama semasa zaman turunnya dajjal. itulah sebesar-besar cabaran yang paling getir kerana ketika itulah akidah kita benar-benar tercabar.

Aku sangat sedih melihat masyarakat kita hari ini. Aku masih mencari-cari, apa sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah mereka tidak beriman dan yakin pada kalam Allah? Adakah mereka tak tahu apa tujuan mereka dihidupkan? Sehinggakan sampai satu masa aku give-up untuk sambung belajar kerana aku merasakan apa yang aku belajar itu hanyalah ilmu dunia. Kalau boleh sepanjang masa aku nak belajar ilmu akhirat, beramal, tolong ibu bapa, tolong mana-mana orang yang susah. Senang cerita aku nak gunakan anugerah tubuh badan yang sihat ini untuk mengaut sebanyak mungkin pahala untuk bekalan aku sendiri menuju akhirat kelak.

Namun aku pujuk kembali hati ini untuk terima keadaan cabaran ini sebagai ujian Allah untuk aku dan menuntut ilmu itu juga merupakan kewajiban bagi setiap penganutnya. Dalam keadaan pasrah aku cuba terima untuk belajar ilmu duniawi ini semua. Aku merasakan hidup ini sudah tak panjang lagi, aku takut apabila nyawa aku dijemput Allah, bekalan yang ada tidak mencukupi untuk melayakkan aku menjejaki syurga Mu Ya Allah. Itulah setiap kali aku tak dapat memikirkan kewajaran aku untuk belajar ini, aku akan kembali mendekatkan diri pada Mu Ya Allah. cekalkanlah hati hamba Mu ini Ya Allah. Aku sangat teringin untuk mati di medan jihad bersama-sama saudara-saudaraku di seluruh dunia yang sedang mempertahankan dan mendaulatkan syariat Islam ini.

Buat masa ini aku hanya mampu melihat sahaja masyarakat aku yang sedang huru-hara tak jumpa hala tuju sebenar. Aku mampu untuk berdoa sahaja agar Allah sirami hati-hati mereka untuk jadikan ajaran Islam sebagai panduan hidup. Alangkah indahnya andai satu dunia melaksanakan perintah Allah. Fuhhh! Tak dapat aku membayangkannya kerana aku yakin perkara seperti itu takkan terjadi melainkan di dalam syurga. Sebelum aku mahu melihat masyarakat kita ini ke arah mentaati dan mempraktikkan cara hidup Islam, maka akulah orang pertama yang kena lakukan. Jika diri sendiri tidak ke arah kebaikan bagaimana kita nak harapkan orang lain berubah? Sesungguhnya kita ini bukan sesempurna manusia untuk Allah tetapkan hati kita ini, ada kalanya aku sendiri lupa untuk melakukan sebagaimana yang telah Allah perintahkan. Sesungguhnya hati manusia ini cepat berubah-ubah.

Sekian...

09 June 2013

Kemenangan Berpihak Pada Islam Menjelang Kiamat

Assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua...


Semakin hari semakin ramai nyawa saudara-saudaraku terkorban dalam mempertahankan kesucian agama Islam. Paling parah sekali saudara-saudaraku di Syria. Mereka dibunuh, diseksa, dan dirogol tanpa berperikemanusiaan lagi. Nama pun musuh, pastinya nilai kemanusiaan itu sudah tiada apabila mendapat musuh di depan mata. Tetapi apa salahnya saudara-saudaraku itu diperlakukan sedemikian rupa? "Wahai Allah, sesungguh ini memang ujian dari Mu untuk kami sebagai hamba. Tetapi aku pelik dan hairan di manakah saudara-saudaraku seIslam di selururh dunia? adakah mereka hanya mahu melihat ini sebagai sebuah lakonan yang sedang dipersembahkan? atau mereka sedang bergembira hasil kemewahan dan kesenangan yang telah mereka miliki?"

BANGKITLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU SEISLAM !!! Bagi yang berkemampuan untuk menyertai ke medan jihad itu, SILAKAN. Mereka sedang menunggu kita. Bagi yang melakukan hubungan jual-beli dengan Syria, Iran, dan sekutu-sekutunya, SILA BERHENTIKAN. Bagi yang berduit dan berharta, SILAKAN melakukan derma buat mujahideen kita di sana melalui wakil yang betul. Bagi yang tak mampu ke medan jihad, tiada urusan jual-beli dengan negara-negara tersebut, dan tidak mampu menderma, BERDOALAH kepada Allah bagi kemenangan buat mujahideen kita di Syria dan tak lupa juga di seluruh dunia. Mungkin hari ini negara kita masih aman dan merdeka, mana tahu esok lusa kita juga akan jadi seperti mereka. Ayuh marilah bangkit bersama umat Islam di seluruh dunia.
"...Ya Allah, sesungguhnya jauh di sudut hati ini ingin aku turun bersama membantu saudara-saudaraku berjihad di medan perang itu. Sememangnya mati syahid itu cita-cita utamaku. Namun aku melihat cita-cita dan harapan itu terlalu jauh untuk menjadi realiti kerana banyak faktor sehinggakan aku pernah mengatakan pada mama untuk aku menyertai jihad mereka. Tetapi mama mengatakan pelihara mak ayah dahulu lebih utama daripada berjihad. Itulah menyebabkan angan-anganku itu agak terbantut. Ia sedikit pun tidak lagi mematahkan semangatku untuk terus bercita-cita mati syahid fisabilillah. Ya Allah, sesungguhnya aku mengerti kenapa keadaan ini terjadi pada seluruh umat Islam di dalam dunia ini. Umat Islam sedang ditindas oleh mana-mana pihak baik dari musuh yang jelas seperti yahudi, musuh yang berlainan pegangan seperti syiah, musuh yang berlainan agama seperti kafir, musuh yang nampak seperti sama-sama sunni tetapi menolak dan meragui hukum-hakam di dalam Al-Quran dan Hadith, menghina sunnah Rasulullah. Hal ini kerana aku sangat yakin bahawa di akhir riwayat dunia ini, ISLAM akan kembali menguasai dunia di segenap kawasan di serata dunia. aku yakin dengan janji Mu Ya Allah, Tuhan Semesta Alam..."
"...Ya Allah, aku berharap agar Engkau pimpinlah hati aku, hati-hati ibu bapa ku, hati-hati adik-beradikku, hati-hati sahabat-sahabatku, hati-hati saudara-saudara seIslamku untuk terus tetap dijalan syariat Mu ini Ya Allah. Janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami sesudah Engkau memberi nikmat dan petunjuk ini Ya Allah. Ya ar-Rahman, bantulah saudara-saudara ku yang sedang berjihad demi mempertahankan agamaMu itu. turunkanlah bantuan tentera-tenteraMu seperti mana Engkau menghantar burung-burung ababil untuk menewaskan tentera bergajah Abrahah,  seperti mana Engkau membinasakan kaum Thamud, seperti mana menimpakan azab pada penguasa yang zalim seperti Firaun. Aku beriman dengan janji-janji Mu itu Ya Allah..."


Amin Ya Rabb al-Amin. Sekian.

13 April 2013

mencapai angka 22

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua...


Alhamdulillah, semalam 12/04/2013 genap tarikh kelahiran aku untuk kali yang ke-22. syukur pada Allah masih memanjangkan usia sehingga ke saat ini. makin umur bertambah makin banyak benda yang perlu ditanggung, bukan sahaja untuk keduniaan tetapi misi utama kita iaitu mencapai keredhaan Allah untuk melayakkan kita ditempatkan di dalam syurga Allah. diharapkan semua cita-cita, impian, dan harapan akan dapat dicapai satu demi satu.



selama hidup 22 tahun ini banyak rencah kehidupan yang dirasai. itulah kehidupan sebagai seorang manusia. aku juga berharap aku dapat berkhidmat yang terbaik buat keluarga, sahabat handai, dan masyarakat sekeliling selagi nyawa dikandung badan. terima kasih kepada sahabat handai dan orang-orang yang pernah memberi bakti pada diri aku ini. moga Allah membalas semua jasa baik kalian yang pernah lakukan.



yakinlah janji Allah bahawa walau sebesar zarah pun amalan yang kita kerjakan di dunia ini pasti akan dihitung di akhirat kelak. sebab itulah pada orang-orang yang pernah bersangka buruk pada aku, melakukan kejahatan pada aku, menggunakan aku dengan tujuan tertentu, aku tidak pernah terfikir untuk membalasnya apatah lagi bermusuh dengan mereka. prinsip yang aku pegang senang.



"Allah sentiasa memerhati dan merakam gerak-geri kita, tidak terlepas walau sedetik. jadi apalah sangat untuk kita membalas kejahatan orang pada kita, cukuplah Allah sahaja melakukan samada mahu membalasnya ataupun tidak. tak di dunia pasti akan dihukum di akhirat. siapalah kita untuk  kita membalas kejahatan orang pada kita sedangkan kita sendiri pernah buat jahat dengan orang lain."



jadi bersihkan hati, insyaAllah musuh akan tunduk dengan kita. musuh akan menyenangi dengan kita. musuh akan bertukar menjadi kawan kita. lagi baik kita infakkan tenaga muda kita ini dalam membantu kebenaran untuk Islam di muka bumi ini, sekurang-kurangnya bila mati dalam membantu Islam akan tergolong bersama-sama orang yang mati syahid. itulah cita-cita utama hidup aku. insyaAllah semoga Allah menunaikan cita-cita utama aku itu dapat dicapai.



sekian.

03 March 2013

Susah

Assalammualaikum dan salam perjuangan...

melihat mutakhir ini, nampak bahawa dunia ini memang sudah berada betul-betul di akhir zaman. cukuplah skop dalam Malaysia sahaja. begitu banyak insiden-insiden yang menyaksikan pertembungan-pertembungan kelompok yang membawa yang haq dan kelompok yang membawa pada kebatilan. jauh dihati ini mahu melihat yang haq diangkat dan dijadikan ia dalam kehidupan seharian kita. tetapi hasil pertembungan ini semakin mengelirukan golongan yang 50/50. sepatutnya kita perlu menerangkan dan menyatuni golongan seperti ini bukanlah menghidangkan mereka dengan mata wang bagi mengaburi mata mereka.

dengan rendah hati aku sentiasa mendoakan agar ahli keluarga aku, sahabat handai aku, jiran-jiran aku, teman-teman dan rakan-rakan aku untuk tidak terpesong akidah dan ditetapkan iman oleh Allah pada kita semua.

sekiannnn...

10 January 2013

Selamat Ulang Tahun Ke-82

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua...

bukan main lama beb tak berisi entri blog aku ni. bukan pemalas tapi taknak bukak pun blog ni. hahahaaa. benda nak tulis banyak tapi mood nak tulis tuu tak datang datang. kahkahkah...

okayyy. bukak blog ni adalah kerana............ tuuuuutttttttttt..............

hari ini 10 Januari 2013 bersamaan 27 Safar 1434H telah genap 82 tahun umur seorang insan yang aku hormatinya dan sanjungi. beliau adalah YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau telah memimpin 22 tahun negeri Kelantan Darul Naim sebagai negeri yang paling dirahmati Allah. bertuah sungguh warga penduduk negeri Cik Siti Wan Kembang itu. teringin aku hidup dibawah kepimpinan ulama'. moga Allah memberkati hajat aku itu suatu hari nanti.

bertapa hinanya diri aku ini apabila melihat seorang Menteri Besar selama yang telah berkhidmat selama 22 tahun tetapi cuma mempunyai rumah sebesar ini? siapa aku nak dibandingkan MB Kelate ni? aku rakyat jer kot. pencacai laa taraf aku ni. Ya Allah, janganlah Engkau menguji aku dengan harta dunia yang sementara ini. tetapkanlah hati aku untuk jangan mencari kemewahan dunia ini.

beliau sungguh istiqomah dalam memperjuangkan kedaulatan Islam di Malaysia ini. beliau cuma ada harta seperti ini dek kerana beliau memikirkan apa yang bakal dijawab olehnya dihadapan Allah di akhirat nanti. beliau merupakan seorang daie yang terulung di Malaysia dan dikenali serta disegani pada peringkat antarabangsa. begitu banyak cabaran yang telah beliau tempuhi sepanjang hidup lebih-lebih lagi di dalam arena politik. kadang-kadang sedih melihat orang kita sendiri yang beragama Islam dan warganegara Malaysia mengeji, mengutuk, menghina, menfitnah, mengaibkan beliau dengan pelbagai cerita. bayangkanlah wahai teman, kita dengan kawan kita pun kalau dikeji, dikutuk, dihina, difitnah, diaibkan bagaimana perasaan dia? kalau kita diperlakukan begitu pun bagaimana perasaan kita? inikan seorang ulama' yang setiap malam bertahajjud dengan Allah, orang sanggup lakukan macam-macam. nauzubillahi min zalik.

ingat wahai teman yang membaca penulisan ini. seorang insan yang menghambakan diri serendah-rendah darjat kepada Allah kita nak keji, nak kutuk, nak hina, nak fitnah, nak aibkan? cermin diri kita sendiri. dah banyak ke amalan kita pada Allah? sebanyak mana harta yang kita telah infakkan di jalan Allah? apakah sumbangan kita dalam memperjuangkan agama Allah di Malaysia ini? cukup-cukuplah wahai teman. kita ni lagi HINA daripada Tok Guru di sisi Allah seperti hinanya tanah yang dipijak-pijak oleh manusia dan haiwan, diludah-ludah oleh manusia, diberak-berak oleh haiwan-haiwan. sedarlah wahai diri ini.

Ya Allah, panjangkanlah usia Tok guru kami ini untuk beliau terus memimpin hati-hati kami. kuatkanlah tubuh badan beliau untuk terus berkhidmat pada rakyat. selamatkanlah Tok Guru kami daripada sebarang fitnah manusia-manusia yang mahu mengaibkannya. Ya Allah, lahirkanlah 10 ribu manusia di Malaysia ini seperti Tok Guru. kami sangat memerlukan pemimpin yang begitu zuhud dalam perjuangan supaya kami terasa dihina dibandingkan dengan beliau. rahmatilah warga penduduk Kelate di bawah naungan Tok Guru, Ya Allah. Hindarkanlah sebarang bala' dibumi Kelate khususnya kerana mempunyai seorang pemimpin seperti ini. Ya Allah, sebelum aku menutupkan mata untuk bertemu Mu, perkenankanlah hajat aku untuk melihat Perdana Menteri Malaysia yang berpewatakan seperti Tok Guru ini. moga Malaysia terus mendapat rahmat oleh Mu Ya Allah. perkenanankanlah juga hajat aku untuk bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz ini Ya Allah. aku mengenali beliau sejak kecil lagi dan memasang niat untuk berjumpa dengannya sejak kecil lagi. sehingga ke hari ini hajat aku itu belum terlaksana. amiin Ya Rabb al-Alamin..

I LOVE TOK GURU...
WE LOVE TOK GURU...
GEMILANGYA ISLAM DI BAWAH PIMPINAN ULAMA'...

takbir...!!! Allahuakbar...
takbir...!!! Allahuakbar...
takbir...!!! Allahuakbar...

sekian...