Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua...
bukan main lama beb tak berisi entri blog aku ni. bukan pemalas tapi taknak bukak pun blog ni. hahahaaa. benda nak tulis banyak tapi mood nak tulis tuu tak datang datang. kahkahkah...
okayyy. bukak blog ni adalah kerana............ tuuuuutttttttttt..............
hari ini 10 Januari 2013 bersamaan 27 Safar 1434H telah genap 82 tahun umur seorang insan yang aku hormatinya dan sanjungi. beliau adalah YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau telah memimpin 22 tahun negeri Kelantan Darul Naim sebagai negeri yang paling dirahmati Allah. bertuah sungguh warga penduduk negeri Cik Siti Wan Kembang itu. teringin aku hidup dibawah kepimpinan ulama'. moga Allah memberkati hajat aku itu suatu hari nanti.
bertapa hinanya diri aku ini apabila melihat seorang Menteri Besar selama yang telah berkhidmat selama 22 tahun tetapi cuma mempunyai rumah sebesar ini? siapa aku nak dibandingkan MB Kelate ni? aku rakyat jer kot. pencacai laa taraf aku ni. Ya Allah, janganlah Engkau menguji aku dengan harta dunia yang sementara ini. tetapkanlah hati aku untuk jangan mencari kemewahan dunia ini.
beliau sungguh istiqomah dalam memperjuangkan kedaulatan Islam di Malaysia ini. beliau cuma ada harta seperti ini dek kerana beliau memikirkan apa yang bakal dijawab olehnya dihadapan Allah di akhirat nanti. beliau merupakan seorang daie yang terulung di Malaysia dan dikenali serta disegani pada peringkat antarabangsa. begitu banyak cabaran yang telah beliau tempuhi sepanjang hidup lebih-lebih lagi di dalam arena politik. kadang-kadang sedih melihat orang kita sendiri yang beragama Islam dan warganegara Malaysia mengeji, mengutuk, menghina, menfitnah, mengaibkan beliau dengan pelbagai cerita. bayangkanlah wahai teman, kita dengan kawan kita pun kalau dikeji, dikutuk, dihina, difitnah, diaibkan bagaimana perasaan dia? kalau kita diperlakukan begitu pun bagaimana perasaan kita? inikan seorang ulama' yang setiap malam bertahajjud dengan Allah, orang sanggup lakukan macam-macam. nauzubillahi min zalik.
ingat wahai teman yang membaca penulisan ini. seorang insan yang menghambakan diri serendah-rendah darjat kepada Allah kita nak keji, nak kutuk, nak hina, nak fitnah, nak aibkan? cermin diri kita sendiri. dah banyak ke amalan kita pada Allah? sebanyak mana harta yang kita telah infakkan di jalan Allah? apakah sumbangan kita dalam memperjuangkan agama Allah di Malaysia ini? cukup-cukuplah wahai teman. kita ni lagi HINA daripada Tok Guru di sisi Allah seperti hinanya tanah yang dipijak-pijak oleh manusia dan haiwan, diludah-ludah oleh manusia, diberak-berak oleh haiwan-haiwan. sedarlah wahai diri ini.
Ya Allah, panjangkanlah usia Tok guru kami ini untuk beliau terus memimpin hati-hati kami. kuatkanlah tubuh badan beliau untuk terus berkhidmat pada rakyat. selamatkanlah Tok Guru kami daripada sebarang fitnah manusia-manusia yang mahu mengaibkannya. Ya Allah, lahirkanlah 10 ribu manusia di Malaysia ini seperti Tok Guru. kami sangat memerlukan pemimpin yang begitu zuhud dalam perjuangan supaya kami terasa dihina dibandingkan dengan beliau. rahmatilah warga penduduk Kelate di bawah naungan Tok Guru, Ya Allah. Hindarkanlah sebarang bala' dibumi Kelate khususnya kerana mempunyai seorang pemimpin seperti ini. Ya Allah, sebelum aku menutupkan mata untuk bertemu Mu, perkenankanlah hajat aku untuk melihat Perdana Menteri Malaysia yang berpewatakan seperti Tok Guru ini. moga Malaysia terus mendapat rahmat oleh Mu Ya Allah. perkenanankanlah juga hajat aku untuk bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz ini Ya Allah. aku mengenali beliau sejak kecil lagi dan memasang niat untuk berjumpa dengannya sejak kecil lagi. sehingga ke hari ini hajat aku itu belum terlaksana. amiin Ya Rabb al-Alamin..
I LOVE TOK GURU...
WE LOVE TOK GURU...
GEMILANGYA ISLAM DI BAWAH PIMPINAN ULAMA'...
takbir...!!! Allahuakbar...
takbir...!!! Allahuakbar...
takbir...!!! Allahuakbar...
sekian...
proud of him!
ReplyDelete