Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua.
Kebanyakkan orang jumpa aku mesti orang cakap "nas.. kau ada masalah ke?". Apabila persoalan itu ditanyakan pada aku, aku mesti agak lambat menjawab persoalan tersebut. Sebenarnya aku tak faham apa sebab mereka boleh cakap begitu? Aku beranggapan mereka melihat dari air muka aku. Mungkin persoalan-persoalan kecil yang timbul dalam hati ini cepat diterjemahkan melalui tindak balas muka.
Tetapi persoalan-persoalan kecil itu bukanlah melibatkan masalah diri malah aku sering memikirkan masalah-masalah yang sedang menyerang masyarakat kita dan masyarakat dunia. Demi Allah! Aku sangat gerun dan takut melihat suasana manusia zaman sekarang. Aku takut turut terikut perangai, sikap, dan akhlak mereka yang tidak menepati syariat Islam. Kepada Mu Ya Allah aku bersandarkan harapan agar Engkau peliharalah akidah dan akhlak aku, ibu bapaku, adik-beradikku, sahabat-handaiku, guru-guruku, pemimpin-pemimpinku, dan semua muslimin yang masih hidup untuk berada di jalan yang betul iaitu agama Islam. sesungguhnya aku takut apabila aku, ibu bapaku, adik-beradikku, sahabat-handaiku, guru-guruku, pemimpin-pemimpinku, dan semua muslimin dipanjangkan umur untuk bersama semasa zaman turunnya dajjal. itulah sebesar-besar cabaran yang paling getir kerana ketika itulah akidah kita benar-benar tercabar.
Aku sangat sedih melihat masyarakat kita hari ini. Aku masih mencari-cari, apa sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah mereka tidak beriman dan yakin pada kalam Allah? Adakah mereka tak tahu apa tujuan mereka dihidupkan? Sehinggakan sampai satu masa aku give-up untuk sambung belajar kerana aku merasakan apa yang aku belajar itu hanyalah ilmu dunia. Kalau boleh sepanjang masa aku nak belajar ilmu akhirat, beramal, tolong ibu bapa, tolong mana-mana orang yang susah. Senang cerita aku nak gunakan anugerah tubuh badan yang sihat ini untuk mengaut sebanyak mungkin pahala untuk bekalan aku sendiri menuju akhirat kelak.
Namun aku pujuk kembali hati ini untuk terima keadaan cabaran ini sebagai ujian Allah untuk aku dan menuntut ilmu itu juga merupakan kewajiban bagi setiap penganutnya. Dalam keadaan pasrah aku cuba terima untuk belajar ilmu duniawi ini semua. Aku merasakan hidup ini sudah tak panjang lagi, aku takut apabila nyawa aku dijemput Allah, bekalan yang ada tidak mencukupi untuk melayakkan aku menjejaki syurga Mu Ya Allah. Itulah setiap kali aku tak dapat memikirkan kewajaran aku untuk belajar ini, aku akan kembali mendekatkan diri pada Mu Ya Allah. cekalkanlah hati hamba Mu ini Ya Allah. Aku sangat teringin untuk mati di medan jihad bersama-sama saudara-saudaraku di seluruh dunia yang sedang mempertahankan dan mendaulatkan syariat Islam ini.
Buat masa ini aku hanya mampu melihat sahaja masyarakat aku yang sedang huru-hara tak jumpa hala tuju sebenar. Aku mampu untuk berdoa sahaja agar Allah sirami hati-hati mereka untuk jadikan ajaran Islam sebagai panduan hidup. Alangkah indahnya andai satu dunia melaksanakan perintah Allah. Fuhhh! Tak dapat aku membayangkannya kerana aku yakin perkara seperti itu takkan terjadi melainkan di dalam syurga. Sebelum aku mahu melihat masyarakat kita ini ke arah mentaati dan mempraktikkan cara hidup Islam, maka akulah orang pertama yang kena lakukan. Jika diri sendiri tidak ke arah kebaikan bagaimana kita nak harapkan orang lain berubah? Sesungguhnya kita ini bukan sesempurna manusia untuk Allah tetapkan hati kita ini, ada kalanya aku sendiri lupa untuk melakukan sebagaimana yang telah Allah perintahkan. Sesungguhnya hati manusia ini cepat berubah-ubah.
Sekian...
No comments:
Post a Comment