13 April 2013

mencapai angka 22

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua...


Alhamdulillah, semalam 12/04/2013 genap tarikh kelahiran aku untuk kali yang ke-22. syukur pada Allah masih memanjangkan usia sehingga ke saat ini. makin umur bertambah makin banyak benda yang perlu ditanggung, bukan sahaja untuk keduniaan tetapi misi utama kita iaitu mencapai keredhaan Allah untuk melayakkan kita ditempatkan di dalam syurga Allah. diharapkan semua cita-cita, impian, dan harapan akan dapat dicapai satu demi satu.



selama hidup 22 tahun ini banyak rencah kehidupan yang dirasai. itulah kehidupan sebagai seorang manusia. aku juga berharap aku dapat berkhidmat yang terbaik buat keluarga, sahabat handai, dan masyarakat sekeliling selagi nyawa dikandung badan. terima kasih kepada sahabat handai dan orang-orang yang pernah memberi bakti pada diri aku ini. moga Allah membalas semua jasa baik kalian yang pernah lakukan.



yakinlah janji Allah bahawa walau sebesar zarah pun amalan yang kita kerjakan di dunia ini pasti akan dihitung di akhirat kelak. sebab itulah pada orang-orang yang pernah bersangka buruk pada aku, melakukan kejahatan pada aku, menggunakan aku dengan tujuan tertentu, aku tidak pernah terfikir untuk membalasnya apatah lagi bermusuh dengan mereka. prinsip yang aku pegang senang.



"Allah sentiasa memerhati dan merakam gerak-geri kita, tidak terlepas walau sedetik. jadi apalah sangat untuk kita membalas kejahatan orang pada kita, cukuplah Allah sahaja melakukan samada mahu membalasnya ataupun tidak. tak di dunia pasti akan dihukum di akhirat. siapalah kita untuk  kita membalas kejahatan orang pada kita sedangkan kita sendiri pernah buat jahat dengan orang lain."



jadi bersihkan hati, insyaAllah musuh akan tunduk dengan kita. musuh akan menyenangi dengan kita. musuh akan bertukar menjadi kawan kita. lagi baik kita infakkan tenaga muda kita ini dalam membantu kebenaran untuk Islam di muka bumi ini, sekurang-kurangnya bila mati dalam membantu Islam akan tergolong bersama-sama orang yang mati syahid. itulah cita-cita utama hidup aku. insyaAllah semoga Allah menunaikan cita-cita utama aku itu dapat dicapai.



sekian.

No comments:

Post a Comment