11 Safar 1435H
Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua.
Sungguh! Sungguh! Sungguh! Sungguh sebenarnya sesiapa yang ingin membawa obor Islam dalam kehidupannya akan mendapat kecelakaan hidupnya. Itu kata manusia, namun tidak bagi Allah. Allah sentiasa bersama hambaNya yang istiqamah membawa obor Islam dalam hidupnya.
Semalam dunia Islam digemparkan dengan hukuman kejam, gantung sampai mati oleh kerajaan Bangladesh ke atas Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e Islami Bangladesh iaitu Abdul Quader Molla. Hukuman tersebut dicipta atas fitnah ke atas as-Syahid yang mempertahankan keadilan rakyatnya. Hukuman asalnya adalah penjara seumur hidup telah ditukar kepada hukuman gantung sampai mati merupakan agenda jahat golongan-golongan yang membenci Islam di negara tersebut sedangkan yang menjatuhkan hukuman itu merupakan orang yang sebangsa dan seagama dengan as-Syahid.
Buat penyokong-penyokong Jamaat-e Islami Bangladesh dan keluarga as-Syahid, bersabarlah dengan ujian Allah ini. Dunia hanyalah pentas lakonan manusia semata-mata dan yang kekal hanya kehidupan akhirat. Moga arwah Abdul Quader Molla digolongkan bersama roh pejuang-pejuang agung yang mati syahid di jalan Allah. Moga kalian istiqamah untuk terus mengibarkan syiar Islam disana dalam menegakkan keadilan.
MANAKALA.....
Iklim dunia sudah menjadi celaru. Celaru sebab apa? Sebab tidak seperti kebiasaan. Namun disitu manusia perlu ambil peringatan atas setiap yang berlaku. Setiap perubahan alam yang berlaku merupakan peringatan Allah kepada manusia untuk mengambil pengajaran daripadanya. Kini di Mesir, salji mula turun memenuhi kawasan-kawasan disitu seperti Cairo, Beheira, dan Sinai. Mengikut sejarah, terakhir salji turun ini berlaku pada 112 tahun yang lalu namun ia kembali pada ketika ini. Apakah signal atau pengajaran yang Allah cuba tunjukkan? Itu di Mesir.
Tetapi tahukah kita di Syria juga menghadapi situasi yang sama? Mereka lebih terseksa kerana tekanan nyawa dan keadaan iklim sejuk yang menyelubungi mereka. Disaat nyawa mereka bila-bila masa diragut oleh golongan puak zalim Syiah Basyar Assad, mereka juga terpaksa mencari tempat tinggal untuk mereka berlindung daripada kesejukkan cuaca disana. Setakat ini dicatatkan lebih 3 bayi telah mati kerana kesejukan. Suhu mereka disana mencecah -20 selsius. Yaa, NEGATIF. Disini ingin juga penulis mengajak kepada semua manusia yang memiliki harta lebih untuk turut menyumbangkan duit, baju sejuk, toto dan selimut kepada rakyat Syria. Mereka sangat memerlukan bantuan manusia lain. Semakin banyak kita memberi bantuan kepada orang, semakin Allah tambah rezeki kita. YAKINLAH...
Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun MAYBANK GABUNGAN SALAM SYRIA dengan nombor akaunnya 5622-1820-7666. Bagi maklumat lanjut boleh terus ke mukabuku https://www.facebook.com/MLL4S dengan info-info terkini akan diupdate masa ke masa. Situasi sama turut berlaku di Gaza, Palestin. Salji sudah memenuhi tempat-tempat disana. Masjid kubah kuning disana turut diselaputi salji.
Akhir kata, janganlah kita berpaling dari jalan Allah. Buat jahat macam mana pun kita, yakinlah tentang balasan Allah. Sesungguhnya pintu keampunan dan pintu taubat masih lagi terbuka luas.
Sekian.
No comments:
Post a Comment