Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua...
minggu lepas bagi sesiapa yang peka isu semasa mesti tahu ape antara isu yang menjadi perhatian.
kes bomba terbakar tau..?
Jadi muka depan akhbar harian tawww.. takkan tak alert kott..?? haishhh...
haa.. kalau tak silap kejadian tuu berlaku pada hari Ahad 3 Nov, di mana 10 anggota bomba cedera semasa melakukan operasi pemadaman kebakaran di sebuah kilang tayar yang dah tak beroperasi di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kelantan.
semasa melakukan pemadaman tuu sebuah tangki minyak silinder yang ada di belakang kilang itu tiba-tiba meletup dan menyebabkan gas keluar daripadanya akibat kebocoran. tuu yang mengakibatkan api terus menyambar 10 anggota bomba yang sedang bertugas memadamkan kebakaran kilang tersebut.
dalam kejadian tersebut tiga daripada sepuluh anggota yang cedera dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan tujuh anggota selebihnya pula dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
ni barulah ade bunyi-bunyi yang mintak kerajaan berikan pampasan yang sewajarnya buat mereka semua yang tercedera ini. padahal masa pembentangan bajet 2013, sikit pun elaun atau gaji untuk pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tak disentuh. aku sendiri ada terbaca perbualan sesama mereka di laman sosial mukabuku yang mengatakan dalam bajet 2013 bomba dilupakan langsung. bila dah jadi macam ni baru laa sana sini nak bersuara. nak tunjuk hebat konon. hakkktuiii... dah faham sangat dah perangai ******** kita ni.
yang polis, rela, tentera sibuk bagi macam-macam untuk mereka. bagus memang bagus. tapi pasukan beruniform lain yang berkorban nyawa, masa, dan tenaga jangan laa lupa. lupa bukan apa. sebab tak digunakan dalam mana-mana event politik dorg. tapi yang dikerah jaga masa event tertentu.... haa.. yang tu laa dapat perhatian..
jadi anggota bomba ni merupakan cita-cita aku dari kecik sampai sekarang tak berubah. cuma mama jer yang agak bantah dan berkeras kalau aku nak jadi bomba ni. aku jadi minat pada pekerjaan bomba ni disebabkan kerja mereka lebih kepada menolong. jadi aku memang suka menolong orang tak kisah dalam apa keadaan asalkan berkemampuan. kalau tengok bomba ni bekerja dorg letak nyawa orang lain dulu di atas, nyawa dorg dikemudiankan. tuu perkara yang paling aku #RESPECT dan sebab itu laa aku sangat tertarik menjadi anggota bomba ni.
jom tengok detik cemas semasa berlakunya kejadian itu. tak lupa jugak nak ucapkan SALAM TAKZIAH buat mangsa dan keluarga yang terlibat. sabar lahh dengan ujian Allah ini.
Buletin Utama TV3
Berita di TV1 pula...
Gambar sebenar
gambar daripada laman-laman seawang
Akhir kata, terimalah satu luahan ini buat warga bomba.
Buat PEJUANG WIRA MERAH...
alhamdulillah.. hari ini terbuktilah semangat juangmu yang penuh dengan keberanian, dan tidak pernah pun terlintas dihati itu erti TAKUT.. dalam sanubari setiap anggota bomba yang bergelar Pejuang Wira Merah.
beginilah keadaannya apabila setiap anggota bomba itu memberikan khidmat bakti demi untuk menjaga setiap nyawa dan harta benda orang awam daripada ancaman API... biarpun diri terbakar, namun semangat juang itu tidak pernah luntur walaupun sedetik... itulah Pejuang Wira Merah sejati...
bersemangat waja biarpun diri dimamah api yang bernyala-nyala namun berundur tidak sekali- kali... Tahniah diucapkan buat sang pejuang dan aku kirimkan sekalung DOA buat sepuluh Pejuang Wira Merah yang sanggup berkorban demi kemanusiaan dan negara... semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah...
kami BANGGA dengan semangat juang yang ditunjukkan itu... manusia yang HEBAT, ialah manusia yang memilikki KEKEBALAN HATI yang PENUH KEAZAMAN... kita dilahirkan tanpa senjata, hanya minda sahaja senjata kita...
sekian...
No comments:
Post a Comment