Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua...
Semua umat kalau tengok gambar kat atas ni mesti tau kann kat mana..? satu-satunya tempat yang boleh mengumpulkan umat Islam seluruh dunia dalam satu-satu masa untuk saban tahun. cuba kaji agama mana dalam dunia ni yang boleh kumpulkan penganut mereka di suatu tempat dalam satu-satu masa untuk setiap tahun. kalau jumpa boleh laa kongsi maklumat tuu dengan saya yer... sebab buat masa ni agama Islam jer yang saya jumpa mampu buat macam ni.
Okayy laa. bukan isu itu yang mahu dibahaskan atau dikongsikan untuk entri kali ini. Cuma saja nak suruh bukak minda sikit tentang ISTIMEWAnya Islam. Cuba tengok gambar tuu balik. Bangunan mana yang paling tinggi..? Bangunan menara yang ada jam tuu kann..? kalau anda nampak bangunan lain yang lagi tinggi dalam gambar atas tuu, sedia-sedialah kain kapan. hehe. gurau jer. aku yakin sape-sape kalau ditanya pasal menara jam kat Mekah tuu, mesti sedikit sebanyak dorg tahu tentang kewujudan bangunan tersebut. sape yang tak tahu tuu.... aku tak tahu lahh nak cakap ape... mungkin Allah tak kurniakan lagi maklumat ini padanya.
Bagi kita, kita bangga tak tengok menara tuu ada kat Mekah..? mesti bangga kann sebab ia menunjukkan pada mata dunia bahawa negara umat Islam juga mampu membangunkan bangunan pencakar langit. selama ni kita semua di-momok-kan dengan negara Islam adalah negara mundur. Cuba teka berapa tinggi menara ni..? mesti tak tahu kann kalau tak kaji... sat lagi aku akan kongsi semua maklumat pasal menara ini.
TAPI... apa yang aku cuba menerjah masuk ke dalam hati pembaca adalah ini semua merupakan antara tanda-tanda BESAR kiamat. percaya..? mesti terkejutkan..? takpe itu pun aku akan kongsi selepas info pasal menara ini.
jadi jom kita kenali dahulu sejarah menara ini.
Okayy. Menara jam ni merupakan MENARA JAM TERTINGGI di dunia dan lokasinya di Mekah. nama popularnya ialah MENARA ABRAJ AL-BAIT dan nama lengkap untuk menara jam ini adalah MENARA JAM DIRAJA MEKAH. ia dibina oleh syarikat pembinaan terkemuka Arab Saudi iaitu SAUDI BINLADIN GROUP dengan menggunakan 250 tenaga keja mahir umat Islam. ia dibina bertentangan dengan MASJIDIL AL-HARAM iaitu di atas Kubu Pertahanan Ajyad pada zaman Khalifah Uthmaniyah telah diruntuhkan.
Kawasan ruang legar bagi menempatkan menara jam ini berukuran 1,500,000 m² iaitu 16,150,000 kaki persegi. Ketinggian menara jam ini melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang merupakan hotel tertinggi di dunia dan akan menempatkan hotel bertaraf 7 bintang. selain itu, menara jam ini mengalahkan menara jam-jam yang lain seperti Menara Jam Palace of Structure and Science di Warsaw Poland, Menara The Big Ben di London, Menara Jam Rajabai di Mumbai India, dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.
untuk menara jam ini yang tertinggi tapi untuk keseluruhan menara tertinggi Menara Abraj Al-Bait ini yang KEDUA TERTINGGI di dunia dengan ketinggian keseluruhan 601 meter mengatasi menara Taipei 101 iaitu 509 meter. menara yang paling tertinggi di dunia seperti yang kita maklum adalah Burj Khalifa iaitu setinggi 828 meter.
Jam ni ada di setiap sudut permukaan yang berukuran 43 × 43 meter. jadi ini merupakan JAM PALING BESAR di dunia. tak percaya tengok gambar atas ni. bulannya saja besar kaw-kaw daripada manusia. permukaan jam ini pulak berdiameter ENAM KALI lebih besar daripada Big Ben di London.
ia ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi DUA JUTA cahaya LED. Menara jam ini juga dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang sememangnya menjadikan lambang Islam agama yang suci, akan berkilauan sejauh 30 kilometer akan berfungsi apabila setiap kali solat fardhu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isya'. Waktu ini digunakankan masa Arab Saudi iaitu tiga jam awal daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard).
ia mungkin akan menggantikan Greenwich Mean Time (GMT) kerana pada 2008 iaitu semasa persidangan Doha, para ulama' dan cendekiawan Islam berpendapat waktu Mekah adalah WAKTU SEBENAR meridian dunia kerana Mekah adalah kedudukan di tengah-tengah dunia. Gambar di bawah ini pulak aku tunjukkan semasa pembinaan menara ini dijalankan.
Macam mana laa kann pekerja-pekerja ni buat.. mesti gayat kaw-kaw punyer.. ia direka oleh jurutera Jerman dan Swiss dengan kos bernilai $800 juta atau RM 2.56 bilion.
pandangan dari bawah semasa pembinaan menara jam ini. menara jam ini terdapat dua lif yang boleh membawa para pelawat sehingga ke sebuah balkoni iaitu lima meter ke bawah daripada kedudukan jam.
Kawasan berkaca tuu lahh yang mengeluarkan cahaya LED apabila setiap kali masuk waktu solat fardhu.
gambar di atas menunjukkan ketika kerja-kerja pembinaan telah siap sepenuhnya. Allahuakbar. lawa kann. Keindahan jam ini menjadi bualan manusia kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan bagi menghiasi keempat-empat permukaan sudut dengan mengambil motif flora dan fauna.
nak tengok bentuk visual menara ni setelah siap dan berfungsi..? tekan menara jam Mekah ini...
Okayy itu fakta yang telah aku kongsikan untuk menara jam tertinggi ni. sekarang NAK TAHU APA PETANDA KIAMAT DENGAN WUJUDNYA MENARA INI..? sikit jer penjelasan tapi meninggalkan makna mendalam yang dapat aku tempekkan untuk menjadi tatapan kita semua sebagai pembaca.
Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Ya Allah.. Tetapkanlah iman kami supaya tidak terpesong dengan permainan duniawi ini.
Tergamam kann baca hadis ni..? Jadi aku biarkan berhenti sampai di sini. Biar perasaan gerun itu muncul dan menyelubungi hidup kita. Barulah kita akan taat dan patuh pada perintah Allah. mungkin dikesempatan lain iaitu pada entri lain aku huraikan sedikit sebanyak tentang hadis ini.
Mula-mula kita banggakan ada menara tersebut..? tapi bila baca hadis tuu berubah perasaan kita.. takpe lahh.. mungkin Allah akan pilih kita antara manusia yang Dia mahu percikkan sedikit hidayah pada hati kita.. InsyaAllah..
sekian.
No comments:
Post a Comment