mengikut pemerhatian yang dibuat selepas 3 perlawanan peringkat kumpulan. pemain skuad Harimau Malaya yang paling menonjol adalah Wan Zack Haikal dan Mahalli Jasuli. Jika diselidik asal usul dua pemain ini, mereka berasal daripada skuad Harimau Muda A kendalian jurulatih Ong Kim Swee.
penonton dan penyokong sendiri dapat melihat bagaimana keserasian di antara kedua-dua pemain ini dan kita menganggap mereka sudah memahami dan mendapat keserasian antara satu sama lain. sebab itulah mereka menyerlah dalam AFF Suzuki Cup 2012 ini. dan mereka bukanlah pemain 'anak emas' jurulatih Dato' K. Rajagopal tetapi kehadiran mereka berdua hanya sebagai pemain yang 'diperlukan' seandainya berlaku kecederaan pemain-pemain jurulatih Dato' K. Rajagopal.
jika kita menjadikan Sepanyol sebagai contoh kuasa bolasepak dunia dengan diiktiraf sebagai pasukan terbaik dunia. bagaimana mereka mampu meraih keJUARAan pada kejohanan EURO 2008, WORLD CUP 2010, EURO 2012.? lihatlah 22 pemain-pemain yang dibawa. kebanyakkannya bermain dalam Liga Sepanyol sendiri dan kebanyakkannya mereka bermain di kelab Barcelona dan Real Madrid.
jadi kehebatan negara itu bukanlah berdasarkan individu TETAPI berdasarkan keserasian di antara pemain-pemain ketika di atas padang. kita lihat MESSI, beliau hebat di kelab Barcelona tetapi beliau tak mampu membawa pasukan negaranya ARGENTINA meraih kejuaraan. kita lihat pula C.Ronaldo, beliau hebat di Real Madrid tetapi beliau juga tak mampu membawa negaranya PORTUGAL meraih sebarang kejuaraan. kita lihat pula F.Torres, beliau tidak menyerlah di kelabnya Chelsea tetapi beliau tetap mampu merasa kepuasan hasil kejuaraan bagi negaranya.
jadi kehebatan negara itu bukanlah berdasarkan individu TETAPI berdasarkan keserasian di antara pemain-pemain ketika di atas padang. kita lihat MESSI, beliau hebat di kelab Barcelona tetapi beliau tak mampu membawa pasukan negaranya ARGENTINA meraih kejuaraan. kita lihat pula C.Ronaldo, beliau hebat di Real Madrid tetapi beliau juga tak mampu membawa negaranya PORTUGAL meraih sebarang kejuaraan. kita lihat pula F.Torres, beliau tidak menyerlah di kelabnya Chelsea tetapi beliau tetap mampu merasa kepuasan hasil kejuaraan bagi negaranya.
untuk AFF Suzuki Cup 2012 ini kita sudah tak mampu melakukan apa-apa, cuma sekarang kita hanya perlu menyokong 200% untuk skuad Dato' K.Rajagopal ini. tetapi untuk persediaan AFF Suzuki Cup 2014 dan kelayakan Piala Asia 2015. jika dilihat pasukan Johor telah mengambil beberapa bintang Harimau Malaya untuk menghadapi persaingan Liga Malaysia 2013. maka disini kita boleh melihat mereka mampu meningkatkan keserasian corak permainan sesama mereka dengan Mat Yo & Zaquan beraksi dibarisan PENYERANG, Safiq Rahim & Nurul Azwan Roya beraksi dibarisan TENGAH, dan Aidil & Muslim Ahmad beraksi dibarisan PERTAHANAN.
dengan ini, kita berharap agar Dato' K.Rajagopal dan paling penting orang-orang atasan FAM dapat melihat atmosfera ini agar skuad Malaysia lebih bersedia bagi menghadapi AFF Suzuki Cup 2014 dan kelayakan Piala Asia 2015. nanti lihatlah keserasian pemain-pemain daripada pasukan Johor dan Kelantan kerana kedua-dua pasukan ini menunjukkanpotensi besar melahirkan pemain-pemain berkarisma di atas padang.
jika diimbas AFF Suzuki Cup 2010, dilihat pemain Selangor yang mendominasi pasukan Harimau Malaya yang terdiri daripada Amri Yahya, Razman Roslan, Safiq Rahim, Amirul Hadi, Asraruddin Putra, dan Safee Sali. maka sekarang giliran daripada pemain-pemain pasukan Johor dan Kelantan untuk diserap dalam skuad Dato' K.Rajagopal.
ini sahaja perkongsian untuk kemajuan bolasepak Malaysia. biarlah Harimau Malaya digeruni di seantero Asia Tenggera. kembalikan kegemilangan boasepak Malaysia. penyokong juga merupakan salah satu struktur peningkatan mutu bolasepak Malaysia. teruskan sokongan pada pemain-pemain Malaysia dalam meneruskan perjuangan dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2012. Ini rumah kita, mari kita penuhkan segenap sudut dalam rumah kita. merka memerlukan kita sebagai pemain KE-12.
yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk datangnya daripada diri sendiri. wallahu'alam.
sekian...
sekian...
No comments:
Post a Comment