02 November 2012

Dosa Yang Terpaksa


Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua.

Percaya tak dalam dunia ni ramai orang yang 'terpaksa' buat dosa? Bukan dosa darurat sebab dia ada pilihan untuk tinggalkan atau terus bergelumang dengan dosa itu. Tapi dia 'terpaksa' dalam maksud lain, dia tak boleh halang diri dia daripada tinggalkan terus perbuatan yang menyebabkan dosa itu. Ni laa masalah yang selalu terlepas pandang oleh para pendakwah muda khususnya. Orang muda kann sifatnya lebih mudah menghukum. Kurang rasionalnya, kurang timbang rasanya. Hahahaa.

Cuba bayangkan kalau seseorang yang dah bertahun biasa dengan melakukan dosa, mesti susah untuk dirinya tinggalkan dosa tuu. Sebagai contoh, seorang pemuda yang sejak umur belasan dah jejak kaki ke clubbing dan kini berumur 30-an, mesti susah bagi dia untuk hentikan tabiat buruk tuu. Jadi kita tak boleh menghukum terus seseorang itu sebaliknya kita boleh 'meringankan' dosanya.

Kalau kita bukak surah Yusuf ayat 9 dan 10, kita boleh tengok macam mana anak-anak Nabi Ya'akob merancang untuk membunuh adik mereka (Nabi Yusuf). Pastu timbul persoalan, anak-anak seorang rasul pun ada niat membunuh saudara kandungnya sendiri ke? Ayah dorg tak didik dorg ke?

Jadi kita tengok sekali lagi, jelas rancangan asal dorg ialah untuk membunuh tapi bangun seorang yang paling tua dalam kalangan dorg mencadangkan agar Yusuf tidak dibunuh, sebaliknya sekadar dibiarkan di dalam perigi, dengan harapan ada orang musafir yang mengutipnya.

Kita boleh tengok dua pengajaran ni.

Pertama, hasad dan dengki akan membuatkan kita sanggup bertindak apa sahaja untuk menjatuhkan musuh. Demikianlah yang terjadi kepada adik-beradik Nabi Yusuf a.s yang cemburu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa dorg, Nabi Yaakub kepada Nabi Yusuf a.s berbanding dengan orang lain.

Kedua, orang yang ditarbiyyah, jika dia 'terpaksa' melakukan sesuatu dosa kerana sudah dikuasai nafsu dan syaitan, dia mesti akan melakukan dosa itu dengan mengambil dosa yang paling sedikit kesannya.

Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, untuk kita lari dan tinggalkan 100% dosa silam, adalah sesuatu yang mustahil melainkan jika Allah mengkehendakinya begitu. Yang pasti, ramai dalam kalangan kita sudah ada hidayah tapi belum dikurniakan taufik. Ramai yang sudah diberi kesedaran (hidayah) tapi tak ramai yang diberi kekuatan (taufik) untuk melakukan kebaikan seperti yang hati kecilnya mahu.

Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia, tidak kisah sejahat manapun dia, dia cenderung kepada keimanan dan membenci kepada kekufuran dan dosaKita boleh tipu orang lain, tapi kita takkan boleh tipu diri kita. Kita nak mengenal Allah. Kita nak jadi pemuda yang dekat dengan masjid. Kita nak jadi orang yang baik. Tapi kadangkala kita terlalu ego untuk mengaku bahawa kita bettul-betul nak berubah.

Maka, disitu laa peranan da'ei sebagai penyeru dan bukannya penghukum. Apa yang terjadi jika kita mudah menghukum orang lain? maka hati kecil yang nak berubah ini terus tertutup dek kecewa dengan sikap orang-orang berkopiah ini. Apakah ini yang dinamakan jenayah kopiah putih?

Jadi ada sesetengah golongan sama sekali tak pernah menyalahkan mana-mana orang yang bermaksiat. Cuma yang merekau marahkan ialah maksiat itu, bukan pelakunya. Mereka tahu, untuk elakkan maksiat tuu bukannya senang. Sebab tuu lahh para ulama dalam menafsirkan bentuk-bentuk sabar, meletakkan sabar dalam meninggalkan maksiat sebagai sabar yang paling tinggi tarafnya.

Susah nak tinggal kebiasaan jahat kita, tapi tetap boleh. Apa yang perlu, ialah azam dan keinginan yang kuat untuk berubah. Jika hari ini kita buat maksiat 5 kali, mungkin minggu depan kita buat 4 kali. Sedikit demi sedikit, kita kurangkan. Terus menerus kita kurangkan dan insyaAllah kita boleh tinggalkan terus! Yakinlah! Dan jadilah manusia yang bijak yang mengurangkan impak dosa.

Jadi kalau nak berubah jadi baik mesti pasang niat untuk meninggalkan terus maksiat. Yang pasti kita bukan malaikat, jadi kita tak boleh lari daripada buat dosa. Sebab tuu laa kalau tak tahan jugak nak buat dosa, pilihlah dosa yang kecil dan bertaubatlah selepas itu. Moga-moga timbul kesal dan insaf dalam diri kita. Dan paling penting, jangan sesekali kita berbangga-bangga (heboh-hebohkan) dengan perbuatan dosa itu dan jangan pulak kita mengajak orang lain untuk turut sama melakukan dosa tersebut.

Sekian.
 

No comments:

Post a Comment