wahai permaisuri hati...
dengarlah apa yang mahu disampaikan ini. kamu adalah gadis idaman hati sejak sekian lamanya. namun perkara itu tidak dapat untuk diri ini sampaikan dek kerana faktor sekelilingnya. namun kamu tahu semua apa yang tersimpan dalam diri ini tentang perasaan terhadap kamu. kamu juga dapat melihat lagak perwatakan diri ini apabila berhadapan dengan kamu. perasaan segan dan malu diri ini tetap menyelubungi diri ini apabila berhadapan dengan kamu.
diri ini memang telah lama memasang impian untuk mencapai hasrat yang telah dinyatakan pada kamu itu. namun ia tidak pernah menjadi kenyataan sebagaimana yang diri ini mahukan. kamu juga telah mengetahui apa yang selama ini diri ini rasakan tetapi ia mungkin tidak bagi diri kamu.
ingatlah wahai permaisuri hati tentang semua pesanan yang telah diri ini pesan kepada kamu, simpanlah pesanan itu untuk kamu sentiasa ketahui tentang diri ini. diri ini sentiasa akan mengharapkan yang terbaik buat kamu. sesungguhnya hanya kamu sahaja yang mengetahui bagaimana sikap dan perangai diri ini tentang sesuatu itu, sekali pun kawan-kawan yang sering bersama pada diri ini namun banyak yang mereka tidak ketahui sebaliknya melainkan kamu.
wahai permaisuri hati,
diri ini akan sentiasa memegang kata-kata yang telah kamu cakapkan untuk diri ini. segala amanah yang kamu beri untuk diri ini laksanakan tetap akan sentiasa diingati. janganlah mengharapkan yang terbaik sahaja untuk diri kamu tetapi kamu perlu juga memahami tentang orang yang kamu harapkan itu tidaklah sesempurna yang kamu inginkan.
pergilah ke mana sahaja yang kamu inginkan, buatlah apa sahaja yang kamu rasa betul tindakan kamu itu. namun ingatlah segala pesanan yang telah diri ini ingatkan sepanjang masa semasa kita bersama. memang ia gembira untuk hati kamu maka teruskanlah wahai permaisuri hati.
No comments:
Post a Comment