18 February 2012

Sedekah Wang Ringgit

Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua...
SEDEKAH. apakah pandangan kita pada peminta sedekah? hina sangatkah mereka di pandangan kita? bagus sangat ke kita berbanding mereka? tinggi sangat ke kita ni nak dibandingkan dengan mereka?

Pembaca sekalian. Sedarlah kita bahawa kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada. Janganlah kita mengeji dan mengutuk pada peminta-peminta sedekah itu. Biarlah samada mereka itu sindikit mahupun tidak. Namun jangan kita mengeji dan mengutuk mereka.

ANDAI KATA, saat orang yang datang meminta sedekah datang kepada kita itu adalah MALAIKAT. apa yang kita rasa? tidak rugikah kita? sombong sangatkah kita dengan insan lain? sungguh rugi kita apabila yang datang itu adalah makhluk kiriman daripada Allah untuk menguji kita.
Janganlah kita sering buruk sangka pada peminta sedekah ini. Jika kita tak mahu bagi, cukuplah kita tak bagi. Janganlah kita pula mengutuk dan mengeji mereka kerana sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui segalanya. Kalau kita bagi pun tak cecah SATU JUTA RINGGIT pun kan? Jadi apalah sangat kita nak berkira. Duit kita tu banyak-banyak sangat nak buat apa? Ingat boleh tolong masa kat akhirat ke? Renungkanlah wahai manusia semua. Kita rasa kita miskin tetapi sebenarnya ada insan yang lebih miskin daripada kita. Percayalahh.....

Sekian~

No comments:

Post a Comment