08 February 2012

Nasib Penunggang Motosikal

Assalammualaikum dan salam perjuangan kepada semua..!

hurm. sekarang ni nak ambik mood mengRAJINkan diri untuk update entri. hahaha. dah lama kot tak menaip macam ni. asyik malas jer. tapi sekarang ni cuba untuk buat-buat rajin.

sebenarnya ada benda yang aku mahu katakan pada petang ini. hurm. pukul 12 tengahari tadi keluar hantar kiub konkrit untuk buat ujian kekuatan. dalam perjalanan tu, tiba-tiba jalan sesak padahal bukan ada apa pun. tengok-tengok ada berlaku kemalangan yang menimpa penunggang motosikal. yang aku nampak lutut mangsa tu berdarah banyak laa, tapi tak tahu kesudahannya sebab aku cuma melalui jalan itu sahaja dan tidak berhenti. lagi pun sudah ada lebih kurang 10 orang di tempat kejadian menolong mangsa.

isu ini sudah lama bermain di fikiranku. isunya adalah NASIB PENUNGGANG MOTOSIKAL. sejak bermulanya praktikal, setiap hari aku menunggang motosikal pergi dan balik yang memakan masa paling cepat pon boleh capai 30 minit. kau bawak lahh laju macam mana sekali pun 30 minit dalam tangan. hahahaha. memang tak logik.

sepanjang sudah mencecah 3 bulan lebih ini, macam-macam kejadian yang boleh membuatkan jantung aku terhenti seketika. hahaha. dorang yang bawak kenderaan selain daripada motosikal memang langsung tak pedulikan nasib penunggang motosikal. kalau nak tukar haluan tu, main redah jer ke arah yang dorang suka. bukan nak bagi 'signal' lepas tu main masuk dengan cara bahaya. pergh! bayangkan penunggang motosikal sedang laju memandu yang kelajuannya tak lahh selaju kereta, tiba-tiba sekelip mata kereta di hadapan menukar haluan di hadapannya tanpa memberi 'signal'. fuhh! boleh gugur jantung beb!

memang berasap laa tayar penunggang motosikal nak brek dengan mengejut. silap haribulan memang libas kenderaan lain laa jawabnya. tu satu persoalan yang menghantui penunggang motosikal.

persoalan seterusnya adalah semasa waktu hujan. dapat tak korang bayangkan macam mana keadaan penunggang motosikal semasa waktu hujan? dengan jalan yang basah, dengan kenderaan lain tidak jelas dapat melihatnya, dengan sikap pemandu lain yang tidak peka terhadap penunggang motosikal, dan macam-macam lagi lahh.

aku pon jenis penunggang yang jenis redah jer walaupun hujan lebat mana sekali pun. sebab bagi aku, nak tunggu hujan berhenti memang lama. lagi pun tengah tunggu hujan berhenti sampai boleh masuk waktu maghrib. kalau kita redah masa dah jimat, solat maghrib pon dapat dilakukan dengan selesa. cuma yang menghantui diri adalah KESELAMATAN.

seingat aku, aku tak pernah pon berhenti untuk tunggu hujan berhenti cuma ada satu hari tu, yang selebihnya aku teruskan perjalanan walaupun air hujan membasahi tubuh. semasa menunggang motosikal di waktu hujan lebat membasahi bumi sememangnya menggusarkan hati ini. cuma selawat dan doa sahaja yang bermain dibibir ini agar tidak berlaku sebarang yang tidak diingini. sewaktu hujan turun juga ada yang hampir membuatkan aku menempah untuk mendiami katil hospital, namun Allah masih lagi memberikan pertolongan. Alhamdulillah. kalau tak..... ish..

pada pandangan aku, penunggang motosikal ni nyawanya 50 - 50 semasa waktu cuaca okayy tanpa sebarang gangguan. kalau kita tunggang dengan selamat pon, tapi orang lain buat hal. pergh. sama jugak. kalau kita tak tunggang dengan selamat lagi laa. semasa cuaca hujan pulak, bagi aku penunggang motosikal ni 85% nyawanya boleh terbang bila-bila masa walaupun menunggang dengan selamat. sebab jalannya yang basah, kepekaan pemandu lain terhadap kita, dan keadaan kenderaan kita sendiri.

jadi kepada penunggang-penunggang motosikal, sentiasalah beringat bahawa keselamatan kita tu amatlah penting. memang kita tak boleh jangka. kita bawak 100% sempurna pon, orang lain punya sebab kita pon boleh kena. jadi terpulanglahh kepada diri kita sendiri, nak bawak 20 km/j ke terpulang lahh. haha. jika kita bawak kereta pon, kita akan peka dengan penunggang motosikal. mungkin orang yang tidak pernah menunggang motosikal tiada rasa peka pada penunggang motosikal. kebarangkalian sebab itu sangat BESAR!

wahai pemandu-pemandu kenderaan selain daripada motosikal, tolonglah peka kepada orang-orang yang memandu motosikal. jangan kerana kita yang membawa kenderaan lain kita boleh buat apa yang kita suka. common laa beb! kita sama-sama saling hormat-menghormati. jalan raya ni jalan kita kann? kita sama-sama bayar cukai kan? kita sama-sama ada nyawa kann? jadi marilah kita semua menjadi manusia yang berguna. jangan guna kepala otak lutut. hehehe.

sekian . . . . . . .

No comments:

Post a Comment