24 February 2012

Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia - Jepun

assalammualaikum dan salam perjuangan semua.


tanggal 22 Februari 2012 lalu, kelayakan Olimpik 2012 terakhir bermain di tanahair sendiri. Malaysia menentang Jepun. Berdasarkan atas kertas sememangnya Harimau Muda memang sudah tidak layak ke pusingan akhir Olimpik 2012, namun misi Harimau Muda pada Rabu lepas itu adalah untuk menyekat kebangkitan Samurai Biru ini. Jurulatih mereka telah melaungkan amaran awal untuk memburu sebanyak jaringan gol yang mampu kerana untuk menyekat skuad Syria.
Tapi semua itu menjadi kenyataan apabila mereka dapat menewaskan skuad Harimau Muda dengan jaringan 4-0. adoiii... peritnya bila semua tu dilihat dengan depan mata sendiri secara langsung. ish. Apa yang boleh aku katakan, barisan pemain muda Malaysia telah bermain dengan baik namun seperti yang kita semua maklum, skuad muda ini tidak mempunyai penyerang yang boleh digeruni lawan. Selain itu, apa yang kita dapat lihat pertahanan terbaik Harimau Muda, Mahali Jasuli telah keluar awal dalam perlawanan itu kerana diterjah keras oleh pemain Jepun. Sejak itu pertahanan kita nampak goyah.
Apa yang boleh dibanggakan apabila 'Pemain ke-12' Harimau Muda tetap bersorak sekali pun pasukan sedang ketinggalan jaringan. Bukan mudah melihat penyokong tetap mahu bersorak menyokong pasukan mereka yang sedang ketinggalan, namun di Malaysia fenomena itu sedang berkembang. Ramai mengatakan sorakan suara Ultras Malaya ini bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil malam itu.
Apa pun... skuad Harimau Muda telah melakukan yang terbaik. Perjalanan mereka masih jauh lagi. Banyak lagi mereka boleh melakukan untuk menjadikan pasukan mereka lebih DIGERUNI lawan. Kami semua tetap setia bersama pahlawan-pahlawan ini.
- - - - - - - SELAMANYA HARIMAU MALAYA - - - - - - - - 

No comments:

Post a Comment