03 December 2012

Wan Zack Haikal & Mahalli Jasuli

assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua...
mengikut pemerhatian yang dibuat selepas 3 perlawanan peringkat kumpulan. pemain skuad Harimau Malaya yang paling menonjol adalah Wan Zack Haikal dan Mahalli Jasuli. Jika diselidik asal usul dua pemain ini, mereka berasal daripada skuad Harimau Muda A kendalian jurulatih Ong Kim Swee.
penonton dan penyokong sendiri dapat melihat bagaimana keserasian di antara kedua-dua pemain ini dan kita menganggap mereka sudah memahami dan mendapat keserasian antara satu sama lain. sebab itulah mereka menyerlah dalam AFF Suzuki Cup 2012 ini. dan mereka bukanlah pemain 'anak emas' jurulatih Dato' K. Rajagopal tetapi kehadiran mereka berdua hanya sebagai pemain yang 'diperlukan' seandainya berlaku kecederaan pemain-pemain jurulatih Dato' K. Rajagopal.

jika kita menjadikan Sepanyol sebagai contoh kuasa bolasepak dunia dengan diiktiraf sebagai pasukan terbaik dunia. bagaimana mereka mampu meraih keJUARAan pada kejohanan EURO 2008, WORLD CUP 2010, EURO 2012.? lihatlah 22 pemain-pemain yang dibawa. kebanyakkannya bermain dalam Liga Sepanyol sendiri dan kebanyakkannya mereka bermain di kelab Barcelona dan Real Madrid.

jadi kehebatan negara itu bukanlah berdasarkan individu TETAPI berdasarkan keserasian di antara pemain-pemain ketika di atas padang. kita lihat MESSI, beliau hebat di kelab Barcelona tetapi beliau tak mampu membawa pasukan negaranya ARGENTINA meraih kejuaraan. kita lihat pula C.Ronaldo, beliau hebat di Real Madrid tetapi beliau juga tak mampu membawa negaranya PORTUGAL meraih sebarang kejuaraan. kita lihat pula F.Torres, beliau tidak menyerlah di kelabnya Chelsea tetapi beliau tetap mampu merasa kepuasan hasil kejuaraan bagi negaranya.
untuk AFF Suzuki Cup 2012 ini kita sudah tak mampu melakukan apa-apa, cuma sekarang kita hanya perlu menyokong 200% untuk skuad Dato' K.Rajagopal ini. tetapi untuk persediaan AFF Suzuki Cup 2014 dan kelayakan Piala Asia 2015. jika dilihat pasukan Johor telah mengambil beberapa bintang Harimau Malaya untuk menghadapi persaingan Liga Malaysia 2013. maka disini kita boleh melihat mereka mampu meningkatkan keserasian corak permainan sesama mereka dengan Mat Yo & Zaquan beraksi dibarisan PENYERANG, Safiq Rahim & Nurul Azwan Roya beraksi dibarisan TENGAH, dan Aidil & Muslim Ahmad beraksi dibarisan PERTAHANAN.

dengan ini, kita berharap agar Dato' K.Rajagopal dan paling penting orang-orang atasan FAM dapat melihat atmosfera ini agar skuad Malaysia lebih bersedia bagi menghadapi AFF Suzuki Cup 2014 dan kelayakan Piala Asia 2015. nanti lihatlah keserasian pemain-pemain daripada pasukan Johor dan Kelantan kerana kedua-dua pasukan ini menunjukkanpotensi besar melahirkan pemain-pemain berkarisma di atas padang.


jika diimbas AFF Suzuki Cup 2010, dilihat pemain Selangor yang mendominasi pasukan Harimau Malaya yang terdiri daripada Amri Yahya, Razman Roslan, Safiq Rahim, Amirul Hadi, Asraruddin Putra, dan Safee Sali. maka sekarang giliran daripada pemain-pemain pasukan Johor dan Kelantan untuk diserap dalam skuad Dato' K.Rajagopal.

ini sahaja perkongsian untuk kemajuan bolasepak Malaysia. biarlah Harimau Malaya digeruni di seantero Asia Tenggera. kembalikan kegemilangan boasepak Malaysia. penyokong juga merupakan salah satu struktur peningkatan mutu bolasepak Malaysia. teruskan sokongan pada pemain-pemain Malaysia dalam meneruskan perjuangan dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2012. Ini rumah kita, mari kita penuhkan segenap sudut dalam rumah kita. merka memerlukan kita sebagai pemain KE-12.

yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk datangnya daripada diri sendiri. wallahu'alam.

sekian...

08 November 2012

Pejuang Wira Merah

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua...

minggu lepas bagi sesiapa yang peka isu semasa mesti tahu ape antara isu yang menjadi perhatian.
kes bomba terbakar tau..?  
 Jadi muka depan akhbar harian tawww.. takkan tak alert kott..?? haishhh...
haa.. kalau tak silap kejadian tuu berlaku pada hari Ahad 3 Nov, di mana 10 anggota bomba cedera semasa melakukan operasi pemadaman kebakaran di sebuah kilang tayar yang dah tak beroperasi di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kelantan.
semasa melakukan pemadaman tuu sebuah tangki minyak silinder yang ada di belakang kilang itu tiba-tiba meletup dan menyebabkan gas keluar daripadanya akibat kebocoran. tuu yang mengakibatkan api terus menyambar 10 anggota bomba yang sedang bertugas memadamkan kebakaran kilang tersebut. 
dalam kejadian tersebut tiga daripada sepuluh anggota yang cedera dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan tujuh anggota selebihnya pula dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
ni barulah ade bunyi-bunyi yang mintak kerajaan berikan pampasan yang sewajarnya buat mereka semua yang tercedera ini. padahal masa pembentangan bajet 2013, sikit pun elaun atau gaji untuk pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tak disentuh. aku sendiri ada terbaca perbualan sesama mereka di laman sosial mukabuku yang mengatakan dalam bajet 2013 bomba dilupakan langsung. bila dah jadi macam ni baru laa  sana sini nak bersuara. nak tunjuk hebat konon. hakkktuiii... dah faham sangat dah perangai ******** kita ni.
yang polis, rela, tentera sibuk bagi macam-macam untuk mereka. bagus memang bagus. tapi pasukan beruniform lain yang berkorban nyawa, masa, dan tenaga jangan laa lupa. lupa bukan apa. sebab tak digunakan dalam mana-mana event politik dorg. tapi yang dikerah jaga masa event tertentu.... haa.. yang tu laa dapat perhatian..

jadi anggota bomba ni merupakan cita-cita aku dari kecik sampai sekarang tak berubah. cuma mama jer yang agak bantah dan berkeras kalau aku nak jadi bomba ni. aku jadi minat pada pekerjaan bomba ni disebabkan kerja mereka lebih kepada menolong. jadi aku memang suka menolong orang tak kisah dalam apa keadaan asalkan berkemampuan. kalau tengok bomba ni bekerja dorg letak nyawa orang lain dulu di atas, nyawa dorg dikemudiankan. tuu perkara yang paling aku #RESPECT dan sebab itu laa aku sangat tertarik menjadi anggota bomba ni.

jom tengok detik cemas semasa berlakunya kejadian itu. tak lupa jugak nak ucapkan SALAM TAKZIAH buat mangsa dan keluarga yang terlibat. sabar lahh dengan ujian Allah ini.

Buletin Utama TV3

Berita di TV1 pula...


Gambar sebenar

gambar daripada laman-laman seawang
 

Akhir kata, terimalah satu luahan ini buat warga bomba.

Buat PEJUANG WIRA MERAH...

alhamdulillah.. hari ini terbuktilah semangat juangmu yang penuh dengan keberanian, dan tidak pernah pun terlintas dihati itu erti TAKUT.. dalam sanubari setiap anggota bomba yang bergelar Pejuang Wira Merah.

beginilah keadaannya apabila setiap anggota bomba itu memberikan khidmat bakti demi untuk menjaga setiap nyawa dan harta benda orang awam daripada ancaman API... biarpun diri terbakar, namun semangat juang itu tidak pernah luntur walaupun sedetik... itulah Pejuang Wira Merah sejati...

bersemangat waja biarpun diri dimamah api yang bernyala-nyala namun berundur tidak sekali- kali... Tahniah diucapkan buat sang pejuang dan aku kirimkan sekalung DOA buat sepuluh Pejuang Wira Merah yang sanggup berkorban demi kemanusiaan dan negara... semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah...

kami BANGGA dengan semangat juang yang ditunjukkan itu... manusia yang HEBAT, ialah manusia yang memilikki KEKEBALAN HATI yang PENUH KEAZAMAN... kita dilahirkan tanpa senjata, hanya minda sahaja senjata kita... 

sekian...

07 November 2012

The Biggest Clock In The World

Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua...

Semua umat kalau tengok gambar kat atas ni mesti tau kann kat mana..? satu-satunya tempat yang boleh mengumpulkan umat Islam seluruh dunia dalam satu-satu masa untuk saban tahun. cuba kaji agama mana dalam dunia ni yang boleh kumpulkan penganut mereka di suatu tempat dalam satu-satu masa untuk setiap tahun. kalau jumpa boleh laa kongsi maklumat tuu dengan saya yer... sebab buat masa ni agama Islam jer yang saya jumpa mampu buat macam ni. 

Okayy laa. bukan isu itu yang mahu dibahaskan atau dikongsikan untuk entri kali ini. Cuma saja nak suruh bukak minda sikit tentang ISTIMEWAnya Islam. Cuba tengok gambar tuu balik. Bangunan mana yang paling tinggi..? Bangunan menara yang ada jam tuu kann..? kalau anda nampak bangunan lain yang lagi tinggi dalam gambar atas tuu, sedia-sedialah kain kapan. hehe. gurau jer. aku yakin sape-sape kalau ditanya pasal menara jam kat Mekah tuu, mesti sedikit sebanyak dorg tahu tentang kewujudan bangunan tersebut. sape yang tak tahu tuu.... aku tak tahu lahh nak cakap ape... mungkin Allah tak kurniakan lagi maklumat ini padanya.

Bagi kita, kita bangga tak tengok menara tuu ada kat Mekah..? mesti bangga kann sebab ia menunjukkan pada mata dunia bahawa negara umat Islam juga mampu membangunkan bangunan pencakar langit. selama ni kita semua di-momok-kan dengan negara Islam adalah negara mundur. Cuba teka berapa tinggi menara ni..? mesti tak tahu kann kalau tak kaji... sat lagi aku akan kongsi semua maklumat pasal menara ini.

TAPI... apa yang aku cuba menerjah masuk ke dalam hati pembaca adalah ini semua merupakan antara tanda-tanda BESAR kiamat. percaya..? mesti terkejutkan..? takpe itu pun aku akan kongsi selepas info pasal menara ini.

jadi jom kita kenali dahulu sejarah menara ini.

Okayy. Menara jam ni merupakan MENARA JAM TERTINGGI di dunia dan lokasinya di Mekah. nama popularnya ialah MENARA ABRAJ AL-BAIT dan nama lengkap untuk menara jam ini adalah MENARA JAM DIRAJA MEKAH. ia dibina oleh syarikat pembinaan terkemuka Arab Saudi iaitu SAUDI BINLADIN GROUP dengan menggunakan 250 tenaga keja mahir umat Islam. ia dibina bertentangan dengan MASJIDIL AL-HARAM iaitu di atas Kubu Pertahanan Ajyad pada zaman Khalifah Uthmaniyah telah diruntuhkan.
Kawasan ruang legar bagi menempatkan menara jam ini berukuran 1,500,000 m² iaitu 16,150,000 kaki persegi. Ketinggian menara jam ini melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang merupakan hotel tertinggi di dunia dan akan menempatkan hotel bertaraf 7 bintang. selain itu, menara jam ini mengalahkan menara jam-jam yang lain seperti Menara Jam Palace of Structure and Science di Warsaw Poland, Menara The Big Ben di London, Menara Jam Rajabai di Mumbai India, dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.
untuk menara jam ini yang tertinggi tapi untuk keseluruhan menara tertinggi Menara Abraj Al-Bait ini yang KEDUA TERTINGGI di dunia dengan ketinggian keseluruhan 601 meter mengatasi menara Taipei 101 iaitu 509 meter. menara yang paling tertinggi di dunia seperti yang kita maklum adalah Burj Khalifa iaitu setinggi 828 meter.

Jam ni ada di setiap sudut permukaan yang berukuran 43 × 43 meter. jadi ini merupakan JAM PALING BESAR di dunia. tak percaya tengok gambar atas ni. bulannya saja besar kaw-kaw daripada manusia. permukaan jam ini pulak berdiameter ENAM KALI lebih besar daripada Big Ben di London.
ia ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi DUA JUTA cahaya LED. Menara jam ini juga dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang sememangnya menjadikan lambang Islam agama yang suci, akan berkilauan sejauh 30 kilometer akan berfungsi apabila setiap kali solat fardhu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isya'. Waktu ini digunakankan masa Arab Saudi iaitu tiga jam awal daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard).
ia mungkin akan menggantikan Greenwich Mean Time (GMT) kerana pada 2008 iaitu semasa persidangan Doha, para ulama' dan cendekiawan Islam berpendapat waktu Mekah adalah WAKTU SEBENAR meridian dunia kerana Mekah adalah kedudukan di tengah-tengah dunia. Gambar di bawah ini pulak aku tunjukkan semasa pembinaan menara ini dijalankan.
Macam mana laa kann pekerja-pekerja ni buat.. mesti gayat kaw-kaw punyer.. ia direka oleh jurutera Jerman dan Swiss dengan kos bernilai $800 juta atau RM 2.56 bilion.
pandangan dari bawah semasa pembinaan menara jam ini. menara jam ini terdapat dua lif yang boleh membawa para pelawat sehingga ke sebuah balkoni iaitu lima meter ke bawah daripada kedudukan jam.
Kawasan berkaca tuu lahh yang mengeluarkan cahaya LED apabila setiap kali masuk waktu solat fardhu.
gambar di atas menunjukkan ketika kerja-kerja pembinaan telah siap sepenuhnya. Allahuakbar. lawa kann. Keindahan jam ini menjadi bualan manusia kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan bagi menghiasi keempat-empat permukaan sudut dengan mengambil motif flora dan fauna.

nak tengok bentuk visual menara ni setelah siap dan berfungsi..? tekan menara jam Mekah ini...

Okayy itu fakta yang telah aku kongsikan untuk menara jam tertinggi ni. sekarang NAK TAHU APA PETANDA KIAMAT DENGAN WUJUDNYA MENARA INI..? sikit jer penjelasan tapi meninggalkan makna mendalam yang dapat aku tempekkan untuk menjadi tatapan kita semua sebagai pembaca.

Dengan terbinanya menara itu, akan mengukuhkan lagi petanda bahawa Hari Kiamat semakin dekat. Ini berdasarkan hadis di bawah :

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)


Ya Allah.. Tetapkanlah iman kami supaya tidak terpesong dengan permainan duniawi ini. 


Tergamam kann baca hadis ni..? Jadi aku biarkan berhenti sampai di sini. Biar perasaan gerun itu muncul dan menyelubungi hidup kita. Barulah kita akan taat dan patuh pada perintah Allah. mungkin dikesempatan lain iaitu pada entri lain aku huraikan sedikit sebanyak tentang hadis ini.

Mula-mula kita banggakan ada menara tersebut..? tapi bila baca hadis tuu berubah perasaan kita.. takpe lahh.. mungkin Allah akan pilih kita antara manusia yang Dia mahu percikkan sedikit hidayah pada hati kita.. InsyaAllah..

sekian.

06 November 2012

Azan

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua...
Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakkan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa...? lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. 


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." 

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. 
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. 

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. 

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah..." semasa sakaratul maut menghampiri kami. 

Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
sekian...

# sejuk hati kann bila tengok rumah-rumah Allah ni..? astaghfirullah al-azim... Allahuakbar...

04 November 2012

Birthday Ain

Assalamualaikum dan salam perjuangan untuk semua...

haaa. hari nak buat entri khas buat untuk...........

-

-

-

-

-

jeng jeng jeng....

-

-

-

-

-

kenal tak siapa gadis ni...? haa... sebenarnya bukan apa... semalam ulang tahun tarikh kelahiran buat gadis manis ni... sebelum ni aku tak pernah tahu pun bila tarikh lahir gadis ni... tapi semalam tengah online tiba-tiba mata ni terpandang kat sebelah kanan screen laptop... terkejut gak tengok nama gadis ni naik... "ehh... betul ke birthday dia..?" , soal hati aku. mula-mula was-was gak, betul ke birthday gadis ni. tantah maini-main letak je kott. takpe lahh. nak taknak aku wish jerr. hahahahaaa...

menyingkap perkenalan aku dengan dia sebenarnya aku pun tak tahu macam mana detik perkenalan aku dengan dia. samada aku add fb dia atau dia add fb aku. tuu tak kisah laa gak, dah laa tak kenal tapi bila mula-mula aku sembang dengan dia melalui fb nampak gadis ni mesra. takde lahh macam org cakap ade yang jenis sombong, berlagak, poyo, atau bahasa yang lebih senang bajet laa. dengan aku yang jenis macam ni tiba-tiba dapat org jenis mesra, memang ngam lahh.

yang lebih tak faham dia boleh sama hobi macam aku masa tuu. suka berblogging. daripada blog lahh aku mula kenal-kenal sembang macam-macam. kalau markah paling tinggi sepuluh bintang memang aku bagi aku bagi gadis ni 10 bintang lahh. confirm. takde keraguan langsung. memang sangat tertarik dengan cara dan penampilannya.

TAPI tak lebih daripada seorang sahabat baik. sebab masa aku kenal dia, dia dah ada bf dan aku mengawal hubungan dengan dia. aku akan menghormati kalau kawan-kawan perempuan yang dah ade bf. aku akan kawal hubungan interaksi untuk taknak bf dia terasa apa-apa.

Sebab.?? aku lelaki dan bf nya pun lelaki.. jadi apa yg aku akan rasa kalau orang lain buat kat awek aku (tapi aku takde awek laa), bf orang pun akan rasa benda yang sama. sama dengan kawan-kawan lain, sape yang ade bf memang aku tak suka kacau-kacau laa senang cerita. cuma kalau yang single tuu takde laa perasaan orang yg aku perlu jaga kann. kadang-kadang sampai lama tak contact melainkan pihak dorg yg contact aku. sebab aku lebih #RESPECT hidup org.

jadi disini nak ucapkan selamat ulang tahun tarikh kelahiran yang ke-20 (mungkin) sebab muka macam baru 15 tahun. heheheee. haa. nama gadis manis ini Ain. nama panjangnya Ain Hanani binti....(tak ingat lah). NAMPAK. nama panjang dia pun tak ingat. sebab tak pernah kenal latar belakang dia. haiyaaa. takpe laa. mungkin ada masa nanti boleh lagi kenal latar belakang dan hati budi masing-masing.

harap sangat segala harapan dan cita-cita dia akan tercapai. harap Allah sentiasa merahmati dan memberkati sepanjang hidup dia dan keluarganya. harap dia akan jadi anak yang solehah. harap dia jadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa, dan negara. DAN segala yang baik-baik lahh harap dia perolehi.

sekian.

02 November 2012

Dosa Yang Terpaksa


Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua.

Percaya tak dalam dunia ni ramai orang yang 'terpaksa' buat dosa? Bukan dosa darurat sebab dia ada pilihan untuk tinggalkan atau terus bergelumang dengan dosa itu. Tapi dia 'terpaksa' dalam maksud lain, dia tak boleh halang diri dia daripada tinggalkan terus perbuatan yang menyebabkan dosa itu. Ni laa masalah yang selalu terlepas pandang oleh para pendakwah muda khususnya. Orang muda kann sifatnya lebih mudah menghukum. Kurang rasionalnya, kurang timbang rasanya. Hahahaa.

Cuba bayangkan kalau seseorang yang dah bertahun biasa dengan melakukan dosa, mesti susah untuk dirinya tinggalkan dosa tuu. Sebagai contoh, seorang pemuda yang sejak umur belasan dah jejak kaki ke clubbing dan kini berumur 30-an, mesti susah bagi dia untuk hentikan tabiat buruk tuu. Jadi kita tak boleh menghukum terus seseorang itu sebaliknya kita boleh 'meringankan' dosanya.

Kalau kita bukak surah Yusuf ayat 9 dan 10, kita boleh tengok macam mana anak-anak Nabi Ya'akob merancang untuk membunuh adik mereka (Nabi Yusuf). Pastu timbul persoalan, anak-anak seorang rasul pun ada niat membunuh saudara kandungnya sendiri ke? Ayah dorg tak didik dorg ke?

Jadi kita tengok sekali lagi, jelas rancangan asal dorg ialah untuk membunuh tapi bangun seorang yang paling tua dalam kalangan dorg mencadangkan agar Yusuf tidak dibunuh, sebaliknya sekadar dibiarkan di dalam perigi, dengan harapan ada orang musafir yang mengutipnya.

Kita boleh tengok dua pengajaran ni.

Pertama, hasad dan dengki akan membuatkan kita sanggup bertindak apa sahaja untuk menjatuhkan musuh. Demikianlah yang terjadi kepada adik-beradik Nabi Yusuf a.s yang cemburu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa dorg, Nabi Yaakub kepada Nabi Yusuf a.s berbanding dengan orang lain.

Kedua, orang yang ditarbiyyah, jika dia 'terpaksa' melakukan sesuatu dosa kerana sudah dikuasai nafsu dan syaitan, dia mesti akan melakukan dosa itu dengan mengambil dosa yang paling sedikit kesannya.

Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, untuk kita lari dan tinggalkan 100% dosa silam, adalah sesuatu yang mustahil melainkan jika Allah mengkehendakinya begitu. Yang pasti, ramai dalam kalangan kita sudah ada hidayah tapi belum dikurniakan taufik. Ramai yang sudah diberi kesedaran (hidayah) tapi tak ramai yang diberi kekuatan (taufik) untuk melakukan kebaikan seperti yang hati kecilnya mahu.

Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia, tidak kisah sejahat manapun dia, dia cenderung kepada keimanan dan membenci kepada kekufuran dan dosaKita boleh tipu orang lain, tapi kita takkan boleh tipu diri kita. Kita nak mengenal Allah. Kita nak jadi pemuda yang dekat dengan masjid. Kita nak jadi orang yang baik. Tapi kadangkala kita terlalu ego untuk mengaku bahawa kita bettul-betul nak berubah.

Maka, disitu laa peranan da'ei sebagai penyeru dan bukannya penghukum. Apa yang terjadi jika kita mudah menghukum orang lain? maka hati kecil yang nak berubah ini terus tertutup dek kecewa dengan sikap orang-orang berkopiah ini. Apakah ini yang dinamakan jenayah kopiah putih?

Jadi ada sesetengah golongan sama sekali tak pernah menyalahkan mana-mana orang yang bermaksiat. Cuma yang merekau marahkan ialah maksiat itu, bukan pelakunya. Mereka tahu, untuk elakkan maksiat tuu bukannya senang. Sebab tuu lahh para ulama dalam menafsirkan bentuk-bentuk sabar, meletakkan sabar dalam meninggalkan maksiat sebagai sabar yang paling tinggi tarafnya.

Susah nak tinggal kebiasaan jahat kita, tapi tetap boleh. Apa yang perlu, ialah azam dan keinginan yang kuat untuk berubah. Jika hari ini kita buat maksiat 5 kali, mungkin minggu depan kita buat 4 kali. Sedikit demi sedikit, kita kurangkan. Terus menerus kita kurangkan dan insyaAllah kita boleh tinggalkan terus! Yakinlah! Dan jadilah manusia yang bijak yang mengurangkan impak dosa.

Jadi kalau nak berubah jadi baik mesti pasang niat untuk meninggalkan terus maksiat. Yang pasti kita bukan malaikat, jadi kita tak boleh lari daripada buat dosa. Sebab tuu laa kalau tak tahan jugak nak buat dosa, pilihlah dosa yang kecil dan bertaubatlah selepas itu. Moga-moga timbul kesal dan insaf dalam diri kita. Dan paling penting, jangan sesekali kita berbangga-bangga (heboh-hebohkan) dengan perbuatan dosa itu dan jangan pulak kita mengajak orang lain untuk turut sama melakukan dosa tersebut.

Sekian.
 

31 October 2012

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?


Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua.

Mustahil ke? Susah ke? Pasti jawapannya tidak mustahil. Tapi bukan ke perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif.

Tiba-tiba terfikir satu persoalan. Kenapa untuk kita melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif? Mungkin sebab diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak. Yang mana lebih kita kejarkan? Perubahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya? Mesti yang lebih bagus kann?

Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dan dipenuhi dengan ranjau yang penuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.

Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:

"Eh, kenapa N tu jadi baik sekarang ini, bukan ke dulu dia seorang yang sosial ke? Huha sana huha sini, ini mesti tak lama nie!"

"Alhamdulillah, N dah mula berubah insyaAllah sentiasa dirahmatinya"

Sepatutnya kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.

Percayalah!!! kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri. Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2

Apa definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu? Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya. 

Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti menjaga percakapan dengan manusia sekeliling itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.

Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. InsyaAllah. Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

Sekian.

30 October 2012

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012


Seperti yang ditunggu-tunggu seluruh peminat bolasepak tanahair pada hari ini adalah Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Shah Alam. Anugerah ini semakin menjadi tumpuan kerana keghairahan peminat-peminat terhadap bolasepak Malaysia semakin menggila. hahahahaaa.
Ia berlangsung dalam keadaan santai yang mana semua semangat pemain, jurulatih, pengurus, dan penggiat sukan menumpukan kepada perlawanan yang lebih besar menanti bulan November ini.


Berikut adalah senarai pemenang untuk setiap kategori yang telah dipertandingkan : 

PENJAGA GOL TERBAIK
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)



PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)


PEMAIN TENGAH TERBAIK
Safiq Rahim (Selangor)



PENYERANG TERBAIK
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)


PEMAIN HARAPAN
Mohd Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)


PEMAIN PALING BERNILAI SUPERMOKH:
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)


PEMAIN ASING TERBAIK
Marlon Alex James (ATM)


JURULATIH TERBAIK
B. Sathianathan (ATM)


PERSATUAN TERBAIK
KAFA


KELAB TERBAIK
Sime Darby FC


KELAB PENYOKONG TERBAIK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)


SYABAS dan TAHNIAH kepada semua pemenang. Ini ada gambar sikit-sikit sekitar anugerah tersebut. 
pemenang-pemenang utama...

yang ni hero-hero MALAYA... hehehee...

Itu saje untuk entri ini. Sekian.