28 February 2012

10 Perhentian Bas Yang Menarik

Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua...

Halooo.. Halooo.. Halooo.. Di petang yang lapang ini, ada perkara menarik untuk dipaparkan diruangan aku ini. Meh sini kita tengok perhentian-perhentian bas yang sempoi ni.. cool beb!

1. [ ada sofa tuu. boleh duduk-duduk, baring-baring lagiii...]


2. [ tengok gambar atas, pastu gambar bawah... hahaha... menarik kann?]


3. [ yang ni ada pit stop bhaiii... hahaha...]


4. [ tengok niii... takde ape-ape kan... cuba tengok gambar bawah plak...]


5. [haa... tengok rambut orang tuu... style bro!!! ]


6. [ yang ni macam setem plak... tapi padahal cermin jerr... hahaha...]


7. [ yang ni ada McD plak... boleh order dohhh klaw tengah lapaq...]


8. [ yang ni... hahahaha... macam dalam iklann...]


9. [ terasa macam ada kat ski... hahahaha....]


10. [ yang ni ada tempak skateboard lagi... silap haribulan orang yang dok situ makan skateboard tu... ]

okayy. itu sahaja. sekian~~~

24 February 2012

Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia - Jepun

assalammualaikum dan salam perjuangan semua.


tanggal 22 Februari 2012 lalu, kelayakan Olimpik 2012 terakhir bermain di tanahair sendiri. Malaysia menentang Jepun. Berdasarkan atas kertas sememangnya Harimau Muda memang sudah tidak layak ke pusingan akhir Olimpik 2012, namun misi Harimau Muda pada Rabu lepas itu adalah untuk menyekat kebangkitan Samurai Biru ini. Jurulatih mereka telah melaungkan amaran awal untuk memburu sebanyak jaringan gol yang mampu kerana untuk menyekat skuad Syria.
Tapi semua itu menjadi kenyataan apabila mereka dapat menewaskan skuad Harimau Muda dengan jaringan 4-0. adoiii... peritnya bila semua tu dilihat dengan depan mata sendiri secara langsung. ish. Apa yang boleh aku katakan, barisan pemain muda Malaysia telah bermain dengan baik namun seperti yang kita semua maklum, skuad muda ini tidak mempunyai penyerang yang boleh digeruni lawan. Selain itu, apa yang kita dapat lihat pertahanan terbaik Harimau Muda, Mahali Jasuli telah keluar awal dalam perlawanan itu kerana diterjah keras oleh pemain Jepun. Sejak itu pertahanan kita nampak goyah.
Apa yang boleh dibanggakan apabila 'Pemain ke-12' Harimau Muda tetap bersorak sekali pun pasukan sedang ketinggalan jaringan. Bukan mudah melihat penyokong tetap mahu bersorak menyokong pasukan mereka yang sedang ketinggalan, namun di Malaysia fenomena itu sedang berkembang. Ramai mengatakan sorakan suara Ultras Malaya ini bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil malam itu.
Apa pun... skuad Harimau Muda telah melakukan yang terbaik. Perjalanan mereka masih jauh lagi. Banyak lagi mereka boleh melakukan untuk menjadikan pasukan mereka lebih DIGERUNI lawan. Kami semua tetap setia bersama pahlawan-pahlawan ini.
- - - - - - - SELAMANYA HARIMAU MALAYA - - - - - - - - 

21 February 2012

Penjelasan Tentang Kesilapan Sangkaan

Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua..

Haha.. Selamat pagi pembaca.. Harini wa bukak fb tengok ramai post wish birthday kat wa.. terkezut wa.. wa pon tak perasan yang wa letak tarikh birthday 21 Feb.. aduyaiii..

Okayy laa. wa nak bagi penjelasan. ini bergunanya ruangan ni. Sebenarnya tarikh birthday yg kat fb wa tu SALAH sama sekali. bukan niat nak menipu, tapi itu adalah wa punya privacy kann? takkan laa benda sume tu wa nak paparkan pada semua orang walaupun orang yang tidak wa kenali. betul kann?

Jadi di sini wa mahu umumkan, tarikh lahir sebenar wa adalah 12 APRIL. harap pembaca sume ingat sampai bila2 taw. hahaha. jangan tersilap lagi sudeyhh.

sesiapa yg baca wa punya entri ni bermaksud wa rapat dengan lu. bukan semua orang yang mengetahui wa punya ruangan ni. wa pun TERPAKSA membalas wish orang-orang di fb yang tidak dikenali itu. maka lu tergolong dalam senarai sahabat wa yang wa HORMATI dan SANJUNGI. maka wa dengan rendah hati MEMOHON MAAF atas kesilapan sangkaan lu tentang tarikh birthday wa tersebut.

jenis wa, wa ada bezakan antara orang biasa dengan kawan biasa, kawan dengan sahabat, sahabat dengan insan yang teristimewa. wa bukan jenis samakan orang ramai walaupun orang tu baik dengan wa. jadi sesiapa yang rapat dengan wa, mereka akan tahu perbezaan antara lu dengan orang lain.

okayy geng semua! wa rasa nak cukup penjelasan wa. wa pun memaksa diri untuk buat entri ni untuk lu yang bertuah kerana lu telah wish kat wa. jadi wa ulangi, tarikh birthday wa 12 APRIL yerr. hanya orang yang tertentu sahaja wa beritahu tarikh wa.

sekian~~~

20 February 2012

Senarai orang terkaya Malaysia 2012

Senarai orang terkaya Malaysia 2012 telah pun dikeluarkan. Jikalau diperhatikan senaraian dan nilai aset yang dimilki oleh kalangan billionaire di Malaysia, tampak ada kejatuhannya daripada segi jumlah kekayaan. Cuma daripada kalangan 10 yang terkaya hanya Tan sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Ong Beng Seng berjaya menambah nilai keyaan masing-masing….

Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2012 (1-10)

Berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012
  1. Robert Kuok – Wilmar International (aset RM45.7 bilion)
  2. T Ananda Krishnan – Maxis & Astro (aset RM42.99 billion) -
  3. Tan Sri Teh Hong Piow – Public Bank – (aset RM12.64 billion)
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng – IOI Corporation Bhd (aset RM11.36 billion)
  5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – MMC Corporation Berhad (aset RM9.53 billion)
  6. Tan Sri Quek Leng Chan – Hong Leong Malaysia (aset RM8 billion)
  7. Tan Sri Lim Kok Thay – - Gengting Group (aset RM7.58 billion)
  8. Puan Sri Lee Kim Hua – balu kepada Pengasas Genting (aset RM6.58 billion)
  9. Tan Sri Tiong Hiew – Rimbunan Hijau Group (aset RM6.41 billion)
  10. Ong Beng Seng – Grand Prix Formula One Singapore (aset RM4.92 billion)
  11. Tan Sri Azman Hashim - Arab-Malaysian Corp (aset RM3.470 billion)
  12. Tan Sri Vincent Tan - Berjaya Group (aset RM2.541 billion)
  13. Datuk Mokhzani Mahathir - Kencana Petroleum (aset RM1.937)
  14. Datuk Lee Yeow Chor - IOI Group (aset RM1.787 billion)
  15. Tan Sri Tony Fernandes – Air Asia (aset RM1.772 billion)
  16. Lee Yeow Seng – IOI Group (aset RM1.746 billion)
  17. Tan Sri Lau Cho Kun - Hap Seng Consolidated (aset RM1.721 billion)
  18. Tan Sri Yeoh Tiong Lay – YTL Group (aset RM1.711 billion)
  19. Tan Sri Lee Oi Hian - Batu Kawan (aset RM1.589 billion)
  20. Datuk Lee Hau Hian - Batu Kawan (aset RM1.58 billion)

19 February 2012

Tubuh Tidak Bersimpati Dengan Diri Sendiri

Assalammualaikum dan salam perjuangan....

Adalah lumrah sekiranya berlaku persengketaan atau perbalahan antara individu atau dua kumpulan individu kerana manusia tidak selamanya bersependapat atau sealiran fikiran. Akan tetapi agak sukar difahami sekiranya manusia terpaksa berkrisis atau bersengketa dengan dirinya sendiri. Tidak mungkin sesuatu perbuatan dilakukan oleh seseorang tanpa persetujuan perasaan dan fikirannya. Jika sesuatu tindakan telah dipersetujui, tidak mungkin jasad akan dipersalahkan kerana melakukannya. Oleh itu, perbalahan dengan diri sendiri tentunya tidak akan terjadi.

Walau bagaimanapun, Allah akan membuktikan bahawa saat manusia terpaksa berbalah dengan diri sendiri pasti tiba. Setiap anggota tubuh manusia akan saling mendedahkan rahsia diri yang selama ini tidak pernah didedahkan atau diketahui oleh sesiapa pun.

Firman Allah :
   "Pada hari ini (Hari Kiamat), Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yang dilakukan oleh mereka dahulu." (Yaasin : 65)

Ayat tersebut menunjukkan bahawa pada Hari Kiamat kelak, tangan dan kaki tidak akan bersengkongkol dengan mulut untuk mempertahankan sesuatu, sebaliknya akan mendedahkan segala amal yang telah dilakukan, sama ada baik atau pun buruk.

Firman Allah :
   "Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa-apa yang dikerjakan oleh mereka dahulu." (An-Nur : 24)

Ayat ini juga menjelaskan bahawa anggota lidah, tangan dan kaki akan menjadi saksi terhadap apa-apa yang dilakukan oleh mereka dahulu. Lidah adalah anggota yang dianggap lebih tajam daripada pedang kerana ia boleh menuturkan kata-kata keji dan fitnah, mengumpat, berdusta, dan sebagainya.

Semua anggota akan berperanan sebagai saksi kepada diri sendiri. Sesungguhnya saksi amat penting dalam sesuatu perbicaraan. Kesahihan saksi akan mensabitkan sesuatu pertuduhan.

Firman Allah,
   "Dan mereka berkata kepada kulit mereka : Mengapa kamu menjadi saksi terhadap Kami? Kulit mereka menjawab : Allah yang menjadikan sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai berkata, dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali yang pertama dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan." (Fussilat : 21)

Ayat ini menambahkan dalil yang menunjukkan bahawa satu lagi anggota tubuh yang akan menjadi saksi ialah kulit dan manusia akan berasa hairan mengapa ia pula menjadi saksi? Akan tetapi kulit bakal menjelaskan bahawa Allah yang menjadikannya boleh bertutur sebagaimana Dia mencipta mulut yang boleh bertutur.

Kulit akan menjadi saksi kerana ia juga berperanan dalam kehidupan manusia. Kulit mempunyai deria sentuhan. Di akhirat kelak, kulit dijadikan makhluk yang boleh bertutur bagi menjadi saksi terhadap apa-apa jua kegiatan yang melibatkannya. Sekiranya kegiatan itu negatif, pasti kulit akan memecahkan tembelang yang menyebabkan diri manusia tergugat.

Abu Bakar bin Abi Syaibah meriwayatkan sebuah hadis daripada Muawiyah bin Haidah sl-Kurasi, katanya, Rasullullah bersabda, yang bermaksud, "Manusia akan datang ke akhirat dengan mulutnya terpasang alat pengekang (tidak boleh bercakap). Anggota tubuh yang mula-mula bercakap di Akhirat ialah peha dan tapak tangan."

Lazimnya mulut yang dipasang dengan alat pengekang ialah mulut binatang ganas seperti anjing, yang dengan itu ia tidak boleh menggigit orang. Apabila mulut manusia pula dipasang dengan alat yang sama, tujuannya juga serupa, iaitu menghalang mulut daripada berkata-kata, berdalih, atau berbohong.

Sekian~~~

18 February 2012

Sedekah Wang Ringgit

Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua...
SEDEKAH. apakah pandangan kita pada peminta sedekah? hina sangatkah mereka di pandangan kita? bagus sangat ke kita berbanding mereka? tinggi sangat ke kita ni nak dibandingkan dengan mereka?

Pembaca sekalian. Sedarlah kita bahawa kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada. Janganlah kita mengeji dan mengutuk pada peminta-peminta sedekah itu. Biarlah samada mereka itu sindikit mahupun tidak. Namun jangan kita mengeji dan mengutuk mereka.

ANDAI KATA, saat orang yang datang meminta sedekah datang kepada kita itu adalah MALAIKAT. apa yang kita rasa? tidak rugikah kita? sombong sangatkah kita dengan insan lain? sungguh rugi kita apabila yang datang itu adalah makhluk kiriman daripada Allah untuk menguji kita.
Janganlah kita sering buruk sangka pada peminta sedekah ini. Jika kita tak mahu bagi, cukuplah kita tak bagi. Janganlah kita pula mengutuk dan mengeji mereka kerana sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui segalanya. Kalau kita bagi pun tak cecah SATU JUTA RINGGIT pun kan? Jadi apalah sangat kita nak berkira. Duit kita tu banyak-banyak sangat nak buat apa? Ingat boleh tolong masa kat akhirat ke? Renungkanlah wahai manusia semua. Kita rasa kita miskin tetapi sebenarnya ada insan yang lebih miskin daripada kita. Percayalahh.....

Sekian~

15 February 2012

Wahai Permaisuriku

wahai permaisuri hati...

dengarlah apa yang mahu disampaikan ini. kamu adalah gadis idaman hati sejak sekian lamanya. namun perkara itu tidak dapat untuk diri ini sampaikan dek kerana faktor sekelilingnya. namun kamu tahu semua apa yang tersimpan dalam diri ini tentang perasaan terhadap kamu. kamu juga dapat melihat lagak perwatakan diri ini apabila berhadapan dengan kamu. perasaan segan dan malu diri ini tetap menyelubungi diri ini apabila berhadapan dengan kamu.

diri ini memang telah lama memasang impian untuk mencapai hasrat yang telah dinyatakan pada kamu itu. namun ia tidak pernah menjadi kenyataan sebagaimana yang diri ini mahukan. kamu juga telah mengetahui apa yang selama ini diri ini rasakan tetapi ia mungkin tidak bagi diri kamu.

ingatlah wahai permaisuri hati tentang semua pesanan yang telah diri ini pesan kepada kamu, simpanlah pesanan itu untuk kamu sentiasa ketahui tentang diri ini. diri ini sentiasa akan mengharapkan yang terbaik buat kamu. sesungguhnya hanya kamu sahaja yang mengetahui bagaimana sikap dan perangai diri ini tentang sesuatu itu, sekali pun kawan-kawan yang sering bersama pada diri ini namun banyak yang mereka tidak ketahui sebaliknya melainkan kamu.
wahai permaisuri hati,

diri ini akan sentiasa memegang kata-kata yang telah kamu cakapkan untuk diri ini. segala amanah yang kamu beri untuk diri ini laksanakan tetap akan sentiasa diingati. janganlah mengharapkan yang terbaik sahaja untuk diri kamu tetapi kamu perlu juga memahami tentang orang yang kamu harapkan itu tidaklah sesempurna yang kamu inginkan.

pergilah ke mana sahaja yang kamu inginkan, buatlah apa sahaja yang kamu rasa betul tindakan kamu itu. namun ingatlah segala pesanan yang telah diri ini ingatkan sepanjang masa semasa kita bersama. memang ia gembira untuk hati kamu maka teruskanlah wahai permaisuri hati.