15 July 2011

Berubahlah Bangsaku

Bismillahirrahmannirahim.......
Assalamualaikum semua... Salam perjuangan...

Apa khabar kawan-kawan dan sahabat-sahabatku sekalian? Harap sangat kalian dalam keadaan sihat sejahtera. Malam tadi tepat jam 7 sampai kat R&R Sungai Buloh, turun kat situ. Fariz yang datang ambek, kalau tak memang kena turun kat Puduraya lahh. Nasib baik dye ada dan dye nak tolong, alhamdulillah. TERIMA KASIH Fariz. Setelah sebulan dua minggu lebih tak balik rumah, bila jejakkan kaki kat R&R Sungai Buloh tu rasa lega gila. Tak sabar sampai rumah.

Jumpa Fariz je, soalan pertama yang keluar dari mulut aku "kau join tak minggu lepas?", dye pun memahami apa yang aku maksudkan. Dye pon jawab, "ehh, tak lahh. dorang buat betul-betul". Aku juga faham apa yang dye maksudkan. Aku fikir balik, kenapa lahh soalan tu yang menjadi soalan pertama aku. Padahal banyak lagi benda yang sesuai nak ditanya. Bila aku merenung sebentar, aku merasakan bahawa jiwa perjuangan dalam hati aku ini tidak pernah berubah, tidak pernah luntur. Itu pasal soalan pertama yang keluar dari mulut aku pasal benda tu.

Hakikatnya aku bukan lahh jiwa seperti apa yang kebanyakkan orang nampak, tetapi jiwa aku jiwa yang mahu memperjuangkan sesuatu yang haq, yang ada kebenaran. Cuma orang-orang sekepala dengan aku yang mengetahui sebesar mana harapan aku dalam hal itu. Apa guna kalau kita tahu akan kebenarannya tetapi kita sendiri mendustakan? Cuma kita tidak dapat menunjukkan apa yang sebenar kita semua mahukan dek kerana kita dikongkong oleh undang-undang. Undang-undang rimba. Dunia semua dah maju, cuma kita..... cuma kita je yang tak mahu berubah.

Sedang tengah aku sibuk melayari internet aku tertarik tentang satu video ni, aku tengok apa yang cuba si pembuat video mahu sampaikan. Seriously, aku terharu dan sayu hati ini melihat apa yang dye katakan, orang luar pun dapat melihat ketenangan dan kebenaran itu sedangkan kita ini orang yang menganutinya. Kita tak dapat melihat ketenangan dan kebenaran itu. Aduhai bangsaku... lupakah kita semua tentang sejarah? Aku terima ilham untuk tulis entri ini pun disebabkan melihat video tersebut.

Tapi video apa yang aku maksudkan itu aku tak dapat nak kongsikan pada ruangan ini. Ini kerana untuk menjaga keselamatan pihak-pihak tertentu. Namun jika secara personaliti boleh laa aku tunjukkan video tersebut. Tapi semestinya harus berfikiran terbuka.

Hmm, sekian sahaja untuk entri ini pada kali ini. Aku akan datangkan lagi entri tentang cerita lain pula. hahaha.

07 July 2011

Jangan Putus Asa Dengan Berdoa

Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.

"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)

Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)

Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.
"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)

Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.
" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)

Sekiranya kita tidak dapat perkara yang  dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.

Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.

05 July 2011

Mutiara Hidup

Musuh utama manusia adalah dirinya sendiri,
Kegagalan utama manusia adalah kesombongannya.

Kebodohan utama manusia,
Adalah sifat menipunya.

Kesedihan utama manusia,
Adalah rasa iri hatinya.

Kesalahan utama manusia,
Adalah mencampakkan dirinya,
Dan orang lain.

Sifat  manusia yg terpuji adalah rendah hati,
Sifat manusia yang paling diuji adalah semangatnya,
Kehancuran terbesar manusia adalah putus asa,
Harta utama manusia adalah kesihatan.

Hutang terbesar manusia adalah sifat berkeluh-kesah,
dan tidak memiliki kebijaksanaan,
Ketenteraman manusia adalah,
Suka bersedekah dan beramal.

Segala pekerjaan mudah untuk dilakukan kecuali satu hal,
Memahami apa adanya tanpa mempersoalkan 'kekurangannya'.

Sebagaimana diri kita, demikian juga makhluk lain,
Sebagaimana makhluk lain, demikian juga diri kita.

Dengan memikirkan mereka, dengan membandingkan mereka,
Tidak seharusnya kita saling berselisih, bertengkar,
Dan membunuh atau menyebabkan hal itu.

03 July 2011

Andai Kau Tahu

Assalamualaikum semua. Salam perjuangan. Apa khabar pembaca semua? Semoga berada dalam keadaan baik semuanya.

Sudah lama tidak berceloteh pada ruangan ini tentang apa yang aku mahu perkatakan. Aku selalu cakap bahawa tidak ada masa nak tulis perkara-perkara ini. Sebenarnya bukan tiada masa, cuma aku… aku yang tidak pandai mencari dan mencuri masa untuk buat perkara ini. Allah dah bagi kita 24 jam, itulah masa yang terbaik untuk manusia. Cuma bergantung pada manusia itu sendiri untuk bijak dalam mengatur masa untuk dirinya. Aku akui yang aku lemah dalam membuat semua perkara ini, ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Tapi aku, fizikal aku dah letih so mental pun letih. Tu yang boleh cakap takde masa tu. Sebab memang letih kelas dalam seminggu tu memang pack giler. Fuhh.!

Dari sebelum-sebelum ini aku selalu cakap mahu menulis tentang sesuatu yang bagi aku amatlah penting untuk aku catatkan pada ruangan ini.

Buat setakat ini, sudah lebih 3 orang cakap dengan aku sendiri yang aku ni dah tak macam dulu. Mereka cakap aku tak macam sem lepas, sem ni aku lebih senyap. Mereka cakap sem ni aku tak menyerlah berbanding sem lepas. Senang cerita aku ni pasif laa dalam kelas untuk sem ini. Mereka tanya kenapa, tapi aku tak dapat nak berikan jawapan itu pada mereka. Sebab mereka tak tahu apa yang aku fikirkan, mereka tidak faham apa yang aku mahukan. Aku rasa lebih selesa dalam keadaan aku sekarang ini berbanding sebelum ini walaupun pada zahirnya mereka nampak ia sesuatu yang negatif untuk diri aku.

Tapi situasi aku seperti itu hanya dalam kelas dan ada pada sesetengah situasi. Perkara ini mungkin tidak dirasai oleh kawan-kawan lelaki, malah mereka mungkin lebih merasai aku ini semakin aktif. Senang cerita kepala memang masuk air laa. Jadi disini dapat disimpulkan bahawa golongan yang merasakan aku ni berubah menjadi pasif adalah daripada golongan kawan perempuan, tetapi sebaliknya dirasakan oleh kawan-kawan lelaki.

Banyak sangat perkara yang aku fikirkan. Aku berubah seperti ini pun bukan sebab apa. Sebab kau, sebab anda, sebab kamu, sebab awak, sebab mereka, sebab kalian. Kau, Anda, Kamu, Awak, Mereka, Kalian - yang membuatkan aku berfikir, membuatkan aku banyak meluangkan masa untuk berfikir sejenak dan cuba berubah seperti sekarang ini.

Sahabat-sahabat dan kawan-kawan sekalian, maaf andai perubahan ini kalian semua tidak menyenanginya. Maaf andai perlakuan aku membuat kalian semua terasa. Tiada apa yang boleh aku katakan, harap kalian semua memahami semua ini.

Sahabat-sahabat dan kawan-kawan ku semua, TERIMA KASIH… terima kasih kerana kalian semua telah membuatkan aku berubah. Membuatkan aku lebih mengenal erti itu yang sebenarnya. Kalian telah berjaya membuatkan aku menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ini. Mungkin kalian semua tidak nampak, tetapi diri aku yang nampak semua ini... diri aku yang merasainya. Perkara itu membuatkan aku lebih menjadi seorang manusia yang lebih gemar melihat sahaja tindakan orang sekeliling berbanding menjadi manusia yang suka komen apa yang orang lain telah lakukan. Aku tidak takut akan perubahan ini, aku lebih takutkan andai PERKARA ITU berlaku. Dengan apa yang aku miliki, aku yakin aku mampu melakukannya.

Sorry kawan! Sorry geng! Aku tidak seperti dahulu. Mungkin akan akan dapat merasainya dan juga mungkin anda tidak merasainya. Sekian.

27 June 2011

Manusia dan Langit

Allah mengajak manusia untuk mempertimbangkan kebenaran ini dalam ayat berikut:
"Apakah kamu yang lebih sulit penciptaannya ataukah langit? Allah telah membangunnya. Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya. Dan Dia menjadikan malamnya gelap gulita dan menjadikan siangnya terang benderang. Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya." (QS. An-Naazi'aat, 79: 27-30)

Pada ayat lain dalam Al Quran dinyatakan pula bahwa manusia harus melihat dan mempertimbangkan semua sistem dan keseimbangan di alam semesta yang telah diciptakan Allah untuknya, serta memetik pelajaran dari pengamatannya:

"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami (nya)." (QS. An-Nahl, 16: 12)

Dalam ayat Al Quran lainnya , ditunjukkan:

"Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, dan masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, kepunyaan-Nyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari." (QS. Faathir, 35: 13)

Kebenaran nyata yang dipaparkan Al Quran juga ditegaskan oleh sejumlah penemu penting ilmu astronomi modern, Galileo, Kepler, dan Newton. Semua menyadari bahwa struktur alam semesta, rancangan tata surya, hukum-hukum fisika, dan keadaan seimbang, semuanya diciptakan Tuhan, dan para ilmuwan itu sampai pada kesimpulan dari penelitian dan pengamatan mereka sendiri.
وَمَا خَلَقۡنَا ٱلسَّمَآءَ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَہُمَا بَـٰطِلاً۬‌ۚ ذَٲلِكَ ظَنُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ‌ۚ فَوَيۡلٌ۬ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنَ ٱلنَّارِ
"Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab Neraka."
 (Surah Sod 38: Ayat ke 27) 

16 June 2011

Gembira Dalam Maksud Tersendiri

Haiyaa.. Sudah lama gua tak bersuara tentang cerita gua laa.. Gua cuma sempat postkan cerita yang memberi nasihat pada diri kita semua ja maa.. Bukann apa deyhh, gua memang tarak masa laa.. Masa memang amat cemburu sama gua, gua kejar dye lari.... gua kejar lagi laju dye lari lagi laju.. Aiyoooo!!!

Hurm, apa yang gua boleh katakan sikalang ini, hati gua sangat gembira maa. Gembira sangat-sangat. Padahal bukan ada apa-apa yang best pun, tapi perasaan ni tiba-tiba gembira tak tentu pasal. Mungkin...... Mungkin..... tuuuuuuuttttt...........

Siapa yang terdekat je yang mengetahui ja kott. Senang cerita, tiada siapa lagi tahu tentang ini kisah melainkan orang-orang yang berada dengan aku 24 jam. hahahaha. Cerita ini memang takkan dapat dikesan oleh sesiapa melainkan individu yang terlibat jaaaaa....

Biasanya orang rasa gembira bila ada sesuatu bertambah dalam hidupnya tetapi bukan bagi aku untuk ketika ini. Tetapi aku gembira sebab hilangnya sesuatu itu yang menyebabkan aku lagi dapat beraksi dengan lebih keyakinan. Ia juga dapat menaikkan saham-saham aku untuk masa depan. hehehehe. Best dohh.

Akhir kata, Hanya Orang Yang Tahu Je Mengetahuinya...

[mungkin akan bersambung pada entri yang akan datang. tapi tidak tahu bilakah masanya. hahahaha. ini pun masa dah cabut lari dari gua. kena lahh gua kejar balik..........]

13 June 2011

Sakit

Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.

Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.

Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?

Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.

Bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.

Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.

Selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.

Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.

"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.

Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?

Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah, doktor pakar akan menjadi tempat rujukan. Selepas itu barulah rawatan dan ubat diberikan bagi menyembuhkan sakit berkenaan.

Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapat dilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternyata bukan kecil sakitnya itu. Bahkan mampu merosakkan seluruh anggota badan yang lain.

Penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinya terlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya.

Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalu banyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinya mudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badan melaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan yang diambil dan dimasukkan ke dalam perut sehingga membentuk daging. Ada orang yang mengambil makanan daripada sumber yang haram. Ia sekaligus menggelapkan hati.
Bahkan ada orang yang tidak tahu bahawa dirinya berdosa. Membiarkan seluruh anggota badan melakukan maksiat sehingga hati sudah tidak mampu melihat cahaya Islam yang sebenar.

Taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa-dosa yang dilakukan selama ini dapat menyelamatkan rohani seseorang daripada terus mengalami kesakitan yang parah.

Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba-hamba-Nya yang berlumpur dosa serta noda untuk kembali membersihkan diri mereka dengan cara bertaubat. Ujarnya, ini sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).