15 February 2012

Wahai Permaisuriku

wahai permaisuri hati...

dengarlah apa yang mahu disampaikan ini. kamu adalah gadis idaman hati sejak sekian lamanya. namun perkara itu tidak dapat untuk diri ini sampaikan dek kerana faktor sekelilingnya. namun kamu tahu semua apa yang tersimpan dalam diri ini tentang perasaan terhadap kamu. kamu juga dapat melihat lagak perwatakan diri ini apabila berhadapan dengan kamu. perasaan segan dan malu diri ini tetap menyelubungi diri ini apabila berhadapan dengan kamu.

diri ini memang telah lama memasang impian untuk mencapai hasrat yang telah dinyatakan pada kamu itu. namun ia tidak pernah menjadi kenyataan sebagaimana yang diri ini mahukan. kamu juga telah mengetahui apa yang selama ini diri ini rasakan tetapi ia mungkin tidak bagi diri kamu.

ingatlah wahai permaisuri hati tentang semua pesanan yang telah diri ini pesan kepada kamu, simpanlah pesanan itu untuk kamu sentiasa ketahui tentang diri ini. diri ini sentiasa akan mengharapkan yang terbaik buat kamu. sesungguhnya hanya kamu sahaja yang mengetahui bagaimana sikap dan perangai diri ini tentang sesuatu itu, sekali pun kawan-kawan yang sering bersama pada diri ini namun banyak yang mereka tidak ketahui sebaliknya melainkan kamu.
wahai permaisuri hati,

diri ini akan sentiasa memegang kata-kata yang telah kamu cakapkan untuk diri ini. segala amanah yang kamu beri untuk diri ini laksanakan tetap akan sentiasa diingati. janganlah mengharapkan yang terbaik sahaja untuk diri kamu tetapi kamu perlu juga memahami tentang orang yang kamu harapkan itu tidaklah sesempurna yang kamu inginkan.

pergilah ke mana sahaja yang kamu inginkan, buatlah apa sahaja yang kamu rasa betul tindakan kamu itu. namun ingatlah segala pesanan yang telah diri ini ingatkan sepanjang masa semasa kita bersama. memang ia gembira untuk hati kamu maka teruskanlah wahai permaisuri hati.

11 February 2012

Betul Itu Caranya?

assalamualaikum dan salam perjuangan...

apa yang anda boleh buat jika anda menyayangi sesuatu itu? adakah anda akan samakan dengan benda lain? adakah anda akan tinggalkan benda itu sendirian? adakah anda tidak akan mempedulikannya?

sudah tentu jawapannya '' tidak '' kan? sesuatu yang kita sayangi semestinya kita mahu menjaganya sepanjang masa kan? kalau sehari tu ada 24 jam, mesti kita nak 24 jam bersamanya kann? mesti kita ambil tahu tentang sesuatu yang kita sayangi tu kann? kita mesti jaganya sebaik mungkin. kita mesti buat yang terbaik untuknya kann? bila ada bersamanya mesti kita rasa excited kan?

kalau harta benda pun kita boleh jaga dengan baik, inikan manusia. yang punyai hati dan perasaan. semestinya kita akan menjaganya umpama menatang minyak yang penuh.

sebagai contoh,

kalau dia lapar... adakah kita akan biarkan dia lapar sendirian? mesti kita akan pesan dia untuk pergi makan kann? sebab apa? sebab kita sayang dia. kalau orang yang tak sayang, dia akan buat tak kisah. betul?

kalau dia sakit... kita akan biarkannya sendirian ke? takkan? mesti kita pesan untuk dia rehat, pergi makan ubat, jangan buat kerja berat-berat. betul kan? lain laa kalau orang yang kita tak sayang, mesti kita akan buat tak tahu jer dengannya kann?

kalau masa dia sedih... mesti kita akan hibur kan dia kann? kita nak dia terhibur. lain laa kalau orang tu buat tak layan jer. maknanya memang dia tak sayang laa tu. kalau ada benda yang best... mesti anda akan mahu berkongsi dengan dia kann? sebab mahu cerita gembira itu kita dapat berkongsi bersama.

jadi kita sendiri laa boleh melihat semua perkara itu. tapi jika orang sudah tidak menyayangi , mesti tidak akan melakukan perkara itu. maka kita laa sendiri boleh menilai semuanya.

kita mesti akan menjadikan dia istimewa daripada orang lain kann? kalau kita melakukan orang tu sama macam orang, maknanya dia bukan laa sayang pada kita. sebab tiada perbezaan antara kita dan orang lain. semua orang tahu akan perkara itu kan? tipu laa kalau anda tak tahu...

sekian.

08 February 2012

Nasib Penunggang Motosikal

Assalammualaikum dan salam perjuangan kepada semua..!

hurm. sekarang ni nak ambik mood mengRAJINkan diri untuk update entri. hahaha. dah lama kot tak menaip macam ni. asyik malas jer. tapi sekarang ni cuba untuk buat-buat rajin.

sebenarnya ada benda yang aku mahu katakan pada petang ini. hurm. pukul 12 tengahari tadi keluar hantar kiub konkrit untuk buat ujian kekuatan. dalam perjalanan tu, tiba-tiba jalan sesak padahal bukan ada apa pun. tengok-tengok ada berlaku kemalangan yang menimpa penunggang motosikal. yang aku nampak lutut mangsa tu berdarah banyak laa, tapi tak tahu kesudahannya sebab aku cuma melalui jalan itu sahaja dan tidak berhenti. lagi pun sudah ada lebih kurang 10 orang di tempat kejadian menolong mangsa.

isu ini sudah lama bermain di fikiranku. isunya adalah NASIB PENUNGGANG MOTOSIKAL. sejak bermulanya praktikal, setiap hari aku menunggang motosikal pergi dan balik yang memakan masa paling cepat pon boleh capai 30 minit. kau bawak lahh laju macam mana sekali pun 30 minit dalam tangan. hahahaha. memang tak logik.

sepanjang sudah mencecah 3 bulan lebih ini, macam-macam kejadian yang boleh membuatkan jantung aku terhenti seketika. hahaha. dorang yang bawak kenderaan selain daripada motosikal memang langsung tak pedulikan nasib penunggang motosikal. kalau nak tukar haluan tu, main redah jer ke arah yang dorang suka. bukan nak bagi 'signal' lepas tu main masuk dengan cara bahaya. pergh! bayangkan penunggang motosikal sedang laju memandu yang kelajuannya tak lahh selaju kereta, tiba-tiba sekelip mata kereta di hadapan menukar haluan di hadapannya tanpa memberi 'signal'. fuhh! boleh gugur jantung beb!

memang berasap laa tayar penunggang motosikal nak brek dengan mengejut. silap haribulan memang libas kenderaan lain laa jawabnya. tu satu persoalan yang menghantui penunggang motosikal.

persoalan seterusnya adalah semasa waktu hujan. dapat tak korang bayangkan macam mana keadaan penunggang motosikal semasa waktu hujan? dengan jalan yang basah, dengan kenderaan lain tidak jelas dapat melihatnya, dengan sikap pemandu lain yang tidak peka terhadap penunggang motosikal, dan macam-macam lagi lahh.

aku pon jenis penunggang yang jenis redah jer walaupun hujan lebat mana sekali pun. sebab bagi aku, nak tunggu hujan berhenti memang lama. lagi pun tengah tunggu hujan berhenti sampai boleh masuk waktu maghrib. kalau kita redah masa dah jimat, solat maghrib pon dapat dilakukan dengan selesa. cuma yang menghantui diri adalah KESELAMATAN.

seingat aku, aku tak pernah pon berhenti untuk tunggu hujan berhenti cuma ada satu hari tu, yang selebihnya aku teruskan perjalanan walaupun air hujan membasahi tubuh. semasa menunggang motosikal di waktu hujan lebat membasahi bumi sememangnya menggusarkan hati ini. cuma selawat dan doa sahaja yang bermain dibibir ini agar tidak berlaku sebarang yang tidak diingini. sewaktu hujan turun juga ada yang hampir membuatkan aku menempah untuk mendiami katil hospital, namun Allah masih lagi memberikan pertolongan. Alhamdulillah. kalau tak..... ish..

pada pandangan aku, penunggang motosikal ni nyawanya 50 - 50 semasa waktu cuaca okayy tanpa sebarang gangguan. kalau kita tunggang dengan selamat pon, tapi orang lain buat hal. pergh. sama jugak. kalau kita tak tunggang dengan selamat lagi laa. semasa cuaca hujan pulak, bagi aku penunggang motosikal ni 85% nyawanya boleh terbang bila-bila masa walaupun menunggang dengan selamat. sebab jalannya yang basah, kepekaan pemandu lain terhadap kita, dan keadaan kenderaan kita sendiri.

jadi kepada penunggang-penunggang motosikal, sentiasalah beringat bahawa keselamatan kita tu amatlah penting. memang kita tak boleh jangka. kita bawak 100% sempurna pon, orang lain punya sebab kita pon boleh kena. jadi terpulanglahh kepada diri kita sendiri, nak bawak 20 km/j ke terpulang lahh. haha. jika kita bawak kereta pon, kita akan peka dengan penunggang motosikal. mungkin orang yang tidak pernah menunggang motosikal tiada rasa peka pada penunggang motosikal. kebarangkalian sebab itu sangat BESAR!

wahai pemandu-pemandu kenderaan selain daripada motosikal, tolonglah peka kepada orang-orang yang memandu motosikal. jangan kerana kita yang membawa kenderaan lain kita boleh buat apa yang kita suka. common laa beb! kita sama-sama saling hormat-menghormati. jalan raya ni jalan kita kann? kita sama-sama bayar cukai kan? kita sama-sama ada nyawa kann? jadi marilah kita semua menjadi manusia yang berguna. jangan guna kepala otak lutut. hehehe.

sekian . . . . . . .

07 February 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Bismillahi-rahmani-rahim. Assalamualaikum dan Salam Perjuangan kepada semua.

haha. pelik tak? dah masuk hari ke-38 tahun baru dah. tapi aku baru nak update entri aku. fuh!! lama beb! ini entri pertama aku untuk tahun 2012. hehe. maknanya bulan lepas, Januari langsung takde apa-apa entri yang aku tulis. teruk doh! teruk! pemalas laa katakan...

jadi memang sudah terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua, tapi aku tetap nak ucapkan. hahahaa. 38 hari? hmmm. macam-macam dah kisah yang telah tercatat dalam kalender tahun ini.

dengan itu aku mahu mengucapkan :

  • Selamat Tahun Baru 2012 untuk semua manusia di dunia...
  • Selamat Tahun Baru Cina untuk semua orang yang berBANGSA Cina...
  • Selamat Hari Wilayah 2012
  • Salam Maulidur Rasul 1433
lepas tu ada juga perayaan yang lain-lain tu... tapi tak perlu laa... anda pon tahu apa sebabnya kan... hurm... InsyaAllah lepas ni aku akan mengrajinkan diri ini untuk berblogging semula.. banyak juga al-kisah kalau mahu dicoretkan di sini.. tapi tunggulah masa lapang kann.. sekarang ni macam sibuk jer.. hihihi..

Okay lahh. Sekian.

12 December 2011

Agong Malaysia ke-13 Tamat Tempoh Perkhidmatan

Sultan Kedah iaitu Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah akan menjadi Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14 esok 13 Disember 2011 bagi menggantikan Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah tamat tempoh perkhidmatan baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-13 selama 5 tahun sejak 13 Disember 2006 sehingga hari ini 12 Disember 2011.
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Agong Malaysia ke-13

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Agong Malaysia ke-14.



Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Tuanku Permaisuri Sultanah Nur Zahirah berangkat dari Kompleks Istana Negara, Jalan Duta menuju ke Dataran Parlimen, Kuala Lumpur bagi bersalaman dengan Ahli-Ahli Dewan Rakyat, Ahli-Ahli Dewan Negara, dan Dif-Dif Kehormat Diplomat Asing. Dari situ Tuanku dan Permaisuri terus menuju ke Kompleks Bunga Raya, KLIA untuk terus berangkat balik ke tanah tumpah darah Baginda negeri Terengganu Darul Iman.

Terima Kasih Tuanku. Selama 5 tahun dibawah Tuanku memayungi pemerintahan Malaysia. Malaysia dalam keadaan aman damai. Daulat Tuanku !! Daulat Tuanku !! Daulat Tuanku !!..


05 November 2011

Cerita Sedih Semalam

Assalammualaikum dan Salam Perjuangan!

Semalam satu episod yang agak sedih & pilu terjadi.
Seorang teman yang teristimewa mahu pergi ke destinasi yang dituju nya. Jadi dari rumahnya dia menaiki kapal terbang untuk ke KLIA, kerana penerbangan untuk ke tempat mereka sekeluarga pergi berlepas dari situ. Dalam pukul 9.40 dia mesej, dia cakap dia nak flight so kena off fon dia. Aku pon tak sempat balas mesej dia, dia da off. Dalam 10.50 dia hantar mesej pada aku yang dia dah sampai KLIA.

Hati aku punyalah gembira dan terus buat keputusan untuk ke sana selepas habis kerja. Aku memberitahunya dan kami tak sabar-sabar untuk bertemu. Dalam 5.30 petang aku terus cabut bawak motor selaju mungkin untuk cepat sampai ke rumah. Sesudah sampai pukul 6.20 petang aku terus mandi tanpa rehat dan bersiap untuk ke KLIA. Member pon dah tunggu dengan kereta kat depan rumah. Aku bergerak dalam pkul 6.50 menuju ke KLIA.

Jalan ketika itu memang sesak sebab waktu kemuncak kan... orang balik kerja. Aku plak naek kereta, sebab kteorg fikir balik nak naek motor g KLIA memang sakit arr. Dah laa jauh. Jalan sesak jauh berkilometer, itu pon kami redah sehabis baek dah semata-mata aku paksa member ni cepat. Kami memang berharap dapat berjumpa.

Tiba-tiba pada pukul 7.45 petang dia cakap maybe tak dapat jumpa sebab mereka dah nak masuk. Pastu aku suro dia tunggu kejap sebab aku betul-betul dah masuk kawasan KLIA. Dapat tengok muka pon jadi laa. Dia pon suro aku cepat, aku suro dia sabar kejap lagi aku sampai. Tiba-tiba tengah kteorg laju pandu kereta tiba-tiba mesej masuk, " *** dah masuk ". Aku terdiam seketika, patu aku harap memang dapat kejar gak.

Aku dah sampai pintu utama tu, aku cakap dengan dia tunggu jap sebab dah sampai dalam ni.  Aku pun berlari mencari tempai berlepas untuk antarabangsa. Cari punya cari dapat jumpa tempat tu, tapi................ dia dah masuk dalam. Aku suro dia keluar sekejap, dapat tengok muka pun jadi. Dan dia cakap memang dah tak boleh keluar. Aku mesej lagi aku memang mengharap dia dapat tunjuk muka kejap pon jadi. Dia cakap lagi memang dah tak boleh. Aku setia tunggu situ dengan mengharap keajaiban dia dapat keluar kejap.

Tiba-tiba mesej masuk " *** dah dalam train ". Time tu rase macam nak nangis dah. Tapi takpe..... biarlah lantai-lantai, atap-atap, besi-besi, barang-barang yang kat situ menjadi saksi kesanggupan aku datang berlari untuk bertemu dengan dia. Time tu memang aku rasa...... haaa... tanpa rehat aku balik kerja terus bergegas ke sana nak jumpa. Tapi takdir menentukan kita tak dapat berjumpa walau sesaat. Fuhh~ peluh badan aku menjadi saksi semuanya.

Sedih. Harap dia selamat di sana. Akhir kata ;
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu...
saat kau jauh disana...

03 November 2011

Namun Hati Kita Selalu Dekat

Assalammualaikum dan Salam Perjuangan!

Tak sampai 24 jam lagi dia akan berlepas meninggalkan bumi Malaysia. Tak tahu apa lagi mahu dikatakan lagi. Masa tetap akan berjalan, makin lama makin dekat dan benda itu tetap akan berlaku. Hah! Aku akan sentiasa menunggu dia....

[hayatilah ayat-ayat dibawah dan diubahsuai sedikit daripada lagu Aishiteru]

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku...
saat ku harus bersabar dan trus bersabar...
menantikan kehadiran dirimu...


entah sampai kapan aku harus menunggu...
sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani...
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu...
saat kau jauh disana...


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga...
entah penantianku takkan sia-sia...
dan berikan satu jawaban pasti...


entah sampai kapan aku harus bertahan...
saat kau jauh disana rasa cemburu...
merasuk kedalam pikiranku melayang...
tak tentu arah tentang dirimu...
apakah sama yang kau rasakan...


walau raga kita terpisah jauh...
namun hati kita selalu dekat...
bila kau rindu pejamkan matamu...
dan rasakan aku...


kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh...
terhapus ruang dan waktu...
percayakan kesetiaan ini...
akan tulus aishiteru...


Sekian... wallahu'alam... :(