Assalammualaikum dan Salam Perjuangan!
Semalam satu episod yang agak sedih & pilu terjadi.
Seorang teman yang teristimewa mahu pergi ke destinasi yang dituju nya. Jadi dari rumahnya dia menaiki kapal terbang untuk ke KLIA, kerana penerbangan untuk ke tempat mereka sekeluarga pergi berlepas dari situ. Dalam pukul 9.40 dia mesej, dia cakap dia nak flight so kena off fon dia. Aku pon tak sempat balas mesej dia, dia da off. Dalam 10.50 dia hantar mesej pada aku yang dia dah sampai KLIA.
Hati aku punyalah gembira dan terus buat keputusan untuk ke sana selepas habis kerja. Aku memberitahunya dan kami tak sabar-sabar untuk bertemu. Dalam 5.30 petang aku terus cabut bawak motor selaju mungkin untuk cepat sampai ke rumah. Sesudah sampai pukul 6.20 petang aku terus mandi tanpa rehat dan bersiap untuk ke KLIA. Member pon dah tunggu dengan kereta kat depan rumah. Aku bergerak dalam pkul 6.50 menuju ke KLIA.
Jalan ketika itu memang sesak sebab waktu kemuncak kan... orang balik kerja. Aku plak naek kereta, sebab kteorg fikir balik nak naek motor g KLIA memang sakit arr. Dah laa jauh. Jalan sesak jauh berkilometer, itu pon kami redah sehabis baek dah semata-mata aku paksa member ni cepat. Kami memang berharap dapat berjumpa.
Tiba-tiba pada pukul 7.45 petang dia cakap maybe tak dapat jumpa sebab mereka dah nak masuk. Pastu aku suro dia tunggu kejap sebab aku betul-betul dah masuk kawasan KLIA. Dapat tengok muka pon jadi laa. Dia pon suro aku cepat, aku suro dia sabar kejap lagi aku sampai. Tiba-tiba tengah kteorg laju pandu kereta tiba-tiba mesej masuk, " *** dah masuk ". Aku terdiam seketika, patu aku harap memang dapat kejar gak.
Aku dah sampai pintu utama tu, aku cakap dengan dia tunggu jap sebab dah sampai dalam ni. Aku pun berlari mencari tempai berlepas untuk antarabangsa. Cari punya cari dapat jumpa tempat tu, tapi................ dia dah masuk dalam. Aku suro dia keluar sekejap, dapat tengok muka pun jadi. Dan dia cakap memang dah tak boleh keluar. Aku mesej lagi aku memang mengharap dia dapat tunjuk muka kejap pon jadi. Dia cakap lagi memang dah tak boleh. Aku setia tunggu situ dengan mengharap keajaiban dia dapat keluar kejap.
Tiba-tiba mesej masuk " *** dah dalam train ". Time tu rase macam nak nangis dah. Tapi takpe..... biarlah lantai-lantai, atap-atap, besi-besi, barang-barang yang kat situ menjadi saksi kesanggupan aku datang berlari untuk bertemu dengan dia. Time tu memang aku rasa...... haaa... tanpa rehat aku balik kerja terus bergegas ke sana nak jumpa. Tapi takdir menentukan kita tak dapat berjumpa walau sesaat. Fuhh~ peluh badan aku menjadi saksi semuanya.
Sedih. Harap dia selamat di sana. Akhir kata ;
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu...
saat kau jauh disana...
No comments:
Post a Comment