assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua...
haaaa... bangun di pagi hari ini terasa badan lenguh-lenguh... tapi dalam lenguh-lenguh tuu terasa segar jugak... adoiii... ni bukan ape... sebab semalam main bola jaring yang terlampau... overspeed sangattt...
sebenarnya tak tahu pon dorang ade planning netball game nihh... tahu pun dah lambat... lambat pon tak lambat mane... pastu dalam masa yang sama dengar ramai yang taknak join... hmmmmm... dengan anugerah Allah kepada aku yang masih lagi memiliki akal yang waras, segala urat-urat otak dikerah untuk bekerja 26jam sehari untuk memikirkan jalan penyelesaian yang ada ini...
apa lagi... cari laa seramai mana yang boleh join kteorg, tapi banyak jawapan yang aku dapat "aku tak pandai arr main netball". aduiii. lemahnya bila dengar jawapan macam tuu. takpe laa kann. orang dah tak boleh, takkan aku nak paksa. tapi alhamdulillah... orang yang main malam tadi cukup-cukup jer walaupun kurang sorang untuk setiap team... tuu yang last minute tak jadi... kalau tak memang dah ngam aku bajet orang...
yang paling aku bengang sekali handfone aku laa. dah dekat pukul 8 nii banyak sangat mesej masuk. handfone dah habis usang dah. sampai kann nak bukak password pon dah tak boleh disebabkan butang dahh tanggal habis. berbulu giler kott. nak bagitahu dorang untuk main dulu pon tak boleh. aduhh.
aku ni asyik lambat jer bila nak main dengan dorang. padahal keluar dah awal dah, tapi tengah dalam perjalanan nak pergi tuu ade plak orang mesej nak ikut. beriya-iya laa aku patah balik, tapi tengok-tengok tak sampai rumah lagi. tunggu laa kejap. pastu dah sampai bincang punya bincang cakap taknak pergi pulak. adoiii. kesian dorang kat sana tunggu aku.
tapi tetap puas hati. walaupun perut rasa nak pecah sebab letih tahap gaban. berbaloi laa dapat keluarkan peluh. masa lelaki lawan perempuan tuu aku beriya-iyaa main sangat sebab dah memang set nak kalahkan dorang. tengok-tengok menang gak. haha. tapi sape punya idea untuk campur lelaki perempuan tuu bagus arr. aku fikir balik betul jugak tenaga lelaki dengan perempuan kann berbeza, jadi kalau lelaki menang tak heran laa. hmm. mase campur lelaki perempuan tuu team aku kalah laa. 3-2 jerr kott. dah ketinggalan 0-2.
ape pun mereka semua tetap terbaik. tabik spring kat semua yang datang malam tadi.
KAMI TURUN KE GELANGGANG SEHATI SEJIWA...
sekian~
No comments:
Post a Comment