assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua...
agak lama jugak tak update bendalah ni. mungkin sebab malas. hahaha. atau mungkin sebab aku bukan sasterawan. hehe. sebenarnya semua bergantung pada masa dan kekuatan semangat untuk nak update bendalah nih. hihihi. mungkin belakangan ni banyak terlibat dengan bermacam-macam agenda sebagai seorang aktivis.
hmm. apakah hak kita sebagai manusia? semestinya kita mahukan segala yang melibatkan diri kita dijalankan secara adil dan saksama kann? jadi kalau hak kita itu tidak dijalankan atau dikendalikan dengan cara yang betul mesti kita akan ingatkan pihak berkenaan untuk memperbaiki semula kegagalan yang telah pihak tersebut buat.
sabtu lepas, rakyat Malaysia tidak kira di dalam negara mahu pun di serata dunia menjalankan secara serentak himpunan yang dikenali BERS✔H 3.0 dan yang paling mendapat perhatian luar biasa iaitu himpunan yang berlagsung di sekitar Kuala Lumpur. jika di lihat pada laman-laman sosial hari ini mudah mendapatkan gambaran yang sangat jelas apa yang berlaku tempoh hari. tapi bagi yang menonton rakaman video yang dimuat turun di internet mungkin tidak dapat gambaran sebenar berbanding jika kita memang berada di sana.
aku taknak komen lebih dalam ruangan ini apa yang telah berlaku ketika itu, tetapi jika bersua muka boleh laa aku berkongsi semua apa yang berlaku. manusia sekarang semuanya pentingkan diri sendiri, nanti kita tulis lain dorang boleh buat cerita lain. maklumlah... cakap dunia sekarang pada peringkat akhir zaman. maka fitnah sana sini laa beb.
ada orang cakap, yang join BERS✔H 3.0 ni bodoh, bangang, haram, berdosa, dan bermacam-macam lagi lahh sebab menyokong Ambiga. Alasan mereka Ambiga ni pendokong LGBT (Lesbian Gay Bisexual Transgender), orang kuat menyokong isu murtad di Malaysia ini.
Okayy. itu hak mereka yang mahu mengatakan macam tuu. aku hormati pandangan golongan tuu. macam mana pulak pandangan aku ni...
Golongan yang mengatakan macam tuu ada facebook tak? sebab apa aku tanya soalan tuu? sedia maklum laa kan, sape yang ade facebook mesti kenal siapa tuu Mark Zuckerberg. kann? Mark Zuckerberg tuu orang ape haa? agama ape? hmm. korang makan McD tak? KFC? KitKat? makanan dan minuman jenama Nestle? minum Coca Cola? Pepsi? Nescafe? Sprite? guna Nokia? semua bendalah produk ni dihasilkan dari negara mana haa? lu pikir laa sendiri...
Rakyat Malaysia beragama Islam yang turun bersama-sama BERS✔H 3.0 tuu tidak menyokong Ambiga tetapi mereka menuntut 8 tuntutan untuk pilihanraya yang bersih dan adil. cuba tengok 8 tuntutan
BERS✔H 3.0 tuu. macam kita yang ada facebook ni. kita sokong ke yahudi yang dianuti oleh Mark Zuckberg tuu? sudah tentu jawapannya TIDAK kann? tetapi kita gunakan facebook untuk menyebarkan dakwah dan kebenaran. maknanya kita gunakan kelebihan penghasilan dia tu untuk kebaikan agama dan negara kita.
yang makan-minum dan gunakan produk McD, KFC, KitKat, Nestle, Coca Cola, Pepsi, Nescafe, Sprite, Nokia, dan bermacam-macam lagi tuu macam mana pulak? semuanya negara-negara yang hasilkan ni negara-negara yang menindas umat dan negara Islam. yang ni lagi laa kita membeli barangan dan produk mereka sekaligus kita telah membantu menjana ekonomi mereka untuk menindas kita sendiri.
jadi maknanya kita boleh berfikir sendiri mana yang baik, mana yang buruk, mana yang betul, mana yang salah. jangan lahh kita sibuk salahkan orang lain, tapi kita tengok laa diri kita dulu kann. eh! jap! macam mana pulak kita yang sokong Arsenal? Liverpool? Malaga? Barcelona? AS Roma? Juventus? kita tak sokong ideologi mereka kann? kita cuma sokong dan minat permainan dorang.
akhir kata daripada aku, kita bersama-sama dalam sesuatu tak semestinya kita menyokong segala tindakan, tingkah laku, dan ideologi yang dibawa tetapi dalam berlainan tindakan, tingkah laku, dan ideologi itu mesti tetap ada persamaan. Persamaan itu lahh yang membawa kita menjadi bersatu. faham dan renungkanlah kata-kata aku ini.
sekian...
No comments:
Post a Comment