19 April 2012

Sahabat Sehati Sejiwa

assalamualaikum dan salam perjuangan untuk semua...

genap seminggu dah ulang tahun kelahiran diri ini. alhamdulillah Allah masih lagi memberi ruang dan peluang untuk hidup di dunia. semoga Allah memberkati sepanjang umur hidup ku ini disamping mendengar dan memperkenankan segala apa yang hati ini inginkan. sesungguhnya Allah mengetahui segalanya.

pada hari ulang tahun kelahiran minggu lepas tuu, cuma 5 orang jer yang wish tak termasuk keluarga. haha. tak perlu laa aku senaraikan kelima-lima nama tersebut, hanya diri sendiri yang tahu. mereka ini memang betul rapat yang saling berkongsi apa-apa hal pada suatu tika dulu dan saat ini ia semakin berkurangan. mungkin kerana semua sudah mempunyai haluan masing-masing. yang wish melepasi tarikh keramat berkenaan 3 orang. haha. total 8 orang jerrr. mereka ini golongan sahabat sehati sejiwa.

apa pun, terima kasih kepada kaum keluarga dan sahabat-sahabat sehati sejiwa ini. semoga doa dan hasrat yang mereka nyatakan dimakbulkan Allah. umur semakin meningkat, tahap akal pun turut meningkat. bukan itu sahaja tetapi semua aspek kehidupan harus ditingkatkan seiring dengan umur. barulah boleh menjadi individu yang terbaik.

tanpa mengira sebarang halangan yang ada, esok tuu terus aku ke pejabat pos untuk daftar sebagai pemilih. hahaha. tak sabar nak mengundi. harap-harap pilihan raya dilambat-lambatkan lagi untuk memberi peluang kepada ramai lagi masyarakat yang seangkatan dengan umur aku untuk daftar sebagai pemilih. hehe.

sekian.

No comments:

Post a Comment