14 December 2013

Signal Alam

11 Safar 1435H

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua.

Sungguh! Sungguh! Sungguh! Sungguh sebenarnya sesiapa yang ingin membawa obor Islam dalam kehidupannya akan mendapat kecelakaan hidupnya. Itu kata manusia, namun tidak bagi Allah. Allah sentiasa bersama hambaNya yang istiqamah membawa obor Islam dalam hidupnya.
Semalam dunia Islam digemparkan dengan hukuman kejam, gantung sampai mati oleh kerajaan Bangladesh ke atas Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e Islami Bangladesh iaitu Abdul Quader Molla. Hukuman tersebut dicipta atas fitnah ke atas as-Syahid yang mempertahankan keadilan rakyatnya. Hukuman asalnya adalah penjara seumur hidup telah ditukar kepada hukuman gantung sampai mati merupakan agenda jahat golongan-golongan yang membenci Islam di negara tersebut sedangkan yang menjatuhkan hukuman itu merupakan orang yang sebangsa dan seagama dengan as-Syahid.

Buat penyokong-penyokong Jamaat-e Islami Bangladesh dan keluarga as-Syahid, bersabarlah dengan ujian Allah ini. Dunia hanyalah pentas lakonan manusia semata-mata dan yang kekal hanya kehidupan akhirat. Moga arwah Abdul Quader Molla digolongkan bersama roh pejuang-pejuang agung yang mati syahid di jalan Allah. Moga kalian istiqamah untuk terus mengibarkan syiar Islam disana dalam menegakkan keadilan.

MANAKALA.....

Iklim dunia sudah menjadi celaru. Celaru sebab apa? Sebab tidak seperti kebiasaan. Namun disitu manusia perlu ambil peringatan atas setiap yang berlaku. Setiap perubahan alam yang berlaku merupakan peringatan Allah kepada manusia untuk mengambil pengajaran daripadanya. Kini di Mesir, salji mula turun memenuhi kawasan-kawasan disitu seperti Cairo, Beheira, dan Sinai. Mengikut sejarah, terakhir salji turun ini berlaku pada 112 tahun yang lalu namun ia kembali pada ketika ini. Apakah signal atau pengajaran yang Allah cuba tunjukkan? Itu di Mesir.

Tetapi tahukah kita di Syria juga menghadapi situasi yang sama? Mereka lebih terseksa kerana tekanan nyawa dan keadaan iklim sejuk yang menyelubungi mereka. Disaat nyawa mereka bila-bila masa diragut oleh golongan puak zalim Syiah Basyar Assad, mereka juga terpaksa mencari tempat tinggal untuk mereka berlindung daripada kesejukkan cuaca disana. Setakat ini dicatatkan lebih 3 bayi telah mati kerana kesejukan. Suhu mereka disana mencecah -20 selsius. Yaa, NEGATIF. Disini ingin juga penulis mengajak kepada semua manusia yang memiliki harta lebih untuk turut menyumbangkan duit, baju sejuk, toto dan selimut kepada rakyat Syria. Mereka sangat memerlukan bantuan manusia lain. Semakin banyak kita memberi bantuan kepada orang, semakin Allah tambah rezeki kita. YAKINLAH...
Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun MAYBANK GABUNGAN SALAM SYRIA dengan nombor akaunnya 5622-1820-7666. Bagi maklumat lanjut boleh terus ke mukabuku https://www.facebook.com/MLL4S dengan info-info terkini akan diupdate masa ke masa. Situasi sama turut berlaku di Gaza, Palestin. Salji sudah memenuhi tempat-tempat disana. Masjid kubah kuning disana turut diselaputi salji.
Akhir kata, janganlah kita berpaling dari jalan Allah. Buat jahat macam mana pun kita, yakinlah tentang balasan Allah. Sesungguhnya pintu keampunan dan pintu taubat masih lagi terbuka luas.

Sekian.

17 November 2013

Dunia Terletak Pada Diri Sendiri

Assalammualaikum dan salam perjuangan....

KEMANUSIAAN. Rasa-rasa zaman sekarang ini laa kann, nilai kemanusiaan tu ade tak dalam diri setiap individu? Jika dilihat dengan mata kasar, nilai kemanusiaan itu seperti telah tiada pada masyarakat harini dari sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesar-besar perbuatan. Zaman sekarang masyarakat yang ada ini lebih mementingkan diri sendiri berbanding mementingkan kebersamaan.

Sebagai contoh, kita duduk serumah dengan kawan kita. Kita tahu kawan kita ada sidai baju hari tuu. Tiba-tiba hujan mula rintik-rintik, tapi kita buat tak endah je untuk tolong ambilkan ke, tolong panggil kawan kita tu untuk ambil baju ke. Sampailah hujan dah lebat baru kawan kita tuu tersedar atau teringat yang dia ada jemur pakaian. Tapi time tuu memang dah kuyup balik laa baju kawan kita tuu.

Kadang-kadang benda semudah tuu pun masyarakat kita macam takde hati dan perasaan kann? Tu sebab digelar tiada kemanusiaan. Kalau betul manusia mesti ada hati, ada perasaan. Kita tahu kawan kita sidai baju tuu untuk kering, bukan untuk kuyupkan. Tapiiii..... tu lahh hakikat zaman sekarang ini kann.

Mungkin itu musibah pada masyarakat kita hari ini. Hati ni dah digelapkan sangat dengan wayang dunia. Ternyata Yahudi berjaya memasukkan jarum-jarum halus dalam darah umat Islam. Tu baru sesama umat Islam, tuu baru cerita serumah. Cuba lihat bagaimana kemanusiaan kita antara Islam dan Bukan Islam? Bagaimana kita dengan masyarakat di luar sana? Lagi lahh hilang nilai kemanusiaan itu.

Kadang-kadang kita nampak orang minta derma, tangan kudung, kaki kudung. Ada kita nak bagi duit? Jangan kata RM50, RM10 pun tak. Jangan kata RM10, seringgit pun menggigil nak bagi. Dah laa tak bagi, dikutuk pulak orang tuu. "apa laa nak mintak derma jerr.. usaha laa sikit, carik kerja ke, berniaga ke..", masyarakat kita hari ini.

Tu laa sedikit sebanyak yang dapat ditulis dalam dinding blog ini. Penulisan ini khusus buat diri aku, apabila aku menulis, aku sedang berkata-kata pada diri aku sendiri. Bila terluang masa untuk bukak blog ni, akan terbaca entri-entri ini sekaligus menyedarkan dan mengingatkan aku semula. KALAU KITA NAK BAIKI DUNIA, KENA BAIKI MANUSIA. KALAU KITA NAK BAIKI MANUSIA, KENA BAIKI HATI. KALAU KITA NAK BAIKI HATI, KENA BAIKI SOLAT. jadi apabila solat itu kena baiki, maknanya ia terletak pada diri kita sendiri. jika kita jaga solat, insyaAllah hati akan baik. apabila semua orang hati baik, manusia atau masyarakat itu jadi baik. apabila manusia jadi baik dunia akan baik dan selamat.

sekian.

13 November 2013

Agar Tidak Menyamai Yahudi

Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua.

waaa... dah tersangat lama tak luangkan masa untuk berblog ni. sebenarnya dah takde idea nak tulis ape. ape pon kita sekarang dah melangkah masuk ke tahun baru Islam, 1435H. harini pun sudah hari yang kesembilan tahun baru (9 Muharram), dan sebagaimana semua ketahui esok merupakan hari Assyura yang mana majoriti umat Islam akan mengambil tarikh itu untuk berpuasa sunat seperti yang disarankan. 

tetapi harus juga kita ketahui bahawa kaum Yahudi turut akan berpuasa pada esok hari, maka sebab itulah Rasulullah S.A.W. menggalakkan umat Islam perlu berpuasa lebih daripada sehari iaitu tidak hanya pada 10 Muharram itu sahaja tetapi harus diapitkan pada 9 Muharram juga. untuk keterangan lanjut, lihat gambar dibawah.
ada juga orang mengatakan boleh juga diapitkan dengan 11 Muharram iaitu selepas hari Assyura. dengan syarat ia tidak menyamaikan dengan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja. Moga entri bermanfaat untuk semua.

sekian.

15 August 2013

Manusia, Darah dan Air Mata

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua.

Hasbunallah wani'mal wakil, wani'mal maula, wani'mal nasir.
Hasbunallah wani'mal wakil, wani'mal maula, wani'mal nasir.
Hasbunallah wani'mal wakil, wani'mal maula, wani'mal nasir.

Pilunya hati ini apabila melihat saudara-saudaraku di Mesir sekali lagi dibunuh beramai-ramai tanpa sebarang sebab yang kukuh. Apakah dosa mereka yang sedang berkumpul di situ sedangkan mereka berhimpun bagi menuntut sebuah keadilan dimana Presiden Mesir yang telah dipilih melalui demokrasi digulingkan oleh tentera-tentera Mesir? tak lain dan tak bukan ini adalah merupakan agenda Syiah, Yahudi, Israel, & sekutunya untuk membersihkan bumi daripada di huni oleh manusia beragama Islam berfahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Bertambah sedih dan hiba hati ini apabila melihat dunia Islam lain membisu sejuta bahasa tanpa menghulurkan sebarang bantuan atau tindakan untuk mempertahankan saudara-saudara Islam kita diratah oleh manusia yang bertopengkan syaitan. Taknak pergi jauh, lihatlah sahaja Malaysia negaraku yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam oleh pemimpin kita. Apa yang mampu kita lakukan? Bukan mampu, apa yang telah negara kita buat?

Dari dulu negara Iraq diserang, apa yang kita telah buat? Palestin? apa yang kita dah buat? Gaza? Apa yang Malaysia telah buat? Terbaru Syria. Apa Malaysia telah buat? Apa pun kerajaan kita diam membisu tunduk menikus dengan musuh-musuh Islam itu. Takyah cakap negara sebesar itu, Libya, Somalia, Burma. Mana bantuan Malaysia. cuma yang ambil langkah kedepan NGO-NGO dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sahaja yang bertindak berjaya memasuki negara-negara Islam yang bergolak ini melalui pintu-pintu kecil dimana nyawa umpama telur dihujung tanduk.

Melihat situasi masyarakat kita juga semuanya buat endah tak endah. masih lagi mengejar hiburan melalaikan sana sini, para remaja majoritinya rosak akhlak, anak luar nikah bersepah. itu baru yang terlepas benih? yang pandai jaga apabila melakukan seks bebas? hancur! hancur! generasi aku memang hancur! yang setakat main geli-geli? yang jenis couple till jannah laa menggelabah semua ni? rosak! rosak! terus terang generasi aku memang dah rosak! jadi tinggallah yang minoriti yang sanggup korbankan harta dan tenaga demi melihat Islam itu sendiri tertegak di muka bumi ini khususnya Malaysia. Kalau salah semua ini boleh ditujukan pada sesiapa memang kerajaanlah aku persalahkan. jangan sembang pasal benda lain. tengok dulu bab agama.

sejauh mana kerajaan kita berusaha menyebarkan agama Islam ini? tak payah setakat sambutan Maulidur Rasul, Nuzul Quran, Maal Hijrah, Awal Muharam. itu tahap gampang aku boleh bagi. surau-surau, masjid-masjid mana yang dibenarkan para ustaz & ustazah beri ceramah? 50 tahun kita merdeka. hanya Kelantan surau & masjid dipenuhi majlis ilmu. sebab tu rakyat Kelantan kekal sejahtera dibawah pemerintahan PAS. alhamdulillah Selangor & Penang juga kekal. ini kerana apabila majlis-majlis ilmu tidak disekat, masyarakat tahu mana golongan yang batin mana golongan yang haq.

ayuh marilah kita bersama berubahlah! berubahlah! berubahlah ke arah yang lebih baik. tinggalkanlah yang mungkar. tinggalkan nikmat dunia yang sementara. tetapi gunakanlah nikmat dunia untuk mendapat kehidupan selesa di akhirat. DEMI ALLAH! DEMI ALLAH! DEMI ALLAH! hanya agama Islam merupakan agama yang diterima Allah. hanya orang-orang yang kehidupannya mengikut al-Quran dan as-Sunnah sahaja yang diterima Allah. YAKINLAH! YAKINLAH! YAKINLAH DENGAN ISLAM!

"malam yang hening ini, aku terpaku dicelah rasa hiba, geram, marah, simpati, dan serba serbi berbaur rasa. semakin aku dengar, semakin aku lihat, semakin aku bayangkan, semakin pedih terasa hingga ke ulu hati. rasa nak tulis, rasa nak hentam, rasa nak bantai dan bermacam lagi rasanya. buka fb ada yang bertanya nak buat apa nih? apa yang boleh kita tolong bro! soalan begini membuat hati ku makin terhiris. sebenarnya aku sama seperti yang lain, berjuta bahkan ratusan juta redha menjadi penonton seperti menonton gusti di restoran, yang kuat bantai sampai mati dan kita bertepuk tangan bersorak sambil menambah segelas teh tarik. aku tak mahu begitu bahkan aku benci untuk disamakan begitu. wahai saudaraku. sejujurnya aku katakan "aku ingin bersama mereka". biar berkecai tulang belulang ku dibumi itu, biar bersimbah darah syuhada' mengena pada batang tubuh ku, biar ku papah mereka ke tepi jika aku hidup atau mereka memapah ku ke tepi, biar musuh kemulian insan malu kerana membakar tubuh ini dihadapan kamera media barat dan timur. biar kaum sekular kenal erti kemulian insan, biar kaum sosialis tahu nilai kemanusiaan, biar kaum nasionalis tahu makna pengorbanan untuk watan, biar kaum diktator terketar geram, biar si munafiq sedar masa mereka semakin singkat untuk berkilas, biar saudara-mara ku kenal apa itu Islam, biar saudara-mara ku kenal apa itu dakwah, dan biar saudara-mara ku kenal apa itu jihad. wahai saudaraku di Mesir, aku insaf dengan khabar dari mu yang mengharum semerbak sehingga ke pelusuk dunia".

sekian.

20 June 2013

Exam Mood

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua...

Minggu ini merupakan minggu terakhir tempoh pembelajaran. Pejam celik pejam celik, minggu depan dah nak final. wallawweyy... Goyang jugak rasa. Belajar macam tak belajar jer. Tau-tau nak final. Moga aku dapat melakukan yang terbaik untuk final ini. Terus-terang memang tak bersedia langsung belajar kali ini. Apa pun aku tak dapat nak lari daripadanya, jadi apa boleh buat? Bersedialah menghadapinya dengan persiapan sehabis baik.

QS...       QS...      QS...       QS...       QS...       QS...       QS... 

cukup 7 kali dah sebut. harap sebati dengan diri ini. haha. rasa macam giler je ambik course ni. tawakkal laa brader. nak seribu daya, taknak seribu dalih. betulkan niat semula semua ini lillahi ta'ala...


sekian.......

13 June 2013

Matikan Kami Dalam Iman Yang Sempurna

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua.

Kebanyakkan orang jumpa aku mesti orang cakap "nas.. kau ada masalah ke?". Apabila persoalan itu ditanyakan pada aku, aku mesti agak lambat menjawab persoalan tersebut. Sebenarnya aku tak faham apa sebab mereka boleh cakap begitu? Aku beranggapan mereka melihat dari air muka aku. Mungkin persoalan-persoalan kecil yang timbul dalam hati ini cepat diterjemahkan melalui tindak balas muka.

Tetapi persoalan-persoalan kecil itu bukanlah melibatkan masalah diri malah aku sering memikirkan masalah-masalah yang sedang menyerang masyarakat kita dan masyarakat dunia. Demi Allah! Aku sangat gerun dan takut melihat suasana manusia zaman sekarang. Aku takut turut terikut perangai, sikap, dan akhlak mereka yang tidak menepati syariat Islam. Kepada Mu Ya Allah aku bersandarkan harapan agar Engkau peliharalah akidah dan akhlak aku, ibu bapaku, adik-beradikku, sahabat-handaiku, guru-guruku, pemimpin-pemimpinku, dan semua muslimin yang masih hidup untuk berada di jalan yang betul iaitu agama Islam. sesungguhnya aku takut apabila aku, ibu bapaku, adik-beradikku, sahabat-handaiku, guru-guruku, pemimpin-pemimpinku, dan semua muslimin dipanjangkan umur untuk bersama semasa zaman turunnya dajjal. itulah sebesar-besar cabaran yang paling getir kerana ketika itulah akidah kita benar-benar tercabar.

Aku sangat sedih melihat masyarakat kita hari ini. Aku masih mencari-cari, apa sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah mereka tidak beriman dan yakin pada kalam Allah? Adakah mereka tak tahu apa tujuan mereka dihidupkan? Sehinggakan sampai satu masa aku give-up untuk sambung belajar kerana aku merasakan apa yang aku belajar itu hanyalah ilmu dunia. Kalau boleh sepanjang masa aku nak belajar ilmu akhirat, beramal, tolong ibu bapa, tolong mana-mana orang yang susah. Senang cerita aku nak gunakan anugerah tubuh badan yang sihat ini untuk mengaut sebanyak mungkin pahala untuk bekalan aku sendiri menuju akhirat kelak.

Namun aku pujuk kembali hati ini untuk terima keadaan cabaran ini sebagai ujian Allah untuk aku dan menuntut ilmu itu juga merupakan kewajiban bagi setiap penganutnya. Dalam keadaan pasrah aku cuba terima untuk belajar ilmu duniawi ini semua. Aku merasakan hidup ini sudah tak panjang lagi, aku takut apabila nyawa aku dijemput Allah, bekalan yang ada tidak mencukupi untuk melayakkan aku menjejaki syurga Mu Ya Allah. Itulah setiap kali aku tak dapat memikirkan kewajaran aku untuk belajar ini, aku akan kembali mendekatkan diri pada Mu Ya Allah. cekalkanlah hati hamba Mu ini Ya Allah. Aku sangat teringin untuk mati di medan jihad bersama-sama saudara-saudaraku di seluruh dunia yang sedang mempertahankan dan mendaulatkan syariat Islam ini.

Buat masa ini aku hanya mampu melihat sahaja masyarakat aku yang sedang huru-hara tak jumpa hala tuju sebenar. Aku mampu untuk berdoa sahaja agar Allah sirami hati-hati mereka untuk jadikan ajaran Islam sebagai panduan hidup. Alangkah indahnya andai satu dunia melaksanakan perintah Allah. Fuhhh! Tak dapat aku membayangkannya kerana aku yakin perkara seperti itu takkan terjadi melainkan di dalam syurga. Sebelum aku mahu melihat masyarakat kita ini ke arah mentaati dan mempraktikkan cara hidup Islam, maka akulah orang pertama yang kena lakukan. Jika diri sendiri tidak ke arah kebaikan bagaimana kita nak harapkan orang lain berubah? Sesungguhnya kita ini bukan sesempurna manusia untuk Allah tetapkan hati kita ini, ada kalanya aku sendiri lupa untuk melakukan sebagaimana yang telah Allah perintahkan. Sesungguhnya hati manusia ini cepat berubah-ubah.

Sekian...

09 June 2013

Kemenangan Berpihak Pada Islam Menjelang Kiamat

Assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua...


Semakin hari semakin ramai nyawa saudara-saudaraku terkorban dalam mempertahankan kesucian agama Islam. Paling parah sekali saudara-saudaraku di Syria. Mereka dibunuh, diseksa, dan dirogol tanpa berperikemanusiaan lagi. Nama pun musuh, pastinya nilai kemanusiaan itu sudah tiada apabila mendapat musuh di depan mata. Tetapi apa salahnya saudara-saudaraku itu diperlakukan sedemikian rupa? "Wahai Allah, sesungguh ini memang ujian dari Mu untuk kami sebagai hamba. Tetapi aku pelik dan hairan di manakah saudara-saudaraku seIslam di selururh dunia? adakah mereka hanya mahu melihat ini sebagai sebuah lakonan yang sedang dipersembahkan? atau mereka sedang bergembira hasil kemewahan dan kesenangan yang telah mereka miliki?"

BANGKITLAH WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU SEISLAM !!! Bagi yang berkemampuan untuk menyertai ke medan jihad itu, SILAKAN. Mereka sedang menunggu kita. Bagi yang melakukan hubungan jual-beli dengan Syria, Iran, dan sekutu-sekutunya, SILA BERHENTIKAN. Bagi yang berduit dan berharta, SILAKAN melakukan derma buat mujahideen kita di sana melalui wakil yang betul. Bagi yang tak mampu ke medan jihad, tiada urusan jual-beli dengan negara-negara tersebut, dan tidak mampu menderma, BERDOALAH kepada Allah bagi kemenangan buat mujahideen kita di Syria dan tak lupa juga di seluruh dunia. Mungkin hari ini negara kita masih aman dan merdeka, mana tahu esok lusa kita juga akan jadi seperti mereka. Ayuh marilah bangkit bersama umat Islam di seluruh dunia.
"...Ya Allah, sesungguhnya jauh di sudut hati ini ingin aku turun bersama membantu saudara-saudaraku berjihad di medan perang itu. Sememangnya mati syahid itu cita-cita utamaku. Namun aku melihat cita-cita dan harapan itu terlalu jauh untuk menjadi realiti kerana banyak faktor sehinggakan aku pernah mengatakan pada mama untuk aku menyertai jihad mereka. Tetapi mama mengatakan pelihara mak ayah dahulu lebih utama daripada berjihad. Itulah menyebabkan angan-anganku itu agak terbantut. Ia sedikit pun tidak lagi mematahkan semangatku untuk terus bercita-cita mati syahid fisabilillah. Ya Allah, sesungguhnya aku mengerti kenapa keadaan ini terjadi pada seluruh umat Islam di dalam dunia ini. Umat Islam sedang ditindas oleh mana-mana pihak baik dari musuh yang jelas seperti yahudi, musuh yang berlainan pegangan seperti syiah, musuh yang berlainan agama seperti kafir, musuh yang nampak seperti sama-sama sunni tetapi menolak dan meragui hukum-hakam di dalam Al-Quran dan Hadith, menghina sunnah Rasulullah. Hal ini kerana aku sangat yakin bahawa di akhir riwayat dunia ini, ISLAM akan kembali menguasai dunia di segenap kawasan di serata dunia. aku yakin dengan janji Mu Ya Allah, Tuhan Semesta Alam..."
"...Ya Allah, aku berharap agar Engkau pimpinlah hati aku, hati-hati ibu bapa ku, hati-hati adik-beradikku, hati-hati sahabat-sahabatku, hati-hati saudara-saudara seIslamku untuk terus tetap dijalan syariat Mu ini Ya Allah. Janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami sesudah Engkau memberi nikmat dan petunjuk ini Ya Allah. Ya ar-Rahman, bantulah saudara-saudara ku yang sedang berjihad demi mempertahankan agamaMu itu. turunkanlah bantuan tentera-tenteraMu seperti mana Engkau menghantar burung-burung ababil untuk menewaskan tentera bergajah Abrahah,  seperti mana Engkau membinasakan kaum Thamud, seperti mana menimpakan azab pada penguasa yang zalim seperti Firaun. Aku beriman dengan janji-janji Mu itu Ya Allah..."


Amin Ya Rabb al-Amin. Sekian.