14 March 2012

Jangan Sampai Jadi Barah




Assalammualaikum dan salam perjuangan semua...

12 Mac 2012 tepat jam 8 malam aku dah tercegat di hadapan kaca tv seperti biasa untuk mengetahui isu semasa dengan menonton Buletin Utama... tajuk utama Buletin Utama isnin lepas berita tentang ketiga-tiga paparan gambar di atas... ' Mayat Yang Ditemui Dibakar Adalah Nurul Nadirah '

telinga mata hidung tangan kaki semua terus tertumpu pada skrin tv. seolah macam tak percaya apa yang aku dengar pembaca berita tu katakan. rupa-rupanya tak pekak lagi telinga aku nihh. benarlah apa yang aku dengarkan itu. mayat yang dijumpai dibakar di dalam semak adalah jasad kanak kanak yang hilang sejak 1 Mac 2012 lalu...

astagfirullahalazim... mengucapkan panjang aku mendengarnya...

wahai manusia... ke mana hilangnya nilai berperikemanusiaan yang selama ini didambakan dalam diri kita? apakah nyawa manusia kini sama nilainya dengan nyawa binatang? membunuh binatang tanpa sebab juga merupakan satu kesalahan kerana ia juga makhluk yang bernyawa, inikan manusia yang tidak berdosa... apakah  sebab sekarang ini manusia sudah bertindak di luar jangkaan akal manusia? kenapa? di mana silapnya?

sedarkah kita keadaan manusia sekarang ini bagaimana? jika dahulu kanak kanak bebas bermain di luar rumah, berjalan jalan di sekitar taman permainan, berlari lari sesama mereka di halaman kawasan rumah rumah mereka. namun kini... semuanya sudah tidak lagi. semuanya hanya tinggal bayangan. harapan untuk melihat keadaan itu sudah jarang ditemui... kerana apa? kerana apa wahai manusia?

janganlahh nak menunding jari pada sesiapa. kerana KITA juga wahai MANUSIA. generasi sekarang tidak seperti generasi dulu. generasi dulu - kanak kanak disayangi, orang tua dihormati. tetapi generasi kini semua itu sudah tidak ada. keselamatan kanak kanak jika terbiar semestinya akan membawa musibah. tak kena culik - dijadikan tebusan untuk mendapatkan wang, tak dijadikan tebusan - didagang ke negara luar untuk jadi peminta sedekah, tak dijadikan peminta sedekah - dirogolnya. tak dirogolnya - dibunuh. kalau dah dibunuh tuu macam macam laa pulak kategorinya - dibakar, ditikam, dimasukkan terung, dibuang ke sungai/laut. adoiii...

NAMPAK TAK? manusia sekarang sangat tidak berguna. manusia sekarang semuanya bertopengkan syaitan iblis. manusia sekarang semuanya bernafsukan binatang.  manusia sekarang semuanya perangai bak firaun. ZALIM..! MANUSIA SANGAT ZALIM..! cuma segelintir manusia yang tidak seperti ini...

jika anda semua tidak mengikuti kes kehilangan kanak kanak ini, meh sini aku nak kongsikan maklumat. PUNCA kanak kanak itu hilang adalah kerana facebook. facebook? kenapa facebook? hmm. ceritanya macam nii... budak tuu dah kelaparan sangat nak makan tengahari, lepas tuu dia cakap kat mak dia yang dia lapar... nak makan... mak dia nii pulak tengah melayari laman sesawang mukabuku. mase anak dia datang bagitahu dia tengah lapar tu, mak dia ni terus g ambik duit bagi kat budak nii berserta nota suruh belikan mee goreng dua bungkus berserta telur. tak tahu laa telur mata ke  telur dadar ke telur rebus ke yang penting telur. pastu mak dia nii sambung balik melayani facebooknya. Lebih kurang dua jam lebih baru dia tersedar dari lamunan yang anak dia tak balik balik rumah lagiii.. masa itu lahh dia baru mencari ke mana anaknya pergiii...


korang tau berapa umur budak tu? dua puluh tahun? dua puluh tahun tuu bukan budak lagi, itu dah bapak badak dahh. habis tu berapa tahun? dua tahun? agak agak laa nak teka sampai tak tercapai akalmu pulak... kalau nak tau, umur budak tuu ___ tahun. korang carik lahh sendiri. sebab apa aku taknak bagi tahu? sebab logik ke umur budak macam tuu disuruh g kedai sendirian untuk beli barangan? sangat tidak masuk akal... bila korang dah jumpa umur budak tuu mesti bijik mata korang terkeluar tapi masuk balik... sebab memang tak masuk akal budak macam tuu dibiarkan g kedai sendirian. hmmm. semuanya sebab apa? sebab apa? sebab FACEBOOK... sebab apa??? kuat sikit cakap! SEBAB FACEBOOK!!! 


Bukan laahh sebab facebook. tapi sebab orang yang menggunakan facebook tuu. guna facebook sampai leka.. lalai.. kalau kita bijak mengemudi facebook tuu, takdenyerr sampai lalai/leka. orang guna facebook untuk sebarkan dakwah. sebarkan ilmu. barulah bermanfaat. bukan nak tulis segala hal celah kain kauu tuu! nak senang kita pegang prinsip ni, 'JANGAN SAMPAI JADI BARAH'...


nak tengok contoh? tengok ayat ni... nak berfacebook, facebook lahh tapi jangan sampai jadi barah. contoh lain, nak sokong team bola mana mana pun, sokong lahh tapi jangan sampai jadi barah. contoh lain lagi, nak berfutsal, futsal lahh tapi jangan sampai jadi barah. nak contoh lain lagi? nak main alat muzik, main lahh tapi jangan sampai jadi barah. lagi contoh lain... nak berhibur, berhibur lahh tapi jangan sampai jadi barah. dah? cukup contoh-contoh ni? okayy last contoh... nak main game, main lahh game apa apa pun tapi jangan sampai jadi barah...

aku rasa korang dah faham dah. okayy. mulai sekarang tambah lagi prinsip hidup 'JANGAN SAMPAI JADI BARAH'... barah tuu korang semua tahu kann? senang cerita macam kanser laa, bahasa mudahnya penyakit. tapi tu senang cerita. kalau susah cerita korang carik laa dalam kamus dewan bahasa edisi terbaru apa yang dimaksudkan dengan barah. kalau tak faham jugak ambik kamus dewan bahasa tuu hempok kat kepala tiga kali. terus jadi sasterawan negara. tapi sasterawan negara yang dianugerahkan diri sendiri laa.

berbalik kepada kisah kanak kanak itu tadi. - - mood muhasabah diri - -

cuba kita lihat pada siapakah yang terjadi kejadian ini? bangsa mana? bangsa cina? bangsa india? agama mana? kristian? buddha? hindu? tidak kann? kita sendiri bolehh menjawab nya. cuba ingat balik kes adik nurin jazlin, adik sharlinie. daripada bangsa mana? agama mana? pelik kannn....

sedihh... memang tersangat sedih... orang kita kebanyakkannya... sebenarnya kita ni banyak leka... leka dengan dunia sendiri, leka dengan kehidupan sendiri, leka dengan harta benda yang dimiliki. pagi tadi kat radio ustaz menceritakan tentang kisah ini. menangis ustaz tuu mengenangkan nasib umat Muhammad hari ini. terlalu banyak dugaan. macam mana kita nak kembali ke zaman kegemilangan Islam dahulu kala? sehinggakan ustaz itu tak dapat nak meneruskan ceramah beliau. wahai umat Islam semua... bangkit lahh kita semua ini daripada lamunan... tidak sedarkah kita lagi tentang apa yang berlaku hari ini? perbanyakkan mengingati segala yang telah disyariatkan pada kita semua... kita semua nak masuk syurga kann? nak sama sama bergembira kat syurga kann? jadi marilah kita bersama-sama bergerak seiringan, yang dah jauh kita hulurkan tali pertolongan, yang dah tersesat kita pimpin kembali mereka supaya kita bersama sama seiringan di dunia dan akhirat...

okayy, sekian sahaja perbincangan dan peringatan untuk kita semua. penulisan ini ditulis untuk tujuan peringatan pada diri sendiri. sampaikan laa yang baik kepada kawan kawan dan sahabat sahabat kita yang lain. semua yang baik datangnya terus dari Allah dan yang tidak baik datangnya juga dari Allah yang disandarkan pada diri aku sendiri. mohon ampun dan maaf andai ada pembaca yang tidak senang dengan kata kata dan ayat ayat yang digunakan dalam penulisan aku ni.

No comments:

Post a Comment