Assalammualaikum dan salam perjuangan kepada semua...
Di sini aku mahu menulis tentang apa yang telah lama aku mahu perkatakan kepada semua kawan dan sahabat. Tetapi ada suatu tembok besar China jadi penghalang yang membuatkan perkara itu tidak tersampai pada semua kawan dan sahabat. kuat betul tembok besar China tuu. hahaha. Sekuat mana pun tembok besar China tuu, lagi kuat jari jemari aku merempuhnya. hehe.
Kawan dan sahabat semua,
Sekarang ini aku telah pun membersihkan facebook aku daripada gambar-gambar yang telah kalian semua tag yang boleh membuatkan dosa kalian semua bertambah. Kalian semua mungkin memahami apa maksud yang aku cakap nii. Bukan apa, andai sesaat nanti, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan, dan setahun kemudian nyawa aku telah dijemput Ilahi. Maka gambar-gambar kalian yang ada pada koleksi gambar-gambar aku dan gambar-gambar yang telah ditag itu menampakkan aib kalian semua, maka sekali orang yang bukan muhrim memandang gambar-gambar yang menampakkan aurat kalian, saham dosa untuk roh aku makin bertambah kerana orang yang melihatnya itu menerusi facebook aku. kalau yang melihatnya 20 orang? apa macam? itu baru satu gambar. jika banyak gambar yang menampakkan aurat kalian dan yang melihatnya 20 orang? kalian semua dapat kirakan sendiri kann? ni baru jumlah kuantiti yang kecil. Kalau kawan kepada kawan facebook kalian yang usha gambar tuu? hmmm. makin panjang laa rantai dosa tuu kann?
Jadi di kesempatan ini, aku ingin memohon kemaafan daripada kalian semua andai ada gambar-gambar kalian semua dan gambar-gambar yang kalian semua tag kat aku, aku dah remove - dah bersihkannya. bukannya aku tak mahu nama-nama aku berada pada gambar-gambar kalian semua itu tetapi aku mahu memelihara aib kalian semua. aku tak mahu dosa aku yang dah banyak nii bertambah banyak lagi disebabkan gambar kalian semua. Bukan jer aku yang berdosa tetapi kalian semua juga akan peroleh dosa kann? jadi aku tak mahu membebankan diri aku disebabkan gambar itu apatah lagi mahu membebankan dosa pada kalian semua. Aku harap kalian semua memaafkan atas tindakan aku itu.
Maka aku juga ada pesanan untuk kalian semua. Andai di koleksi gambar-gambar dan koleksi gambar-gambar tag pada facebook kalian semua yang mempunyai gambar-gambar aku yang menampakkan aurat aku, dengan TEGAS aku mahu kalian semua buang serta-merta. Aku tak nak disaat jasad aku di dalam tanah sedang dimamah ulat-ulat, dipatuk oleh ular-ular, digigit-gigit oleh sang semut, disaat itu juga roh aku sedang dilibas, dibelasah, ditendang, dipanah, dan bermacam-macam lagi oleh malaikat, dan saat itu juga saham dosa aku bertambah-tambah kerana ada gambar-gambar aku yang menampakkan aurat itu sedang dilihat oleh golongan bukan muhrim aku. dengan itu, aku berharap kalian semua memenuhi permintaan aku ni yerr.
Aku ingin kita bersama-sama ketika kita di dunia dan di akhirat. sebab itulah aku melakukan tindakan tersebut kerana aku hormat kalian semua, aku hormat hak kalian semua, aku memelihara aib kalian semua.
Okayy. Sampai disini sahaja, memang ada lagi yang aku mahu perkatakan. Tapi cukuplah ini sahaja untuk hari ini. Untuk pembaca, kawan dan sahabat semua, harap kata-kata ini dapat kalian semua sampaikan kepada kawan dan sahabat yang lain. Ini adalah tanggungjawab kalian semua yang membacanya. sampaikan yerr pada yang lain...
sekian~~~
No comments:
Post a Comment