26 May 2011

PENGEMBARA ILMU dan NASRULSPORTY, dalam kenangan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillahi rabbil'alamin wassolatuwassalamu'ala ashrofil anbia iwalmursalina wa'alaa alihi wa-os-habihi ajma'in, amma bak'...

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perjuangan, salam untuk semua....

Alhamdulillah akhirnya wujud juga blog baru aku ini setelah aku mengambil keputusan untuk menghasilkannya setelah dua tiga hari aku pening kepala mencari apa laa sebab blog lama aku itu tidak dapat di akses masuk. Bermacam-macam perkara aku sudah mencubanya dan memang dah nak surrender, tetapi tiba-tiba Allah telah menemukan aku dengan seorang yang agak mahir tentang blog ini.

Tanpa menunggu masa lagi aku terus tanya beliau apa sebab jadi macam itu. Beliau pun macam-macam bagi idea pada aku suruh aku lakukan. Satu demi satu apa yang beliau katakan aku lakukan. Tetapi tetap tidak mendapat penyelesaiannya, dan akhirnya beliau menawarkan pertolongan untuk mencari penyelesaian aku tu. Beliau pun dah buat bermacam-macam, satu demi satu telah beliau lakukan tetap tidak mendapat penyelesaiannya. Hampir seharian beliau luangkan masa lakukannya untuk aku tapi tetap tidak boleh dapat penyelesaian juga.

Jadi di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan jutaan terimakasih pada awak kerana telah menghabiskan masa hampir seharian untuk menyelesaikan masalah blog lama saya tu. Tidak tahu apa yang boleh dapat saya membalas jasa baik awak, harap Allah dapat membalas jasa baik awak tu dengan setimpal atau lebih baik lagi. Mungkin Allah dapat membalasnya kerana kesudian awak menawarkan pertolongan dalam menyelesaikan masalah itu.

Memang sayang dan sedih kerana aku terpaksa meninggalkan ruangan PENGEMBARA ILMU itu tersadai begitu selamanya mulai sekarang ini dengan url nya nasrulsporty.blogspot.com itu. Aku tak dapat menyelamatkan hayatnya lagi untuk meneruskan perjalanan. Terlalu banyak kisah di dalam itu dan jumlah entri di dalam itu ialah 455 entri. Sejarah kewujudan PENGEMBARA ILMU itu bermula sejak JULAI 2009. Ketika itu punyalah lama aku mahu mencari nama yang sesuai untuk dijadikan sebagai title blog dan url blog.

Akhirnya dapat ilham untuk meletakkan title blog PENGEMBARA ILMU dan NASRULSPORTY.BLOGSPOT.COM sebagai url blog. Apa sebab boleh menjadi pilihan nama-nama itu?

PENGEMBARA ILMU itu adalah idea daripada minat diri aku dalam mencari ilmu tidak kira  ilmu apa pun iaitu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Jika mahu dihuraikan memang panjang tetapi aku cuma berikan contoh. Ilmu dunia misalnya adalah ilmu dalam perniagaan, ilmu dalam sukan dan permainan, ilmu dalam politik, ilmu tentang isu-isu semasa. Manakala ilmu akhirat sepertimana yang kita sedia maklum laa kan. Aku kalau ada majlis ilmu atau bahan bacaan ilmu akhirat memang akan aku luangkan masa untuk semua itu. Pendek kata kedua-dua ilmu ini iaitu dunia dan akhirat ini amat penting kerana ilmu dunia bukan untuk dunia sahaja tetapi ilmu dunia untuk akhirat. Yang ilmu akhirat sudah tentu untuk akhirat tetapi ia turut digunakan semasa di dunia. Maka kedua-dua ini memang saling berkaitan. Biar kita berjaya di dunia dan juga berjaya di akhirat kann?

NASRULSPORTY pula kerana diri aku yang suka pada aktiviti bersukan. Dalam bab bersukan ini memang aku sangat berminat dari kecil lagi hasilnya apabila dah besar ini tak reti nak dok diam, aktif ke sana ke sini. Bukan apa, sebenarnya aku suka melakukan sukan yang berpeluh sebab sihatkan badan kann? Masa sekolah rendah aku mewakili sekolah dalam sukan balapan iaitu larian. Ingat lagi ketika masa itu satu demi satu sekolah menjemput sekolah kami apabila ada sukan sekolah mereka. Kami dijemput untuk acara 4 X 100m, masa tu memang best. TERBAEK lahh senang cerita. Masa sekolah rendah tu nak juga main bolasepak wakil sekolah, tapi hajat tak kesampaian laa. Ye laa, miskin masa tu. Kasut bola pun takde lagi, member lain sume ada dah.

Hmm, di sekolah menengah pula masa form1 and form2 tak aktif lagi. Ye laa, baru tumbuh gigi. Baik laa konon. Bila dah masuk form3 tanduk mula tumbuh dah. Kebetulan ragbi di sekolah itu baru dalam permulaan, masih dalam pembinaan pasukan. Mereka mula mengajak aku untuk main, sekali dua aku turun training masa tu memang sangat membosankan. Serious! Sampaikan aku cakap "nak main ragbi apa kalau training macam orang bodoh je". Rupa-rupanya sangkaan aku itu meleset sama sekali, kerana itulah asas untuk bermain ragbi. Tetapi masa aku dah cakap macam tu aku tak turun dah training, sehinggakan aku banyak kali di ajak dorang untuk turun training. Akhirnya aku menceburkan diri kancah dunia ragbi dan.......

Sejak dari itulah imunisasi badan aku memang kalau boleh semua sukan nak ceburi. Setakat ini banyak sukan yang pernah aku ceburi. Bolasepak dan futsal tu dah tentu laa. Tak jantan laa kalau tak main sukan tu. Pastu badminton, pingpong dan sepak takraw tu pun dah tentu laa tapi ikut musim. haha. Ragbi tu tak pernah terfikir akan bermain sukan tu, tapi sekali dah main.... fuhh! terbaek! syok gila. permainan yang tersangat-sangat adil pada semua orang. Ragbi bukan untuk orang kurus je tetapi untuk orang yang berbadan besar juga, tak seperti sukan lain. Sehingga sekarang jika ditanya 'adakah mahu meneruskan bermain dalam sukan ragbi?' jawapannya 'YES. sudah semestinya jika diberikan peluang. semangat untuk bermain sukan itu masih belum luntur.' Selain itu, sukan yang suatu tika dulu aku memang BENCI tetapi perasaan itu berubah setelah aku menceburinya iaitu hoki dan bolajaring. Hoki sebab macam orang bodoh, terbongkok-bongkok yang bolajaring sukan orang pondan. tak mencabar langsung. Itu kata aku sebelum menceburinya. Tapi selepas terlibat dan mempelajari tentang sukan ini ternyata terbaekk.. terbaek.. terbaek.. Kalau boleh sukan-sukan ini aku nak selalu dan berharap ia tidak berlalu begitu sahaja. Tapi hakikatnya ragbi, hoki, bolajaring, pingpong dah lama aku tak main, hampir tiga tahun. Bolajaring tu pun sekali dua je...

Sukan yang aku tak boleh tinggal bolasepak dan futsal. Itu kalau seminggu tak main dah ketagih giler. Agak-agak kalau boleh rembat orang memang jalan je. Badminton pun sama gak. Tak boleh tinggalkan lama sangat. Sebab ketiga-tiga sukan ini memberi kesan pada otot-otot kaki dan tangan.

Nampak. Cerita pasal sukan pun dah panjang lebar. Jadi itulah sebenarnya sejarah terciptanya nama PENGEMBARA ILMU dan NASRULSPORTY tu. Entah larat ke tak larat orang nak baca. hahahahaaha. Lepas ini akan ada lagi entri akan di update rentetan daripada wujudnya blog baru ini.

Sekian.

1 comment:

  1. hahaha...
    mmg panjang! pusing2 mata saya baca entry kali nie..
    selamat maju jaya dengan blog baru!

    ReplyDelete