28 May 2011

Alhamdulillah, Allah Masih Memberi Peluang

Aku rasa bersyukur sangat tentang keputusan yang aku peroleh. Tidak terlambat rasanya untuk memperkatakan perkara ini. Bukan apa, aku rasa ini suatu pertolongan dari Allah. Memang aku nampak sangat bantuan Allah dalam hal ini.

Sepertimana aku menceritakan kepada semua orang tentang firasat aku tentang keputusan semester lepas ternyata tidak menjadi kenyataan. Aku bersyukur sangat-sangat pada-Mu Ya Allah. Engkau memang membantu aku. Alhamdulillah.

Ye laa. Masa exam paper tu aku dapat buat sikit je, yang selebihnya aku hang ketika itu. Namun keputusannya cukup memberikan aku kelegaan. Alhamdulillah. Kawan-kawan aku pun masa tu bagi sokongan moral tak habis-habis. Beri aku semangat. Bakar semula semangat aku.

Terima semua kawan-kawan yang bagi semangat pada aku terutamanya sahabat-sahabat rapat aku, merekalah tempat aku ceritakan kegelisahan aku. Namun mereka tetap memberikan aku harapan sebaliknya. Ternyata apa yang mereka kata menjadi realiti. 

Tak berapa minit lagi dah nak gerak Perak. Malas dohh rasa nak balik. Dok sini tak tahu nak buat apa, kat sana plak tak tahu nak buat apa gak. Pening pusing.

27 May 2011

Caskanlah Tenaga Rohanimu

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dunia tanpa sempadan. Besi-besi berterbangan di udara, juga bertebaran di samudera. Manusia bergerak sambil duduk-duduk sahaja. Era perhubungan atau komunikasi telah maju. Gelombang menggerakkan aksara melalui patah-patah sms, mms, e-mel, dan juga faksimili.

Megah dunia ini dengan kecanggihan teknologi. Semakin hari semakin berkembang pesat dan tidak dapat dihalang lagi. Pun demikian, di celah-celah kerajaan teknologi, masih hidup hati-hati yang mencintai Allah.

Kerajaan teknologi terus mara. Menakluk dan menguasai segala. Berkembang dan meluaskan jajahannya. Inilah pembangunan, inilah kemajuan. Namun ia rupanya membawa bersama anasir api yang sedikit demi sedikit membakar dan menghanguskan kemanusiaan, jua ketaqwaan.

Mampukah hati-hati yang mencintai Allah terus hidup di dalam kepanasan api yang kian marak membakar? Perlukah mereka lari menghindari atau harus berani menghadapinya?

Jangan lari, namun beranikan diri dalam menghadapinya. Bantulah kebangkitan kerajaan teknologi tetapi padamkanlah anasir apinya dengan siraman ketaqwaanmu. Namun kuatkah engkau untuk melawan api yang kian menyala itu?

Wahai hati-hati yang mengakui cinta kepada Allah, caskanlah tenaga rohanimu agar ia teguh bertahan menerima asakan duniawi. Caskanlah ia lima waktu sehari semalam, tambahkan casnya di celah-celah yang lima itu, yakni di malam hari sebelum engkau pejamkan matamu dan di dingin dinihari setelah engkau mencelikkan matamu.

Di saat engkau sujud, bukan lagi ibu ayah, suami, isteri, saudara-mara, rakan taulan atau anak-anak yang paling hampir denganmu akan tetapi Allahlah yang paling hampir. Dia dekat denganmu melebihi urat lehermu sendiri. Dialah Allah; wajah yang engkau idam-idamkan dalam tidur dan jaga. Dialah Allah; wajah yang engkau rindu-rindukan ketika hayat dan jua ketika jasadmu tidak lagi bernyawa.

Senyumlah kerana engkau telah mencapai nikmat perhubungan termaju di antara Khaliq dan makhluk-Nya, dan caskanlah tenanga rohanimu, iaitu melalui sujud-sujud qudusmu!

Wallahua'lam.

PENGEMBARA ILMU 2 dan PERJUANGANNASRULSPORTY Nama Diberi

Baik. Sekarang ini ada lagi masa dan kesempatan yang Allah berikan. Jadi aku akan update lagi rentetan dari entri yang sebelum ini.

Hmm. Sepertimana yang telah dimaklumkan pada entri sebelum ini, ruangan PENGEMBARA ILMU itu sudah berkubur kerana tidak dapat sign in maka aku terus ciptakan blog baru sebagai pengganti.

Masa buat blog baru ni perah otak jugak laa nak carik nama baru dan url baru. Pening runsing serabut semuanya ada. Pastu tanya lagi pendapat dia. Hmm. Fikir punya fikir ambil keputusan untuk kekalkan nama lama tapi ada sedikit penambahan. Ye laa, kalau sejibik sama mana boleh kann.

Maka dengan itu, terciptalah PENGEMBARA ILMU 2 dan url nye PERJUANGANNASRULSPORTY. Memang aku tak boleh lari dengan nama tersebut sebab nama tu laa menggambarkan hasrat dan sifat aku. Dengan sedaya upaya aku mencari nama yang sesuai tiba-tiba nak tinggalkan macam gitu? Memang tak laa kann.

Jadi pemilihan nama PENGEMBARA ILMU 2 itu adalah sebagai sambungan dari ruangan PENGEMBARA ILMU tu. Dah pertama mesti ada kedua kann? Takkan nak ke tujuh terus. So sebab itulah nama itu PENGEMBARA ILMU 2 itu di pilih.

PERJUANGANNASRULSPORTY pula kerana melalui NASRULSPORTY tu lahh banyak aku berjuang bersama-samanya. Perjuangan yang hanya melalui kata-kata  je laa. Di samping itu kerana aku terus berjuang dalam menggunakan nama itu. Maka terciptalah PERJUANGANNASRULSPORTY.

Jadi ruangan PENGEMBARA ILMU 2 ini adalah baru dilahirkan. Ia merupakan adik kepada Pengembara Ilmu. Maka ia umpama kain putih, dengan itu tuannya kena mencorakkannya.

Untuk makluman, sekarang ini sedang dalam proses pembikinan. Kalau boleh nak hasilkan sama sebijik dengan yang lama. Sebab design tu lahh aku rasa terbaik buat masa ini. Jadi ia akan berubah dari masa ke semasa dan mungkin akan menjadi lebih menarik InsyaAllah.

Dengan ini, SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua pembaca. Rajin-rajin lahh buka ruangan aku ini kerana ia akan sama seperti blog aku yang lama. Banyak entri tentang yang boleh menjadikan kita menjadi manusia yang berguna, banyak peringatan dan nasihat yang boleh jadi tarbiah kita sebagai manusia, disamping penulisan tentang kisah hidup aku, serta pandangan aku semata-mata dalam sesuatu situasi.

26 May 2011

PENGEMBARA ILMU dan NASRULSPORTY, dalam kenangan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillahi rabbil'alamin wassolatuwassalamu'ala ashrofil anbia iwalmursalina wa'alaa alihi wa-os-habihi ajma'in, amma bak'...

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perjuangan, salam untuk semua....

Alhamdulillah akhirnya wujud juga blog baru aku ini setelah aku mengambil keputusan untuk menghasilkannya setelah dua tiga hari aku pening kepala mencari apa laa sebab blog lama aku itu tidak dapat di akses masuk. Bermacam-macam perkara aku sudah mencubanya dan memang dah nak surrender, tetapi tiba-tiba Allah telah menemukan aku dengan seorang yang agak mahir tentang blog ini.

Tanpa menunggu masa lagi aku terus tanya beliau apa sebab jadi macam itu. Beliau pun macam-macam bagi idea pada aku suruh aku lakukan. Satu demi satu apa yang beliau katakan aku lakukan. Tetapi tetap tidak mendapat penyelesaiannya, dan akhirnya beliau menawarkan pertolongan untuk mencari penyelesaian aku tu. Beliau pun dah buat bermacam-macam, satu demi satu telah beliau lakukan tetap tidak mendapat penyelesaiannya. Hampir seharian beliau luangkan masa lakukannya untuk aku tapi tetap tidak boleh dapat penyelesaian juga.

Jadi di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan jutaan terimakasih pada awak kerana telah menghabiskan masa hampir seharian untuk menyelesaikan masalah blog lama saya tu. Tidak tahu apa yang boleh dapat saya membalas jasa baik awak, harap Allah dapat membalas jasa baik awak tu dengan setimpal atau lebih baik lagi. Mungkin Allah dapat membalasnya kerana kesudian awak menawarkan pertolongan dalam menyelesaikan masalah itu.

Memang sayang dan sedih kerana aku terpaksa meninggalkan ruangan PENGEMBARA ILMU itu tersadai begitu selamanya mulai sekarang ini dengan url nya nasrulsporty.blogspot.com itu. Aku tak dapat menyelamatkan hayatnya lagi untuk meneruskan perjalanan. Terlalu banyak kisah di dalam itu dan jumlah entri di dalam itu ialah 455 entri. Sejarah kewujudan PENGEMBARA ILMU itu bermula sejak JULAI 2009. Ketika itu punyalah lama aku mahu mencari nama yang sesuai untuk dijadikan sebagai title blog dan url blog.

Akhirnya dapat ilham untuk meletakkan title blog PENGEMBARA ILMU dan NASRULSPORTY.BLOGSPOT.COM sebagai url blog. Apa sebab boleh menjadi pilihan nama-nama itu?

PENGEMBARA ILMU itu adalah idea daripada minat diri aku dalam mencari ilmu tidak kira  ilmu apa pun iaitu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Jika mahu dihuraikan memang panjang tetapi aku cuma berikan contoh. Ilmu dunia misalnya adalah ilmu dalam perniagaan, ilmu dalam sukan dan permainan, ilmu dalam politik, ilmu tentang isu-isu semasa. Manakala ilmu akhirat sepertimana yang kita sedia maklum laa kan. Aku kalau ada majlis ilmu atau bahan bacaan ilmu akhirat memang akan aku luangkan masa untuk semua itu. Pendek kata kedua-dua ilmu ini iaitu dunia dan akhirat ini amat penting kerana ilmu dunia bukan untuk dunia sahaja tetapi ilmu dunia untuk akhirat. Yang ilmu akhirat sudah tentu untuk akhirat tetapi ia turut digunakan semasa di dunia. Maka kedua-dua ini memang saling berkaitan. Biar kita berjaya di dunia dan juga berjaya di akhirat kann?

NASRULSPORTY pula kerana diri aku yang suka pada aktiviti bersukan. Dalam bab bersukan ini memang aku sangat berminat dari kecil lagi hasilnya apabila dah besar ini tak reti nak dok diam, aktif ke sana ke sini. Bukan apa, sebenarnya aku suka melakukan sukan yang berpeluh sebab sihatkan badan kann? Masa sekolah rendah aku mewakili sekolah dalam sukan balapan iaitu larian. Ingat lagi ketika masa itu satu demi satu sekolah menjemput sekolah kami apabila ada sukan sekolah mereka. Kami dijemput untuk acara 4 X 100m, masa tu memang best. TERBAEK lahh senang cerita. Masa sekolah rendah tu nak juga main bolasepak wakil sekolah, tapi hajat tak kesampaian laa. Ye laa, miskin masa tu. Kasut bola pun takde lagi, member lain sume ada dah.

Hmm, di sekolah menengah pula masa form1 and form2 tak aktif lagi. Ye laa, baru tumbuh gigi. Baik laa konon. Bila dah masuk form3 tanduk mula tumbuh dah. Kebetulan ragbi di sekolah itu baru dalam permulaan, masih dalam pembinaan pasukan. Mereka mula mengajak aku untuk main, sekali dua aku turun training masa tu memang sangat membosankan. Serious! Sampaikan aku cakap "nak main ragbi apa kalau training macam orang bodoh je". Rupa-rupanya sangkaan aku itu meleset sama sekali, kerana itulah asas untuk bermain ragbi. Tetapi masa aku dah cakap macam tu aku tak turun dah training, sehinggakan aku banyak kali di ajak dorang untuk turun training. Akhirnya aku menceburkan diri kancah dunia ragbi dan.......

Sejak dari itulah imunisasi badan aku memang kalau boleh semua sukan nak ceburi. Setakat ini banyak sukan yang pernah aku ceburi. Bolasepak dan futsal tu dah tentu laa. Tak jantan laa kalau tak main sukan tu. Pastu badminton, pingpong dan sepak takraw tu pun dah tentu laa tapi ikut musim. haha. Ragbi tu tak pernah terfikir akan bermain sukan tu, tapi sekali dah main.... fuhh! terbaek! syok gila. permainan yang tersangat-sangat adil pada semua orang. Ragbi bukan untuk orang kurus je tetapi untuk orang yang berbadan besar juga, tak seperti sukan lain. Sehingga sekarang jika ditanya 'adakah mahu meneruskan bermain dalam sukan ragbi?' jawapannya 'YES. sudah semestinya jika diberikan peluang. semangat untuk bermain sukan itu masih belum luntur.' Selain itu, sukan yang suatu tika dulu aku memang BENCI tetapi perasaan itu berubah setelah aku menceburinya iaitu hoki dan bolajaring. Hoki sebab macam orang bodoh, terbongkok-bongkok yang bolajaring sukan orang pondan. tak mencabar langsung. Itu kata aku sebelum menceburinya. Tapi selepas terlibat dan mempelajari tentang sukan ini ternyata terbaekk.. terbaek.. terbaek.. Kalau boleh sukan-sukan ini aku nak selalu dan berharap ia tidak berlalu begitu sahaja. Tapi hakikatnya ragbi, hoki, bolajaring, pingpong dah lama aku tak main, hampir tiga tahun. Bolajaring tu pun sekali dua je...

Sukan yang aku tak boleh tinggal bolasepak dan futsal. Itu kalau seminggu tak main dah ketagih giler. Agak-agak kalau boleh rembat orang memang jalan je. Badminton pun sama gak. Tak boleh tinggalkan lama sangat. Sebab ketiga-tiga sukan ini memberi kesan pada otot-otot kaki dan tangan.

Nampak. Cerita pasal sukan pun dah panjang lebar. Jadi itulah sebenarnya sejarah terciptanya nama PENGEMBARA ILMU dan NASRULSPORTY tu. Entah larat ke tak larat orang nak baca. hahahahaaha. Lepas ini akan ada lagi entri akan di update rentetan daripada wujudnya blog baru ini.

Sekian.