12 December 2011

Agong Malaysia ke-13 Tamat Tempoh Perkhidmatan

Sultan Kedah iaitu Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah akan menjadi Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14 esok 13 Disember 2011 bagi menggantikan Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah tamat tempoh perkhidmatan baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-13 selama 5 tahun sejak 13 Disember 2006 sehingga hari ini 12 Disember 2011.
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Agong Malaysia ke-13

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Agong Malaysia ke-14.



Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Tuanku Permaisuri Sultanah Nur Zahirah berangkat dari Kompleks Istana Negara, Jalan Duta menuju ke Dataran Parlimen, Kuala Lumpur bagi bersalaman dengan Ahli-Ahli Dewan Rakyat, Ahli-Ahli Dewan Negara, dan Dif-Dif Kehormat Diplomat Asing. Dari situ Tuanku dan Permaisuri terus menuju ke Kompleks Bunga Raya, KLIA untuk terus berangkat balik ke tanah tumpah darah Baginda negeri Terengganu Darul Iman.

Terima Kasih Tuanku. Selama 5 tahun dibawah Tuanku memayungi pemerintahan Malaysia. Malaysia dalam keadaan aman damai. Daulat Tuanku !! Daulat Tuanku !! Daulat Tuanku !!..


05 November 2011

Cerita Sedih Semalam

Assalammualaikum dan Salam Perjuangan!

Semalam satu episod yang agak sedih & pilu terjadi.
Seorang teman yang teristimewa mahu pergi ke destinasi yang dituju nya. Jadi dari rumahnya dia menaiki kapal terbang untuk ke KLIA, kerana penerbangan untuk ke tempat mereka sekeluarga pergi berlepas dari situ. Dalam pukul 9.40 dia mesej, dia cakap dia nak flight so kena off fon dia. Aku pon tak sempat balas mesej dia, dia da off. Dalam 10.50 dia hantar mesej pada aku yang dia dah sampai KLIA.

Hati aku punyalah gembira dan terus buat keputusan untuk ke sana selepas habis kerja. Aku memberitahunya dan kami tak sabar-sabar untuk bertemu. Dalam 5.30 petang aku terus cabut bawak motor selaju mungkin untuk cepat sampai ke rumah. Sesudah sampai pukul 6.20 petang aku terus mandi tanpa rehat dan bersiap untuk ke KLIA. Member pon dah tunggu dengan kereta kat depan rumah. Aku bergerak dalam pkul 6.50 menuju ke KLIA.

Jalan ketika itu memang sesak sebab waktu kemuncak kan... orang balik kerja. Aku plak naek kereta, sebab kteorg fikir balik nak naek motor g KLIA memang sakit arr. Dah laa jauh. Jalan sesak jauh berkilometer, itu pon kami redah sehabis baek dah semata-mata aku paksa member ni cepat. Kami memang berharap dapat berjumpa.

Tiba-tiba pada pukul 7.45 petang dia cakap maybe tak dapat jumpa sebab mereka dah nak masuk. Pastu aku suro dia tunggu kejap sebab aku betul-betul dah masuk kawasan KLIA. Dapat tengok muka pon jadi laa. Dia pon suro aku cepat, aku suro dia sabar kejap lagi aku sampai. Tiba-tiba tengah kteorg laju pandu kereta tiba-tiba mesej masuk, " *** dah masuk ". Aku terdiam seketika, patu aku harap memang dapat kejar gak.

Aku dah sampai pintu utama tu, aku cakap dengan dia tunggu jap sebab dah sampai dalam ni.  Aku pun berlari mencari tempai berlepas untuk antarabangsa. Cari punya cari dapat jumpa tempat tu, tapi................ dia dah masuk dalam. Aku suro dia keluar sekejap, dapat tengok muka pun jadi. Dan dia cakap memang dah tak boleh keluar. Aku mesej lagi aku memang mengharap dia dapat tunjuk muka kejap pon jadi. Dia cakap lagi memang dah tak boleh. Aku setia tunggu situ dengan mengharap keajaiban dia dapat keluar kejap.

Tiba-tiba mesej masuk " *** dah dalam train ". Time tu rase macam nak nangis dah. Tapi takpe..... biarlah lantai-lantai, atap-atap, besi-besi, barang-barang yang kat situ menjadi saksi kesanggupan aku datang berlari untuk bertemu dengan dia. Time tu memang aku rasa...... haaa... tanpa rehat aku balik kerja terus bergegas ke sana nak jumpa. Tapi takdir menentukan kita tak dapat berjumpa walau sesaat. Fuhh~ peluh badan aku menjadi saksi semuanya.

Sedih. Harap dia selamat di sana. Akhir kata ;
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu...
saat kau jauh disana...

03 November 2011

Namun Hati Kita Selalu Dekat

Assalammualaikum dan Salam Perjuangan!

Tak sampai 24 jam lagi dia akan berlepas meninggalkan bumi Malaysia. Tak tahu apa lagi mahu dikatakan lagi. Masa tetap akan berjalan, makin lama makin dekat dan benda itu tetap akan berlaku. Hah! Aku akan sentiasa menunggu dia....

[hayatilah ayat-ayat dibawah dan diubahsuai sedikit daripada lagu Aishiteru]

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku...
saat ku harus bersabar dan trus bersabar...
menantikan kehadiran dirimu...


entah sampai kapan aku harus menunggu...
sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani...
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu...
saat kau jauh disana...


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga...
entah penantianku takkan sia-sia...
dan berikan satu jawaban pasti...


entah sampai kapan aku harus bertahan...
saat kau jauh disana rasa cemburu...
merasuk kedalam pikiranku melayang...
tak tentu arah tentang dirimu...
apakah sama yang kau rasakan...


walau raga kita terpisah jauh...
namun hati kita selalu dekat...
bila kau rindu pejamkan matamu...
dan rasakan aku...


kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh...
terhapus ruang dan waktu...
percayakan kesetiaan ini...
akan tulus aishiteru...


Sekian... wallahu'alam... :(

29 October 2011

Selamat Menunaikan Haji

Assalamualaikum, dan Salam Perjuangan!

Pergh. Hampir 3 minggu tak menulis kat ruangan nihh. haha. Sebenarnye waa da malas laa bro! Malas nak tulis ape-ape dah. Sekarang nih wa langgar je ape yang ade. Wa malas nak ingat balik nak tulis balik cerita. Sebab hari-hari menyeronokkan. Jadi buat ape nak tinggalkan kat sini, cukup sekadar benda tu berlalu pergi. hihihi.

Yang penting wa mungkin takkan tinggalkan benda ini begitu sahaja, sebab banyak benda yang kita boleh coretkan didalamnya. Hmm. Buat masa ni wa mungkin da buat tak paham dengan situasi, sebab terasa bebal bila nak ambek port pasal orang. LU DENGAN HIDUP LU! WA DENGAN CARA HIDUP WA! haha. kan sempoi gitu.

Lagi pun umur wa da semakin meningkat dewasa so banyak perkara yang wa bwat pakai akal yang waras. Banyak doh benda yang kena buat. Kita bukan budak-budak lagi. Macam dulu asek lap hingus jer. hehee.

Sekarang hidup wa nak berfutsal jer. hihi. futsal.. futsal.. futsal.. sampai ke mampos futsal.. hehe. tak laa. tapi futsal memang terbaek dari ladang. nampak macam permainan bodok tapi ade 34 717 perkara yang tersirat di dalamnya. HAHAHAHAHA!

Ok laa. Malas nak merapu panjang-panjang. Wa update ni pun sebab wa tau wa akan update lagi dalam masa terdekat nih. hehe. wwekkk!

Pada calon-calon yang menjadi tetamu ALLAH tahun ini, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI. Moga dapat haji yang mabrur. Aku pun teringin nak jejak kaki ke Mekah & Madinah tu. InsyaAllah Allah tunaikan hasratku ini.

Sekian. Wallahu'alam..

11 October 2011

Cinta, Janganlah Seperti Embun

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan...

Peribahasa Melayu, bagai embun di hujung rumput membawa maksud kasih sayang yang tidak berpanjangan atau berkekalan. Kasih embun pada rumput hanya seketika kerana apabila mentari muncul, keringlah ia dek kepanasan sang mentari. Namun begitu, embun akan hadir lagi keesokan harinya biarpun kasihnya tidak berpanjangan. Ia tetap setia.

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : " Demi Allah yang jiwa ku di tangan-Nya tidak beriman seseorang kamu sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya."

Orang-orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang, kurang peka perasaan, lagi tipis perikemanusiaannya. Berbeza halnya dengan orang yang dikurniakan Allah SWT dengan hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh kemurahan. Rasulullah SAW contohnya dikenali sebagai seorang yang penuh kasih sayang dan lembut hatinya.

Sudahkah kita berusaha mengamal dan mencontohi sikap baginda yang sangat terpuji itu hingga cinta kita pada Rasulullah bukan sekadar cinta buta, tapi cinta yang melahirkan ketaatan pada Allah SWT dan sikap mulia dalam kehidupan kita sehari-hari? Jika direnung, tidak wajar kita mengatakan bahawa kita mencintai Rasulullah sedangkan dalam kehidupan seharian, kita sering melanggar nasihat-nasihat baginda? Kecintaan kita pada baginda selama ini cuma cinta bersahaja, bukan juga cinta biasa sebagaimana cinta kita kepada anak-anak atau manusia yang lain. Sedangkan kecintaan Rasulullah pada kita umatnya amat mendalam dan luar biasa, disebut-sebut oleh baginda hingga nafas yang terakhir!

Sekian, Wallahu'alam...

10 October 2011

Dunia Kita Ada Noktahnya

Assalammualaikum dan Salam Perjuangan!

Adakala, kita merasakan kehidupan ini akan berterusan tanpa hujungnya. Lalu, jiwa kita terasa selesa dengan kesenangan dunia. Adakala, kita menempa jaya demi jaya dalam mendaki kemuncak tertinggi di dalam jiwa. Lantas, timbul rasa dunia itu milik kita selamanya. Ketika itu kita lupa bahawa kehidupan kita ini ada titik noktahnya. Bahkan, kita melupakan tempat kembali kita yang hakiki.

Ketika itulah, ketika jiwa terputus hubungan dengan yang menjadikannya serta mengurniakannya kehidupan, lalu jiwa kita menjadi kering dan hilang kepekaan. Lalu kita menyangkakan keseronokan itu kebahagiaan dan nafsu itu jalan menujunya. Kita teraba-raba mencari ketenangan lalu kita temui keserabutan.

Kita mencari kelapangan lalu kita menemui kesempitan jiwa . Kita sudah lupa hakikat diri dan kesementaraan hidup ini, hingga kita hanya melihat kesalahan pada manusia lain. Kita juga menyalahkan takdir untuk segala petaka yang hadir.

Melupakan mati adalah kematian jiwa. Manakala mengingatinya adalah kehidupan yang sebenar. Mengingati kematian tidak menjadikan kita cetek pemikiran atau pendek akal, bahkan kita dapat menghayati keluasan kehidupan. Kematian adalah peringatan untuk setiap kelalaian dan guru bagi setiap kejahilan. Mengingati kematian menjadikan jiwa kita hidup dan penuh harapan serta mewarnai hidup dengan perjuangan. Mengingati kematian adalah penghubung jiwa kepada sumber segala kehidupan; Allah Rabbul Jalil, Tuhan sekalian alam.

Mengingati mati adalah sumber kekayaan jiwa hingga kita tidak lagi lemah menghadapi kehidupan berserta halangannya.

"Sesiapa yang ingin terus 'hidup' harus memiliki sebanyak mungkin kekayaan jiwa. Inilah kunci-kunci untuk membongkar segala kelemahan. Semua ini akan menjadikan jiwa kita tenang dalam kesibukan, tersenyum dalam kesedihan, jiwa mapan di bawah tekanan, bergerak dalam kepayahan, optimis mendepani halangan dan gembira dalam segala kesulitan."

Jiwa yang hidup adalah jiwa yang sedar kekerdilan dirinya di depan Allah S.W.T, lalu dia menjadikan seluruh hidupnya sebagai ketundukan dan kepatuhan. Dia sentiasa memperbaharui keimanan, keikhlasan, keberanian, kesabaran dan keteguhan jiwa. Lalu jiwanya mampu istiqamah ketika mengharungi hari-hari dimana jiwanya kadang-kadang terasa sunyi dan bersendiri.

Pada ketika itulah jiwanya akan mendapati kemudahan dalam setiap kesukaran, kelapangan dalam setiap kesempitan. Apabila dia berkata-kata, maka kata-kata itu sampai pada hati-hati manusia. Apabila dia beramal maka amalannya menjadi contoh pada jiwa manusia. Apabila dia muncul dikhalayak ramai maka mata-mata tertumpu padanya lalu ketenangan hatinya mengalir masuk ke jiwa-jiwa yang keresahan dan dahagakan keimanan.

Sekian, Wallahu'alam...

08 October 2011

Cerita Semalam

Assalammualaikum dan Salam Perjuangan!!

Awal-awal pagi buta aku dah mencari ruangan ini untuk menuliskan beberapa isu yang mungkin dipandang remeh oleh segelintir golongan tapi tidak bagi aku.

Peristiwa tengah hari tadi. Mulanya aku dah cakap awal yang aku nak pinjam moto sebab nak g solat Jumaat. Pastu tuan punye moto ckp nnt g sekali dgn dye gak solat Jumaat. Pastu dye ckp nnt dorang nak gune moto ni. Aku fikir balik lebih baik aku tak yah gune sbb nak bg dorg gune jadi aku pun gune laa moto mmbe lain. Tengah aku dok main game kat lappy nih, aku dengar perbualan tuan punye moto dengan dorg. Yang tuan punye moto ni ckp nak gune g solat Jumaat tp yang dorg ni tetap gak ckp nak gune.

Ok! Jika anda berada di situasi tersebut ape yang anda fikir? Kewajiban atau kehendak perlu diutamakan? Common laa kawan. Kalau benda ni tidak melibatkan kewajiban melaksanakan perintah Allah aku tak kesah. Tp sendiri laa dapat berfikir kan?? Pastu tuan punye moto tanye nak g mane pihak dorang yang tgh bercakap tu cakap " takde g mane. nak g study.. " pastu tanye lagi nak g mane, pihak dorang yg tgh bercakap tu cakap " nak g kat sini2 je ".

Aku boleh tegur sebab aku ade mase perbualan itu. Tapi mungkin korang jenis yang tak boleh ditegur. Jadi seolah-olah macam orang yang menegur tu salah. Kalau itu lah gayanya,
AKU DENGAN RENDAH HATI MINTAK MAAF DENGAN KORANG BERDUA (yang aku tahu) ANDAI KORANG TAK DAPAT TERIMA APA YANG AKU CAKAP. Aku cakap bukan atas sebab ape, tetapi atas dasar ingin membentuk keperibadian kita bersama-sama. Mungkin aku tegur aku mengingatkan diri aku gak. Tapi mungkin tidak korang.

Yang penting dalam kes ini, aku dah jalankan kewajipan aku untuk bercakap benda yang benar. Bukan urusan dunia, tapi untuk urusan akhirat kelak. Orang tegur kita sebab orang masih sayangkan kita. TETAPI apabila orang dah langsung tak tegur kita bermakna orang dah MALAS nak ambil tahu tentang kita. Aku dengan urusan aku, kau dengan urusan kau. Tapi tidak bagi aku. Aku lebih sukakan orang sekeliling menegur kesalahan aku, dari situ aku boleh membentuk sahsiah diri aku. Sedang Rasullullah berdakwah pun kena baling najis, inikan kita... Takkan ada orang yang senang hati bila tengok kita buat benda yang benar.

Jadi aku ulangi, KEPADA S.A & N.F.A (bukan nama sebenar), AKU DENGAN RENDAH HATI MINTAK MAAF DENGAN KORANG BERDUA. AKU TAHU KORANG TAK DAPAT TERIMA APA YANG AKU CAKAP.

Dalam kes lain, sorang member aku ni. Kesian giler dye. Hak dye dah kena ambek member sendiri. Gila punye kes. Disebabkan ade orang dalam, member aku ni tak dapat ape yang sepatutnya memang dye dah dapat. Mungkin pembaca takkan faham ape yang aku maksudkan. Itu tak penting, yang penting aku nak cakap....

MUNGKIN HARI INI KAU BOLEH KETAWA TERBAHAK-BAHAK DIATAS KEKUATAN YANG KAU MILIKI, TAPI INGAT!!! ADAT DUNIA TIDAK BEGITU. KEJAYAAN BUKAN MILIK KITA SELAMANYA, KEKAYAAN BUKAN MILIK KITA SELAMANYA, KESENANGAN BUKAN MILIK KITA SELAMANYA, BADAN SIHAT BUKAN MILIK KITA SELAMANYA, USIA MUDA BUKAN MILIK KITA SELAMANYA. PENDEK KATA, APA YANG KITA ADA HARI INI TIDAK AKAN KEKAL SELAMANYA.

Aku akan tetap doakan kebaikan kepada kawan aku yang teraniaya ini. Mungkin dye dapat yang lebih baik. Ingat! Mungkin ade hikmah semua itu. Yakinlah dengan ALLAH.

iNSYAaLLAH. sEKIAN. wALLAHU'ALAM.

04 October 2011

12 Kejahatan Yahudi

Assalammualaikum dan Salam Perjuangan!


Dalam buku Qabaih al-Yahud dijelaskan 12 kejahatan Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran. Kejahatan itu adalah seperti berikut:

1. Menuduh Nabi Musa punya penyakit kusta kerana tidak mahu mandi bersama mereka.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah Dia seorang yang mulia di sisi Allah." (33:69)


2. Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh.

"Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman):

"Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) Yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (Apa Yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)".

Mereka menjawab:

"Kami dengar, dan Kami menderhaka". Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad):" amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman." (2:93)

3. Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah langsung.

"Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya." (2:55)

"Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah Engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu.

Mereka berkata:

"(Wahai Musa) Perlihatkanlah Allah kepada Kami dengan nyata (supaya Kami dapat melihatnya dan percaya kepadaNya)". Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu)." (4:153)


4. Merubah perintah Allah.

"Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah daripada benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa Kami '; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik." (2:58)

"Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka)." (2:59)

5. Menuduh Nabi Musa mengolok-olok mereka saat mereka disuruh menyembelih sapi betina.

"Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)." (2:67)

6. Menulis Al kitab dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari Allah.

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu." (2:79)

7. Memutar-mutar lidahnya untuk meyakinkan bahawa yang dibacanya itu adalah wahyu yang asli.

"Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. dan mereka pula berkata: "(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)." (3:78)

8. Mengubah Firman Allah.

"(Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?" (2:75)

9. Menyembah patung sapi.

"Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)."
(2:51)

"Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim." (2:92)

10. Mengatakan tangan Allah terbelenggu.

"Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (Nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan." (5:64)

11. Menuduh Allah itu faqir.

"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) Yang mengatakan: bahawasanya Allah miskin dan kami(yahudi) ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasanyYang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa Yang sentiasa membakar." (3:181)

12. Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang untuk mereka.

"Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya Kami di sinilah duduk menunggu." (5:24)

Sekian, Wallahu'alam...

02 October 2011

Bukan Semudah ABC

Assalammualaikum dan Salam Perjuangan!

Dalam melangkah, terkadang terasa lemah kaki yang diatur. Terasa letih tubuh yang menanggung. Namun, langkah harus diteruskan demi sebuah perjuangan. Ya, kerana agama dan redha Allah, hati dan kaki ini terus jalan seiring menyusuri denai dakwah.

Entah kan bila harus terus berjalan. Yang pastinya perjuangan ini tidak akan dan tidak pernah selesai. Selagi nyawa dipinjamkan, selagi itulah tugas dakwah ini terpikul kemas di bahu seorang yang bergelar muslim.

"Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Kalimah yang biasa dilontarkan sama ada orang yg melafazkannya memahaminya atau tidak. Setiap kali solat, inilah bai'ah kita kepada Allah. Namun, sejauh mana bai'ah ini membuatkan kita benar-benar teguh berusaha untuk mengotakannya. Syahadatain bukan sekadar tunggu untuk dilafaz, tetapi untuk diterjemahkan dalam amalan kita. Ya, apakah kita mengekspresikannya melalui tindak tanduk kita seharian? Tepuk dada sendiri, tanya iman di hati.

Keluhan dan rungutan dalam melakukan kerja-kerja Islam tidak seharusnya terpacul dari mulut kita. Sepatutnya kita malu untuk berkira setelah segala nikmat Allah limpah ruahkan kepada kita tanpa meminta kita membayarnya walau sebesar zarah sekalipun.

Tanyakan pada diri, "letihkah kau bekerja dalam Islam? Bosankah kau untuk berjuang?"

Ya, setiap apa yg kita lakukan sama ada kecil atau besar perlukan kesabaran. Kerana jika tanpa sabar dalam memenuhinya, datanglah rasa jemu memagut hati supaya meninggalkan kerja-kerja untuk Islam ini. Bukankah Allah sudah awal-awal lagi menitipkan kepada kita melalui pesan Luqman kepada anaknya dalam surah Luqman:ayat 17

Maksudnya: "wahai anakku, laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting."

Apabila memerlukan kesabaran, tentulah perkara itu sukar dan akan menghadapi cabaran. Tiada perjuangan yang manis dari awal hingga akhir. Tiada pengorbanan yang dirasakan ringan. Kerana perjuangan itu bukan semudah ABC. Jika disusuri sirah di mana jalan dakwah yang Baginda lalui juga bukanlah ditaburi dengan bunga-bunga kesenangan.

Tetapi Baginda setiap hari ditohmah dan dihina kaum Quraisy yang menentang wasilah agama yang dibawa oleh Baginda. Bayangkan seorang nabi dilempar dengan najis. Namun, baginda tetap sabar dan tidak marah kerana diperlakukan demikian. Untuk tawar hati dengan mad'u, jauh sekali.

Tapi kita hari ini tidak pernah dijentik sekalipun dalam berdakwah, tapi sudah berputus asa. Apalah sangat dugaan kita berbanding Rasulullah, kekasih Allah. Sebaliknya kita mencontohi Rasulullah akan keperibadian baginda yang mulia. Itulah cabaran pejuang.

Apabila kita sudah tahu perjuangan itu sukar, persiapkanlah diri. Ibadah. Thaqafah. Dan yang lain-lainnya juga. Biar kita payah, asalkan perjuangan terus didakap kemas. Kerana perjuangan itu bukan semudah ABC, lalu menjadi kewajipan untuk kita bersiap sedia dari segenap segi. Ayuh kita buru syahid di jalan Allah. Bukannya melarikan diri kerana gentar dan lebih rela digelar pengecut. Ayuh. Kembalikan kegemilangan islam. Allahu Akhbar!

InsyaAllah, Wallahu'alam...

29 September 2011

Masa Membawa Sejarah Pergi

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan....

Masa berlalu bagai bergerak pada satu garis yang lurus. Tidak pernah berhenti dan terus berlalu tanpa menghiraukan apa-apa hingga ke hujung waktu. Ketika waktu berlalu, kita sibuk mengisi masa kita dengan pelbagai aktiviti.

Di atas garis waktu itu, kita bermain dengan perasaan sendiri, adakalanya kita sangat gembira dan ada masanya kita bersedih. Semuanya berlaku dalam masa yang sentiasa berlalu. Seketika kita bergembira dan seketika kita berduka, waktu tidak pernah mengendahkannya.

Malah, kita sendiri yang perlu bijak mengisi setiap masa yang ada agar setiap tinggalan garis masa mencatatkan kebaikan dan bukanlah keburukan. Benarlah.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3).

Di kala kita dilanda masalah dan dugaan, sering kita rasa menyesal dengan apa terjadi. Mungkin kita sedar akan kesilapan yang kita lakukan dan mungkin juga kita menunding jari mencari salah pada orang lain. Akhirnya, masa berlalu dan kita hanya perlukan masa untuk mengubati kekecewaan dan penyesalan.

Sering terjadi kita cuba menghilangkan titik hitam yang tercatat pada lebaran sejarah hidup kita. Hakikatnya, setiap yang berlaku tidak akan kita dapat mengubahnya kembali. Menghilangkan dan memadam sejarah adalah suatu yang mustahil. Namun , usaha untuk memadam sejarah adalah usaha yang sia-sia.

Sejarah sudah pasti berlaku dan tidak dapat dipadamkan. Seharusnya kita menerima hakikat ini dan mula berganjak ke hadapan. Tidak usah fikirkan cara untuk memadamkan dengan apa terjadi. Malah ingatan pada otak kita juga tidak akan berjaya kita padam semudah itu. Biarlah masa menguruskannya dan kita mengurus diri kita sendiri. Yakinlah, sejarah itu hanya akan kabur di makan waktu dan akan terus kabur apabila kejayaan dan kebahagiaan menggantikan dan memakan sisa sejarah lampau.

Mengapa perlu kita menjadikan sejarah sebagai halangan dan kekecewaan. Sudah tentu ia tidak dapat diubah. Kita yang hidup pada hari ini dan ketika ini adalah watak, pandangan, minda dan jasad yang masih boleh diubah. Berubahlah pada hari ini untuk mencipta hari-hari yang mendatang.

Jadikanlah sejarah sebagai satu cabaran. Titik hitam hanyalah secebis sejarah. Kita perlu ke hadapan. Cabarlah diri sendiri untuk menjadi seorang yang lebih baik, mengubah situasi menjadi lebih baik dan memperoleh keredhaan Allah. Tadahlah tangan memohon doa dan sujudlah pada Allah. Mohon bantuan dan petunjuk dari Allah SWT serta bertaubatlah dengan dosa yang lalu.

Kita tidak perlu hidup dengan ketakutan dan kekecewaan sejarah yang lalu. Ia tetap ada dan tetap pergi. Kita perlu hidup pada hari ini dengan keyakinan dan cita-cita pada hari ini. Kenapa perlu hidup dalam kekecewaan yang berpanjangan sedangkan kita impikan kesejahteraan dan kebahagiaan. Apakah ketika kita sedih dan kecewa, kita tidak punya kemampuan untuk mengecapi kesejahteraan dan kebahagiaan sedangkan masa telah membawa pergi segala yang telah terjadi.

Berbekalkan apa yang kita peroleh pada hari ini, maka bangunlah menghadapi cabaran hidup ini. Dugaan pasti datang dan sejarahlah yang memberi kita keyakinan. Sejarah memberi pengajaran bukannya halangan. Sejarah memberi kematangan bukannya kemunduran.

Katakanlah pada hari ini bahawa hidup aku lebih baik dari semalam kerana itu yang aku inginkan. Bermohonlah pada Allah yang menciptakan kehidupan ini dan yang Maha Mengetahui apa yang akan terjadi. Mohonlah perlindungan dariNya.

Masa depan belum menjanjikan apa-apa kerana masa depan belum tiba. Tetapi kita hidup pada hari ini mampu menjadikan ia lebih diyakini dengan membentuk siapa diri kita pada hari ini. Cermin diri pada hari ini agar kita berasa sedia menghadapi hari-hari esok.

Mulai dari detik ini, kita periksa setiap inci kehidupan kita. Buanglah keburukan dan wujudkan kebaikan. Sememangnya kita layak menjadi seorang yang baik dan hidup dalam keadaan yang lebih baik. Perbaikilah hubungan kita dengan diri kita sendiri. Perbaikilah hubungan kita dengan manusia dan perbaikilah hubungan kita dengan yang Maha Pencipta.

Apabila kita mengubah diri kita kepada kebaikan maka persekitaran juga akan menjadi lebih baik. Apabila persekitaran kita menjadi baik maka lingkungan hubungan kita juga akan turut menjadi baik.

Jadilah seorang yang baik, beramal soleh dan saling berpesan-pesan ke arah kebaikan. Manusia memang sering melakukan kesilapan, oleh kerana itu kita perlu saling menasihati dan memohon ampun atas kesilapan yang kita lakukan. Kita hanyalah si kerdil yang dikuasai oleh hati yang jauh lebih kerdil dari jasad kita ini.

Jika hati ini sedih, takut, kecewa dan risau, sekujur tubuh ini tidak merasa yakin untuk melangkah mengejar kejayaan. Ini hanya mainan hati dan bisikan syaitan yang tidak jemu untuk menyesatkan kita.

Jika hati ini berani, gembira dan bahagia, maka keyakinan yang kita peroleh amat luar biasa. Maka janganlah biarkan hati kita diugut-ugut dengan sejarah, kerana masa telah membawa sejarah pergi.

"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati." (HR. Bukhari-Muslim)

Sekian, Wallahu'alam...

26 September 2011

Jangan Jadikan Ia Susah

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan!

Jika ditanya kepada setiap muslim tentang nikmat yang paling besar, nescaya mereka pasti akan menjawab Iman dan Islam, segala tasbih dan tahmid dirafa'kan kepada Allah Rabbul Jalil diatas segala kurniaan nikmat, selawat dan salam kepada junjungan mulia Muhammad S.A.W.

Islam diturunkan kepada insan sebagai pegangan hidup, agar kita tidak meraba-meraba di dalam kegelapan mencari panduan hidup yang dapat membimbing kita melayari hidup ini mengikut kehendak Khaliq.

Melepaskan kita daripada penghambaan hina kepada manusia kepada penghambaan agung Rabbul Izzah. Ia adalah fitrah manusia, memenuhi segala keperluan mereka.

Islam adalah pemudah cara, mengangkat beban keperitan hidup dan menjadi rahmat keatas sekalian makhluk jin dan manusia.

"Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." [Al-Anbiyaa': 107]

Malangnya rahmat ini tidak akan dapat dikecapi jika Islam tidak difahami dengan sewajarnya,maka jadilah ia agama yang membebankan, membelit dan menjadikan kita 'lemas' walhal ia bukanlah tujuan asal Din ini diturunkan.


Kita dapat melihat realiti pada hari ini terdapat sebahagian manusia yang membawa pendekatan kepada Islam secara tidak wajar, menjadikan ia berat dan menyusahkan. Buktinya kita boleh lihat di dalam short film 15 Malaysia yang bertajuk Potong Saga, mengisahkan tentang seorang cina yang mahu membuka akaun Bank Islam terpaksa berkhatan lantaran menyangka ia merupakan syarat untuk membuka akaun tersebut. Dalam banyak-banyak imej yang patut ditonjolkan (rahmat,kasih-sayang,keadilan) 'potong saga' telah dipilih menjadi imej Islam, ia menjadi projection kepada kefahaman non-muslim tentang Islam.

Tidak menghairankan, acap kali saudara kita yang mempunyai kecenderungan kepada Islam telah diberi gambaran yang salah. Mereka sering dimomokkan bahawa khatan menjadi syarat 'utama' untuk memeluk Islam, tidaklah dinafikan kewajiban berkhatan bagi lelaki menurut jumhur ulama' dan atas dasar itu kita dapat melihat banyaknya program sunat beramai-ramai seperti sunathon (sunat marathon) TETAPI terdapat banyak perkara lain yang jauh lebih penting daripada itu, sebagai contohnya AKIDAH.

Pendekatan kepada Islam perlu dilaksanakan mengikut priority (awlawiyat), Sayyidina Muhammad ketika mana menyampaikan dakwah telah menitikberatkan isu akidah ini melebihi isu-isu lain kerana ia merupakan tunjang kepada ibadah lain didalam Islam. Usahlah isu menukar nama bagi saudara baru kita diperbesar-besarkan seolah-olah Islam seseorang itu terletak pada namanya, semakin arab (ya, sila sebut dengan penuh makhraj) dan semakin terbelit lidah untuk menyebutnya maka semakin 'Islam' orang tersebut.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Permudahlah dan jangan mempersulit, berikanlah khabar gembira dan jangan membuat orang lari." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semakin susah semakin Islam?

Mengikut pengamatan yang sempit, terdapat segelintir insan yang menjadikan sesuatu perkara itu sukar secara tidak wajar. Ini dapat dilihat dengan lebih ketara di Malaysia berbanding negara Arab, jika seseorang mahu pergi ke masjid untuk melakukan solat jemaah maka dia seolah-olah perlu memakai uniform tertentu.

Pengalaman menunjukkan jika seseorang pergi Masjid dengan hanya memakai jeans, t-shirt dan 'togel' tidak berkopiah nescaya dia akan diberi pandangan tidak selesa oleh sesetengah pihak walaupun menjadi ahli kariah tetap bahkan imam di masjid tersebut.

Sedangkan perkara tersebut tidak lihat di Yaman, Syria, Jordan mahupun Mesir, penghayatan agama mereka lebih mudah dan tidak merimaskan. Kod berpakaian ke masjid tidak menjadi isu selagi mana menutup aurat dan pemuda mereka diraikan, yang menjadi imam diantara mereka adalah yang paling baik bacaannya walaupun dia adalah seorang yang muda dan tidak berpakaian seperti Syeikh. Bukankah ini cara memilih imam yang betul menurut hadis?

Runtun hati ini apabila melihat anak-anak kecil yang pergi ke masjid dimarahi dan diletakkan di saf-saf belakang kononnya mereka tidak boleh bersolat satu saf dengan orang dewasa. Jika waktu sebegini tidak digunakan untuk tarbiatul aulad (mendidik anak) rugilah kita. Disana anak-anak kecil dihambat ke masjid tetapi disini mereka dihambat daripada masjid.

Menjadikan sesuatu perkara semakin susah tidak menjadikan kita semakin 'Islam' bahkan ia akan menjadikan sebaliknya. Usah diperberatkan sesuatu perkara atas imej Islam, kononnya ia dilakukan kerana ia merupakan gist of Syariah walhal ia hanya datang dari kedangkalan ilmu. Ingatlah Rasulullah telah bersabda:

"Hancurlah orang-orang yang suka memberat-beratkan!" Beliau mengatakannya tiga kali." (HR. Muslim dari Ibnu Mas'ud)

Imam An-Nawawi mengatakan, bahawa al-mutanaththi'un di sini, iaitu mereka yang senang mempersulit dan memberat-beratkan diri dalam urusan agama yang tidak semestinya.

Kelapangan dan keluasan Islam tidak mungkin akan dapat dilihat dari kesempitan jendela fikiran kita, maka ilmulah yang menjadi kunci kepada jendela ini. Moga Allah memudahkan kita didalam hal ini. Sebagai penutup, marilah kita merenung hadis ini.

Sabda Rasulullah Shallalahu 'alaihi wa sallam:

"Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agamanya kecuali akan terkalahkan (tidak dapat melaksanakannya dengan sempurna). Oleh kerana itu, berlaku luruslah, sederhana (tidak melampaui batas), dan bergembiralah (karena memperoleh pahala) serta memohon pertolongan (kepada Allah) dengan ibadah pada waktu pagi, petang dan sebagian malam."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Sekian, Wallahu'alam...

25 September 2011

Aku Seorang Peminta

Assalamualaikum dan salam perjuangan....

Kita sering memanjatkan doa dan meminta kepada Sang Pencipta, Sang Pemberi Rezeki, dengan segala macam permintaan dan hajat. Samada dikala waktu terluang mahupun dikala kesempitan, pada setiap ketika dan saatnya.

Disaat sesudah selesainya solat mahupun disaat kita memharapkan rahmat dan pertolongannya. Itulah kita, tanpa mengira siapa kita, apa kedudukan, pangkat, harta, darjat dan kemahuan, kita tetap meminta kepadaNya.

Itulah tanda kita memerlukanNya. Samada kita telah punya harta yang banyak, telah punya gelaran pelbagai, samada kita seorang Datuk Seri, Tan Sri, Datuk atau Dato', mahupun Tun atau seorang professor sekalipun, kita tetap meminta, walau kereta kita berjenama Mercedes, Audi, BMW, Volkswagen GTI, Lexus, dan segala macam lagi, walau isteri kita secantik artis, secantik bidadari, mahupun seburuk namanya, akhirnya, hakikat yang tidak boleh kita nafikan, kita tetap juga meminta kepadaNya.

Apakah pula bezanya mereka yang berpangkat dengan tiada pangkat? Atau mereka yang punya gelaran apa apa sekalipun atau tiada gelaran, hatta nama pun tiada dan yang tinggal ialah gelaran yang diberi oleh orang ramai "Si pengemis Buta!". Itu mungkin kata kata yang keluar dari mulut kita sendiri terhadap mereka yang serba kekurangan atau berbagai gelaran 'menghina' kepada sesiapa susuk sekalipun yang berada dalam keadaan sedemikian, akhirnya kita tetap meminta kepadaNya.

Namun, adakah kita sedari bahawa, hakikatnya yang kita tidak boleh nafikan, Kita Seorang Peminta, apatah lagi jika kita tiada punya apa-apa, hatta untuk sesuap nasi sekalipun, kita akan meminta kepadaNya, samada permintaan itu wujud dalam bentuk doa, hajat dan seruan kepadaNya dalam kaedah apa sekalipun.

Saudara saudari sekalian, cuba fikirkan, tidakkah kita menyedari bahawa Kita Seorang Peminta (cuba fikirkan)!

Tidakkah perbuatan meminta itu menunjukkan betapa lemahnya kita manusia. Justeru, siapakah kita yang beranggapan lebih baik dari si peminta sedekah, mereka yang memerlukan, mereka yang miskin dan papa, lalu memandang rendah kepada mereka yang tidak bernasib baik itu semua disepanjang kehidupan kita hari ini.

Kita punya pandangan penuh hina dan sepi kepada mereka yang miskin, fakir dan susah dan menganggap bahawa mereka semua 'malas berusaha', 'kurang berusaha' berbanding kita, tidakkah itu sifat 'bangga diri yang melampau' dengan menganggap apa yang dikecapi pada hari ini, samada kemewahan, harta dan wang yang banyak, pangkat darjat dan harta, malah ada juga yang begitu angkuh dengan 'Pwngalaman' nya sendiri dan menidakkan orang lain.

Apa yang membezakan kita dengan mereka semua sedangkan kita juga meminta. Tidakkah permintaan kita itu juga berupa permintaan yang serupa seperti mana orang lain jua! Jadi mengapa kita beranggapan bahawa Allah swt akan melebihkan kita berbanding dengan orang lain atau mendahulukan kita berbanding orang sedangkan kita tidak mendahulukan Dia (perintah dan larangan) dalam urusan kehidupan kita?

Sekian. Walahhua'alam..

17 September 2011

Setia dan Sedia Dalam Ikatan

Assalamualaikum dan salam perjuangan untuk semua!!!

"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.

"Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."

Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan. Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai musnah berkecai.

Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya. Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama. Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta. Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.

Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis. Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng utuhnya rukun sebuah ikatan.

''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''

Ketahuilah wanita solehah, bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.

Jika ingin memilih membina ikatan, maka bersiagalah kerana era penuh air mata dan duka akan menantimu. Kuatkanlah keteguhan nalurimu agar segala yang ditempuhi mendapat inayah-Nya. Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam si mawar berduri. Sebaik ditanam tidak terus berputik bunga kirana, tetapi tumbuh dahulu duri yang berbisa.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Manusia yang utama adalah orang mukmin yang alim. Jika diperlukan dia diberikan manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri."

Bagi arjuna, keperkasaan bukanlah bukti kelelakian sebenarmu. Layar bahtera akan dapat terus menyusur pantai impian, walau badai merempuh apabila mahligai ikatan dinakhodakan oleh lelaki yang beriman. Boleh melindungi dan membajai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Menjadi pemimpin terulung kebanggaan pasangan, menyalur bimbingan dan pendidikan kepada ahli keluarga dan tidak merelakan diri menjadi dayus sehingga di akhirat kelak mendapat celaka. Bijaksana dalam merencana keputusan agar tidak menyinggung hati dan perasaan. Rasulullah menjadi tauladan dalam menjadi suami idaman. Suami ibarat mentari, memberi cahaya dan kehangatan. Isteri bagai bulan, cantik dan indah dipandang.

''Selembar benang berkait, akhirnya berpakai jua, setapak kaki berdikit, akhirnya berdiri juga''

Kepada sesiapa yang merasa diri masih bergelut dalam kekurangan dan belum memenuhi elemen-elemen ini, jadi bermulalah sekarang. Andai diri tidak setia, belajarlah memahami hakikat kesetiaan, signifikannya dalam ikatan.

Andai diri tidak sedia, namun mengharap bunga di taman larangan, penuhilah pengetahuan agama di dadamu. Kalungkanlah di jiwamu rasa tanggungjawab walaupun rasa jahil membelenggumu. Muhasabahlah diri agar terbinanya hubungan berkekalan hingga penghujungnya.

Sekian. Wallahu'alam...

15 September 2011

Gudluck Kepada Semua

Assalamualaikum... Salam For All dan Salam Perjuangan..

Selasa kelmarin merupakan kelas terakhir aku untuk sessi Jun-Oktober 2011 ini. Hurm. Rasa sekejap giler proses pembelajaran kali ni. Segar dalam ingatan lagi masa kelas pertama. Hadoii. Sekarang ni nak masuk study week. Minggu yang paling penuh debaran dan menyeramkan. Semua tenaga perlu dikumpulkan untuk memberikan hasil sebeban di atas kertas jawapan nanti. hahaha. Tapi sedia maklum aku yang suka sangat hidup simple. Esok nak test pon dengan senang lenang boleyh dok maen game. Sebab aku tak suka dalam tekanan. Bila tengok member sume study rase macam nak tergelak sampai putus urat kentut. Tapi untuk exam ni, nak taknak memang kena belek-belek laa kertas-kertas nota yang salin tu. Heih..

Sasaran aku ada tapi jalan untuk nak gapai sasaran tu macam susah nak bina. Haiyaa. Apa macam! Hmm, to all my friend, gudluck for ur exam! Especially rakan-rakan sekelas aku darilah nama yang bermula dengan abjad A sehinggalah Z. Nak senaraikan satu-satu memang tak cukup laa kan. (padahal boleyh jer tapi malas). Tak dilupakan juga adik-adik yang berkecimpung dalam arena Department of Building ni antara yang satu-satunya yang kenal aku... Ain dan yang lelaki-lelaki. Tu pon mula tegur sejak lawan futsal dengan team dorang. Maen futsal macam nak gadoh jer aku dengan dorang tapi tak menang gak! Kalau tak memang tak bertegor dengan dorang pon.

Kepada adikku AIN DZAYA . Jangan mudah mengalah sebelum berada di medan paper final tu nanti. Buat apa sahaja selagi boleh. Nas pon dah ceritakan sume kisah nas masa final sem 3 tu, tapi apa yang nas dapat tunjukkan sekarang nas tetap dapat meneruskan tanpa sangkut satu paper pon. Alhamdulillah, sesungguhnya ini semua adalah bantuan Allah 100%. Sampai sekarang kawan-kawan nas cakap "kau cakap je tak boleh buat paper qsv dengan structure sem lepas, tapi kau lepas jer". Hmm. Ya, memang dorang boleh cakap macam tu tapi dorang tak nampak apa yang ada di setiap helaian kertas jawapan untuk kedua-dua subjek tu. Especially subjek structure! Memang kertas jawapan kosong dihantar cuma satu soalan je dijawab. Tapi Allah telah bantu semuanya. Hmm. Lagi pun Ain kan Deans List sem lepas, so u still can get better than me for this semester! believe it! i will always prays for u... insyaAllah.

Juga tidak dilupakan adik kandung aku sendiri yang kini sedang mengaut ilmu di Pahang dan rakan-rakan sahabat-sahabat seperjuangan yang sedang berkelana di bermacam-macam tempat. Haa! Lagi satu adik-adik yang sebaya adik aku yang juga berkelana di bermacam-macam tempat untuk mengaut ilmu tu. Gudluck untuk kalian semua untuk final nanti. Nak senaraikan satu per satu memang tak dapat laa kan. Nanti kalau ada tertinggal nama ada yang terasa pulak. Jadi korang semua sendiri faham kalian yang aku maksud kan.

Kita semua akan bersama-sama melangkah ke medan curahan ilmu di atas kertas jawapan mulai minggu depan. Jadi berusahalah sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Luahkan lahh sebanyak mana sampai ke titisan dakwat pen yang terakhir. Yang penting jaga amalan pada Allah. Solat jangan tinggal. Doa perlu kekal.

Sekian. Wallahu'alam.

08 September 2011

Pekerja Wanita Itu

Assalamualaikum pada semua, Salam Perjuangan dari saya, dan Salam Syawal untuk anda.

Tidak terlambat rasanya untuk ucap Selamat Hari Raya pada semua pembaca dan salam lebaran. hahaha. Bukan taknak update entri cuma aku malas nak tulis jer. Lagi pun banyak benda yang aku buat sejak entri sebelum ini lebih kurang dalam 10 hari ni laa.

Nak tulis entri kena ade feel dulu, baru syok! Jap. Nak flashback jap. Masa 1Syawal lepas @ 30 Ogos lepas. Balik kampung Melaka. Bukan nak cerita pasal balik kampung tapi nak cerita pasal sesuatu. Masa perjalanan balik KL tu singgah R&R Seremban untuk menunaikan solat Maghrib & Isya' - jama' & qasar. Lepas solat tu kami sekeluarga pergi laa makan makan.

Nak dipendekkan cerita, aku tertarik dengan satu situasi nih. Tengah sibuk makan disebabkan kelaparan... aku terpandang seorang pekerja yang mengemas meja para pelanggan selepas makan. Sorang pekerja ni, Melayu... LAWA giler laa. Apa yang menimbulkan persoalan bagi aku, kenapa dia sanggup kerja sebegitu?

Aku asyik pandang je dia sebab aku rasa macam satu benda yang pelik. Aku respect sangat orang macam tu. Walaupun dia lawa tapi dia sanggup buat kerja macam tu untuk mendapat sesuap nasi mungkin untuk dirinya sahaja. Aku rasa dia ni berlatar belakang keluarga yang susah. Aku begitu pelik sekali dengan orang macam tu. Zaman sekarang! Nak jumpa orang macam tu? 100 dalam 1.

Sekarang ni orang cepat lupa diri. Yang penting duit. Tak kisah sumber tu haram ke tak. Ish. Sampaikan dia tu terperasan aku asyik pandang kat dia je. Aku rasa mesti dia tertanya-tanya, "..asal mamat tu asyik pandang aku je..". haha. Aku rasa macam ada sesuatu kat dia tu. Kenapa dia rela lakukan kerja sedemikian. Persoalan aku tetap tidak menemui jalan penyelesaiannya. hehehehe.

Bagi aku, aku lebih rela berkawan rapat dengan orang sebegitu jika dibandingkan kalau ada kawan yang sombong. Berlagak tak tentu pasal. Baru dapat hidup yang agak mewah, dah cepat lupa diri. Tak payah nak sombong sangat laa jalan kat atas bumi Allah ni ye...!

Sekian. Jumpa lagi... InsyaAllah~

29 August 2011

Raih Pingat Emas. Layakkah Kita?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, dan Ramadhan ini akan pergi. Di Malaysia, sambutan untuk kedatangan Syawal sangat meriah. Di sana sini, di pasaraya, di pusat membeli belah, kita tidak akan rasa aneh jika mendengar dendangan lagu-lagu Syawal sudah dimainkan. Bahkan, seawal 1 Ramadhan lagipun, ada pasaraya yang telah 'semangat' memasang lagu-lagu Syawal.

Berjalan sedikit sahaja, kita akan nampak promosi-promosi jualan Aidilfitri bergantungan di merata-rata tempat. Itu belum kira lagi, berderet-deret kedai pakaian dan baju raya bersaing menjual barangan masing-masing sebagai persediaan menyambut Syawal. Betapa seriusnya masyarakat kita membuat persediaan untuk menyambut Syawal. Ramadhan? Tidak pula seserius itu. Itulah masalah bila kita melihat keutamaan pada yang bukan utama.

Aidilfitri itu adalah hadiah daripada Allah untuk orang-orang yang berjaya menempuh sebulan Ramadhan ini. 'Aid' itu bermaksud perayaan. Dan 'fitri' itu adalah bermaksud kembali kepada fitrah. Dalam kata lain, Aidilfitri adalah perayaan bagi orang-orang yang berjaya kembali kepada fitrah.

Kita kembali seperti awal-awal kejadian kita. Seperti seorang bayi yang baru lahir. Tiada dosa. Bersih jiwa. Bergerak seperti semula, untuk menjadi hamba. Dan, Ramadhan adalah madrasah latihan untuk itu. Untuk melahirkan insan yang berjaya kembali kepada fitrah asal ciptaannya, fitrah seorang hamba yang sepatutnya tunduk kepada Penciptanya, bersih daripada dosa.

Dan, Aidilfitri sebenarnya adalah gerbang mahligai khusus untuk menyambut mereka yang berjaya mencapai tujuan itu. Hendak kembali semula seperti asal, bersih daripada dosa, maka kita kembali kepada saranan Nabi s.a.w. dalam hadis yang mafhum bermaksud:

"Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan berkira-kira, diampunkan dosa-dosanya yang lalu."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Penuh keimanan, dan berkira-kira. Berapa ramai di kalangan kita, puasanya hanya sekadar tinggal menahan lapar dan dahaga? Sifat-sifat mazmumah lain, mengeji, mengumpat, mengucap kata nista masih setia menjadi zikir di bibir berbanding zikrullah. Mata, tidak berusaha dipelihara daripada memandang kepada dosa. Kaki, tetap tegar malas melangkah ke masjid untuk bersama menunaikan solat jemaah. Kalau ke masjid sekalipun, hanya pada awal-awal Ramadhan. Selepas itu, sudah tidak nampak batang hidung.

Maka, yang diperolehinya tidak lebih daripada hanya sekadar lapar dan dahaga. Tetapi, biasanya jenis-jenis inilah yang 'paling cepat' sekali bila sebutkan Aidilfitri. Sibuk buat itulah, sibuk buat inilah. Maklumlah, Aidilfitri setahun sekali, kenalah buat yang terbaik! Ramadhan itu pun setahun sekali juga. Kenapa tidak meriah pula sambutannya seperti Aidilfitri? Sedangkan Ramadhan itu yang lebih utama. Lalu, kita bertanya pada diri kita sendiri. Layakkah kita untuk Aidilfitri dengan keadaan begitu?

Ramadhan semakin sampai ke penghujung. Kalaulah manusia ditakdirkan tahu bila penghujung usianya, maka apa yang akan dilakukannya? Sudah pastilah dia akan bertungkus-lumus melakukan kebaikan. Kerana dia tahu dia akan mati pada tarikh sekian sekian. Lalu, Ramadhan pun begitu. Kita sudah tahu ia akan pergi meninggalkan kita. Kenapa tidak kita bertungkus-lumus juga merebut ganjaran yang paling bernilai di pusingan akhir ini? Pusingan akhir yang di dalamnya ada Lailatul Qadr. Kenapa kita tidak berusaha untuk merebutnya?

Sedangkan tahun hadapan, kita belum tentu lagi bertemu Ramadhan. Sedangkan tahun hadapan, kita belum dijamin masih hidup lagi. Maka, sekarang masanya. Sekarang masanya untuk kita perbaiki saki-baki hari yang masih tinggal dalam Ramadhan ini.

Bukanlah saki-baki ini kita tinggalkan terus, kerana sibuk dengan Aidilfitri. Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri memberi keutamaan pada saki-baki Ramadhan ini. Maka, sepatutnya kita yang lebih banyak dosa dan tidak maksum (terpelihara daripada dosa) seperti Nabi SAW merebut saki-baki akhir Ramadhan ini. Supaya nanti kita termasuk orang-orang yang benar-benar layak untuk merayakan Aidilfitri. Supaya nanti kita termasuk orang-orang yang bersih jiwanya daripada dosa. Lalu, kenapa kita tidak benar-benar menghargainya?

Aku menghitung diri aku sendiri. Seolah-olah diri ini sebenarnya masih tidak layak untuk menyambut Aidilfitri. Aidilfitri itu adalah hari kemenangan. Menang dalam pertarungan antara IMAN dengan NAFSU. Tetapi, berapa ramaikah yang sebenar-benarnya menang dalam pertarungan ini?

Kalau dilihat waktu berbuka puasa, pun sudah cukup untuk memberi gambaran siapa yang menang sebenarnya. Itu belum kira lagi waktu solat tarawih. Solat tarawih itu memanglah dari segi bahasanya bermaksud rehat. Tetapi, ada orang yang benar-benar 'rehat' ketika solat tarawih kerana terlalu kekenyangan berbuka puasa. Dapat pahala, tetapi tidak memberi kesan pada pembersihan jiwa. Kerana solat dengan hati yang lalai.

Sebab itulah, Aidilfitri sebenarnya hanya layak untuk orang yang benar-benar menempuh Ramadhan ini dengan penuh keimanan dan berkira-kira. Penuh keimanan dalam erti kata dia menjaga kualiti amalannya sepanjang Ramadhan ini. Kalau bersedekah, biarlah beri yang terbaik. Kalau melaksanakan solat sunat, biarlah dalam keadaan terbaik dan memahami bacaan yang dibaca dalam solat. Kalau membaca Al-Quran, biarlah dengan penghayatan, bukan hanya sekadar ingin menghabiskan. Kalau memberi senyuman sekalipun, biarlah senyuman itu senyuman yang terbaik dalam dunia!

Berkira-kira dalam erti kata kita menghitung-hitung apakah telah cukup amalan kita pada hari ini untuk kita merebut janji-janji Allah dalam Ramadhan ini? Menyesali masa lalu yang telah kita bazirkan dan meningkatkan amalan dalam saki-baki hari yang ada supaya mampu menjadi asbab untuk kita meraih keampunan dan rahmat Allah serta pembebasan dari api neraka. Itu yang dimaksudkan dengan berkira-kira.

Mereka yang begini, merekalah yang layak menjadi graduan Ramadhan sebenarnya. Aidilfitri itu hanya layak untuk mereka yang begini. Mereka yang menempuh Ramadhan penuh iman dan berkira-kira. Muhasabah seketika. Kita di golongan mana?

Akhirnya, setelah kita memuhasabah, kita bandingkan rahmat Allah di dalam Ramadhan, dengan usaha kita yang terlalu sedikit untuk mengejarnya, kita akan nampak bahawa kita sebenarnya tidak layak untuk Aidilfitri. Kita bandingkan Ramadhan kita dengan Ramadhan para sahabat Nabi s.a.w., kita akan terasa betapa jauh sekali bezanya. Sahabat Nabi menangis ketika Ramadhan hendak meninggalkan mereka. Kita?

Kita menangis juga, tetapi sedih kerana tidak pulang ke kampung berhari raya, sedih kerana tahun ini ibu bapa sudah tidak sempat beraya bersama kita kerana telah meninggal dunia. Berbeza. Sungguh berbeza. Kita tidak menangisi Ramadhan yang pergi meninggalkan kita. Sedangkan ia musim bunga buat kita.

Bila direnung kembali, seolah-olahnya, Aidilfitri ini memang bukan untuk kita. Kerana kita kadang-kadang melayan Ramadhan sambil lewa. Kerana kita selalu lupa, ia sebenarnya medan latihan dan peningkatan buat diri kita. Kerana kita melihat, Ramadhan hanya sekadar puasa, maka ia tidak bernilai apa-apa kepada kita. Namun, kita masih ada masa. Tinggal saki-baki beberapa hari yang ada ini, marilah kita rebut dan rembat semua peluang yang ada supaya kita tidak tertinggal di belakang. Biarlah orang lain sibuk dengan persediaan untuk hari perayaan, tetapi kita sibuk mencari kedudukan di sisi Tuhan. Itu yang lebih besar. Itu yang menjamin kebahagiaan di hari perayaan. Mari, kita perbaiki saki-baki hari yang ada ini. Supaya nanti, kita keluar daripada Ramadhan, kita termasuk orang-orang yang berjaya! Ayuh, habiskan sisa Ramadhan ini dengan bermakna !

Dari Abu Hurairah ra (bahwasanya) Rasulullah SAW pernah naik mimbar kemudian berkata,

"Amin, Amin, Amin."

Ditanyakan kepadanya, "Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin, Amin, Amin?"

Beliau bersabda, "Ertinya : Sesungguhnya Jibril 'Alaihis salam datang kepadaku, dia berkata, "Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan "Amin", maka akupun mengucapkan Amin.."

28 August 2011

Lebaran Kunjung Tiba

Di samping kita terus berusaha untuk malam-malam terakhir Ramadhan ini, mari kita lihat sunnah amalan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba agar ia menjadi sambutan beragama dan beribadah, bukan sekadar sambutan budaya.

Jika sepanjang bulan Ramadhan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadhan (solat Terawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.

Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadhan (solat Terawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnya sesudah bulan Ramadhan.

Disunnahkan kaum Muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan Solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:
"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga Solat Hari Raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." – Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja.

Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma."

Murajja' bin Raja' berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan.

Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam.

Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya Aidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi.

Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluarga bersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:
"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:
"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959

Yang Terakhir Yang Terindah

Sebulan itu 30 hari. Rasulullah membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa. Fasa pertama adalah rahmat, fasa kedua pula keampunan dan fasa terakhir adalah perlepasan dari api neraka.

Secara mudahnya sepuluh hari pertama adalah untuk rahmat, sepuluh hari kedua untuk keampunan dan sepuluh hari ketiga adalah jaminan pelepasan dari api Neraka.

Ramadhan dikurniakan kepada umat Muhammad dengan kelebihan-kelebihan tertentu. Antara yang terdapat dalam bulan ini dan tidak terdapat dalam era orang-orang terdahulu adalah Lailatul Qadar.

Ulama berpendapat bahawa malam istimewa ini berada di celahan malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan. Dan juga berada pada malam yang bernombor ganjil seperti 21, 23, 25, 27, 29. Wallahua'lam.

Namun sekali mendapatnya, pasti tergolong dari kalangan jutawan ibadah. Cukup bernilai hadiah yang dikurniakan Allah kepada umat Muhammad.

Ramadhan juga menyimpan beberapa peristiwa besar Islam iaitu penurunan al-Quran, dari Luh Mahfuuz ke langit dunia secara sekaligus sebelum di kecil-kecilkan penurunannya ke dalam hati Rasulullah mengikut suasana samada berupa jawapan kepada soalan masyarakat dan juga menjadi asbab untuk lebih senang mengingati al-Quran itu sendiri.

Tiga fasa yang disebutkan tadi, walaupun mudah dan senang saja bunyinya, namun untuk melepasinya dengan cemerlang, agak sukar kecuali bagi orang yang punya keazaman yang kuat dan istiqamah yang tinggi.

Untuk itu, mintalah bantuan dari Allah, kerana tanpa bantuan dari-Nya, mustahil untuk kita mencapai target kejayaan Ramadhan kali ini.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi kita semua. Insya-Allah. Wallahua'lam.

27 August 2011

Fasa Terakhir

Sepuluh Malam Terakhir sudah menjengah.

Yang menjadikan sepuluh malam terakhir Ramadhan kali ini amat dikejari adalah kewujudan Lailatul Qadr. Satu malam yang istimewanya melebihi 1000 bulan. Ia bukannya sama dengan seribu bulan. Tetapi jauh lebih baik lagi.

Allah S.W.T sendiri mengisytiharkan sedemikian dalam firman-Nya:
"Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam al-Qadr? Malam al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar." (Surah al-Qadar: Ayat 1-5)

Ini menyebabkan ramai yang teruja dengan Lailatul Qadr. Hendak ibadahnya dikira seakan-akan dia beribadah lebih dari 1000 bulan. Hendakkan dirinya terampun dan sebagainya.

Tetapi, bila dilihat kembali, seakan wujud satu lawak di dalam hal Lailatul Qadr orang kita.

Lailatul Qadr kamu, Lailatul Qadr aku
"Semalam Lailatul Qadr la."
"Eh, mana ada. Seingat aku dua hari lepas la."
"Ya Allah, sungguh, aku nampak tanda-tandanya."
"Mustahillah. Dua hari lepas tu aku nampak tanda-tandanya, jelas sangat."

Mungkin ini antara perbualan yang anda akan dengari sekiranya anda kaki mendengar perbualan orang. Saya apabila mendengar perbualan ini dari rakan-rakan saya, saya hanya tersengih sahaja.

Boleh pula seorang kata Lailatul Qadr malam ini dan seorang lagi kata dua hari lepas. Mengapa ya?

Jawapannya mudah, seorang bangun Qiamullail malam tadi, manakala seorang lagi bangun Qiamullail dua hari lepas. Sedangkan pada dua hari lepas, yang berqiamullail hari ini tidak bangun, manakala pada hari ini, yang berqiamullail dua hari lepas tidak bangun.

Maka jadilah Lailatul Qadr kamu, dan Lailatul Qadr aku.

Masing-masing nak mengaku dirinya mendapat Lailatul Qadr, pada hari dia bangun.

Rasulullah S.A.W dalam mengejar Lailatul Qadr telah menyatakan dengan jelas di dalam sabda baginda:

"Carilah Malam al-Qadr itu pada malam ganjil ketika sepuluh malam terakhir." Hadith Sohih riwayat Bukhari.
Rasulullah S.A.W dengan terang dan jelas menyatakan: "Carilah"

Tiada perkataan 'menanti' atau 'menunggu' atau mana-mana yang sekaum dengannya.

Dan mencari ini adalah bukan dengan 'menunggu' petanda pelik-pelik seperti pokok sujud, langit terang, dan sebagainya. Mencari di sini adalah dengan kita bersungguh-sungguh mengisi sepuluh malam terakhir itu dengan ibadah kepada Allah S.W.T.

Apakah hikmahnya Allah S.W.T menyembunyikan malam yang hebat penuh barakah ini? Yang Rasulullah S.A.W sabdakan sebagai:

"Barangsiapa yang mendirikan malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan berkira-kira, nescaya akan diampunkan buatnya segala dosanya." (Hadith riwayat Bukhari)

Hikmahnya adalah tersembunyi di dalam ayat berikut:
"Adalah untuk melihat, di manakah antara kamu yang terbaik amalannya." (Surah al-Mulk: Ayat 2)

Lailatul Qadr bukanlah untuk mereka yang bermalas-malasan dan bermain-main dalam beribadah kepada Allah S.W.T. Bukan untuk mereka yang seakan-akan menanti durian runtuh sambil bergoyang kaki, menanti keampunan Allah dengan sambil lewa. Bukan dan bukan.

Lailatul Qadr adalah rezeki daripada Allah S.W.T yang diberikan hanya kepada mereka yang berusaha.

Anda bayangkan, bagi mereka yang mendirikan kesepuluh-sepuluh malam terakhir, apakah ada kemungkinan mereka akan terlepas Lailatul Qadr?

Semestinya tidak.

Tetapi untuk yang lip lap lip lap?

Banyak lompong untuk Lailatul Qadr bolos dari pelukan mereka.

Ternyata, Lailatul Qadr hanya untuk hamba Allah yang benar-benar bersungguh berusaha.

Jangan bermimpi hendak mendapatkan Syurga dengan bermain-main.

Dan perkara ini jelas menunjukkan kepada kita betapa perkara besar seperti keampunan Allah, rahmat-Nya, syurga-Nya, malam yang lebih baik dari 1000 bulan, bukanlah perkara yang kita boleh dapat dengan bernasib baik seakan-akan bermain loteri.

Tiada orang akan mendapat Syurga dengan bermain-main.

Semua mendapatkannya dengan kesungguhan.

Begitulah mahalnya al-Qadr.

Tidakkah kita memahami?

Dan untuk mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh
"Ala, kalau sungguh-sungguh daripada awal, tapi mungkin nanti malam Lailatul Qadr tu tertidur ke, kan sia-sia juga."

Mungkin sebahagian kita bagi alasan begitu pula.

Tak mengapa. Terlepas pun tak mengapa kalau kita dah sungguh-sungguh dari awal. Pada saya, orang yang bersungguh-sungguh dari awal, dia nampak kenapa dia beribadah, kenapa dia bersungguh-sungguh. Dia menyembah Allah, mengharap redha Allah. Bukannya dia menyembah Lailatul Qadr, mengharap redha malam itu kepadanya.

Dan jangan kita pandang enteng rahmat Allah S.W.T kepada orang yang berusaha mendekati-Nya dengan bersungguh-sungguh. Saya tak pernah rasa, bahawa Allah S.W.T akan mesia-siakan hamba-hamba-Nya yang bersungguh-sungguh itu. Orang yang bersungguh-sungguh ini, pastinya Allah akan berikan yang terbaik untuk-Nya.

Kalau tak dapat Lailatul Qadr, tapi dapat redha Allah, dapat pengampunan Allah, bukankah itu sudah dikira kemenangan?

Kalau dapat Lailatul Qadr, tapi kemudian tetap jadi manusia ingkar, tak ikut peraturan yang Allah tetapkan, maka apakah yang besarnya? Pahala lebih dari 1000 bulan itu, kemungkinan akan susut dengan sikap suka mengumpat, dengan dosa-dosa, dengan menganiaya orang lain dan sebagainya. Dapat Lailatul Qadr, lepas tak bangun dah qiam pada malam-malam lain. Adakah itu kemenangan?

Sedangkan, kita semua faham bahawa bukanlah Lailatul Qadr itu yang memberikan pahala. Allah jugalah yang memberikan pahala kepada kita.

Ramadhan masih belum berakhir. Sepuluh malam terakhir masih belum tamat.

Hidupnya kita lagi pada hari ini tanda Allah masih memberikan peluang kepada kita.

Maka sepatutnya kita tunjukkan kesyukuran kita dengan serius mempertingkatkan amalan.

Apakah kita tidak beriman dengan ayat-Nya?

"Sekiranya kamu bersyukur, maka Aku akan tambahkan(nikmat pemberian-Ku)."(Surah Ibrahim: Ayat 7)

Jadi bergeraklah wahai hamba Allah.

Bergerak merembat segala peluang yang Dia wujudkan untuk kamu hamba-Nya.

Selagi waktu dan nyawa masih ada pada kita.

Sayu Api Pelita

Di saat entri ini ditulis, Ramadhan akan meninggalkan kita dalam masa satu/dua hari sahaja lagi.

Bulan keberkatan, rahmat, keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-Syaitan hampir dilepaskan belenggunya, pintu Neraka hampir dibuka.

Namun kita sebagai manusia (termasuk diri ini), masih terleka dengan kegembiraan syawal lebih dari kelebihan Ramadhan yang disebut.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah : 183

"Wahai orang-orang Yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Dalam ayat di atas jelas menunjukkan kesan terhadap orang-orang yang berpuasa adalah sejauh mana taqwanya meningkat.

Kita? Adakah taqwa kita meningkat? Sesungguhnya untunglah orang-orang yang berjaya mendapat kesan yang dijamin oleh ALLAH ayat di atas. Siapakah orang-orang tersebut?

Mereka ialah orang orang merasai terkesannya diri untuk menjadi lebih baik, gembira sewaktu kedatangan Ramadhan dan sedih sewaktu pemergiannya.

Mengapa mereka merasai begitu? Sudah tentulah kerana ganjaran dan kebaikannya tidak ada di dalam bulan-bulan lain.

Antara kelebihan Ramadhan ialah :

Pahala kebaikan digandakan. Masya-ALLAH. Bayangkan kalau di luar Ramadhan setiap satu kebaikan akan diberi sepuluh ganjaran, apatah lagi ramadhan?

Sebagai contoh, dengan membaca al-Quran, ganjarannya mengikut berapa huruf yang dibaca. Jika satu surah al-Fatihah di baca pada luar bulan Ramadhan, setiap huruf diberi ganjaran sepuluh kebaikan.

Jika dibulan Ramadhan, hanya dengan surah al-fatihah berganda-ganda ganjarannya. Apatah lagi yang menghabiskan satu al-Quran. Begitu juga sedeqah dan sebagainya.

Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Sedangkan Rasulullah yang ma'sum pon setiap hari bertaubat kepada ALLAH, inikan lagi kita, manusia biasa, yang tidak diberi apa-apa jaminan Syurga.

Hanya orang-orang bijak sahaja yang mengambil peluang sehabis baik meminta keampunan di bulan ini. Setiap tangisan airmata yang keluar ikhlas kerana ALLAH itulah yang akan membantu menyelamatkan kita dari seksaan azab Api Neraka.

Malam Lailatul Qadr. Ganjaran yang ada pada malam ini sama seperti beribadat selama 1000 bulan atau bersamaan dengan 83 tahun.

Mengikut salah satu pendapat ulama' berdasarkan nas-nas, ia berlaku pada sepuluh malam ganjil sepuluh terakhir bulan Ramadhan.

Semua ciptaan ALLAH tunduk sujud dengan cara tersendiri pada malam itu, inikan lagi manusia, yang diberi aqal, mereka perlulah lebih berusaha mencari malam ini.

Seperti firman Allah dalam (Surah al-Qadr : 1-5)

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Doa dimakbulkan. Antara doa-doa akan ALLAH akan makbulkan dengan hebat ialah doa orang-orang yang berpuasa. Itupun jika puasa dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Berusaha untuk mencapainya, bukan setakat berdoa sahaja.

Dengan pemergian Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan.

Oleh itu wahai rakan sekalian, sambutlah Aidilfitri dengan kegembiraan yang berpada-pada, janganlah sampai menjadikan Syawal sebagai hari balas dendam atas segala apa yang kita tahan selama bulan Ramadhan.

Kepada yang berusaha pergi bertarawikh di surau pada bulan Ramadhan, teruskan usahamu untuk berjamaah fardhu di luar bulan Ramadhan.

Kepada mereka yang berusaha berhenti merokok pada bulan Ramadhan, teruskan usaha anda untuk berhenti merokok.

Kepada yang selalu menahan diri untuk mencarut pada bulan Ramadhan, jaga mulutmu dari perkataan-perkataan yang tidak berguna itu selepas Ramadhan.

Kepada mereka yang letih sujud berqiamullail pada bulan Ramadhan, teruskan dengan bangun malam itu sepertimana kau mencari Lailatul Qadr di bulan Ramadhan.

Kepada mereka yang menahan diri dari ber'dating' dengan temanmu di bulan Ramadhan teruskan usahamu membina pertalian suci di antara dua hati yang bukan muhrim.

Kepada mereka yang menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang terjurus kepada kelucahan semasa bulan Ramadhan, jadikan Syawal dan bulan-bulan seterusnya sebagai permulaan kepada pengakhiran.

Kepada mereka yang berusaha menutup aurat untuk bertarawikh di surau pada bulan Ramadhan, teruskan usaha sucimu itu dibulan-bulan seterusnya. Agar ia menjadi kebiasaanmu kelak.

Dan begitulah selanjutnya, jadikanlah ramadhan sebagai latihan untuk kamu menjadi insan yang lebih berguna.

Hadith Rasulullah S.A.W:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."

(Riwayat Ahmad dan at-Tabrani daripada Anas)

25 August 2011

Menghidupkan Malam-malam Akhir Ramadhan


Sabda Rasulullah s.a.w, 'Barangsiapa yang mendirikan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap, diampunkan seluruh dosanya yang telah lalu'. Ramadhan datang dengan membawa seluruh macam kebaikan untuk kita umat Islam, cumanya terpulang kepada kita untuk berusaha mencarinya atau tidak. Firman Allah, 'Dan mereka yang bersungguh-sungguh untuk Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami' (al-Ankabut: 69).

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pada 10 malam terakhir Ramadhan baginda mengetatkan kain baginda, mengejutkan kaum keluarga dan menghidupkan malamnya. Baginda juga beriktikaf selama 10 hari dan pada tahun kewafatan baginda selama 20 hari ( Riwayat Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah). Melihat kepada kepentingan menghidupkan malam-malam 10 terakhir Ramadhan di samping mengejar ganjaran-ganjaran yang sangat besar yang Allah sediakan di malam-malam tersebut terutamanya malam Lailatul Qadr yang mana ganjarannya lebih baik dari 1000 bulan, marilah kita berusaha untuk 3 perkara berikut (boleh juga perkara lain)

1. Melayangnya jiwa ketika membaca dan mentadabbur alQuran

2. Menikmati kelazatan berpenat dalam melakukan ketaatan dalam solat Qiam

3. Merasai keagungan Al-Khaliq ketika berdoa

Akhir-Akhir Ramadhan

Jika sepuluh hari terakhir Ramadhan merupakan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf, dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya melaksanakan ibadah-ibadah sunat, bagaimanakah pula dengan kita?

Sewajarnya contoh yang ditunjukkan oleh Baginda dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadhan dijadikan teladan kepada seluruh umat Islam pada hari ini.

Sesungguhnya pedoman yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW jelas mencerminkan kepada kita betapa tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadhan yang sedang kita lalui saat ini. Alangkah malangnya jika kita semakin alpa dan lalai dalam melaksanakan ibadah kita pada saat-saat Ramadhan yang kian melabuhkan tirainya.

Sedangkan kita seharusnya menghidupkannya dengan meningkatkan lagi amalan-amalan sunat bagi meraih pahala berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Lebih manis lagi apabila Allah SWT turut menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar (yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan) pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud:"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

23 August 2011

Anugerah untuk Umat Muhamad

Sesungguhnya masih belum terlewat untuk kita kembali memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan mengamalkan amalan-amalan berikut :

Berusaha mendapat kelebihan Lailatul Qadar dan keberkatan-Nya terutama pada malam sepuluh terakhir Ramadan.

Berusaha membanyakkan amal ibadah pada bulan Ramadan ini seperti sembahyang terawih, membaca al-Quran, beriktikaf dan bersedekah.

Sentiasa memohan keampunan dari Allah dan pembebasan dari azab api neraka.

Menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya kita.

Kita semua menyedari bahawa pada waktu dan saat begini, kemeriahan menyambut awal Syawal atau hari raya semakin dirasai. Masing-masing sudah berkira-kira dan merancang perjalanan untuk pulang ke kampung atau membuat persiapan menyambut hari lebaran.

Sememangnya agama Islam tidak melarang kita membuat persediaan bagi memeriahkan sambutan hari raya. Ini kerana hari raya adalah hari kemenangan kita ummat Islam melaksanakan rukun Islam ketiga dan berjaya menumpaskan hawa nafsu dan godaan syaitan.

Cuma kita diberi peringatan agar jangan mengabaikan nilai dan roh Ramadan sehingga seolah-olah ibadah puasa yang kita kerjakan langsung tiada memberi kesan yang baik kepada diri kita. Sewajarnya sembahyang terawih yang dikerjakan setiap malam Ramadan dapat membiasakan kita mengamalkan sembahyang-sembahyang sunat yang lain.

Kesabaran menahan lapar dan dahaga sepanjang siang Ramadan juga sewajarnya menjadikan diri kita lebih sabar menjalani liku-liku kehidupan. Latihan kesabaran tersebut dapat membuang sikap panas baran, gopoh-gapah dan mementingkan diri sendiri yang mungkin menjadi kebiasaan kita sebelum ini .

Begitu juga, berpuasa dapat mengembalikan kesihatan tubuh badan yang mungkin sebelum ini kita tidak berkesempatan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

21 August 2011

1000 Bulan

Lailatul Qadar adalah malam yang dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya malam tersebut walau diri Baginda sendiri. Sungguhpun demikian, Baginda menasihatkan umatnya supaya sentiasa memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah khususnya pada malam-malam ganjil pada akhir Ramadan. Sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari :

"تَحَرَّواْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ".

Maksudnya : " Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan " . ( Hadis riwayat bukhari )

Justeru, langkah terbaik supaya kita tidak terlepas peluang keemasan malam tersebut hedaklah kita terus beristiqamah melakukan amal ibadah dan memperbanyakkan lagi pada sepuluh malam terakhir terutama pada malam-malam ganjil. Janganlah pula kita terlalu sibukkan diri dengan mementingkan persediaan menyambut hari raya sehingga melupakan dan meringan-ringan amal ibadah .

Apa Yang Ku Rasa

Assalamualaikum semua, salam perjuangan! Begitu sekejap masa berlalu, kita sudah pun berada di 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Tahukah anda semua apa yang ada pada 10 malam terakhir Ramadhan ini? Jika orang yang berilmu dan beriman, mereka tertunggu-tunggu 10 malam terakhir Ramadhan ini. Lailatul Qadar atau bahasa Melayunya malam al-Qadr. Itulah yang mereka nantikan dan yang mereka mencari. Kelebihan pada malam itu adalah lebih baik daripada 1000 bulan. Best kann? Kalau kita betul-betul dapat beramal pada malam itu… fuhh… best! Tapi bukan mudah kita perolehinya jika kita ini tidak istiqamah dalam beramal melainkan Allah memberi hidayah padanya. Dengan itu selamat beramal kepada semua pembaca.


Hmm, masuk dalam cerita lain pula. Minggu ni aku rasa macam minggu yang paling mencabar. Mencabar emosi aku yang kadang-kala akan menyebabkan ia diterjemahkan dalam perlakuan. Tetapi bagi aku, ia sebagai kekuatan untuk aku menghadapinya. Sesungguhnya ujian Allah itu datang dengan pelbagai bentuk, cuma kita… kita yang kena bijak menghadapi dan menyelesaikan dengan cara yang terbaik.


Sebenarnya semua benda yang aku lakukan cuma SATU aku harapkan. Bukan balasan, bukan harta. Tetapi aku mengharapkan ia menjadi kebajikan aku pada manusia yang mana aku mengharapkan ia mendapat keredhaan Allah dan semestinya aku mengharapkan mendapat pahala daripada perlakuan aku itu untuk saham aku di akhirat. Tapi manusia kann? Memang terkenal dengan sikapnya yang sombong dan angkuh. Begitu cepat lupa apa yang mereka dapat hasil daripada mana. Cubalah kita menjadi manusia yang cepat bersyukur dan mudah berterima kasih. Nilai itu pada hari ini begitu sangat tidak bernilai malah ia seolah-olah menjadi satu kesalahan apabila kita melakukannya.


Dengarkan perbualan antara dua fizikal yang berbeza....


Suara batin : Nas! Ko tengok sekarang ni. Orang menipu cakap dengan ko. Orang yang ko rapat, orang yang ko percaya tipu ko. Ape cerita?
Suara zahir : Ye! Aku tahu. Aku tahu semua tu. Sebenarnya aku dah dapat rasakan benda tu. Tapi aku nak tengok sejauh mana kejujurannya bila berbicara. Tetapi………..
Suara batin : Aku pon tak faham dengan ko ni. Ko jenis suka sangat tengok perangai orang, perlakuan orang. Pastu ko sendiri pening kepala tengok benda-benda tu!
Suara zahir : Memang dohh. Aku tengok benda tu sebagai pedoman hidup aku gak. Kalau orang buat tak baik, aku jadikan ia sebagai sempadan. Kalau orang tu buat yang baik, aku jadikan ia ikutan.
Suara batin : Tapi aku yang terseksa disebabkan mata ko memandang semua benda tu. Aku yang selalu ko kerah fikir apa cara terbaik. Aku ni rohani, ko tu jasmani. Ko tengok pastu kesimpulannya aku yang kena buat.
Suara zahir : Dah ko tercipta jadi kat bahagian rohani. Ko laa kene tanggung semua perasaan tu. Ko kene bijak mengawal emosi.
Suara batin : Ye! Aku tahu semua tu. Aku tengok sekarang ni ko dalam proses mentarbiyah diri ko sendiri disamping bersama-sama orang yang ko kenal. Tapi benda ni akan berkekalan ke? Ataupun akan terhenti di tengah jalan?
Suara zahir : Kesudahannya tu tak yah cerita. Apa yang penting aku dah lakukan sedikit demi sedikit. Tapi aku tahu kesannya aku buat macam ni. Tapi kita kene ingat... sedangkan Rasullullah tu pun kena baling dengan najis binatang. Inikan kita.... baru 1% je kita lakukan. Cabaran sikit-sikit tu biasa laa.
Suara batin : Ohh! Aku harap ko berterusan laa dalam misi yang ko nak lakukan ni. Tapi semua bergantung pada aku. Kalau aku lemah, ko pon mesti lemah melainkan kita sama-sama kuat. Baru mantap beb!
Suara zahir : Yeah! Kita sama-sama jalan seiringan. Biar apa pun rintingan dan halangan. Yang penting misi perjanjian kita bersama tu. Kalau berjaya.... wahhh! Kita sama-sama menikmatinya berkekalan sampai bila-bila. InsyaAllah.
Suara batin : Tapi ada yang aku tak puas hati dengan ko! Semua benda ko nak ambek berat kan? Dalam hal orang sekeliling ko! Dalam hal sukan! Dalam hal politik! Semuanya melibatkan tempatan dan antarabangsa laa senang cerita.
Suara zahir : Biasa laa geng! Takkan kita nak jadi katak bawah tempurung kann? So kalau kita buat sesuatu tu, kita buat yang terbaek. Itu macam baru best!!!
Suara batin : Bagus laa macam tu. Ehh! Aku rasa dah ramai telinga-telinga yang sedang mendengar perbualan kita. Nanti tak pasal-pasal benda yang tak patut keluar plak.
Suara zahir : A'ah. Okayy laa macam tu. Kita sembang lain kali plak. Kita teruskan kerja kita menganalisa taw. Chow!


Haha. Itu lahh antaranya babak perbualan yang sempat dirakam. Nantikan episod terbaru mereka. Tunggu! Hmm. Dah berada di 10 hari terakhir Ramdhan ni. tiba-tiba datang ilham aku mengarang puisi. Mari kita sama-sama baca dan menghayatinya. Bukan senang aku nak dapat ilham buat benda ni. Fuhh!!


Ratuku,
Ingin ku luahkan apa yang telah lama ingin ku luahkan,
Tentang kebimbangan ku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah..

Ratuku..
Kebimbanganku ini masih menebal,
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak yang cuba menyedut madu walau tanpa relamu..

Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi bila ku melihat bunga yang tak segan silu,
Melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya..

Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku,
Kerana apa yang ku lihat hari ini semakin ramai bunga-bunga gugur bagaikan tibanya musim luruh..

Ratuku,
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa yang berlari-lari antara safa dan maruwah,
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah menanti kekasih di pintu syurga..

Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat engkau bukanlah Siti khadijah mahupun Siti Fatimah,
Engkau bukan Aishah bukan juga Rabi’atul Adawiyyah wanita suci terpuji kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa..

Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga,
Jangan kau risau ratuku, kadang kala musim berganti,
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar tapi itu hanya ujian buatmu..

Ratuku,
Esok musim bunga pasti akan tiba,
Dan kau akan mampu berkembang lagi,
Cuma yang ku harapkan ketika itu kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi,
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu,
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu,
Kerana kau ratu idaman kalbu ku..

Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikanmu walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya,
Tapi bukan itu yang ku harapkan,
Aku yakin ratuku, masih ada sinar harapan yang bisa membuatkan ku tersenyum lega,
Kerana akan ku temui ratu yang benar-benar ratu.

# Ratu yang dimaksudkan di atas adalah . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 


Huh! Bukan senang nak keluar idea macam ni. Ini memang betul-betul suasana pagi pukul 3 pagi, pastu mata melihat sekeliling alam sambil memikirkan apa yang kita mahu cakapkan. Aku bukan A.Samad Said, idea beliau umpama air yang mencurah-curah.

Okayy laa. Setakat ini saja mampu aku buatkan untuk entri ini. Lain kali kita jumpa lagi. Selamat Beramal yee! Sekian..........