23 August 2012

Perutusan Aidilfitri 1433H

assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua.

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKA dan salam aidilfitri.
(semoga Allah menerima amalan kita dan amalan kamu juga)

alhamdullillah kita telah pun meraikan kemenangan ummat Islam setelah sebulan melawan hawa nafsu. jadi dikesempatan ini dengan rendah hati memohon kemaafan batin dan zahir, jasmani dan rohani, daripada semua manusia sekeliling yang mengenali diri ini, terutamanya kepada keluarga, jiran, sahabat handai semua, rakan seperjuangan, rakan sepermainan, rakan seangkatan, rakan sepasukan... senang cerita yang pangkalnya ada istilah 'rakan' lahh, kawan-kawan, dan para muslimin muslimat, semua lelaki perempuan, kakak-kakak lawa abang-abang macho adik-adik comel sekalian, jika aku ini (bahasa kasar) @ diri ini (bahasa lembut sikit) @ saya ini (alahai lembut sangat) ada melakukan kesalahan dan kesilapan kepada semua semenjak tempoh pertemuan dan perkenalan kita.

dengan keluarga takpe sebab boleh lafaz bersemuka bila-bila masa, tapi  takutnya dengan golongan-golongan lain ni. hmm. walaupun dah masuk syawal ke-lima ni. rakan-rakan di tadika, di sekolah rendah, di sekolah agama, di sekolah menengah, dan kini di peringkat pengajian tinggi tahap diploma. tak kira lagi ni kawan-kawan di sekolah memandu, sekolah memasak, sekolah sukan... banyak lagi ni. semestinya sepanjang tempoh gerak-geri kita, gurau senda kita, percakapan pertuturan kita, yang mungkin tidak disenangi, tidak selesa, tidak puas hati daripada pihak kalian semua kann? kann? kann?

terutamanya faizah, jehan, niza, timah, alla, sue, ain, ecah, eka, tira, shireen, lina, lea, piqah. dorang ni semua insan-insan yang aku selalu berurusan dengan mereka. jadi sepanjang urusan tuu mesti ada yang dorang ni tak puas hati dengan aku laa kan? kahkahkah. biasa laa perempuan... hati lembut semanis kurma. haiyaa. tu yang cuwak tuu bila berurusan dengan kaum hawa. tak lupa juga kepada rakan-rakan lain yang namanya tak tercatat. cuma yang tak tercatat tuu mungkin aku jarang ada berurusan dengan mereka. orang-orang yang aku selesa berinteraksi sikit jer. tak ramai mana pun. ni pun dah pelbagai-bagai tapisan dorang tempohi. hahahahahaaa. tak lahh. mana ada. dorang ni tak tahu ape-ape pon. cuma hati aku jer yang boleh terima cara dorang.

yang lelaki toksah cerita laa. semuanya hampir 24 jam bersama-sama. jadi macam-macam aksi dan ragam. jadi mesti ada yang tersinggung dan yang tak puas hati. jadi aku juga mohon maaf. tapi kita yang lelaki ni semua hati keras kan? keras keras pun di dalam sape tahu. buat ade yang simpan dendam ke. tak puas hati ke kannn? hmm. nak senaraikan nama lelaki..... semua kawan-kawan lelaki aku rapat dan sentiasa mesra. hahahahaa. jadi secara umumnya BUILDERIANS khususnya badge Disember 2009/BNC, dan umumnya juga SMKBSD2IANS khususnya badge tahun 2008 dari form1 sampai lahh form5. yang lain-lain masa sekolah rendah kebangsaan dengan sekolah rendah agama tuu pun sama gak. tapi masa tuu hingus pun meleleh lagi. jadi tak payah cerita soal tak puas hati ke kecik hati ke. itu zaman... zaman paleolitik lagi. tak kesah punya.
kalau nak sembang pasal salah & silap, memang banyak aku buat kat orang. hehehe. tapi orang buat salah & silap dengan aku memang tarak. sebab mereka ni semuanya baik-baik belaka. susah nak jumpa orang-orang macam ni taw. hahaha. ape pun aku harap silaturrahim yang terjalin kepada sesiapa akan kekal sehingga di akhirat InsyaAllah. cuma kadang-kadang kalau kita dah lama tak berinteraksi dengan seseorang memang rasa janggal nak tegur balik kannn. tu yang susah nak tegur orang balik. segan la kononnyer.

okayyy laa tuu... sampai sini saje penulisan aku ni... nak bercerita tentang hal lain... memang panjang lagi laa... entri ni khas untuk perutusan aidilfitri 1433H... hahahaaa...

sekian...

17 August 2012

28 Ramadhan dah

Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua...

dah masuk 28 ramadhan dah ni. kurang lebih 2 hari je lagi ramadhan nak berlalu. sekejap sangat rasa kann..? jadi raikanlah kemenangan ummat Islam dengan bertakbir sebanyaknya bermula malam selepas maghrib 1 syawal sehingga khatib naik mimbar untuk khutbah selepas solat sunat hari raya aidilfitri nanti. mungkin ramai yang tidak tahu pasal tempoh bertakbir untuk raya aidilfitri ni.

hmm. sekarang ni semua mood balik kampung. satu Malaysia akan bergerak ke destinasi masing-masing menjelang 1 syawal ni. dalam keghairahan kita meraikan 1 syawal ni, jangan kita lupakan pada insan yang tidak dapat meraikan kemenangan ummat Islam ini yang tidak senasib dengan kita. maka bersyukur kita kepada Allah atas kurniaan-Nya pada kita.

aku rasa macam ramadhan pada kali ini aku tidak dapat perform seperti ramadhan-ramadhan sebelum ni. tak boleh nak salahkan keadaan. tapi aku perlu salahkan diri aku sendiri. walaupun aku terlalu sibuk sebagai pelajar tapi sepatutnya aku tak perlu abaikan amal ibadah kepada Allah. sesungguhnya ramadhan ini hanya sekali setahun. sepatutnya aku perlu bermati-matian menghidupkan malam-malam ramadhan dengan ibadah.

walaupun aku tak perform sehabis baik tapi aku tak pernah tinggalkan buta-buta amalan untuk malam-malam ramadhan yang lalu. seperti biasa harapan seorang hamba, aku harap segala amalan yang aku lakukan sepanjang ramadhan ini akan diterima dan diberkati oleh Allah. harap sangat Allah mendengar dan memperkenankan segala doa dan harapan aku pada Mu sepanjang aku merintih dan memohon kepada-Nya.

berbaki dua malam lagi. teruskanlah memaksa diri untuk ruku' dan sujud pada Allah dalam mencari keredhaan-Nya bagi menuju jalan yang selesa ke akhirat.

sekian...

06 August 2012

Tidak Cerdik dan Tidak Pandai

Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua pembaca...

syukur Alhamdulillah dengan izin dan syafaat Allah, Dia telah memanjangkan usia aku sehingga telah masuk ke hari yang 17 Ramadhan. sebagaimana seluruh umat Islam mengetahui, 17 Ramadhan merupakan hari Nuzul Quran.

Nuzul Quran bererti 'penurunan Al-Quran' oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Jibril pada malam 17 Ramadhan tahun 610M di Gua Hirak, di puncak Jabar Nur, Makkah Al-Mukarramah. Ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Makkah. Jibril datang menyampaikan wahyu pertama daripada surah Al-Alaq (iqra' bismirabbikalladzi khalaq....) sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad S.A.W. sebagai rasul Allah yang terakhir dan merupakan nabi akhir zaman.

andai kita mencipta sesuatu benda pasti kita akan menyediakan sebuah buku yang merupakan manual dan panduan kepada pembeli dan pemilik barang tersebut kann..?

samalah juga Al-Quran. Al-Quran merupakan mukjizat Allah, dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk panduan seluruh manusia sepanjang zaman. apabila menyebut 'manusia', maka ia tidak menunjukkan khas kepada satu-satu kaum atau agama bahkan ia menunjukkan kepada semua makhluk yang berakal dan bernyawa. jadi Al-Quran merupakan panduan kepada semua bangsa, semua agama, semua masyarakat, semua kaum, yang ada di muka bumi ini. cuma kepercayaan dan keimanan yang membezakannya. Allah merupakan pencipta, ciptaannya adalah seluruh makhluk alam semesta termasuk manusia, dan Allah ciptakan Al-Quran sebagai manual dan panduan kepada manusia untuk menjadi makhluk yang tinggi darjatnya di sisi Allah.

jadi di dalam Al-Quran telah ada segalanya. sejak dari zaman Nabi Adam A.S sehinggalah kiamat nanti telah ditulis di dalam Al-Quran. bukan itu sahaja, bahkan gambaran ketika kita di dalam kubur, di akhirat, di dalam syurga, malah di dalam neraka juga telah digambarkan di dalam Al-Quran. Sistem pergerakan alam semesta juga ada dalam Al-Quran, sejarah terdahulu juga telah di rakam dalam Al-Quran. tentang akhlak, syariat, pemakaian, pemakanan, kemasyarakatan, muamalat......semua telah dirakam dalam Al-Quran. HEBAT KANN ISLAM...? kalau nak lebih fleksibel dan mendalami apa yang ada di dalam Al-Quran kita juga perlu rujuk al-Hadith, al-Qias, dan Ijma' ulama'. itu adalah lebih baik.

okayy laa. saya tak pandai laa nak cakap pasal Islamik ni. saya cuma mampu tulis menggunakan keyboard jer. tapi tak mampu nak berkata-kata. itulah saya yang mempunyai selemah-lemah iman. itu pun apa yang saya tahu tentang ilmu Islam ni......

sekarang ni perjalanan untuk semester akhir sudah hampir sampai di pertengahan, sepanjang perjalanan ini cukup banyak ujian dan dugaan yang telah diredahi. terlalu sukar untuk aku luahkan melalui papan kekunci ini kerana perasaan yang aku rasakan ini tidak mampu diterjemahkan melalui jari jemari.

satu tersalah langkah yang telah aku buat membawa kepada kemudaratan diri sendiri serta orang yang terlibat. kemaafan belum lagi aku pohon darinya kerana aku mahu perkara ini lepas dahulu barulah aku mohon maaf darinya. dia telah berminggu-minggu tak tidur bertungkus lumus menyiapkan kerja tersebut namun dengan kelekaan aku sendiri telah membuat kerja yang dilakukan itu tidak dapat dipersembahkan.

aku akui kesilapan datangnya daripada diri aku sendiri yang sentiasa lalai dan leka. aku harus bersedia menerima sebarang perkara yang bakal terjadi minggu ini. ujian yang sangat berat buat aku.

akhir kata, maaf laa sesungguhnya aku ini tidak cerdik dan tidak pandai, maka tidak mampu menyumbang sebarang hasil untuk kita.

sekian...

06 July 2012

Semudah Alif Ba Ta

assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua...

genap sebulan dah blog aku ni ditinggalkan. kesian kau ni kan. asyik kena tinggal jer. hadoiii. hmm. bila dah takde kat rumah memang susah laa nak update ape-ape kan..? kalau kat sana ada wifi 12 jam daripada 24 jam pun jadi laah kann... ni kalau dapat line pun cuma 60 minit jer... memang tak laa kann nak bukak blog ni. bukak fb pun macam segan silu jer. paling lama pun 8 setengah minit jer. yang agak terkilan tuu, sepanjang euro berlangsung sekeping gambar pun laptop aku ni tak dapat sedut... ish..! kalau sepanjang kejohanan tu kat rumah dah macam-macam gambar dah dalam simpanan... hehehe...

ni pun dapat update sebab berjaya meloloskan diri daripada semak samun paya bakau yang sedang aku jejaki tu... hahaha... nasib baik harini kelas batal pastu boleh pulak dye cakap kelas orang lain pun batal... itu pasal laa kteorg ni menggedik nak balik awal... muka dah puas hati giler dah beli tiket semalam tengok-tengok pensyarah tu cakap petang semalam ada kelas... pergh...! semua tertelan-telan air liur... haa baru tahu cuwak... haiya... lain kali tanya tuan punya badan dulu laa... tapi atas budi bicara beliau, kelas petang semalam terpaksa dibatalkan sebab ramai dah beli tiket chow... maka harini dapat lahh update bendalah ni...

hmm... balik ni pun bukan sebarang balik. orang biasa balik goyang kaki, aku ni balik bawak balak. haiyaaa... kerja sekolah maaa...! kerja sekolah tu kan umpama balak yang ringan... haha..! banyak benda kena carik, banyak benda yang kena buat... kalaulah buat kerja ni semudah alif ba ta , takde maknanya aku nak balik.

pernah terfikir tak kalau kita ni buta..? cuba bayangkan kita jadi seorang yang buta dan berjalan di tengah hutan pada malam hari tanpa sebarang bantuan cahaya, bunyi, dan benda di kala hujan lebat membasahi bumi dengan mengenakan pakaian hitam kesemuanya. mesti meremang kan bulu roma aku cakap macam tu. haiyaaa... jangan pikir bukan-bukan. saje nak aktifkan liang bulu roma ni. bukan ape, bayangkan kalau kita ni hidup tanpa panduan dan syariat, mesti hidup kita macam orang tengah mantul kan..? ke kiri langgar tiang pastu bangun balik ke kanan pulak terjelepok masuk lopak pastu bangun balik jalan kiri pulak kena sondol dengan tanduk kerbau... kann?

haaa. itu macam laa. kami ini langsung takde ape-ape, tapi kami berusaha sama-sama menela'ah sama-sama. habuk pun tarak taw. orang lain dah naik roket, kita baru naik gajah. orang lain dah sampai ke bulan, kita baru tahu ada bulan kat alam semesta ni. orang lain dah makan lamb chops, kita baru makan nestum. biar apa pun kita miliki walau tak setanding dengan mereka tapi kita sama-sama meredahnya. biarlah mereka berjaya dengan bantuan tetapi kita gagal tanpa bantuan. barulah kita dapat merasai kesakitan itu dalam menggapai kejayaan kan..? baru manis gituuu...

aku tak takut pada sesiapa tapi aku takut hanya pada Allah. kann..? buatlah kita macam mana pun, kita tak goyang... kita ada Allah, kita mengadu pada Allah, kita sandarkan harapan pada Allah, kita tawakal pada Allah, kita berdoa pada Allah. tak perlu gua nak sujud pada manusia. masa lahir kau menangis, aku lahir aku pun menangis. kau rambut hitam aku pun rambut hitam tapi hati lain-lain kann. haa. sebab hati lain-lain gua tak goyang sama luu derr.

sekian~

06 June 2012

ALLAH sedang mendidikmu menjadi wanita hebat!

Salamah dan Mariah al-Qibtiah bertanya kepada Rasulullah SAW: 
"Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan khabar gembira dalam segala hal untuk kaum lelaki tetapi tidak untuk kaum wanita."

Rasulullah SAW berkata, " Adakah rakan rakanmu menghantarmu untuk bertanya seperti itu?"

Jawabnya, "Benar, mereka menyuruhku."

Lalu baginda berkata:

"Tidaklah seorang antara kamu merasa reda jika dia hamil daripada benih suaminya dan suaminya bangga dengan kehamilannya itu. Wanita tersebut mendapat pahala sama dengan seorang berpuasa dan berdiri malam di jalan ALLAH dan apabila wanita itu menderita sakit sewaktu melahirkan, maka betapa kegembiraan yang dirasakan dengan lahir permata hatinya yang tidak diketahui penghuni langit dan bumi.."

P/s: Biar tidak bergerak ke medan jihad, tetapi punya sesuatu untuk disumbangkan ke aras perjuangan. Malah kerelaan wanita itu sendiri mempersiapkan suami atau mahramnya bermujahadah di jalan ALLAH, pasti memberikan ganjaran yang sangat besar untuknya di syurga. Apatahlagi jika dirinya turut bersedia untuk menyediakan diri untuk turut berjuang...;-)

01 June 2012

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh

assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua.

mari kita lihat tips awal sebelum bertudung labuh...

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar iaitu yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) serta hala tujunya selari dengan syariat Islam.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz atau ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlismajlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa, dan sebagainya. Boleh rujuk ustaz atau ustazah , sahabat-sahabat yang diyakini Islam, kitab-kitab fardhu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online.

5) Perbanyakkan membaca al-Quran dan memahami maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6) Apabila hati sudah semakin kuat, iaitu semakin yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (memecah lutut). Paling popular, t-shirt Muslimah. Namun, berhati-hatilah seelok-eloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana t-shirt yang tidak menutupi peha berpontensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidaan 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung, Tudung Turki / Mesir / Bawal bidaan 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku dan menutupi punggung. Sebenarnya tudung jenis ini pun sudah memakai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agaknya renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqamah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. InsyaAllah.

10) Kemudian setelah bersedia untuk memakai untuk tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki dan Tudung Mesir bidang 60 sebelum istiqamah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta menggantikannya dengan memakai kain. Memakai tshirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.

sekian. selamat beramal semua muslimah. peliharalah maruah kalian semua. 

Islam Selamanya

assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua...

bulan Jun daa weyy...! sekejap masa berlalu kann... hmm.. ikutkan hati yang sentiasa dalam mood perjuangkan Islam ni, memang rasa nak gerak sekarang jugak ke Kedah. tapi disebabkan tiada rakan-rakan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan aku ni takde, maka hasrat aku ni memang terpaksa dilupakan laa... adoii.. bukan takde tapi aku cuma malas nak ringankan mulut ajak member-member yang sealiran dengan aku untuk ke sana. bukan apa, aku fikir bab duit jer. kalau aku ni dok goyang kaki duit masuk setiap bulan RM 72 000 pun dah memadai kan. hahahaha... cakap jer nak pergi mana, insyaAllah jumpa di sana. :)

dalam Islam pun tak suruhkan umat nya begitu kann..? dok senang lenang goyang kaki duit nak banyak masuk tanpa usaha. tu pasal kalau nak kaya, kalau nak mewah, kalau nak senang, semuanya kena berusaha. takkan senang senang jer dapat semua tuu. kalau dapat pun tu anugerah Allah. Allah bagi tuu adalah ujian untuk si penerima. ujian samada si penerima itu bersyukur atas pemberian Allah atau si penerima tu angkuh dengan harta benda yang dimiliki tanpa usaha. kalau ikut mata kasar kita pun, orang yang mewah tanpa usaha mereka akan kecundang akhirnya sebab mereka tidak merasai kesusahan sebelum mengecapi kesenangan.

bagi aku , selagi nyawa dikandung badan usaha aku untuk menyampaikan dakwah Islam ini sampai mati akan aku perjuangkan. aku tak kisah apa orang nak kata , aku tak kisah apa persepsi orang sekeliling , aku tak takut dengan ancaman yang diberikan , aku tak goyang dengan ugutan yang disahutkan. buatlah apa sahaja yang orang mahu buat untuk menyekat kemaraan dakwah Islamiah ini , aku yakin SESUNGGUHNYA HANYA PADA ALLAH YANG AKU TAKUT DAN PADA ALLAH AKU MEMOHON PERTOLONGAN...

InsyaAllah , perjuangan aku untuk Islam akan aku dukung sehingga ke liang lahad. walaupun aku tak lah baik tetapi aku berhasrat menjadi baik untuk mendaulatkan syiar Islam di muka bumi ini.

kalaulah diberikan pilihan untuk mencari calon isteri, akan aku cari calon isteri yang pegangannnya bersama-sama dalam menyebarkan dakwah Islam. sebab dalam Islam menyarankan untuk mencari calon isteri tengok pada agamanya, diikuti dengan kecantikannya. kalau cantik pun tapi agama kosong..., susah dek oii... tapi alangkah bertuahnya kalau aku memperoleh isteri yang mampu mengenakan purdah untuk pakaiannya apabila keluar daripada rumah. insyaAllah. aku tersangat ingin memperoleh isteri yang mempunyai ciri tersebut.

p/s : sedang dengar ucapan Presiden PAS memalui live streaming sejak pagi tadi... tenang jer dengan ucapan  orang-orang yang memperjuangkan Islam. takbir..! Allahhuakbar...!

sekian...