01 June 2012

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh

assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua.

mari kita lihat tips awal sebelum bertudung labuh...

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar iaitu yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) serta hala tujunya selari dengan syariat Islam.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz atau ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlismajlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa, dan sebagainya. Boleh rujuk ustaz atau ustazah , sahabat-sahabat yang diyakini Islam, kitab-kitab fardhu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online.

5) Perbanyakkan membaca al-Quran dan memahami maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6) Apabila hati sudah semakin kuat, iaitu semakin yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (memecah lutut). Paling popular, t-shirt Muslimah. Namun, berhati-hatilah seelok-eloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana t-shirt yang tidak menutupi peha berpontensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidaan 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung, Tudung Turki / Mesir / Bawal bidaan 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku dan menutupi punggung. Sebenarnya tudung jenis ini pun sudah memakai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agaknya renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqamah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. InsyaAllah.

10) Kemudian setelah bersedia untuk memakai untuk tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki dan Tudung Mesir bidang 60 sebelum istiqamah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta menggantikannya dengan memakai kain. Memakai tshirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.

sekian. selamat beramal semua muslimah. peliharalah maruah kalian semua. 

No comments:

Post a Comment