28 January 2014

Bacalah. Belajarlah.

Assalammualaikum dan salam perjuangan...

Al-Quran telah lengkap melebihi 1400 tahun lalu yang mana ayat didalamnya tidak ada sebarang kesilapan pun walau satu huruf, apatah lagi perkataannya. Tetapi tanyalah sendiri pada hati kita, adakah kita YAKIN bahawa al-Quran itu tidak ada sebarang kesilapan walau satu huruf? mesti laa yakin boh. kalau tak yakin akidah kita memang dah tergelincir, syahadah kita terbatal.

Persoalannya, adakah kita tahu sepenuhnya apa yang diceritakan dalam al-Quran tersebut? firasat aku 90% masyarakat Melayu/Islam kita tak tahu sepenuhnya apa yang telah diceritakan dalam al-Quran tuu kann? termasuk laa aku. biasa laa aku bukan dibesarkan di sekolah-sekolah pondok, di pusat tahfiz al-Quran, atau di sekolah aliran Islam. namun bukan itu alasan kita untuk tidak ambil pengetahuan apa isi kandungan al-Quran tuu kann?

Kita mengaku kita Islam, tapi kita tak mahu belajar apa panduan kehidupan (al-Quran) yang telah Allah anugerahkan itu. tak patut.... tak patut.... maka kita PERLU mempelajari tentang isi kandungan al-Quran itu. apa yang aku risaukan apabila melihat generasi muda hari ini yang tidak minat mempelajari tentang ilmu Islam. sebenarnya tiada alasan kita untuk tidak belajar tentang ilmu Islam.

dunia hari ini, dengan mempunyai pencapaian internet di setiap pelusuk tempat maka tiada alasan kita tidak mahu mempelajari ilmu Islam. buka lappy, buka PC, buka handphone sudah boleh mengakses internet. tapi kenapa kita taknak buka tentang ilmu agama kita? banyak laman web yang ada kongsikan tentang ilmu agama. kita buka, kita baca. ohhh yer. masyarakat kita sebenarnya malas membaca. orang kata laa kann. tapi kalau malas baca pon tak boleh nak buka utube? radio online? bagi laa beribu alasan pun. kalau kita tuu yang dah tak minat nak cari ilmu agama memang takkan buka punya.

tv pun setiap buah rumah pasti mempunyainya. nak cakap kat tv tiada rancangan agama? jangan bikin orang gelak sudahh. manusia sama manusia kita mampu beri alasan untuk menyembunyikan kelemahan kita, tetapi dengan Allah? kita tak mampu menyembunyikan apa-apa. itu pun kalau hati kita yakin bahawa Allah mengetahui segalanya.

hakikatnya kita tiada sebarang alasan untuk belajar agama. dari internet kita boleh baca artikel-artikel Islam, boleh dengar ceramah ustaz-ustaz di utube, boleh buka radio online yang Islamik seperti IKIM, boleh juga dari internet tengok tv online yang ada rancangan agama. itu baru dari internet. kalau rumah yang memang ada tv, memang ada radio, memang ada laptop/pc. tiada alasan untuk tidak menambahkan ilmu Islam. cuma kita, betulkan balik hati tuu. matlamat hidup kita adalah akhirat. akhirat perhentian terakhir kehidupan kita. jika ditempatkan di syurga, berbahagialah kita. jika dimasukkan ke dalam neraka, menderitalah kita kerana di dunia ingkar arahan Allah dan Rasul.

lihat zaman Rasulullah. ada tv, radio, internet? tidak kann. tapi bagaimana Islam mampu kuat, mampu disebarkan? kerana umat zaman itu memilih suaru/masjid sebagai pusat menimba ilmu. lihatlah sewaktu Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah, Rasulullah membina masjid sebaik sampai di Madinah. itu menunjukkan kita surau/masjid merupakan medan menuntut ilmu. kita hari ini nak tuntut ilmu yang ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah dah masuk dalam rumah (melalui internet, radio, tv) pun taknak dengar, inikan pula nak menuntut ilmu di surau/masjid? jauh panggang dari api.

maka marilah kita muhasabah diri kita balik supaya rajin-rajin laa menuntut ilmu akhirat. ia merupakan bekalan kita untuk berjumpa dengan Allah. tanpa ilmu bagaimana mahu beramal? jika mahu beramal tapi tiada ilmu pun bagaimana? maka ilmu merupakan tunjang dalam melakukan amal. dengan mempelajari ilmu akhirat sebenarnya kita melembutkan hati kita untuk terus menjadi hamba Allah, namun jika kita tidak mempelajari ilmu akhirat hati kita menjadi keras hari demi hari dan bintik-bintik hitam menyelaputi hati kita.

akhir kata, marilah kita belajar dan belajar dan belajar dan belajar dan belajar ilmu akhirat agar kita tidak terkapai-kapai di Padang Mahsyar sana nanti. biarlah kita menjadi umat Muhammad yang terbaik.

sekian. Wallahua'alam...

1 comment: