24 July 2014

MH017

Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua...

mari kita bersama dengan niat menghadiahkan  pahala bacaan al-Fatihah kepada seluruh mangsa korban MH17 yang beragama Islam, - - - - - AL-FATIHAH - - - - -. moga roh mereka digolongkan bersama-sama dengan roh golongan orang beriman.


Tak selesai lagi kehilangan MH370 sekali lagi kejadian menimpa MAS apabila pesawatnya MH017 ditembak jatuh oleh pemberontak di sempadan Ukraine-Russia. Tidak pasti samada ia kejadian yang disengajakan mahupun tidak disengaja.  Takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat. Sungguh! Ini yang sangat susah diterima oleh mereka namun itulah kehendak Allah yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Setiap perkara yang terjadi adalah dengan izin Allah. Bersangka baiklah pada setiap yang telah Allah rencanakan. Semoga mereka yang mengenali mangsa terjorban tabah dengan ujian ini. Seluruh rakyat Malaysia turut bersedih dengan kejadian ini malahan seluruh dunia turut bersimpati. Jika ia tidak disengajakan, Malaysa hanya mangsa keadaan kerana badan pesawat kita menyerupai pesawat yang mereka sasarkan. Nasib tidak memihak kita. Tetapi kerajaan Malaysia sedang sedaya upaya menyelesaikan kes ini dengan mahu mencari siapa yang sebenarnya bertanggungjawab dalam hal ini. Moga Allah mempermudahkan untuk Malaysia mendapatkan hak keadilan.


Memasuki selekoh terakhir Ramadhan ini, kita sama-sama tumpukan amal ibadah kita dalam memburu malam al-Qadar yang Allah anugerahkan itu. Didiklah hati kita untuk tidak melupakan amal ibadah dek kerana begitu ghairah menyambut kedatangan Syawal. Hari Raya Aidilfitri hanyalah boleh diraikan setelah kita berjaya melepasi puasa yang diwajibkan disampingkan berjaya mengerah tenaga dalam amal ibadah. Islam lebih meng-agong-kan Hari Raya Aidiladha berbanding Hari Raya Aidilfitri. Jadi kita sedarilah mana yang lebih utama. Moga kita semua dapat menemui dan beramal pada malam al-Qadar itu, insyaAllah.


Pada yang akan pulang beraya, berhati-hatilah di jalan raya. Semoga Allah memudahkan dan melancarkan sepanjang perjalanan untuk destinasi yang dituju. Segala salah silap mohon diampunkan dan aku tidak ada menyimpan sebarang dendam dan tiada perkara yang aku tak puas hati dengan sesiapa. Aku memaafkan semuanya.


sekian...

07 July 2014

Yakin, Percaya, Setia

Assalammualaikum dan salam perjuangan...

dah lama betul tinggal blog ni sampai lebih setengah tahun. fuhh fuhh bersarang sana sini lama tinggal punya pasal. rasanya dah masuk hari ke-8 Ramadhan kott harini. entah lahh. tak pernah nak ambil kira hari ke berapa puasa dah. tapi rasanya boleh saje nak ucap selamat menjalani ibadah puasa walaupun dah seminggu lebih ni. moga kita jadikan Ramadhan kali ini, Ramadhan terbaik kita buat amalan - mana tahu ini Ramadhan terakhir buat kita. setakat semalam laa, bersyukur sangat sebab belum pernah lagi membeli juadah di mana-mana bazar Ramadhan apatah lagi menghabiskan masa di mana-mana bazar Ramadhan. senang je bagi aku, kita buat Ramadhan seperti bulan-bulan biasa. apa perlu setiap hari dan setiap malam nak kena makan juadah mahal-mahal, pelik-pelik? dah laa bulan Ramadhan, sepatutnya lebih terkawal nafsu kita. ini terbalik plak, bulan Ramadhan laa nak beli benda-benda yang tak pernah nak makan pun bila bulan tak puasa tiba-tiba bulan puasa nak makan plak. manusiaaa manusiaaa.

apapun moga kita semua dapat mengawal nafsu dalam membeli juadah berbuka. buat biasa sudaa, macam malam-malam bukan dalam bulan Ramadhan. sepatutnya Ramadhan bulan pesta ibadah, bukan bulan pesta juadah. Ramadhan bulan yang padanya dibuka pintu syurga seluas-luasnya dan ditutup pintu neraka serapi-rapinya, syaitan pula dibelenggu. Ramadhan juga dianugerahkan Allah ada satu malam yang kebaikkannya melebihi 1000 bulan, jika dikira dalam tahun ia melebihi 83 tahun. maka beruntunglah bagi sesiapa yang dapat menjumpai dan beramal pada malam tersebut. sama-sama kita berdoa agar Allah mempertemukan kita semua dengan malam al-Qadar itu, insyaAllah aminn ya Rabb al-Amin.

sebenarnya juga sekarang ini aku sedang menghadapi peperiksaan akhir semester untuk semester ketiga ini. sudah melepasi 4 kertas dan tinggal lagi 2 kertas untuk dijawab. dan kertasnya esok dan lusa je pun. hahaha. semoga Allah permudahkan segala urusan peperiksaan aku dan semua sahabat handai, rakan taulan. doakan agar aku dan semua sahabat handai, rakan taulan dapat melepasi semua kertas yang kami ambil dengan keputusan yang cemerlang. berilah kami kekuatan daya ingatan dan kefahaman dalam kami membaca dan menghafalnya ya Allah. pastu minggu depan dah kena masuk praktikal. perghhh. memang tak sempat nak berehat pun.

benarlah kata-kata "pendidikan sebenarnya bermula dari rumah". tapi sebenarnya kesian jika mahu ditunding kepada ibu bapa mereka. ibu bapa mereka penat lelah membesarkan mereka dengan memberi sepenuh kasih sayang. tapi tuu laa kann... kita boleh je belajar sendiri kalau iya pun mak ayah kita tak ajar. dah besar panjang pun kita. takkan laa benda semudah itu pun kita tak dapat nak berfikir. entahlah. nak cakap depan-depan aku risau ada yang terasa hati, aku kalau cakap depan-depan memang aku tembak rambang dan padu. sebab tu aku lebih suka ambil sikap kunci mulut. nak tulis di laman sosial, itu bukan cara aku pulak nak tegur dan nasihat orang. nak bercerita dan berkongsi dengan orang, siapa pulak aku nak cerita dan berkongsi rasa? dah tuu apa lagi aku nak buat sebenarnya? mujurlah ada blog ni. dapat juga aku tampalkan apa yang aku rasa disini. common laa der. kita dah besar laa. takkan nak marah-marah? serius laa. kita dah matang kann? jadilah orang yang dah dewasa. sedih jugak sebenarnya ada orang begini. tapi tuu laa. aku tetap ada cara sendiri dalam mendidik mereka. aku yakin akan ada perubahan. tak mustahil. tapi sedikit bosan rasa nak mendidik benda kecik pada orang yang dah besar. benda lain tahu pula nak cepat dengan alasan dah sesuai masanya dengan umur. phuiiii. tak serupa bikin.

dah laa. malas nak tulis pasal benda remeh tu. remeh je pun. yakin... yakin... akan ada perubahan. haha. sembang bola pulak ar. hmm. Piala Dunia 2014 dah memasuki peringkat separuh akhir, tak sangka pula 3 pasukan pilihan aku ketiga-tiganya masuk separuh akhir. haha. tapi sebenarnya tak sangka Argentina boleh lepas ke tahap ini. cukup hebat laa tu sampai separuh akhir kann. lebih menggembirakan juara bertahan balik awal boh. rasa macam nak carik balik entri yang aku tulis masa Sepanyol juara Piala Dunia 2010. tapi rasanya tuu kat link blog lama. takpe lahh nanti carik kott. bab Liga Super plak, Selangor akhirnya gagal mempertahankan kedudukan di puncak liga ketika baki perlawanan tinggal beberapa sahaja lagi. takpe lahhh tiada rezeki. yang penting YAKIN, PERCAYA, SETIA.

moga berjumpa lagi di lain entri. mohon kemaafan pada semua insan yang pernah bertentang mata dengan aku. aku pun memaafkan semua orang sepanjang masa. kerana bagi aku, kematian akan menjemput kita bila-bila masa, jadi apa gunanya aku tidak memaafkan orang? aku taknak orang susah di dunia/akhirat kerana dosanya pada aku. jadi jangan risau, jangan bimbang. pada yang rasa ada berdosa dengan aku, yakinlah yang aku sentiasa memaafkannya dan aku tidak menyimpannya. semoga kita semua sama-sama dapat beroleh nikmat syurga Allah, insyaAllah.

sekian.......

28 January 2014

Bacalah. Belajarlah.

Assalammualaikum dan salam perjuangan...

Al-Quran telah lengkap melebihi 1400 tahun lalu yang mana ayat didalamnya tidak ada sebarang kesilapan pun walau satu huruf, apatah lagi perkataannya. Tetapi tanyalah sendiri pada hati kita, adakah kita YAKIN bahawa al-Quran itu tidak ada sebarang kesilapan walau satu huruf? mesti laa yakin boh. kalau tak yakin akidah kita memang dah tergelincir, syahadah kita terbatal.

Persoalannya, adakah kita tahu sepenuhnya apa yang diceritakan dalam al-Quran tersebut? firasat aku 90% masyarakat Melayu/Islam kita tak tahu sepenuhnya apa yang telah diceritakan dalam al-Quran tuu kann? termasuk laa aku. biasa laa aku bukan dibesarkan di sekolah-sekolah pondok, di pusat tahfiz al-Quran, atau di sekolah aliran Islam. namun bukan itu alasan kita untuk tidak ambil pengetahuan apa isi kandungan al-Quran tuu kann?

Kita mengaku kita Islam, tapi kita tak mahu belajar apa panduan kehidupan (al-Quran) yang telah Allah anugerahkan itu. tak patut.... tak patut.... maka kita PERLU mempelajari tentang isi kandungan al-Quran itu. apa yang aku risaukan apabila melihat generasi muda hari ini yang tidak minat mempelajari tentang ilmu Islam. sebenarnya tiada alasan kita untuk tidak belajar tentang ilmu Islam.

dunia hari ini, dengan mempunyai pencapaian internet di setiap pelusuk tempat maka tiada alasan kita tidak mahu mempelajari ilmu Islam. buka lappy, buka PC, buka handphone sudah boleh mengakses internet. tapi kenapa kita taknak buka tentang ilmu agama kita? banyak laman web yang ada kongsikan tentang ilmu agama. kita buka, kita baca. ohhh yer. masyarakat kita sebenarnya malas membaca. orang kata laa kann. tapi kalau malas baca pon tak boleh nak buka utube? radio online? bagi laa beribu alasan pun. kalau kita tuu yang dah tak minat nak cari ilmu agama memang takkan buka punya.

tv pun setiap buah rumah pasti mempunyainya. nak cakap kat tv tiada rancangan agama? jangan bikin orang gelak sudahh. manusia sama manusia kita mampu beri alasan untuk menyembunyikan kelemahan kita, tetapi dengan Allah? kita tak mampu menyembunyikan apa-apa. itu pun kalau hati kita yakin bahawa Allah mengetahui segalanya.

hakikatnya kita tiada sebarang alasan untuk belajar agama. dari internet kita boleh baca artikel-artikel Islam, boleh dengar ceramah ustaz-ustaz di utube, boleh buka radio online yang Islamik seperti IKIM, boleh juga dari internet tengok tv online yang ada rancangan agama. itu baru dari internet. kalau rumah yang memang ada tv, memang ada radio, memang ada laptop/pc. tiada alasan untuk tidak menambahkan ilmu Islam. cuma kita, betulkan balik hati tuu. matlamat hidup kita adalah akhirat. akhirat perhentian terakhir kehidupan kita. jika ditempatkan di syurga, berbahagialah kita. jika dimasukkan ke dalam neraka, menderitalah kita kerana di dunia ingkar arahan Allah dan Rasul.

lihat zaman Rasulullah. ada tv, radio, internet? tidak kann. tapi bagaimana Islam mampu kuat, mampu disebarkan? kerana umat zaman itu memilih suaru/masjid sebagai pusat menimba ilmu. lihatlah sewaktu Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah, Rasulullah membina masjid sebaik sampai di Madinah. itu menunjukkan kita surau/masjid merupakan medan menuntut ilmu. kita hari ini nak tuntut ilmu yang ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah dah masuk dalam rumah (melalui internet, radio, tv) pun taknak dengar, inikan pula nak menuntut ilmu di surau/masjid? jauh panggang dari api.

maka marilah kita muhasabah diri kita balik supaya rajin-rajin laa menuntut ilmu akhirat. ia merupakan bekalan kita untuk berjumpa dengan Allah. tanpa ilmu bagaimana mahu beramal? jika mahu beramal tapi tiada ilmu pun bagaimana? maka ilmu merupakan tunjang dalam melakukan amal. dengan mempelajari ilmu akhirat sebenarnya kita melembutkan hati kita untuk terus menjadi hamba Allah, namun jika kita tidak mempelajari ilmu akhirat hati kita menjadi keras hari demi hari dan bintik-bintik hitam menyelaputi hati kita.

akhir kata, marilah kita belajar dan belajar dan belajar dan belajar dan belajar ilmu akhirat agar kita tidak terkapai-kapai di Padang Mahsyar sana nanti. biarlah kita menjadi umat Muhammad yang terbaik.

sekian. Wallahua'alam...