27 October 2012

Aidil Adha 2012


Assalamualaikum dan salam perjuangan untuk semua...

Lama sangat dah aku biarkan ruangan blog aku ni terbiar tanpa bicara. Selamat menyambut hari raya Aidil Adha buat teman-teman blogger dan untuk semua masyarakat Islam seluruh dunia. Apabila tiba sesuatu tarikh peristiwa, pasti kita akan berbicara tentang sejarah yang telah lalu. Bila sampai hari kemerdekaan, sana sini sibuk bercakap pasal perjalanan negara kita nak capai kemerdekaan. Bila sampai hari polis, sana sini sibuk cakap pasal peranan sebagai anggota polis. Sekarang ni, baru melepasi raya qurban. Maka sana sini sibuk membicarakan sejarah yang berlaku menyebabkan ia digelar 'raya qurban'. Jika mahu menceritakan semua apa yang berlaku memang aku awal-awal lagi angkat tangan menyerah lahh. Bukan aku ingat dengan fasih tentang sejarah ni. Cuma apa yang aku boleh katakan, ia mengisahkan tentang KESANGGUPAN seorang bapa untuk menyembelih anaknya semata-mata mengikut arahan daripada Allah. Selain tu, ia mengisahkan berlakunya peristiwa PERTEMUAN Adam dan Hawa setelah mereka terpisah sekian lama. Seterusnya, ia mengisahkan tentang seorang hamba Allah ni berdoa disebuah puncak bukit untuk meminta JODOH. Kalau tak silap laa. Pergh. Jahil betul aku tentang sejarah-sejarah Islam.

Sebagaimana kita semua tahu, puak yahudi memang terlalu berjaya 'game' umat Islam dengan pelbagai cara. Macam-macam benda mereka buat, daripada semua sudut mereka meresapi dalam diri kita. Tak lain tak bukan misi mereka nak kasi umat Islam lalai. Aku sebenarnya selalu tertanya-tanya, apa yang menyebabkan mereka ni tak habis-habis dok tak puas hati dengan umat Islam kann..? Mungkin mereka sendiri tak sengaja mengiktiraf isi kandungan yang tercatat dalam Al-Quran tuu. Mereka tahu yang Allah hanya mengiktiraf agama Islam sahaja dan mereka juga mengetahui bahawa satu-satunya kelemahan yang mereka mampu pengaruh umat Islam dengan cara MELALAIKAN kita semua. Mungkin mereka sudah menjumpai kuncinya iaitu cukuplah mereka kasi kita lalai, tak perlu nak paksa kita anuti agama mereka. Itu memadai untuk mereka kerana bila kita lalai, kita akan leka dan menyebabkan umat Islam takkan bersatu. Jadi apa yang aku nak katakan ni, mereka memang telah berjaya menguasai umat Islam seluruh dunia ini, CUMA satu jer yang mereka puak mereka tak mampu lakukan. Apa dia..? Mereka tak mampu mengumpulkan kebanyakkan penganut mereka di suatu tempat dalam satu-satu masa. TETAPI umat Islam telah melakukannya dan setiap tahun pasti jadi. Apa benda tuu..? Umat Islam bersatu dari seluruh pelusuk dunia dan bersatu di tanah suci untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima. Ini sahajalah yang mereka tak boleh nak mengagalkannya. Dengan kehadiran puluhan juta umat.

I'M PROUD TO BE MUSLIM.. Sekian..

No comments:

Post a Comment