Fuhh. Jam tepat menunjukkan pukul 5.50 pagi. Hmm. Gila apa pagi-pagi camni dok online kann? Tapi sebanarnya aku dah puas tidur kott. hahaha. Banyak kali bangun tidur bangun tidur, takut pening laa pulak. Bukan apa, lagi 2 jam aku akan bertolak ke Bukit Jalil untuk melihat perlawanan antara Kelantan-Terengganu. Jadi kena cukupkan tidur takut nanti 'diminta' menjadi driver.
Dok Selangor, sokong Selangor, tapi awat nak p tengok game Kelantan-Terengganu? Bukann apa. Aku dah gian sangat nak merasa suasana stadium yang penuh penyokong. Aku rindukan suasana begitu. Kalau Selangor yaang masuk final mesti lagi best kann.
Sebenarnya ada entri yang mahu aku tuliskan tetapi masa teramatlah mencemburui, ada perkara yang penting lagi membuatkan aku tak sempat nak tuliskannya. Tapi aku tetap akan mencari masa yang sesuai untuk mencari ruang menaip untuk entri itu.
Hmm. Harap perjalanan pergi-balik nanti selamat. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment