27 June 2011

Manusia dan Langit

Allah mengajak manusia untuk mempertimbangkan kebenaran ini dalam ayat berikut:
"Apakah kamu yang lebih sulit penciptaannya ataukah langit? Allah telah membangunnya. Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya. Dan Dia menjadikan malamnya gelap gulita dan menjadikan siangnya terang benderang. Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya." (QS. An-Naazi'aat, 79: 27-30)

Pada ayat lain dalam Al Quran dinyatakan pula bahwa manusia harus melihat dan mempertimbangkan semua sistem dan keseimbangan di alam semesta yang telah diciptakan Allah untuknya, serta memetik pelajaran dari pengamatannya:

"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami (nya)." (QS. An-Nahl, 16: 12)

Dalam ayat Al Quran lainnya , ditunjukkan:

"Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, dan masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, kepunyaan-Nyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari." (QS. Faathir, 35: 13)

Kebenaran nyata yang dipaparkan Al Quran juga ditegaskan oleh sejumlah penemu penting ilmu astronomi modern, Galileo, Kepler, dan Newton. Semua menyadari bahwa struktur alam semesta, rancangan tata surya, hukum-hukum fisika, dan keadaan seimbang, semuanya diciptakan Tuhan, dan para ilmuwan itu sampai pada kesimpulan dari penelitian dan pengamatan mereka sendiri.
وَمَا خَلَقۡنَا ٱلسَّمَآءَ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَہُمَا بَـٰطِلاً۬‌ۚ ذَٲلِكَ ظَنُّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ‌ۚ فَوَيۡلٌ۬ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنَ ٱلنَّارِ
"Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab Neraka."
 (Surah Sod 38: Ayat ke 27) 

16 June 2011

Gembira Dalam Maksud Tersendiri

Haiyaa.. Sudah lama gua tak bersuara tentang cerita gua laa.. Gua cuma sempat postkan cerita yang memberi nasihat pada diri kita semua ja maa.. Bukann apa deyhh, gua memang tarak masa laa.. Masa memang amat cemburu sama gua, gua kejar dye lari.... gua kejar lagi laju dye lari lagi laju.. Aiyoooo!!!

Hurm, apa yang gua boleh katakan sikalang ini, hati gua sangat gembira maa. Gembira sangat-sangat. Padahal bukan ada apa-apa yang best pun, tapi perasaan ni tiba-tiba gembira tak tentu pasal. Mungkin...... Mungkin..... tuuuuuuuttttt...........

Siapa yang terdekat je yang mengetahui ja kott. Senang cerita, tiada siapa lagi tahu tentang ini kisah melainkan orang-orang yang berada dengan aku 24 jam. hahahaha. Cerita ini memang takkan dapat dikesan oleh sesiapa melainkan individu yang terlibat jaaaaa....

Biasanya orang rasa gembira bila ada sesuatu bertambah dalam hidupnya tetapi bukan bagi aku untuk ketika ini. Tetapi aku gembira sebab hilangnya sesuatu itu yang menyebabkan aku lagi dapat beraksi dengan lebih keyakinan. Ia juga dapat menaikkan saham-saham aku untuk masa depan. hehehehe. Best dohh.

Akhir kata, Hanya Orang Yang Tahu Je Mengetahuinya...

[mungkin akan bersambung pada entri yang akan datang. tapi tidak tahu bilakah masanya. hahahaha. ini pun masa dah cabut lari dari gua. kena lahh gua kejar balik..........]

13 June 2011

Sakit

Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.

Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.

Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?

Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.

Bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.

Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.

Selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.

Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.

"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.

Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?

Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah, doktor pakar akan menjadi tempat rujukan. Selepas itu barulah rawatan dan ubat diberikan bagi menyembuhkan sakit berkenaan.

Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapat dilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternyata bukan kecil sakitnya itu. Bahkan mampu merosakkan seluruh anggota badan yang lain.

Penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinya terlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya.

Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalu banyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinya mudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badan melaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan yang diambil dan dimasukkan ke dalam perut sehingga membentuk daging. Ada orang yang mengambil makanan daripada sumber yang haram. Ia sekaligus menggelapkan hati.
Bahkan ada orang yang tidak tahu bahawa dirinya berdosa. Membiarkan seluruh anggota badan melakukan maksiat sehingga hati sudah tidak mampu melihat cahaya Islam yang sebenar.

Taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa-dosa yang dilakukan selama ini dapat menyelamatkan rohani seseorang daripada terus mengalami kesakitan yang parah.

Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba-hamba-Nya yang berlumpur dosa serta noda untuk kembali membersihkan diri mereka dengan cara bertaubat. Ujarnya, ini sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).

12 June 2011

Membina Keyakinan Melalui Minda

Manusia kebanyakan lahirnya sama, cuma cara didikannya lain. Cara didikan sewaktu kecil banyak mempengaruhi kehidupan waktu besar. Ada juga yang lahirnya dianugerahi oleh Allah pengetahuan dan sifat yang luar biasa. Didikan terus daripada tuhan.

Mutakhir ini, ramai orang yang sudah kehilangan keyakinan diri akibat tersalah cara didikan. Bukan setakat tiada keyakinan diri, malah tiada juga 'common sense'. Terlalu susah untuk hidup bermasyarakat.

Didikan keyakinan diri semasa kecil sangat penting. Ibu bapa perlu sentiasa memberi peluang kepada anak-anak. Contohnya memberi peluang untuk anak memberi pandangan dan bercakap walaupun suatu perkara itu tidak bernas. Itu hanya pandangan dan idea. Ibu bapa juga jangan terlalu cepat melarang akan sesuatu perkara.

Satu contoh kehidupan di sebuah negara di barat,

Mereka melatih anak-anak mereka sentiasa berani mencuba. Suatu ketika di taman permainan, seorang anak lingkungan tiga tahun sedang cuba memanjat papan gelongsor sambil diperhatikan oleh kedua ibubapanya. Tindakan itu bagi anak yang berumur tiga tahun adalah bahaya. Ibubapa tersebut hanya memberitahu kepada anak tersebut bahawa perkara itu bahaya, tetapi tidak sekali-kali melarang.

Budak itu terus mencuba memanjat sehingga berjaya ke atas. Sikap melatih anak berani mencuba sangat digalakkan. Ini satu sifat positif yang boleh kita ambil dari barat walaupun mereka banyak juga yang negatifnya.

Contohnya kita, pelajar-pelajar takut sahaja untuk berjumpa atau menjawab soalan yang diberikan oleh pensyarah dalam kuliah, semuanya kerana takut salah! punca takut salah adalah kerana tiada keyakinan diri. Ia berlaku dimana-mana sahaja. Puncanya semua sama. Tiada keyakinan diri. Terlalu merisaukan kata orang juga adalah faktor kehilangan keyakinan diri.

Contohnya anda terlalu risaukan kata kawan anda jika anda berpendapat seperti itu dan ini, maka akhirnya anda terus senyap, akhirnya kaku dan beku...

Minda manusia boleh menentukan perilaku manusia melalui imaginasi sebelum berlaku perbuatan. Contohnya seorang pengerusi sebuah majlis yang di arahkan untuk menceriakan dewan, tentu sahaja dia berimaginasi terlebih dahulu keadaan-keadaan yang bakal berlaku dan bagaimana dia bakal menangkap suasana di dewan itu nanti.

Perkara ini semua berkaitan dengan minda dan keyakinan diri, jika setiap hari minda dilatih dan dibasuh dengan perkataan 'TIDAK BOLEH' maka hasilnya tidak boleh juga. Demikian juga sebaliknya. Lihat sahaja sejarah tentera Islam yang diketuai oleh sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Constantinople (Istanbul).

Beliau sudah pun terlalu lama berimaginasi untuk menawan kota tersebut, setiap hari dengan diiringi solat dan doa beliau menyusun strategi dan sentiasa berimaginasi tentang semua keadaaan yang bakal berlaku.
Ini yang menjadikan beliau hebat. Begitu juga beberapa pemimpin yang lain.

Oleh itu, apa yang anda imaginasikan pastikan ia positif dan seterusnya anda melakukannya di alam nyata. Minda manusia sangat hebat. Ibarat seluruh cakerawala yang ada di dalam otak. Kepantasannya juga mengalahkan komputer yang canggih. Cuma untuk mencapai semua itu, ia memerlukan tuan minda yang sentiasa melatih minda supaya sentiasa positif.

Kepada anda juga, jangan terus suka menghukum dan menyalahi orang yang sedang cuba membina keyakinan diri. Ia tidaklah dibina dalam tempoh yang singkat, malah ia panjang. Jadi dalam tempoh yang panjang itu mungkin sahaja berlaku pelbagai kesilapan.

Biasalah, ia adalah proses! kalau terus berjaya bukan manusia namanya itu. Sentiasalah berlapang dada! Terus menerus melatih, cuba mencari peluang dimana-mana supaya keyakinan diri itu datang secara lansung semasa mencuba.

Jangan takut salah! Orang yang takut salah adalah orang yang susah untuk berjaya.
Maka berhati-hatilah kerana itu lebih baik.

11 June 2011

Rindukan Suasana Gamat

Fuhh. Jam tepat menunjukkan pukul 5.50 pagi. Hmm. Gila apa pagi-pagi camni dok online kann? Tapi sebanarnya aku dah puas tidur kott. hahaha. Banyak kali bangun tidur bangun tidur, takut pening laa pulak. Bukan apa, lagi 2 jam aku akan bertolak ke Bukit Jalil untuk melihat perlawanan antara Kelantan-Terengganu. Jadi kena cukupkan tidur takut nanti 'diminta' menjadi driver.

Dok Selangor, sokong Selangor, tapi awat nak p tengok game Kelantan-Terengganu? Bukann apa. Aku dah gian sangat nak merasa suasana stadium yang penuh penyokong. Aku rindukan suasana begitu. Kalau Selangor yaang masuk final mesti lagi best kann.

Sebenarnya ada entri yang mahu aku tuliskan tetapi masa teramatlah mencemburui, ada perkara yang penting lagi membuatkan aku tak sempat nak tuliskannya. Tapi aku tetap akan mencari masa yang sesuai untuk mencari ruang menaip untuk entri itu.

Hmm. Harap perjalanan pergi-balik nanti selamat. InsyaAllah.

07 June 2011

Jangan Biarkan Hati Berkarat

SEBAGAI insan kita pasti ada melakukan dosa. Tidak kira sama ada dosa kecil atau besar, seseorang hamba Allah wajib segera bertaubat. Jangan ditangguhkan dengan harapan bahawa apabila sudah tua baru bertaubat dan insaf atas segala kesalahan yang kita lakukan. Kita sebagai hamba Allah tidak tahu bila kita akan mati.

Jadi, dalam soal membudayakan amalan beristighfar kepada Allah, mesti berputik daripada hati. Kita seharusnya menjernihkan karat-karat hati agar hati kita kembali putih bersih. Jangan biarkan hati kita terus berkarat akibat dosa yang dilakukan. Kata Abdullah Ibnu Mubarak; "Aku melihat dosa-dosa itu mematikan hati dan rindu pada berbuat dosa, ia akan mewariskan kehinaan. Meninggalkan dosa bererti menghidupkan hati, kerana itulah yang terbaik untuk dirimu." Ingat, orang yang bertakwa sentiasa beranggapan dia banyak dosa.

Lantas setiap masa dan hari lidah dan hati dijuruskan kepada Allah memohon keampunan. Jalan terbaik menyedarkan diri ialah dengan sentiasa bermuhasabah. Amalkan sebelum tidur berfikir dan merenung diri apa yang telah kita lakukan pada hari itu. Apa dosa zahir dan batin yang telah kita lakukan.

Jangan biarkan hati kita berkarat, beristighfarlah selalu.


...Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Surah Al-Muzzammil 73 : Ayat 20) 

06 June 2011

Bencana Lidah

Lisan atau lidah manusia memang gemar membuat janji, tetapi seringkali pula jiwa tidak ingin menepati janji yang dibuat oleh lisan tadi. Maka dengan itu jadilah janjinya bohong atau janji yang dimungkiri. Itu adalah tanda-tanda adanya sifat nifaq pada orang itu.

Allah telah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji." (Surah l-Maidah : 1)

Allah s.w.t. telah memberikan setinggi pujian ke atas Nabi Ismail a.s. di dalam kitab-Nya yang mulia dengan firman-Nya:

"Sesungguhnya dia (Ismail) adalah benar janjinya." (Surah Maryam : 54)

Apabila Saiyidina Abdullah bin Umar telah hampir menemui ajalnya, beliau berkata:

"Sebenarnya dulu ada seorang Quraisy telah meminang puteriku, dan aku telah mengikat suatu perjanjian untuk menikahkan puteriku itu kepadanya. Demi Allah aku tidak gemar menemui Tuhan, sedang sepertiga dari sifat nifaq itu ikut bersama-samaku. Oleh itu saksikanlah, bahawasanya aku telah menikahkan si Fulan itu dengan puteriku."

Diceritakan dari Abdullah bin Abul-Khansa’, katanya:

"Saya pernah mengikat janji dengan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda diangkat menjadi nabi. Ada barang yang saya janjikan kepadanya akan saya bawa ke tempat yang telah dipersetujui, tetapi malangnya saya terlupa hari itu dan juga esoknya. Maka saya mendatanginya pada hari ketiga, dan saya dapati baginda masih tetap menunggu di tempatnya. Bila saya sampai, maka baginda berkata:

"Wahai pemuda! Engkau telah menyakiti aku dengan janjimu, sebab saya berada di sini menunggu sejak tiga hari lalu."

Ibnu Mas’ud r.a. pula bila berjanji, niscaya dia akan berkata: "InsyaAllah."

Cara beginilah yang lebih baik. Sesudah berkata InsyaAllah, jika ia memang faham bahawa menepati janji itu adalah wajib, maka hendaklah ia menepati janji itu, kecuali jika dihalangi oleh keuzuran. Akan tetapi jika ketika membuat janji itu, hatinya telah bertekad untuk memungkirinya.

Maka itulah yang dinamakan sifat nifaq.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Tiga perkara, barangsiapa yang berada di dalamnya, maka ia dicap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim, iaitu; bila berbicara ia bohong, bila berjanji ia mungkiri dan bila menerima amanah dia khianati."

Sabda Baginda yang lain:

"Empat perkara yang jika seseorang manusia ada di dalamnya, maka ia menjadi munafik, dan barangsiapa mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu, samalah seperti ia mempunyai sifat kemunafikan, sehingga dia menjauhinya lagi: Jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia mungkiri, jika membuat pengakuan dia belot dan jika menuntut dia curang."

Sifat-sifat ini hampir-hampir tertimpa ke atas orang yang ketika berjanji, dia siang-siang telah berazam untuk menyalahi janjinya ataupun yang memungkiri janji tanpa apa-apa keuzuran.

Adapun orang yang berazam untuk menepati janji, tiba-tiba tanpa disangka-sangka pula timbul suatu keuzuran yang menghalangnya dari memenuhi janjinya, maka orang itu tiadalah terkira seorang munafik meskipun pada lahirnya sifat kemunafikan itu berlaku atas dirinya.

Namun sebaik-baiknya, hendaklah dia cuba menghindarkan diri dari terkena sifat kemunafikan itu sebagaimana dia menjauhkan dirinya dari hakikat kemunafikan juga; iaitu apabila berjanji, cari jalan supaya keuzuran tidak akan berlaku tanpa ada sebab yang benar-benar dharurat.

Sahabat.. ketahuilah. Apabila dimungkiri, ia sakit dan pedih. Jadi hindarilah dari memungkiri janji.

01 June 2011

Jumpa Dia Laa.....

Assalamualaikum~ Salam Perjuangan...

Agak beberapa hari tak update entri dalam blog baru aku ini. Hmm. Setelah 4 hari berada di sini, rasa macam lambat perjalanan. Entah apasal. Mungkin mood masih belum fresh lagi, malah baru dalam proses untuk refresh kott. hahaha.

Tapi ada satu benda yang berlaku, mungkin hari itu hari kami tak tahu lagi hari mereka. Kami tidak berasa apa-apa, cuma ia sedikit sebanyak memberi kesan tapi tidaklah kami mempamerkan reaksi kami pada semua. Mungkin ada segelintir insan yang perasan, tapi bagi kami.....................

Orang cakap, tak sedaplah kalau takde pahit getir dan liku-liku dalam perjuangan kann? Maka, jadikanlah ia satu batu loncatan bagi kita dalam menambahkan rencah-rencah asam garam dalam perjalanan sebagai seorang pejuang. Memang aku akui ia tidak semudah seperti kita menghembuskan nafas kann.

Tetapi ingatlah wahai *********, janganlah jadikannya sebagai tempat untuk kita memburukkan pada pihak lain. Janganlah juga kita menyimpan dendam dengan perkara yang telah lepas. Pandanglah ia dengan sudut yang positif. Kita ada Allah kan?? Biarlah Allah yang membalasnya.

Bagi aku, buat masa ini aku telah dapat mendidik dan memimpin hati dan jiwa aku seperti mana yang aku inginkan. Harap sangat aku terus komited dalam perkara ini. Ya Allah, aku meminta kepadaMu agar ingin menguatkan langkah aku untuk terus komited dalam apa yang aku harapkan. Berilah kepadaku kekuatan Ya Allah.

Haa. Lagi satu. Nasib baik member aku ingatkan aku yang aku ada cakap dengan dia yang aku dah bernazar jika benda itu berlaku. Jadi sekarang benda itu sudah pun berlaku dan tersangatlah bersyukur. Maka dalam masa terdekat ini aku akan tunaikan nazar aku itu InsyaAllah.

Lastly, aku punya laa carik seseorang tu.... dalam hati ini teringin sangat melihat dia, tiba-tiba tadi dia muncul didepan mataku. Tergamam aku. hahahahahahahahha~ Hilang rasa rindu hati ini...................