Assalammualaikum dan salam perjuangan buat semua...
mari kita bersama dengan niat menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah kepada seluruh mangsa korban MH17 yang beragama Islam, - - - - - AL-FATIHAH - - - - -. moga roh mereka digolongkan bersama-sama dengan roh golongan orang beriman.
Tak selesai lagi kehilangan MH370 sekali lagi kejadian menimpa MAS apabila pesawatnya MH017 ditembak jatuh oleh pemberontak di sempadan Ukraine-Russia. Tidak pasti samada ia kejadian yang disengajakan mahupun tidak disengaja. Takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat. Sungguh! Ini yang sangat susah diterima oleh mereka namun itulah kehendak Allah yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Setiap perkara yang terjadi adalah dengan izin Allah. Bersangka baiklah pada setiap yang telah Allah rencanakan. Semoga mereka yang mengenali mangsa terjorban tabah dengan ujian ini. Seluruh rakyat Malaysia turut bersedih dengan kejadian ini malahan seluruh dunia turut bersimpati. Jika ia tidak disengajakan, Malaysa hanya mangsa keadaan kerana badan pesawat kita menyerupai pesawat yang mereka sasarkan. Nasib tidak memihak kita. Tetapi kerajaan Malaysia sedang sedaya upaya menyelesaikan kes ini dengan mahu mencari siapa yang sebenarnya bertanggungjawab dalam hal ini. Moga Allah mempermudahkan untuk Malaysia mendapatkan hak keadilan.
Memasuki selekoh terakhir Ramadhan ini, kita sama-sama tumpukan amal ibadah kita dalam memburu malam al-Qadar yang Allah anugerahkan itu. Didiklah hati kita untuk tidak melupakan amal ibadah dek kerana begitu ghairah menyambut kedatangan Syawal. Hari Raya Aidilfitri hanyalah boleh diraikan setelah kita berjaya melepasi puasa yang diwajibkan disampingkan berjaya mengerah tenaga dalam amal ibadah. Islam lebih meng-agong-kan Hari Raya Aidiladha berbanding Hari Raya Aidilfitri. Jadi kita sedarilah mana yang lebih utama. Moga kita semua dapat menemui dan beramal pada malam al-Qadar itu, insyaAllah.
Pada yang akan pulang beraya, berhati-hatilah di jalan raya. Semoga Allah memudahkan dan melancarkan sepanjang perjalanan untuk destinasi yang dituju. Segala salah silap mohon diampunkan dan aku tidak ada menyimpan sebarang dendam dan tiada perkara yang aku tak puas hati dengan sesiapa. Aku memaafkan semuanya.
sekian...