23 August 2012

Perutusan Aidilfitri 1433H

assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua.

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKA dan salam aidilfitri.
(semoga Allah menerima amalan kita dan amalan kamu juga)

alhamdullillah kita telah pun meraikan kemenangan ummat Islam setelah sebulan melawan hawa nafsu. jadi dikesempatan ini dengan rendah hati memohon kemaafan batin dan zahir, jasmani dan rohani, daripada semua manusia sekeliling yang mengenali diri ini, terutamanya kepada keluarga, jiran, sahabat handai semua, rakan seperjuangan, rakan sepermainan, rakan seangkatan, rakan sepasukan... senang cerita yang pangkalnya ada istilah 'rakan' lahh, kawan-kawan, dan para muslimin muslimat, semua lelaki perempuan, kakak-kakak lawa abang-abang macho adik-adik comel sekalian, jika aku ini (bahasa kasar) @ diri ini (bahasa lembut sikit) @ saya ini (alahai lembut sangat) ada melakukan kesalahan dan kesilapan kepada semua semenjak tempoh pertemuan dan perkenalan kita.

dengan keluarga takpe sebab boleh lafaz bersemuka bila-bila masa, tapi  takutnya dengan golongan-golongan lain ni. hmm. walaupun dah masuk syawal ke-lima ni. rakan-rakan di tadika, di sekolah rendah, di sekolah agama, di sekolah menengah, dan kini di peringkat pengajian tinggi tahap diploma. tak kira lagi ni kawan-kawan di sekolah memandu, sekolah memasak, sekolah sukan... banyak lagi ni. semestinya sepanjang tempoh gerak-geri kita, gurau senda kita, percakapan pertuturan kita, yang mungkin tidak disenangi, tidak selesa, tidak puas hati daripada pihak kalian semua kann? kann? kann?

terutamanya faizah, jehan, niza, timah, alla, sue, ain, ecah, eka, tira, shireen, lina, lea, piqah. dorang ni semua insan-insan yang aku selalu berurusan dengan mereka. jadi sepanjang urusan tuu mesti ada yang dorang ni tak puas hati dengan aku laa kan? kahkahkah. biasa laa perempuan... hati lembut semanis kurma. haiyaa. tu yang cuwak tuu bila berurusan dengan kaum hawa. tak lupa juga kepada rakan-rakan lain yang namanya tak tercatat. cuma yang tak tercatat tuu mungkin aku jarang ada berurusan dengan mereka. orang-orang yang aku selesa berinteraksi sikit jer. tak ramai mana pun. ni pun dah pelbagai-bagai tapisan dorang tempohi. hahahahahaaa. tak lahh. mana ada. dorang ni tak tahu ape-ape pon. cuma hati aku jer yang boleh terima cara dorang.

yang lelaki toksah cerita laa. semuanya hampir 24 jam bersama-sama. jadi macam-macam aksi dan ragam. jadi mesti ada yang tersinggung dan yang tak puas hati. jadi aku juga mohon maaf. tapi kita yang lelaki ni semua hati keras kan? keras keras pun di dalam sape tahu. buat ade yang simpan dendam ke. tak puas hati ke kannn? hmm. nak senaraikan nama lelaki..... semua kawan-kawan lelaki aku rapat dan sentiasa mesra. hahahahaa. jadi secara umumnya BUILDERIANS khususnya badge Disember 2009/BNC, dan umumnya juga SMKBSD2IANS khususnya badge tahun 2008 dari form1 sampai lahh form5. yang lain-lain masa sekolah rendah kebangsaan dengan sekolah rendah agama tuu pun sama gak. tapi masa tuu hingus pun meleleh lagi. jadi tak payah cerita soal tak puas hati ke kecik hati ke. itu zaman... zaman paleolitik lagi. tak kesah punya.
kalau nak sembang pasal salah & silap, memang banyak aku buat kat orang. hehehe. tapi orang buat salah & silap dengan aku memang tarak. sebab mereka ni semuanya baik-baik belaka. susah nak jumpa orang-orang macam ni taw. hahaha. ape pun aku harap silaturrahim yang terjalin kepada sesiapa akan kekal sehingga di akhirat InsyaAllah. cuma kadang-kadang kalau kita dah lama tak berinteraksi dengan seseorang memang rasa janggal nak tegur balik kannn. tu yang susah nak tegur orang balik. segan la kononnyer.

okayyy laa tuu... sampai sini saje penulisan aku ni... nak bercerita tentang hal lain... memang panjang lagi laa... entri ni khas untuk perutusan aidilfitri 1433H... hahahaaa...

sekian...

17 August 2012

28 Ramadhan dah

Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua...

dah masuk 28 ramadhan dah ni. kurang lebih 2 hari je lagi ramadhan nak berlalu. sekejap sangat rasa kann..? jadi raikanlah kemenangan ummat Islam dengan bertakbir sebanyaknya bermula malam selepas maghrib 1 syawal sehingga khatib naik mimbar untuk khutbah selepas solat sunat hari raya aidilfitri nanti. mungkin ramai yang tidak tahu pasal tempoh bertakbir untuk raya aidilfitri ni.

hmm. sekarang ni semua mood balik kampung. satu Malaysia akan bergerak ke destinasi masing-masing menjelang 1 syawal ni. dalam keghairahan kita meraikan 1 syawal ni, jangan kita lupakan pada insan yang tidak dapat meraikan kemenangan ummat Islam ini yang tidak senasib dengan kita. maka bersyukur kita kepada Allah atas kurniaan-Nya pada kita.

aku rasa macam ramadhan pada kali ini aku tidak dapat perform seperti ramadhan-ramadhan sebelum ni. tak boleh nak salahkan keadaan. tapi aku perlu salahkan diri aku sendiri. walaupun aku terlalu sibuk sebagai pelajar tapi sepatutnya aku tak perlu abaikan amal ibadah kepada Allah. sesungguhnya ramadhan ini hanya sekali setahun. sepatutnya aku perlu bermati-matian menghidupkan malam-malam ramadhan dengan ibadah.

walaupun aku tak perform sehabis baik tapi aku tak pernah tinggalkan buta-buta amalan untuk malam-malam ramadhan yang lalu. seperti biasa harapan seorang hamba, aku harap segala amalan yang aku lakukan sepanjang ramadhan ini akan diterima dan diberkati oleh Allah. harap sangat Allah mendengar dan memperkenankan segala doa dan harapan aku pada Mu sepanjang aku merintih dan memohon kepada-Nya.

berbaki dua malam lagi. teruskanlah memaksa diri untuk ruku' dan sujud pada Allah dalam mencari keredhaan-Nya bagi menuju jalan yang selesa ke akhirat.

sekian...

06 August 2012

Tidak Cerdik dan Tidak Pandai

Assalammualaikum dan salam perjuangan untuk semua pembaca...

syukur Alhamdulillah dengan izin dan syafaat Allah, Dia telah memanjangkan usia aku sehingga telah masuk ke hari yang 17 Ramadhan. sebagaimana seluruh umat Islam mengetahui, 17 Ramadhan merupakan hari Nuzul Quran.

Nuzul Quran bererti 'penurunan Al-Quran' oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Jibril pada malam 17 Ramadhan tahun 610M di Gua Hirak, di puncak Jabar Nur, Makkah Al-Mukarramah. Ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Makkah. Jibril datang menyampaikan wahyu pertama daripada surah Al-Alaq (iqra' bismirabbikalladzi khalaq....) sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad S.A.W. sebagai rasul Allah yang terakhir dan merupakan nabi akhir zaman.

andai kita mencipta sesuatu benda pasti kita akan menyediakan sebuah buku yang merupakan manual dan panduan kepada pembeli dan pemilik barang tersebut kann..?

samalah juga Al-Quran. Al-Quran merupakan mukjizat Allah, dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk panduan seluruh manusia sepanjang zaman. apabila menyebut 'manusia', maka ia tidak menunjukkan khas kepada satu-satu kaum atau agama bahkan ia menunjukkan kepada semua makhluk yang berakal dan bernyawa. jadi Al-Quran merupakan panduan kepada semua bangsa, semua agama, semua masyarakat, semua kaum, yang ada di muka bumi ini. cuma kepercayaan dan keimanan yang membezakannya. Allah merupakan pencipta, ciptaannya adalah seluruh makhluk alam semesta termasuk manusia, dan Allah ciptakan Al-Quran sebagai manual dan panduan kepada manusia untuk menjadi makhluk yang tinggi darjatnya di sisi Allah.

jadi di dalam Al-Quran telah ada segalanya. sejak dari zaman Nabi Adam A.S sehinggalah kiamat nanti telah ditulis di dalam Al-Quran. bukan itu sahaja, bahkan gambaran ketika kita di dalam kubur, di akhirat, di dalam syurga, malah di dalam neraka juga telah digambarkan di dalam Al-Quran. Sistem pergerakan alam semesta juga ada dalam Al-Quran, sejarah terdahulu juga telah di rakam dalam Al-Quran. tentang akhlak, syariat, pemakaian, pemakanan, kemasyarakatan, muamalat......semua telah dirakam dalam Al-Quran. HEBAT KANN ISLAM...? kalau nak lebih fleksibel dan mendalami apa yang ada di dalam Al-Quran kita juga perlu rujuk al-Hadith, al-Qias, dan Ijma' ulama'. itu adalah lebih baik.

okayy laa. saya tak pandai laa nak cakap pasal Islamik ni. saya cuma mampu tulis menggunakan keyboard jer. tapi tak mampu nak berkata-kata. itulah saya yang mempunyai selemah-lemah iman. itu pun apa yang saya tahu tentang ilmu Islam ni......

sekarang ni perjalanan untuk semester akhir sudah hampir sampai di pertengahan, sepanjang perjalanan ini cukup banyak ujian dan dugaan yang telah diredahi. terlalu sukar untuk aku luahkan melalui papan kekunci ini kerana perasaan yang aku rasakan ini tidak mampu diterjemahkan melalui jari jemari.

satu tersalah langkah yang telah aku buat membawa kepada kemudaratan diri sendiri serta orang yang terlibat. kemaafan belum lagi aku pohon darinya kerana aku mahu perkara ini lepas dahulu barulah aku mohon maaf darinya. dia telah berminggu-minggu tak tidur bertungkus lumus menyiapkan kerja tersebut namun dengan kelekaan aku sendiri telah membuat kerja yang dilakukan itu tidak dapat dipersembahkan.

aku akui kesilapan datangnya daripada diri aku sendiri yang sentiasa lalai dan leka. aku harus bersedia menerima sebarang perkara yang bakal terjadi minggu ini. ujian yang sangat berat buat aku.

akhir kata, maaf laa sesungguhnya aku ini tidak cerdik dan tidak pandai, maka tidak mampu menyumbang sebarang hasil untuk kita.

sekian...