Sultan Kedah iaitu Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah akan menjadi Yang Di-Pertuan Agong yang ke-14 esok 13 Disember 2011 bagi menggantikan Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah tamat tempoh perkhidmatan baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-13 selama 5 tahun sejak 13 Disember 2006 sehingga hari ini 12 Disember 2011.
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Agong Malaysia ke-13
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Agong Malaysia ke-14.
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Tuanku Permaisuri Sultanah Nur Zahirah berangkat dari Kompleks Istana Negara, Jalan Duta menuju ke Dataran Parlimen, Kuala Lumpur bagi bersalaman dengan Ahli-Ahli Dewan Rakyat, Ahli-Ahli Dewan Negara, dan Dif-Dif Kehormat Diplomat Asing. Dari situ Tuanku dan Permaisuri terus menuju ke Kompleks Bunga Raya, KLIA untuk terus berangkat balik ke tanah tumpah darah Baginda negeri Terengganu Darul Iman.
Terima Kasih Tuanku. Selama 5 tahun dibawah Tuanku memayungi pemerintahan Malaysia. Malaysia dalam keadaan aman damai. Daulat Tuanku !! Daulat Tuanku !! Daulat Tuanku !!..